script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Bayi Mati, Terjatuh Ke Dalam Laut Dari Rumah Air Di Labuan !


LABUAN - Seorang bayi lelaki mati apabila terjatuh ke dalam laut ketika sedang bermain di beranda sebuah rumah atas air di Kampung Patau-Patau 1 di sini lewat petang Selasa.

Muhamad Aidan Hakimi Mohd Reduan yang berusia 24 bulan dikatakan tergelincir dari beranda rumah itu sebelum mayatnya ditemukan terapung oleh bapa saudaranya yang pulang dari bekerja.

Ketua Polis Labuan Supt Muhamad Farid Ahmad berkata siasatan awal mendapati ketika kejadian bayi lelaki itu sedang bermain di rumah neneknya dan dijaga oleh ibu saudaranya yang berusia 20 tahun.

“Bayi lelaki itu dititipkan kepada ibu saudaranya ketika ibu bapanya pergi ke bank di bandar dan ketika bayi itu bermain di beranda yang tidak berpagar wanita itu tidak menyedari anak saudaranya terjatuh ke dalam laut dan terapung di bawah rumah.

“Bapa saudara bayi itu yang pulang terlihat kejadian lalu terjun ke dalam laut untuk mendapatkannya membawa anak saudaranya itu ke hospital. Namun bayi itu meninggal dunia tidak lama selepas tiba,” kata Muhamad Farid.

Beliau berkata kejadian itu dilaporkan kepada polis oleh bapa bayi tersebut pada 6.58 petang semalam.

Katanya pihak polis sedang menyiasat punca kejadian dan sementara itu kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.