script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Pegawai SPRM Selangor Didakwa Hina Mahkamah

SHAH ALAM, 5 Jan [9.00 pm] - Keluarga mantan Setiusaha Politik Exco Kerajaan Selangor, mendiang Teoh Beng Hock akan menfailkan permohonan mendakwa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sebagai menghina mahkamah kerana membuat laporan polis terhadap pakar patalogi Dr Pornthip Rojanasunand. Peguam mewakili keluarga Teoh, Gobind Singh Deo dalam satu kenyataan berkata, permohonan itu akan dibuat terhadap Pegawai SPRM, Raub Ghani di Mahkamah Majistret Shah Alam. 1 Januari lalu, Raub dan seorang lagi pegawai SPRM, Hisham Mohd Yusoff membuat dua laporan polis terhadap Pornthip dan akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suara Keadilan. Laporan kedua-dua pegwawai SPR dari cawangan siasatan Putrajaya itu dibuat di Ibu Pejabat Daerah Shah Alam. Beng Hock, 30, Setiausaha Politik Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di Tingkat 5 Plaza Masalam selepasberi keterangan sebagai saksi kes dakwaan salah guna peruntukan.

[Sebenarnya pegawai SPRM itu mendapat arahan daripada bosnya agar menganggu keputusan yang telah dibuat oleh pakar patologi Thailand itu. Lantaran itulah mereka sengaja membuat laporan polis agar pakar tersebut takut dan diugut dengan berbagai tekanan dan tawaran supaya menarik balik hasil laporan bedah siasat kedua yang telah dibuatnya baru-baru ini. Akhirnya, beliau pasti akan menarik diri dari kes berkenaan, dan memutuskan bahawa laporan yang dibuatnya iaitu 80% Teoh dibunuh adalah tersilap. Perkara ini boleh berlaku dengan sekelip mata jika ada permainan "wang dan ugutan". Inilah yang terjadi kepada P.Balasubramaniam dalam kes pembunuhan Altantunya dulu].

Mahkamah Tinggi Tolak Permohanan Anwar

KUALA LUMPUR, 5 Jan [7.02 pm] - Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam usahanya untuk mencabar kenyataan bertulis pendakwaan bahawa tiada sebarang fakta yang memihak kepadanya dalam kes liwatnya. Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas), Datuk Aziah Ali membuat keputusan itu dalam kamar sebentar tadi. Anwar sebelum ini memohon kebenaran mahkamah mengadakan semakan kehakiman bagi mengenepikan kenyataan Timbalan Pendakwaraya bahawa tiada sebarang fakta yang memihak kepada pembelaan dalam kes itu.Beliau memohon perintah mandamus bagi memaksa pihak pendakwaan membekalkan kepadanya satu kenyataan bertulis yang mempunyai keterangan memihak kepadanya selain memohon perintah bagi melarang pihak pendakwaan meneruskan prosiding sehingga beliau memperoleh fakta yang dipohonnya.

[Satu keputusan yang tidak seimbang, berat sebelah dan wajar dibantah keras oleh rakyat. Pihak mahkamah terkadang sengaja mencipta fakta untuk mensabitkan Anwar dengan kes-kes tertentu biarpun seluruh dunia termasuk ulamak muktabar memperakui bahawa Anwar adalah mangsa fitnah dalam kes liwantnya dengan Saiful. Namun, atas desakan politik politik pihak atasan dan takut kehilangan jawatan atau ditukar maka hakim-hakim badut ini akan bermain dengan kata-kata yang telah disiapkan]
Pihak Polis Ambil Keterangan Exco Selangor

SHAH ALAM, 5 Jan [4.45 pm] - Exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah (foto), hari ini memberi keterangan kepada pihak polis berhubung kenyataannya yang didakwa cuba menakut-nakutkan pihak berkuasa itu baru-baru ini. Ean, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan, tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam kira-kira jam 10 pagi ditemani peguamnya, Lim Lip Eng sebelum memberi keterangan kira-kira sejam. Beliau disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung kenyataannya yang meminta polis menghentikan siasatan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa setiausaha politik Ean, Teoh Beng Hock mati dibunuh.Minggu lalu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dilapor berkata, pihaknya akan memanggil ADUN itu bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya tersebut.

[Seperti biasa, pihak polis begitu pantas bagaikan kilat mahu sesiapa sahaja pemimpin Pakatan Rakyat yang didapati melakukan kesalahan untuk tampil bagi membantu siasatan. Namun mereka "menikus" dalam memanggil mana-mana pemimpin UMNO dan BN untuk membantu siasatan biarpun ada berpuluh-puluh laporan polis yang dibuat berhubung isu-isu rasuah dan penyelewengan yang berlaku di Selangor selama ini].


Raja Petra Mungkin Didakwa Guna Pasport Asing


PUTRAJAYA, 5 Jan [1.00 pm] - Editor laman web 'Malaysia Today', Raja Petra Raja Kamaruddin (foto), mungkin didakwa menggunakan sebuah pasport asing untuk meninggalkan negara ini sekiranya ada laporan terhadapnya, kata Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail. Bagaimanapun, beliau tidak mengesahkan jika ada laporan seperti itu. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan penulis blog itu didakwa jika didapati menggunakan pasport asing untuk melarikan diri tahun lepas selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya. "Kami perlu menimbang (mendakwa Raja Petra) jika ada laporan terhadapnya dan siasatan dijalankan berdasarkan laporan yang dibuat," katanya kepada pemberita di sini, semalam. Abdul Gani berkata, perkara penting kini ialah untuk mendapatkan Raja Petra terlebih dahulu sebelum mendakwanya semula. "Anda tidak semudah mendakwa seseorang apabila anda tidak mendapatkannya. Apabila hanya sudah pasti mendapatkan orang itu, maka anda boleh teruskan. "Oleh kerana mahkamah membebaskan tanpa melepaskan Raja Petra, dia boleh didakwa semula atas tuduhan sama apabila dia kembali ke negara ini," katanya. Menurut beliau, kerajaan masih dalam proses mengenal pasti lokasi Raja Petra dan sebaik sahaja dikesan permohonan sewajar perlu dibuat mengikut undang-undang negara berkenaan untuk membawa semula dia ke Malaysia bagi menghadapi tuduhan. Raja Petra didakwa menggunakan pasport sebuah negara jiran untuk melarikan diri ke Britain dan pihak berkuasa imigresen Malaysia telah mengesahkan tiada rekod menunjukkan dia telah melalui pemeriksaan di pintu keluar negara.

[Aneh benar, kerajaan Malaysia yang mempunyai rangkaian maklumat antarabangsa gagal untuk mengesan Raja Petra. Ada yang menganggap ini semua bagi mengelakkan beliau dibawa ke mahkamah untuk didakwa atas faktor takut rahsia yang lebih besar terbongkar jika ia berlaku. Maka, jalan terbaik ialah membiarkan Raja Petra hilang dan kes tersebut tidak dibicarakan seperti yang dijangka. Kita juga tidak hairan Raja Petra akhirnya tidak dijumpai terus, sehinggalah kerajaan BN tumbang dalam pilihanraya umum akan datang. Ini semua hanyalah satu strategi mereka]

Bicara Kes Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Ditangguh

KUALA LUMPUR, 5 Jun [11.35 am] - Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menangguhkan perbicaraan kes bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin (foto), yang didakwa kerana memberi ceramah tanpa tauliah di Hulu Klang 1 November lalu, kepada 3 Mei ini. Ini bagi membolehkan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mendengar serta memutuskan permohonan pihak pendakwaan memindahkan kes itu ke sana esok. Keputusan itu dibuat selepas Dr Mohd Asri dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengemukakan pertanyaan berhubung perkara itu kepada mahkamah sebentar tadi. Perbicaraan kes itu sebelum ini ditetapkan esok selepas Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menolak permohonan Jais memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Syariah Pada 18 November lalu, Dr Mohd Asri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur terhadap pertuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah yang didakwa dilakukan di sebuah kediaman di Lorong 2 C, Taman Sri Ukay, Ampang, antara 8.10 malam dan 9.45 malam pada 1 November 2009.

