script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Syed Faiz: MPMMK Bantu Pusat Tahfiz Untuk Jana Pendapatan


KUALA LUMPUR: 16 Dis. - Tidak mahu pusat tahfiz terlalu bergantung kepada bantuan atau sumbangan orang ramai semata-mata, Majlis Pemikir Muda Melayu Kebangsaan (MPMMK) mengambil langkah proaktif melaksanakan program bagi menjana sumber kewangan pusat berkenaan.

Presidennya, Datuk Syed Mohammad Faiz Azemmant berkata, menerusi program 'Ikhtiar Rezeki Pusat Tahfiz', MPMMK akan menyediakan pembiayaan dan barangan kepada pusat tahfiz yang berdaftar di bawah program itu untuk menjalankan perniagaan.

"MPMMK akan menjenamakan satu produk pusat tahfiz iaitu air minuman yang akan dilaksanakan oleh agensi pengeluar yang mewujudkan tiga elemen penting iaitu mentor, sistem dan komuniti untuk membimbing mereka. Usaha ini dilakukan kerana mahu menggalakkan pusat tahfiz berniaga bagi menjana pendapatan sampingan mereka.

"Konsep yang diaplikasi ialah orang ramai infak wang dengan pembelian berkenaan dan wang itu dibahagi kepada pusat tahfiz.

"MPMMK tidak mahu lagi melihat pusat tahfiz hanya menunggu bantuan orang ramai atau meminta sumbangan untuk kelangsungan pusat berkenaan. Mereka boleh menggunakan platform ini untuk berkembang.

"Sebenarnya, pelbagai projek ekonomi boleh dijalankan bagi menjana dana pusat-pusat tahfiz, tetapi untuk permulaan biarlah sesuatu yang berisiko rendah dan ekspres. Kalau mengharapkan sumbangan yang diterima lazimnya bermusim seperti menjelang bulan ramadhan dan perayaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Syed Mohammad Faiz berkata, menerusi jualan produk air minuman itu nanti, hasil yang dibahagi oleh agensi pengeluar sedikit sebanyak dapat membantu meringankan kos pengurusan pusat tahfiz terlibat.

"MPMMK ada terbaca berhubung keperluan pusat tahfiz yang tinggi pada setiap bulan sehingga mencecah RM30,000 untuk menampung keperluan pelajarnya termasuk pendidikan mereka serta kos operasi.

"Ada juga terdapat pusat tahfiz yang akhirnya terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu menanggung kos perbelanjaan bulanan yang terlalu tinggi. Kenapa ini berlaku? Kerana terlalu mengharapkan kepada sumbangan atau derma orang ramai semata-mata," ujarnya.

Beliau dalam pada itu berkata, sumber kewangan yang mencukupi juga penting bagi membolehkan pusat tahfiz menjalankan penyelenggaraan terutama sistem pendawaian.

"Banyak kes pusat tahfiz terbakar berlaku di negara ini dan apabila disiasat kejadian berpunca daripada masalah litar pintas berikutan sistem pendawaian yang tidak diselenggara dengan baik," katanya.

Beliau berkata, selain menjana pendapatan, aspek berhubung keselamatan pusat tahfiz juga perlu diberikan keutamaan untuk memastikan pusat pengajian untuk menghafal dan mengkaji al-Quran bertahan lama.

"Kita mahu setiap pelajar di pusat tahfiz bukan sahaja terjamin daripada segi kebajikan malah keselamatan kerana mereka adalah pewaris ajaran Islam di negara ini," katanya.
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang keluarkan waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.