Maka akhirnya satu mesyuarat khas telah diadakan oleh pemimpin tertinggi BN bagi membincangkan masalah politik semasa. Disampin itu, ke Ahmad Ismail juga telah dibangkitkan dalam mesyuarat tersebut. Begitulah kisahnya, Pak Lah terpaksa akur dengan tekanan yang diberikan oleh parti komponen Barisan Nasional. Jika tidak pasti hukuman yang lebih besar akan dihadapinya. Pak Lah berada dalam dilema, "diluah mati bapak, ditelan mati emak". Maka akhirnya beliuau terpaksa bersetuju dengan pandangan semua pihak. Apa yang pasti, Ahmad Ismail bakal dikenakan tindakan tegas oleh pucuk pimpinan BN. Mereka wajar selamatkann BN daripada memelihara virus seperti Ahmad Ismail. Kenyataan celupar yang dibuat terhadap pemimpin Gerakan, berhubung kes "lepas cakap" yang berbaur perkauman semasa kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh baru-baru ini jelas sekali telah "memakan diri"nya sekarang. Apakah yang dapat beliau lakukan ialah sekadar "bertawakal" dan menanti "hukuman" yang bakal menimpa. Apakah Ahmad bakal ucapkan "selamat tinggal" pula kepada UMNO, atau beliau akan menerima hukuman yang lebih besar dari itu?.[UMNO semakin berkecamuk. Isu Anwar dengan "Agenda 16 September" belum dapat ditangani dan berakhir lagi. Tiba-tiba orang seperti Ahmad pula mencari "populariti murahan" yang akhrinya menjerat diri mereka sendiri. Nantikan sahaja kejatuhan parti karat itu !!]






Tiada ulasan:
Catat Ulasan