[Di Malaysia, hanya ulamak bertaraf dunia sahaja yang mudah mendapat tauliah dan permit untuk mengajar agama. Sebaliknya bagi mereka yang mengajar manusia ke arah kebahagian dunia akhirat, maka ianya akan dihalang dan dilabelkan sebagai pendakwah yang memecahbelahkan umat Islam. Malah, lebih teruk lagi mereka juga terkadang digelar membawa ajaran sesat. Tetapi anehnya, Ayah Pin yang sudah terang-terang sesat itu sehingga ke hari ini masih belum ditangkap dan mahu didakwa oleh pihak berkuasa. Apakah malangnya nasib rakyat di negara Islam Hadhari ini?].

Dua Maut Dalam Satu Kemalangan Di Kuantan

KUANTAN, 5 Jan [9.20 am] - Dua beranak maut selepas kereta Proton Iswara yang dinaiki mereka dipercayai dirempuh sebuah lori tiga tan bermuatan tong ikan kosong di KM 25 Jalan Kuantan-Kemaman dekat sini, jam 4.30 petang semalam. Pemandu kereta berkenaan, Sahat Mohd Isa dari Taman Bahagia Baru, Batu Pahat, Johor dan anaknya Faridah Sahat, 31, Orang Kurang Upaya (OKU) yang berada di tempat duduk belakang, maut di tempat kejadian manakala isterinya yang berada di tempat duduk hadapan, Habsah Bujang, 61, juga mengalami cedera parah. Turut cedera parah adalah kelindan lori terbabit, Abdul Ghani Awang Hamat, 62, manakala seorang lagi kelindan, Mohd Hafizi Fauzi, 19, dan pemandu lori berkenaan (nama belum diketahui) hanya cedera ringan. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, kejadian itu berlaku ketika keluarga berkenaan dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Kemaman.

[Pengguna jalanraya harus berhati-hati dalam apa jua keadaan sekali pun. Biar sampai lambat tapi jangan tak sampai langsung. Jika ada individu yang bersikap leka dan lalai ketika memandu, maka inilah jadinya. Mereka yang tidak bersalah akhirnya terkorban, sementara yang bersalah hanya cedera ringan. Malahan ada juga yang membawa kematian dan mereka sihat walafiat tanpa sebarang kederaan. Apakah wajar punca kemalangan itu dikira atas apa yang berlaku, dan bukan siapa yang bersalah (kedua pihak), sedangkan ada pemandu yang berhemah itu turut menjadi mangsa kerakusan pihak lain yang bertindak melulu dijalanraya itu sebenarnya].

Akhirnya Kerajaan Akur Untuk Failkan Rayuan


KUALA LUMPUR, 5 Jan [2.00 am] - Kementerian Dalam Negeri (KDN) petang semalam memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah "Allah" dalam penerbitan "Herald-The Catholic Weekly", Jumaat lalu. Perkara itu disahkan Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaluddin Md. Said ketika dihubungi sebentar tadi bahawa notis rayuan difailkan di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rayuan di Putrajaya jam 4 petang tadi. Katanya, permohonan menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi itu pula akan difailkan di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi,Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini.

[Amat mengejutkan bilamana keputusan ini dibuat dalam masa yang cukup singat selepas mendapat desakan dan komentar yang meluas dalam blog-blog pro reformasi. Kemungkinan besar kerajaan terpaksa mengikut kehendak rakyat ini, bagi menunjukkan kononnya mereka juga serius untuk menangani isu ini. Walhal apa yang berlaku itu adalah sebaliknya].
Share:

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Kerajaan Akan Dapatkan Semula Enjin Hilang

PUTRAJAYA, 4 Jan
[5.01 pm] - Kerajaan akan berusaha mendapatkan kembali dua enjin pesawat pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang didapati hilang dengan kerjasama negara terakhir enjin itu dikesan. Perkara itu dinyatakan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (foto), dalam sidang akhbar di sini, sebentar tadi. Beliau berkata, sekatat ini kertas siasatan terhadap kes itu sudah selesai dan masih menunggu proses pendakwaan.

[Amat mengejutkan kenyataan Peguam Negara ini sebenarnya. Beliau sepatutnya mengumumkan proses pendakwaan terhadap individu yang terlibat dan dalang penjualan haram ini. Bukannya menjadi Menteri Pertahanan untuk mengumumkan kerajaan akan berusaha dapatkan kembali enjin itu. Jika ia diperolehi sekali pun, siapakah yang akan membayar RM100 juta kepada pembeli terbabit?. Apakah wang rakyat akan digunakan?. Bagaimana dengan mereka yang dapat habuan itu?].

Selangor Berkuasa Sekat Kegunaan Nama Allah


SUNGAI BESAR, 4 Jan [4.30 pm] - Kerajaan Selangor boleh menghalang sekiranya ada pihak yang menggunakan nama Allah dengan tujuan untuk merosakkan Islam, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (foto). "Jika perkara-perkara yang dibuat memberi kesan negatif kepada agama Islam, sudah tentulah kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk menyekat berlakunya perkara itu," katanya kepada pemberita selepas mengiringi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menghadiri Majlis Menuai Padi di Kampung Parit 15, Simpang Lima di sini, hari ini. Beliau diminta mengulas isu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh akhbar mingguan Catholic Herald baru-baru ini. Keputusan itu menimbulkan rasa marah umat Islam. Mengulas mengenai ada pemimpin Parti Keadilan Rakyat yang menyokong keputusan itu, Khalid berkata, ada antara mereka yang berbeza pendapat daripada segi konsep kebebasan penggunaannya tetapi kebanyakan mereka bersetuju supaya kalimah Allah tidak digunakan.

[Memang ada sesetengah pihak yang berpendapat bahawa Allah adalah tuhan segenap alam ini dan bukannya hanya untuk umat Islam sahaja. Pengunaan nama tidak menjadi halangan jika ia bukan bertujuan untuk penghinaan. Maka itu, konsep ini perlu diperhalusi dengan jelas dan lebih teliti bagi mengelakkan sebarang masalah. Lagi pun kes ini masih diperingkat keputusan Mahkamah Tinggi dan belum lagi difailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan. Cuma yang melatah sekarang ini ialah puak-puak UMNO yang kononnya mempertahankan Islam. Walhal rakyat sebenarnya tidak terlalu terkejut dengan isu ini kerana Hakim bicara sendiri pun bukannya beragama Islam. Maka sudah pastilah keputusan sebaliknya].

Pelajar Perempuan Cedera Dipukul Penyamun

KUANTAN, 4 Jan [2.30 pm] - Seorang pelajar perempuan cedera selepas kepala dan bahunya dipukul seorang penyamun ketika sedang menunggu teksi di tepi warung di Lorong Semambu Baru di sini, semalam. Pegawai Urus setia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Asisten Komisioner Noor Asyikin Shamsuri, berkata insiden pada jam 2.45 pagi membabitkan mangsa yang berusia 20 tahun ketika beliau sedang menunggu teksi seorang diri untuk ke Terminal Makmur. "Mangsa didatangi seorang lelaki bermotosikal jenis Yamaha LC berwarna putih dan mengusiknya menyebabkan mangsa tidak selesa dan tidak mempedulikannya," katanya di sini, hari ini. Beliau berkata, suspek secara tiba-tiba memukul belakang mangsa sebanyak tiga kali menggunakan topi keselamatan sebelum mangsa jatuh tertiarap. Tidak cukup dengan itu, katanya, suspek memukul belakang bahu mangsa menggunakan kerusi plastik yang berada berhampiran selain menarik seluar yang dipakai mangsa kerana bimbang gadis itu melarikan diri. "Suspek berjaya mengambil telefon mudah alih milik mangsa dan cuba mengambil komputer ribanya namun gagal apabila datang sebuah kereta membantu mangsa yang mengalami lebam-lebam dan bengkak," katanya. Noor Asyikin berkata, suspek bagaimanapun berjaya melarikan diri namun tidak sempat membawa bersama motosikalnya. Polis kini sedang memburu mangsa berdasarkan motosikal tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi IPD Kuantan di talian 09-513 2222.

[Kes jenayah seperti ragut ini semakin menjadi-jadi sekarang ini. Pihak polis digesa mempergiatkkan lagi operasi untuk menahan dan menangkap mereka yang bertanggungjawab. Hukuman yang lebih keras wajar dikenakan terhadap mereka yang terbabit agar ia memberi pengajaran serta tauladan kepada rakan-rakan yang lain untuk terlibat dalam aktiviti tidak sihat seperti itu. Semoga semua dapat lebih berhati-hati selepas ini].

