script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Terkini: Pemimpin PKR Ke Taiwan, Jayakan Rundingan Pembentukan Kerajaan Baru !

Nampaknya, Pak Lah dan Najib semakin gelisah kini. Apa tidaknya, mereka cuba "kuarantin" 49 orang ahli parlimen BN di Taiwan tetapi kini 5 orang pemimpin PKR pula dikatakan cuba "merisik" ke sana. Lima pemimpin terbabit ialah terdiri daripada Pengarah Strategi PKR, Saifuddin Nasution, Ketua Penerangannya, Tian Chua, Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh serta Ahli Majlis Tertinggi. Low Chee Chong dan Ketua Penerangan Wanita PKR, Elizabeth Wong. Jika dilihat kepada senario ini, maka ternyata "16 September" bukanlah omongan kosong semata-mata. Menurut laporan pemergian mereka ini adalah bagi membuat pertemuan khas dengan beberapa orang ahli parlimen berkenaan tentang persetujuan untuk menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat yang baru pada 16 September ini.
Jika tiada perubahan, tarikh tersebut sememangnya masih menjadi "target" untuk pembentukan itu. Khabarnya, hingga kini segala proses telah pun berjalan lancar dan langkah seterusnya ialah perkara teknikal iaitu sama ada berjaya membuat pertemuan dengan Agong atau sebagainya. Apapun proses peralihan itu dijangka dapat berlaku dengan aman dan teratur.
Pemimpin PKR yang ke Taiwan itu nanti dijangka dapat merumuskan serta membuat pengumuman kejayaan pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat selepas mereka balik dari sana nanti. Apa yang pasti, kita mengharapkan agar segalanya yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik, sesuai dengan keberkatan bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.
[Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan yang juga Pengarah Pilihanraya PKR khabarnya telah bertolak ke Taiwan sejak awal pagi tadi. Tahniah kita ucapkan kepada Fuziah Salleh yang menyemarakkan lagi semangat perjuangan rakyat di negeri Pahang khasnya dan di Malaysia amnya. Biarpun beliau dianaktirikan oleh pihak majlis tempatan di Kuantan, namun beliau tetap tabah melaksanakan segala gerak kerja dan membela rakyat di sini. Teruskan Perjuanganmu !!]
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Negeri Pahang Akan Terus Membantu Pengurusan Masjid-Masjid Di Negeri Ini Dalam Usaha Mewujudkan Koperasi

KUANTAN : Kerajaan Negeri Pahang akan terus membantu pengurusan masjid-masjid di negeri ini dalam usaha mewujudkan koperasi bagi meningkatka...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.