script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kes Tumbuk Di Pekan, Ahli Politik Gagal Hadirkan Diri Ke Prosiding Mahkamah !

ROMPIN: Seorang suspek kes pergaduhan yang juga ahli politik gagal hadir ke prosiding mahkamah bagi sesi bacaan pertuduhan hari ini. 

Suspek berusia 64 tahun tidak dapat hadir  ke Mahkamah Majistret Rompin dengan alasan mempunyai urusan keluarga yang tidak dapat dielakkan.

Bagaimanapun seorang lagi suspek kedua berusia 58 tahun merupakan seorang kontraktor hadir ke mahkamah. 

Majistret Wahidah Zainal Abidin memutuskan kedua-dua suspek dilepaskan tanpa dibebaskan.

Kes tersebut akan dibacakan di bawah Seksyen 323  bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan memperuntukkan hukuman yang  sama.

Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-dua sekali.

Pada 12 April lalu, dilaporkan insiden pergaduhan melibatkan salah faham antara beberapa orang ahli politik sehingga mendatang kecederaan ringan kepada mangsa di Pekan.

Ia membabitkan bekas pemimpin kanan UMNO bahagian itu sendiri yang dipercayai menumbuk seorang individu yang juga ahli parti yang sama di sebuah restoran mamak.

Mangsa yang juga seorang guru berusia 42 tahun telah ditumbuk bersama orang kanan ahli politik tersebut lebih dari sekali berikutan isu bawa mulut. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.