Muhyiddin Mahu Rakyat Yakin Langkah Kerajaan


KUALA LUMPUR, 4 Jan [1.30 pm] - Tan Sri Muhyiddin Yassin (foto), mahu rakyat yakin dengan langkah yang diambil kerajaan bagi menyelesaikan isu penggunaan perkataan "Allah" dalam The Herald-Catholic Weekly yang dibenarkan Mahkamah Tinggi, Jumaat lalu. Timbalan Perdana Menteri berkata, rakyat khsusunya umat Islam harus bertenang seperti yang ditekankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam. Najib semalam berkata, umat Islam perlu bertenang dan tidak terlalu "memanaskan" isu itu dan kerajaan amat memahami perasaan dan sensitiviti umat Islam berkaitan isu itu. Mengulas perkara itu, langkah yang diambil kerajaan itu akan mengambil kira pelbagai sensitiviti, meliputi aspek sejarah dan kesannya. "Kita turut mengambil kira bagaimana tindakan ini dari sudut Perlembagaan negara, undang-undang, ketenteraman awam dan keselamatan negara," katanya pada sidang akhbar selepas melawat Sekolah Kebangsaan Subang Bestari sempena permulaan sesi persekolahan 2010, dekat Subang, hari ini.

[Muhyiddin tidak perlu memaksa rakyat untuk menerima segala apa yang mahu dilakukan oleh kerajaan dalam isu ini. Rakyat sebenarnya sudah tidak yakin lagi dengan kerajaan, susulan kelewatan mengendalikan kes ini dan membawanya ke Mahkamah Rayuan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu. Jika selama ini mereka banyak kali membatalkan banyak keputusan besar yang menghancurkan harapan rakyat, maka kenapa kali ini mereka terhegeh-hegeh dan langsung tidak bermaya seolah-olah tiada langsung kuasa untuk melakukan tindakan].

Abu Kassim Angkat Sumpah Ketua Pesuruhjaya

KUALA LUMPUR, 4 Jan [12.20 pm] - Datuk Abu Kassim Mohamed (foto), hari ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Terengganu di sini. Pelantikan Abu Kassim, 49, berkuat kuasa 1 Januari lalu bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Said Hamdan yang memutuskan untuk bersara pada 31 Disember 2009 iaitu lima bulan lebih awal daripada tempoh kontraknya berakhir. Menyertai Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 1 September 1984 sebagai pegawai siasatan, Abu Kassim memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Sarjana Sains dalam bidang Kehakiman Jenayah dari Michigan State University, Amerika Syarikat.Beliau pernah menjadi Pengarah Perancangan dan Koordinasi Dasar di ibu pejabat BPR, Pengarah BPR Perak dan Pulau Pinang, Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia dan dipinjamkan sebagai Ketua Pegawai Integriti, Amanah Raya Bhd. Abu Kassim dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) BPR pada 1 Jun 2007. Apabila BPR bertukar menjadi suruhanjaya pada 1 Januari tahun lalu, Abu Kassim dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya.

[Perlantikan Abu Kassim diharap dapat memulihkan reputasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Namun, jika keadaannya tetap sama dengan apa yang berlaku sekarang ini maka tiada gunanya SPRM bertukar kepimpinan sedangkan hakikatnya dua kali lima sahaja. Walau bagaimana pun, rakyat amatlah berharap agar Abu Kassim dalam melaksanakan tanggungjawab dan melakukan tindakan dengan rasional, profesional, adil dan saksama untuk seluruh ramyat Malaysia, tanpa membezakan kaum, bangsa serta fahaman politik kepartian masing-masing. Semoga SPRM akan berubah dibawah kepimpinan baru Datuk Abu Kassim ini hendaknya].
Share:

Kontroversi: Isu Khalimah Allah, Meminta Umat Islam Bertenang Dan Sengaja Lambatkan Proses Rayuan Bukti Ada Agenda Tersembunyi Kes Ini !

Kenyataan Perdana Menteri 1Malaysia, Najib Razak (foto), yang meminta umat Islam di negara ini bertenang dan tidak terlalu "memanaskan" isu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan gereja Katolik (Herald) menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya jelas sekali menunjukkan bahawa memang "ada udang disebalik mee" terhadap kes ini. Apa tidaknya, Najib hanya mampu berkata, kerajaan sedar bahawa isu itu amat sensitif serta menyentuh perasaan umat Islam di negara ini dan kerajaan akan menangani isu itu sebaik mungkin. Malah Najib mahu rakyat hendaklah bersikap bertenang pada masa ini dan membiarkan perkara ini diselesaikan melalui proses mahkamah. Soalnya sekarang, puak-puak manakah yang begitu "bising" dan "gila meroyan" dengan kes ini agaknya?. Dapat dilihat sekarang, bahawa puak-puak UMNO sahaja yang bagai "cacing kepanasan" dalam memperjuangkan isu ini. Sebaliknya rakyat yang lain hanya melihat dengan penuh kelucuan akan gelagat mereka. Kononnya hanya Melayu UMNO yang mempertahankan Islam di negara ini, walhal sebaliknya merekalah yang telah mencemar serta merosakkan imej Islam itu sendiri. Kelewatan pihak kerajaan untuk merayu kes ini di Mahkamah Rayuan juga amatlah dikesali dan mengejutkan sebenarnya. Apa tidaknya, dalam kes yang membabitkan agama Islam seperti ini pemimpin UMNO dan kerajaan BN hanya mampu meminta rakyat bersabar atas segalanya. Sedangkan, kerajaan sepatutnya bertindak cepat sepantas kilat untuk memfailkan rayuan kes ini jika mereka benar-benar jujur dan ikhlas ingin mempertahankan kesucian agama Islam itu. Sebaliknya, mereka lebih gemar mengambil sikat tunggu dan lihat selepas beberapa hari kes ini dihebohkan baru-baru ini. Soalnya, kenapa mereka mahu rakyat bertenang dan dalam masa yang sama mengaku UMNO "juara rakyat" dalam memperjuangkan isu agama seperti ini.

Kenapa Isu MB Perak Secepat Kilat Fail Rayuan

Apa yang jelas dapat dilihat, sememangnya tindakan ini adalah bermotifkan politik semata-mata. Disamping untuk mengalih pandangan rakyat terhadap isu utama yang melanda sekarang iaitu perihal kenaikan harga gula dipasaran dan isu-isu lain, maka mereka memainkan isu "khalimah Allah" ini agar rakyat tertumpu kepada isu berkenaan dan melupakan isu yang lain. Inilah strategi jahat puak-puak UMNO dan BN yang sebenarnya memang tidak jujur dan bertanggungjawab kepada rakyat itu sendiri. Sesuatu yang harus kita fikirkan disini ialah kenapa dalam isu politik yang melibatkan kuasa seperti kes Menteri Besar Perak dulu, kerajaan begitu cepat menfailkan rayuan di mahkamah. Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Nizar Jamaluddin adalah menteri besar yang sah, maka dengan sepantas kilat kerajaan menfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan yang akhirnya membatalkan keputusan tersebut dan memberi kemenangan "tak bermoral" kepada Zambry Kadir. Kenapa dalam kes kuasa seperti ini mereka lebih "advanced" tetapi dalam isu "agama yang lebih penting" mereka terkebelakang. Apa lagi yang harus difikirkan oleh pemimpin UMNO sekarang?. Walhal, dalam masa yang sama mereka mengatakan hanya mereka pejuang Islam sejati. Inikah namanya pejuang sejati, bila sanggup membiarkan mahkamah sewenangnya membuat keputusan. Di sinilah bukti jelas yang menunjukkan mereka sengaja mahu mengelirukan rakyat dalam isu agama seperti ini. Sengaja melambat-lambatkan proses rayuan demi kepentingan politik mereka sebenarnya. Ini membuktikan puak-puak UMNO sudah ketandusan idea dalam memenangi hati rakyat terutamanya orang Melayu yang beragama Islam. Isu perkauman yang dimainkan selama ini, gagal memecahbelahkan keutuhan Pakatan Rakyat. Maka kini isu agama pula dijadikan bahan "eksperimen" mereka. Apakah kita harus tertipu dan terpedaya dengan adengan yang cukup memualkan di tahun baru 2010 ini agaknya?

Kenapa Biarkan Hakim Bukan Islam Kendali Kes

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu juga sebenarnya amat "memeranjatkan" kerana kerajaan membenarkan dan membiarkan seorang hakim yang bukan Islam iaitu Lau Bee Lan (foto) untuk mengendalikan dan memutusan keputusan penting ini. Kenapa kerajaan tidak menggunakan kuasa yang ada untuk menukarkan hakim lain yang berbangsa Melayu dan beragama Islam untuk mengendalikan kes ini. Di sini, nampak sangat mereka sudah merangka strategi untuk menarik perhatian rakyat terhadap isu ini. Malah, mereka mahu menampakkan seolah-olah UMNO itu pejuang agama yang sebenar-benarnya. Akhirnya, rakyat yang dibutakan mata dan hati terpengaruh dan percaya dengan taktik permainan kotor mereka. Inilah yang amat dinantikan oleh mereka sebenarnya. Justeru itu, kita tidak hairan yang Najib akan melambat-lambatkan proses rayuan ini bagi memberi sokongan yang lebih banyak kepada para pejuang agama yang terdiri dari kalangan puak-puak UMNO untuk memainkan isu ini. Soalnya sekarang, apakah tidak ada hakim beragama Islam yang boleh diarahkan mengendalikan kes seperti ini agaknya?. Kenapa membiarkan hakim bukan Islam membicarakan dan membuat keputusan. Ditambah lagi dengan peguam yang bukan Islam dan sebagainya. Akhirnya memang sudah kita jangkakan, satu keputusan yang cukup mengelirukan berlaku. Kenapa kerajaan tidak bertindak lebih awal? Sedangkan dalam isu politik mereka boleh mencaturkan siapakah hakim yang akan mengendalikan kes tertentu. Inilah juga bukti jelas bahawa kes ini sengaja dirancang dengan rapi dalam usaha mengembalikan kepercayaan orang Melayu terhadap UMNO sebenarnya. Oleh itu, rakyat tidak harus terkeliru dengan kes seperti ini.

[Puak-puak UMNO BN sekarang ini memang terpaksa mencari isu untuk mengalih perhatian rakyat terhadap kes-kes panas yang lebih besar sebenarnya. Cara yang terbaik ialah memainkan isu agama seperti ini bagi mencari populariti. Maka itulah, kita tidak hairan mereka yang membuat demontrasi atas isu ini sering memperli pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat yang kononnya tidak peka dengan permasalahan umat Islam. Malah mereka menuduh, pemimpin Melayu dalam pembangkang hanya memperjuangkan isu-isu politik semata-mata sebaliknya dalam isu agama seperti ini mereka membisu. Sedangkang, pemimpin Pakatan Rakyat sebenarnya tahu tentang strategi licik UMNO ini, maka tidak perlulah mereka membuang masa menyertai demonstrasi jalanan dengan golongan yang selama ini memang menghina dan menolak Islam isu. Biarlah mereka bermain dengan api, kelak nanti sudah pasti ia akan membakar diri !!]
Share:

Edisi Pahang: Shamsul Iskandar Perjelaskan Isu Khalimah Allah Hanyalah Satu Helah Puak-Puak UMNO Mengalih Perhatian Rakyat Sebenarnya !!

KUANTAN, 4 Jan [9.00 am] - Kerajaan UMNO dan BN dipercayai sengaja menggunakan isu khalimah Allah sebagai senjata untuk mengalih pandangan rakyat terhadap isu semasa yang lebih penting kepada rakyat. Antaranya isu semasa yang sedang hangat diperkatakan sekarang ialah kenaikan harga gula di pasaran, isu kehilangan enjin pesawat, isu laporan bedah siasat kedua yang mengesahkan Teoh Beng Hock dibunuh, isu kenyataan P.Balasubramaniam bahawa beliau diugut dan diberi habuan supaya menarik balik akuan bersumpahnya terhadap penglibatan PM Najib Razak dalam kes pembunuhan wanita Monggolia, Altantunya Shariibuu dan banyak lagi. Pendek kata rakyat mahu dikelirukan dengan satu cerita kartun yang langsung tidak masuk dek akal sebenarnya. Baru-baru ini mahkamah membenarkan sebuah akhbar (Herald) menggunakan kalimah Allah SWT dalam penerbitannya. Insiden ini telah mencetus polemik dikalangan masyarakat dalam negara kita. Keadaan kelihatan tegang antara penganut ajaran Kristian dan umat Islam, hingga membawa kepada protes besar-besaran di seluruh negara. Anehnya protes itu hanya dilakukan oleh puak-puak UMNO dan Barisan Nasional, kononnya mereka adalah "juara rakyat" dalam isu mempertahankan agama Islam. Walhal, majoriti rakyat tahu bahawa puak-puak UMNO adalah golongan yang selama ini sering menghina agama Islam itu sendiri.


Ceramah yang terpaksa dipindahkan dari lokasi asalnya malam tadi

Samsul bergambar dengan petugas AMK dan AJK PKR Pancing Timur

Bukti jelas menunjukkan mereka memang tidak melaksanakan sistem pemerintahan mengikut Islam yang sebenarnya. Malah, rata-rata pemimpin mereka gemar melakukan amalan rasuah, penyelewengan dan korupsi yang tidak wajar dilakukan oleh orang Islam itu sendiri. Maka, kenapa mereka tiba-tiba mahu menjadi juara dalam isu khalimah Allah ini agaknya. Mengulas lanjut tentang perkara ini Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin (foto), menegaskan bahawa amatlah tidak masuk akal tiba-tiba mahkamah memenangkan Akhbar Herald dalam kes yang cukup sensitif ini sebenarnya. Amatlah tidak logik, kerajaan UMNO dan BN yang senantiasa menang dalam banyak kes tiba-tiba gagal menggunakan teknik yang sama iaitu menggunakan skrip untuk memaksa hakim menukar fakta pada kali ini. Secara jelas dapat kita lihat bahawa kemenangan kepada Herald dalam kes ini sudah nampak petandanya apabila hakim dan peguam yang menbicarakan kes ini bukanlah orang Islam. Maka itu sememangnya amat sukar untuk Islam menang bila hakim yang bukan Islam membicarakan kes yang melibatkan agama Islam itu sendiri. Soalnya, kenapa kerajaan UMNO dan BN tidak menggunakan kuasa mereka untuk menukarkan hakim berkenaan, sama seperti apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim ketika kes mahu dibicarakan di Mahkamah Sesyen oleh Hakim Koomathy dulu. Mereka dengan mudah menukarkan hakim untuk membolehkan kes dipindahkan secara mudah ke Mahkamah Tinggi. Maka kenapa mereka tidak mahu menggunakan cara yang sama dalam kes penggunaan nama Allah ini?. Apa yang jelas, ini semua adalah satu strategi untuk mengalih pandangan rakyat sebenarnya. Bukti jelas kini mereka menggelarkan pula UMNO sebagai juara yang memperjuangkan Islam. Malah mereka menempelak parti-parti dalam Pakatan Rakyat untuk turut menyokong dan mengadakan demontrasi atas kes ini. Semua ini hanyalah lakonan semata-mata dan kita sendiri tahu siapakah yang mencipta skrip itu.

[Banyak lagi isu yang telah didedahkan oleh Shamsul dalam ceramahnya di Felda Sg.Panching Timur, Kuantan malam tadi. Biarpun kehadiran penyokong agak kurang memberangsangkan biarpun ceramah menampilkan dua Ketua Pemuda sayap kanan parti dalam Pakatan Rakyat iaitu Shamsul (Ketua AMK PKR) dan Ustaz Nasharuddin Hassan At-Tantawi (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat). Orang ramai yang ingin hadir keliru dan gusar diambil tindakan oleh pihak pengurusan Felda, terutamanya penduduk tempatan. Malahan, pihak polis dipercayai telah menarik balik permit pada awalnya akibat laporan polis yang dibuat oleh pemimpin UMNO setempat dan juga Pengurus Felda. Namun, atas perundingan ceramah telah diubah ke lokasi yang berlainan selepas perbicangan diadakan dengan pihak polis. Apapun ceramah akhirnya berjaya dijalankan seperti yang telah dijadualkan. Turut berceramah malam tadi ialah Saudara Razali Alias (Setiausaha Perhubungan PKR Pahang, mewakili Dato' Fauzi) dan Ketua Cabang PKR Paya Besar, Saudara Zahari. Apapun, tahniah kepada semua AJK yang terlib
at].
Share:

Eksklusif: Kehilangan Si Hakim Augustine Paul Bakal Pulihkan Sedikit Maruah Dan Imej Badan Kehakiman Yang Memang Sudah "Tak Relevan"!

Pemergian Hakim "Coklat Hacks" Augustine Paul sungguh mengejutkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Ramai yang meratapi kematian hakim popular itu. Bagi mereka beliau adalah hakim yang cukup berpengalaman dan mempunyai rekod perkhidmatan yang cukup memuaskan sepanjang kerjayanya. Malah ada pula yang memuji-muji kononnya kehilangan beliau adalah satu kerugian besar kepada badan kehakiman negara. Namun, bagi seluruh rakyat yang cintakan keadilan, kehilangan Augustine Paul memang amat dinanti-nantikan. Kerana beliau adalah satu-satunya hakim yang cukup pandai memutar belit fakta dan mengikut arahan "tangan-tangan belakang". Skrip kehakimannya memang sudah boleh dibaca dan tidak hairanlah beliau cukup terkenal seantero dunia sebagai salah seorang hakim yang berkelas "cap ayam" kerana mengamalkan perbicaraan yang langsung tidak masuk dek akal. Kehakiman yang jelas berpihak kepada kerajaan UMNO dan BN dalam apa jua keadaan telah menyebabkan imej beliau tercalar. Malah seluruh dunia melihat beliau tidak layak menjadi hakim untuk sebuah mahkamah di Malaysia. Augustine hanya layak menjadi "hakim jalanan" atau "kedai kopi" sahaja. Malah, rakyat yang berada di seluruh pelusuk negara lebih bijak menghakimi setiap kes berbanding Augustine yang kononnya mempunyai ilmu kehakiman yang cukup tinggi di dada.
Lantaran itu, pemergian Augustine dari dunia ini merupakan satu kelegaan buat rakyat sebenarnya. Oleh itu, hanya mereka yang tidak sayangkan keadilan sahaja yang akan meratapi pemergian Augustine Paul. Cuba kita lihat antara kejayaan besar yang telah menaikkan nama beliau itu sebenarnya. Jasa terbesar Augustine Paul ialah telah menjatuhkan hukuman bersalah kepada Datuk Seri Anwar pada 14 April 1999 dalam satu perbicaraan yang mencipta rekod dunia perkataan 'tak relevan' paling banyak diucapkan di mana-mana mahkamah dunia. Hukuman itu berhubung tuduhan Anwar menyalahguna kuasanya untuk mengganggu siasatan polis dalam kes liwat yang menyebabkan Anwar merengkok di penjara Sungai Buloh selama 6 tahun. Beliau juga merupakan satu-satunya hakim dalam dunia yang membenarkan tilam bertompok-tompok dijadikan bahan bukti DNA Anwar walaupun dalam keterangan di mahkamah, seorang pakar DNA berkata 10 daripada 13 kesan air mani menyamai DNA Anwar. Peguambela pula berhujah bahawa contoh DNA Anwar telah diletak pada tilam tersebut. Augustine bagaimanapun menerima keterangan DNA tersebut. Augustine juga dikritik kerana berulangkali enggan menerima pengemukaan bukti oleh peguambela dan menolaknya sebagai 'tidak relevan' dalam kes tersebut sambil batuk-batuk ala iklan gula Hacks, Malah, penghakiman Augustine setebal 320 halaman untuk kes tersebut, dianggap sebagai yang terpanjang dalam sejarah negara ini dan mungkin terpanjang di dunia. Mengenang jasa-jasanya maka Agustine menerima kenaikan pangkat dari Pesuruhjaya kehakiman ke jawatan Hakim Mahkamah Tinggi 1998, Hakim Mahkamah Rayuan 2003 dan Mahkamah Persekutuan 2005.
[Dengan segala bukti ini maka sudah jelas kepada kita pemergian Augustine Paul tidak wajar ditangisi oleh segenap lapisan masyarakat dan rakyat Malaysia yang cintakan keadilan. Hanya mereka yang gemar kepada kezaliman dan penyelewengan sahaja yang akan mempertahankan kehakiman seperti yang telah beliau lakukan itu. Amalan kehakiman yang cukup biadap dan khianat kepada tanggungjawab telah membawa kehancuran kepada mana-mana hakim dan peguam yang terlibat. Maka, apa yang perlu ialah mereka nantikan sahaja balasan di atas muka bumi ini atas segala pengkhianatan yang dilakukan terhadap mana-mana individu yang sepatutnya mendapat perbicaraan yang adil dan saksama].
Share:

Eksklusif: Panas! Seorang Lagi Konspirator Kes Liwat Anwar 98, Iaitu "Hakim Coklat Hacks" Si Augustine Paul Meninggal Dunia Petang Tadi !!

KUALA LUMPUR, 2 Jan [6.30 pm] - Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri S. Augustine Paul (foto) yang menjadi perhatian dalam kes "Liwat 98" membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim 12 tahun yang lalu meninggal dunia hari ini. Punca kematian tidak diketahui tetapi mendiang telah terlantar sakit akibat penyakit kronik yang dideritainya sejak beberapa lama. Beliau berumur 65 tahun. Beliau meninggalkan seorang isteri Datin Seri Dr Mary Paul dan dua anak iaitu Dr Juliana Sharmini, 29, dan Alan John, 27. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 2.45 petang di Hospital Selayang, kata menantunya Robert Devan, 37. Keranda yang membawa jenazahnya akan berlepas dari kediamannya di No. 16, Lorong Taman Pantai 7, Bangsar, Kuala Lumpur pada pukul 2 petang Ahad ini ke Parish of St Peter di No. 441, Seksyen 96A, Jalan Changkat Riong bagi upacara pengebumian pada 2.30 petang. Augustine, lulusan Barristerat Law dari Inner Temple, England, memulakan kerjaya beliau pada 1971 sebagai Peguam Persekutuan di Jabatan Peguam Negara dan kemudiannya sebagai majistret di Ipoh, Perak. Beliau pernah berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Sesyen di Temerloh, Pahang, Melaka dan Pulau Pinang dan merupakan Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Percukaian sebelum dilantik Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada bulan Mei, 1998.

Kira-kira enam bulan selepas disahkan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, beliau diberikan tugas besar mengendalikan kes rasuah dan liwat membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bermula pada November 1998 dan bagi hampir enam bulan, nama beliau sering menjadi bahan berita berikutan sering membuat keputusan "tidak relevan" dalam kes itu. Tujuh tahun kemudian, Augustine dilantik Hakim Mahkamah Persekutuan dan beliau mempunyai beberapa bulan lagi sebelum bersara apabila menghembuskan nafas terakhir hari ini. Dengan kematian Augustine ini, ia bermakna ramai yang terlibat dalam konspirasi tahun 1998 itu ditimpa pelbagai misteri dan bala serta musibah. Masih ingat lagi apa yang berlaku kepada Tan Sri Mohtar Abdullah, Dr. Qistina, Rahim Noor, Azizan (bekas pemandu Anwar) dan Datuk Aziz Shamsudin. Masihkah lagi ada yang beranggapan semua ini secara kebetulan? Tak relevan? Ingatlah mereka yang kini merancang konspirasi kedua dalam kes liwat terhadap Anwar tentang doa orang yang dizalimi. Lucu benar bila mendengar kenyataan Ketua Polis Negara Musa Hassan bahawa Augustine Paul merupakan seorang yang komited dalam setiap kerjanya dan tahu mengenai undang-undang bagi mengendalikan perbicaraan dengan adil. Beliau berkata demikian ketika ditanya media hari ini.

[Manusia hanya merancang, tetapi perancangan Allah adalah yang paling utama sebenarnya. Mereka bebas melakukan apa sahaja terhadap Anwar, menjatuhkan maruah, mengaibkan dan memalukan dirinya dengan kes liwat tersebut. Namun, kini nama Anwar semakin harum dipersada dunia. Malah Anwar lebih popular daripada mana-mana pemimpin Malaysia yang ada hari ini termasuk Perdana Menteri Najib Razak sendiri. Inilah yang dikatakan takdir penentu segalanya. Oleh itu, kepada pihak yang sedang mengatur kes "Liwat II" yang melibatkan Anwar dan Saiful Bukhari Azlan diminta berhati-hati dan mengambil ikhtibar atas apa yang berlaku ini hendaknya. Ingatlah, kematian akan menjemput bila-bila masa sahaja].
Kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan At Tantawi berkenaan Isu Penggunaan Khalimah Allah, Sila Klik Di Sini
Share:

Edisi Pahang: Wakil Rakyat Bebas DUN Tanah Rata, Cameron Hihglands Ho Yip Kap Akhirnya Menyertai Semula BN Menerusi Parti Gerakan !!

BENTONG 2 Jan [4.25 pm] - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanah Rata, Cameron Highland, Ho Yip Kap (foto) yang memenangi kerusi itu atas tiket Bebas memilih menyertai parti Gerakan mulai hari ini. Keputusan Yip Kap menjadi ahli parti itu dibuat selepas permohonan beliau untuk menyertai semula MCA tidak mendapat layanan. “Saya menyertai parti ini (Gerakan) adalah hasil sokongan dan perbincangan bersama para pengundi dan penyokong di Tanah Rata yang inginkan pembaharuan dalam tampuk kepimpinan. "Walaupun terdapat gesaan dan cadangan supaya saya menyertai parti pembangkang tetapi saya memilih untuk menyertai Gerakan kerana parti itu masih dalam gabungan Barisan Nasional'' kata Yip Kap. Beliau berkata demikian kepada pemberita di Wisma Gerakan Negeri, hari ini.

[Amat mengejutkan tindakan Hi Yip Yap ini sebenarnya. Beliau yang sudah tidak serasi dengan BN tiba-tiba mengambil keputusan untuk menyertai Pakatan Karat itu semula. Apakah dek kerana kepentingan peribadi maka beliau rela mempertaruhkan harga dirinya. Jika beliau memikirkan tentang rakyat, maka beliau sepatutnya berada dalam sebuah parti yang mahu melakukan perubahan. Banyak kes penyelewengan tanah dan hutan di Cameron Highlands masih belum dapat diatasi sehingga ke hari ini. Wajarkan ADUN berkenaan akhirnya mengambil langkah untuk bersekongkol dengan mereka yang terlibat itu sebenarnya].
Share:

Cyberita: DAP Menyelar Tindakan SPRM Kerana Membuat Laporan Polis Terhadap Pakar Patalogi Thailand Yang Hanya Menjalankan Tugasnya Itu

GEORGETOWN, 2 Jan [3.55 pm] - Parti Demokratik Rakyat (DAP) hari ini menyelar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana membuat laporan polis terhadap pakar patalogi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand. Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng (foto), berkata ini adalah pertama kali dalam sejarah Malaysia tuduhan dilemparkan terhadap seorang pakar patalogi kerana menjalankan tugasnya. "Saya terkejut apabila mendapat tahu SPRM membuat laporan polis terhadap Dr Pornthip yang hanya berada di sini untuk menjalankan tugas bagi mencari kebenaran," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen "Tiada Beg Plastik pada Isnin, Selasa dan Rabu" di Komtar di sini hari ini. Semalam, dua pegawai SPRM membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Shah Alam terhadap akhbar tabloid "Suara Keadilan" dan Dr Pornthip berhubung satu artikel yang mendakwa kononnya pakar patalogi itu telah mengesahkan punca kematian setiausaha politik, Teoh Beng Hock, yang telah disoal siasat oleh SPRM, adalah dibunuh. Lim berkata tindakan SPRM itu akan dilihat sebagai usaha memberikan tekanan terhadap pakar patalogi itu bagi menyembunyikan kebenaran. Pada 16 Julai tahun lalu, Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima, Plaza Masalam di Shah Alam, Selangor selepas memberikan kenyataan sebagai saksi berhubung penyalahgunaan peruntukan kerajaan oleh wakil rakyat di Selangor, di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, bangunan yang sama. Inkues mengenai punca kematiannya sedang berlangsung di Mahkamah Koroner.

[Memang amat memalukan sebenarnya, bilamana ada "kambing hitam SPRM" yang dijadikan bahan jenaka untuk membuat laporan polis terhadap individu yang dipertanggungjawabkan mencari kebenaran dalam kes kematian Teoh Beng Hock ini. Ternyata, SPRM amat gusar dan takut kiranya benar laporan 80% kematian Teoh adalah kerana mati dibunuh. Mereka mahu terus mempertahakan bukti kononnya Teoh membunuh diri dengan terjun dari bangunan SPRM Selangor di Plaza Masalam itu. Lantaran itu juga kita tidak hairan hasil bedah siasat kedua Teoh masih dirahsiakan sehingga ke hari ini. Kebenaran yang mahu kita saksikan akahirnya ingin dipadamkan oleh mereka-mereka yang takut menghadapi kenyataan. Akhirnya mangsa yang mati terus tidak dibela, sebaliknya penjenayah pula bebas untuk melakukan apa sahaja terhadap mangsa seterusnya. Rakyat perlu melihat dan menilai kejadian ini secara lebih profesiona. Kes yang cukup memalukan SPRM ini sengaja mahu menyembunyikan segala fakta tang berkaitan dan seolah-olah mereka tidak langsung bersalah sehingga menyebabkan kematian Teoh itu].
Share:

Eksklusif: Susulan Kenaikkan Harga Gula, Parti Keadilan Rakyat Yakin Kerajaan Akan Menaikkan Harga Petrol Dan Diesel Dalam Masa Terdekat Ini

KUANTAN, 2 Jan [3.30 pm] - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjangkakan harga diesel dan petrol di negara ini akan dinaikkan sekaligus menambah beban yang ditanggung rakyat selepas menghadapi kenaikan harga gula dan roti semalam. Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail (foto), berkata, jangkaan itu dibuat selepas Pengerusi Petronas, Hassan Marican memberi jaminan bahawa Petronas akan tetap membayar dividen RM30 billion kepada kerajaan. Jaminan itu dibuat walaupun Petronas sebelum ini mencatatkan keuntungan yang lemah. Memberi amaran bahawa ‘komitmen’ sebegini boleh memberi tekanan keatas pendapatan pengeluar minyak nasional itu. “Kita bimbang Petronas kata begitu, apabila harga minyak jatuh atau naik di pasaran dunia ia akan naikan harga minyak kepada rakyat. Mereka naikan harga di pam dan rakyat perlu bayar lebih kerana hendak jamin memberi kerajaan,” katanya. Hassan dalam kenyataannya berkata komitmen ini perlu kerana kerajaan mengalami defisit belanjawan terbesar dalam tempoh 20 tahun pemerintahan, dan Petronas bertanggungjawab keatas hampir separuh dari perbelanjaan kerajaan. Mengulas perkara ini, Azan berkata Malaysia satu-satunya kerajaan yang merumuskan belanjawan yang sepenuhnya bergantung kepada hasil gas dan petroleum. Langkah ini mencerminkan dasar pentadbiran yang tidak munasabah kerana menurut Azan, kerajaan bertanggungjawab untuk mempelbagaikan sumber pendapatan negara terutama selepas rizab petroleum negara dilaporkan akan kehabisan dalam masa terdekat. Menurutnya, wang Petronas sepatutnya digunakan untuk membangunkan modal insan, memajukan prasanana urban, pendidikan dan keselamatan, dan bukannya dipaksa membayar kocek pegawai-pegawai politik dan projek-projek mega.

“Jadi kenyataan itu boleh mambayangkan ada cadangan dari Petronas sekiranya berlaku krisis, ia akan dipindahkan kepada pengguna dengan cara menaikan harga minyak di pum ataupun minyak yang dijual kepada orang ramai. Selain daripada itu tidak ada logiknya alasan yang munasabah mengatakan Petronas sanggup memberi jaminan akan tetap memberi kepada kerajaan walau apa pun berlaku. “Dalam keadaan krisis seperti ini munasabah kita mintak Petronas tidak lagi hanya bertanggungjawab melapor kepada Perdana Menteri sebaliknya Petronas perlu juga seperti agensi-agensi GLC yang lain melapor kepada Parlimen, maksudnya melaporkan kepada kedudukan tertiggi dalam negera Parlimen. Ia seolah-olah Petronas ini milik Perdana Menteri,”
katanya. Katanya, jika beterusan tidak mustahil Malaysia akan menghadapi nasib yang sama dengan negara Chile dan Mexico yang muflis kerana bebanan hutang. “Kita bergantung kepada pinjaman luar maksudnya kita perlu berhutang kepada negara-negara lain Amerika Syarikat, Jepun, China, Arab Saudi. Bila negara ini berhutang ia kana jadi seperti negara Chili dan Mexico sehingga negara kena jual. Sekarang ini pun kita sudah menjual enjin kapal terbang,” katanya


[Kenaikan harga barangan adalah satu tradisi Kerajaan UMNO dan BN mutakhir ini. Biarpun rakyat dihimpit dengan berbagai masalah ekonomi yang melanda, namun semua itu gagal diambil perhatian yang sewajarnya oleh pemimpin mereka. Malah, mereka lebih rakus untuk terus mendera rakyat dengan berbagai lagi kenaikan selaras dengan motton BN itu sendiri iaitu "Barang Naik". Anehnya, masih ada rakyat yang terus dibutakan mata dan hati untuk memilih kerajaan yang tidak bertanggungjawab seperti ini. Hanya dek kerana wang mereka sanggup menggadaikan maruah dan harga diri. Akhirnya mereka juga terpaksa menanggung penderitaan akibat tindakan kerajaan yang jelas amat mengecewakan sebahagian besar mereka. Inilah akibatnya bila ada rakyat yang tidak dapat menggunakan kebijaksanaan untuk membuat pilihan. Mereka akhirnya sama-sama terjerumus ke lembah kesengsaraan dulu kini dan buat selamanya].
Share:

Eksklusif: Gula Naik, Ternyata Kerajaan UMNO BN Pimpinan Najib Razak Telah Gagal Buktikan Idea Konsep 1Malaysia Bahawa "Rakyat Didahulukan"

Kerajaan UMNO dan BN nampaknya ternyata gagal mengotakan apa yang telah mereka canangkan selama ini. Laungan keramat "rakyat didahulukan" hanyalah omongan kosong yang bertujuan untuk mengelirukan rakyat sebenarnya. Bukti jelas menunjukkan Perdana Menteri Najib Razak telah menghancurkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan yang dipimpinnya. Apa tidaknya, dalam keadaan masalah ekonomi yang masih belum pulih sepenuhnya dan rakyat masih dibebani dengan berbagai tekanan kehidupan tiba-tiba kerajaan menaikkan harga gula di pasaran. Apakah ini caranya rakyat didahulukan?. Kerajaan UMNO ternyata takut dengan desakan pengeluar dan pemborong gula sebenarnya. Masih kita ingat, desas desus kenaikan gula ini bermula apabila terdapat kekurangan yang begitu mendadak di pasaran. Di sana-sini masalah kekurangan gula berlaku. Malah, rakyat terpaksa membeli gula dengan kadar paling minima. Dalam masa yang sama, pihak berkuasa menemui lambakan gula yang disorok oleh pihak-pihak tertentu yang bertujuan untuk mengambil kesempatan menaikkan kadar harga sesuka hati mereka apabila keadaan sudah terdesak. Rakyat sudah boleh menjangka bahawa kerajaan pasti akan akur dengan desakan pihak pengeluar selepas itu. Kini terbukti, sangkaan itu tidak meleset sama sekali. Tanggal 1 Januari 2010 akhirnya rakyat dihadiahkan dengan berita kenaikan harga gula. Kerajaan semalam mengumumkan harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram iaitu RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak yang diumumkan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd Zain Mohd Dome.

Alasan Subsidi Senjata Utama Bebankan Rakyat

Alasan yang diberikan juga sungguh tidak munasabah iaitu kenaikan harga gula sebanyak 20 sen itu perlu berikutan kenaikan harga gula mentah dunia dan kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM1.008 bilion setahun dengan kadar subsidi sebanyak 80 sen sekilogram. Inilah alasan yang sering diberikan kepada rakyat tatkala kerajaan menaikkan harga barangan. Istilah "subdisi" dijadikan senjata utama untuk "menghalalkan cara" yang mempunyai makna yang terselindung itu sebenarnya. Akhirnya rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah dan berada di paras kemiskinan terpaksa menanggung derita akibat kenaikan tersebut. Anehnya, kerajaan melarang pula mana-mana pihak menaikkan harga barangan makanan yang lain selepas itu. Malah mereka berusaha pula untuk mengambil tindakan tegas jika perkara ini berlaku. Inilah yang dikatakan kerajaan tidak bertanggungjawab. Mereka bebas melakukanya sesuka hati, tetapi dalam masa yang sama melarang pihak lain berbuat demikian. Senario ini juga hampir sama dengan kenaikan harga minyak. Kerajaan menaikkan harga tetapi dalam masa yang sama melarang syarikat pengangkutan awam dan para peniaga menaikkan harga bahan api dan makanan di pasaran. Akhirnya rakyat juga yang terus tertipu dan teraniaya. Kita juga agak hairan, mana hilangnya Menteri yang berkenaan, iaitu Datuk Ismail Sabri Yaakob tatkala perkara kenaikan harga gula ini diumumkan semalam. Apakah beliau takut untuk berhadapan dengan rakyat ketika perkara ini diwar-warkan?. Sebelum ini, beliau sudah beberapa kali ditekan oleh rakyat di kawasannya sendiri gara-gara bekalan gula yang tidak mencukupi. Kini beliau tergamak menghilangkan diri gara-gara tindakan terbaru kerajaan ini pula.

Puak-Puak UMNO Juga Amat Kecewa Gula Naik

Kenaikan harga gula semalam bukan sahaja amat mendukacitakan sebahagian besar rakyat marhaen, malah ia turut mengecewakan puak-puak UMNO sendiri. Malah Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia juga turut membantah kenaikan harga gula yang diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu. Setiausahanya, Datuk Megat Firdouz Megat Junid dalam satu kenyataan media menegaskan perkara ini tidak patut berlaku walaupun kenaikan sekadar 20 sen ia tetap memberi impak negatif serta kesengsaraan kepada rakyat terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana. "Di saat dunia menjangkakan ekonomi akan beransur pulih, rakyat dikejutkan dengan kenaikan mendadak ini," katanya. Menurutnya, Pemuda Umno berharap kenaikan harga gula dapat dibatalkan atau ditangguhkan demi menghayati konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan. Dengan kenyataan ini, maka terbuktilah kepada kita bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan UMNO dan BN itu rupanya turut dibantah oleh puak-puak mereka sendiri sebenarnya. Ini jelas membuktikan bahawa kerajaan memang tidak peka dengan kehendak rakyat. Apakah kerajaan seperti ini harus dikekalkan?. Maka, marilah kita bersama-sama mengembeling tenaga untuk melakukan perubahan dalam pilihanraya umum akan datang. Kerajaan yang adil kerajaan yang disokong tetapi kerajaan yang menyeleweng dan mementingkan diri sendiri wajar ditentang habis-habisan. Jika puak-puak UMNO sendiri pun menentang perbuatan ini, apatah lagi rakyat yang inginkan perubahan itu sebenarnya.

Benarkah Kini Felda Mengawal Pasaran Gula?

Terdapat maklumat daripada pemborong gula tempatan yang mengatakan kenaikan harga gula dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa oleh kerajaan kerana desakan kuat daripada pihak Felda. Menurut sumber, kini pasaran gula bukan lagi dimonopoli oleh jutawan gula "Robert Kuok", tetapi telah diambil alih sebahagiannya oleh pihak Felda. Umum mengetahui bahawa PM Najib Razak adalah orang yang bertanggungjawab terhadap agensi kerajaan itu. Maka, kenapakah kenaikan gula ini boleh berlaku kiranya ia dikawal oleh Perdana Menteri itu sendiri. Ini bermakna, terdapat beberapa kerat individu di dalam Felda yang cuba untuk memperkayakan diri mereka dengan kenaikan harga ini sebenarnya. Kiranya benar maklumat ini sahih, maka rakyat harus mendesak supaya pihak kerajaan kembali menurunkan harga gula dan tidak sewenang-wenangnya membenarkan mereka diperkotak-katikkan sesuka hati oleh beberapa kerat individu yang akan mengaut keuntungan atas kenaikan harga yang diumumkan ini.

[Walau apapun yang terjadi, rakyat tetap menolak kenaikan harga gula malah barangan lain. Mereka juga mendesak supaya kerajaan tidak sewenang-wenang menggunakan istilah subsidi untuk menipu dan mengelirukan rakyat. Mereka kini bukan lagi seperti lima puluh tahun yang lalu, begitu senang untuk diperbodohkan oleh kerajaan. Rakyat sudah celik mata dan boleh mendapatkan maklumat yang cepat dan terkini daripada lain-lain sumber. Oleh itu, kerajaan wajar memberi perhatian sepenuhnya kepada rakyat. Jangan sekadar melaungkan konon untuk menjaga kebajikan mereka, sedangkan kebajikan golongan korporat yang lebih dititik beratkan. Marilah kita bersama melakukan perubahan demi kesejahteraan rakyat marhaen dan kepentingan generasi akan datang].
Share:

Eksklusif: Kini Sah, Laporan Kedua Bedah Siasat Mayat Teoh Beng Hock Buktikan Mendiang Telah Mati Di Bunuh Dan Bukannya Membunuh Diri !!

KUALA LUMPUR, 1 Jan [10.15 pm] - Teka-teki kematian setiausaha politik exco Selangor, Teoh Beng Hock akhirnya terjawab apabila laporan kedua pakar patologi terkemuka, Pornthip Rojanasunand (foto) dari Thailand membuktikan kesasihan ujian forensik itu yang mensabitkan mendiang mati dibunuh Julai lalu. Menurut sumber-sumber kementerian kesihatan Pornthip membuat rumusan itu setelah hadir sama pada bedah siasatan kedua mendiang Teoh pada 22 Novermber lalu di Hospital Sungai Buloh. Memetik laporan akhbar rasmi PKR, Suara Keaadilan, sumber berkenaan juga mendakwa, Pornthip sudah menyerahkan laporan kepada pihak-pihak berkenaan, termasuk keluarga Teoh dan kerajaan negeri Selangor yang meminta bantuan kepakarannya selepas terdapat keraguan yang melampau terhadap kesan yang ada pada mayat mendiang. Inkues kematian Teoh ini akan disambung pada 7 Januari 2010 selepas dua kali ditangguh. Difahamkan, Pornthip mengguna pakai beberapa teknik dan proses baru yang meyakinkan beliau sepenuhnya bahawa Teoh mati dibunuh dan bukan membunuh diri atau pun menjadi mangsa kemalangan. Teoh, 30, ditemui mati di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, di mana pejabat SPRM Selangor terletak, pada 16 Julai lalu selepas disoalsiasat sepanjang malam hingga ke Subuh oleh SPRM. Mendiang disiasat berkenaan tuntutan RM3,000 kerana pembelian bendera sempena menyambut kemerdekaan negara.

Tindakan SPRM itu adalah sebahagian daripada komplot atau konspirasi Umno-BN yang mahu menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dengan membabitkan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat di negeri itu.Tujuh lagi kes membabitkan exco dan pegawai mereka, kebanyakannya dari DAP juga sedang disiasat SPRM. Namun pelbagai laporan yang dibuat kepada suruhanjaya itu, yang membabitkan pemimpin Umno-BN, termasuk mantan Menteri Besar Khir Toyo yang didakwa memiliki rumah ala-Bali bernilai lebih RM20 juta, menjadi ’sunyi’ dan ’sepi’ dalam peti simpanan SPRM. Teoh mati pada hari yang sama beliau sepatutnya berkahwin dengan tunangnya yang mengandung tiga bulan. Dalam keterangan pertama Pornthip di hadapan koroner, Azmil Muntapha Abas Oktober lalu, pakar forensik Thailand itu yakin 80 peratus kematian Teoh kerana dibunuh. Beliau membuat rumusan itu berdasarkan gambar menunjukkan tanda bulatan merah pada tengkuk mendiang yang menjadi petunjuk Teoh dicekik. Kesan jari juga dilihat pada tengkuk mangsa. Pornthip juga menyatakan dengan tegas, Teoh juga didera kerana ada kesan luka pada dubur mangsa akibat tusukan objek keras. Di samping itu, tegas Pornthip tiada tanda-tanda akibat jatuh pada tengkorak kepala Teoh, sebaliknya lebih mirip kepada dipukul dengan kuat. Selain Pornthip, autopsi kedua itu juga disaksikan oleh pakar patologi, Prof Dr Peter Vanezis dari Pusat Sains Forensik Cameron, United Kingdom bagi pihak SPRM, serta Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberkar. Autopsi dilakukan oleh Ketua Jabatan Patologi dan Forensik Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Noor.

[Dengan terbuktinya kes ini sekarang, maka sudah pasti berbagai alasan akan diberikan oleh pihak SPRM termasuk membuat laporan polis kepada pakar patalogi Thailand iu sebenarnya. Ini bagi membolehkan beliau didakwa kononnya memcahkan rahsia tentang kematian Teoh kepada umum. SPRM seboleh-bolehnya mahu melindungi pegawai yang terbabit dan mahu rakyat percaya Teoh Beng Hock mati kerana membunuh diri. Dengan laporan terbaru ini, maka akan ada pegawai SPRM yang bagaikan "cacing kepanasan" kerana gusar akan duisabitkan dengan kesalahan tersebut. Namun, apa yang pasti sudah pasti kerajaan UMNO dan BN akan bertindak untuk memastikan mereka yang bersalah itu tidak didakwa dan nama SPRM tidak tercemar dengan kes kontroversi ini].

Share:

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

MB Zambry Kadir Mahu Saman Suara Keadilan

PANGKOR, 1 Jan [2.44 pm] - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (foto), hilang sabar dan akan menyaman Suara Keadilan kerana memfitnah beliau kononnya ditahan di Amerika Syarikat ketika mengetuai misi pelaburan ke negara itu, baru-baru ini. Dalam laporan itu, Zambry dikatakan ditahan sebelum dihantar pulang ke Malaysia kerana namanya ada dalam senarai pengganas. Dalam sidang akhbarnya di sini, hari ini, beliau berkata ini saman fitnah pertama sepanjang karier politiknya.

[Zambry Kadir wajar cerminkan dirinya dulu sebelum bertindak untuk menyaman akhbar Suara Keadilan. Walhal selama ini memang telah banyak fitnah yang dilemparkan kepada pemimpin Pakatan Rakyat di Perak. Mungkin, ada orang menganggapnya sebagai pengganas kerana rampasan kuasa yang dilakukan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu sebenarnya. Maka itulah Zambry tidak perlu melatah !! ].

Bekas Menteri Penerangan, Tok Mat Meninggal

KUALA LUMPUR, 1 Jan [12.32 pm] - Bekas Menteri Penerangan dan Setiausaha Agung Umno Tan Sri Mohamed Rahmat (foto), meninggal dunia di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pagi ini. Allahyarham, yang sepatutnya menyambut ulang tahun kelahirannya ke-72 pada Isnin depan, dilaporkan meninggal dunia dalam tidur. Anak sulungnya Datuk Nur Jazlan, yang juga Ahli Parlimen Pulai, berkata bapanya disedari meninggal dunia pada kira-kira 8 pagi ini ketika ibunya, Puan Sri Salbiah Abdul Hamid mengejutnya bangun daripada tidur. "Beliau meninggal dalam tidur," katanya ketika ditemui pemberita di kediaman bapanya di sini, hari ini. Nur Jazlan berkata Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini selepas Asar. Beliau berkata Allahyarham bapanya menghidapi penyakit buah pinggang sejak 10 tahun lalu dan perlu menjalani rawatan dialisis setiap hari. Sinonim dengan gelaran ''Tok Mat'', pemimpin veteran Umno itu menjadi Menteri Penerangan sebanyak dua kali iaitu dari 1978 hingga 1982 semasa kepimpinan Tun Hussein Onn dan dari 1987 hingga 1999 ketika kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad. Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia bertaraf Menteri dari 1982 hingga 1984. Selain itu, Allahyarham menyandang jawatan Setiausaha Agung Umno sejak 1988 hingga 1996 dan setiausaha agung Barisan Nasional (BN) dari 1988 sehingga 1999. Semasa menjadi Menteri Penerangan, allahyarham memperkenalkan Program "Setia Bersama Rakyat" (Semarak) yang bertujuan meningkatkan semangat cintakan negara.

[PDO mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan sekalung takziah kepada keluarga Allahyarham Tok Mat. Namanya cukup harum dikalangan generasi muda, tambahan pula dengan tindakannya memtong rambut dua orang penyanyi rock iaitu Awie Wings dan Amy Search ketika itu. Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar kepada negara. Jasa-jasanya amat banyak untuk dikenang, maka itu pemergiaannya wajar diingati oleh rakyat Malaysia. Beliau tidak seperti Menteri Penerangan selepas itu, yang banyak membuat kontroversi serta melaga-lagakan rakyat pelbagai kaum dan fahaman politik di negara kita sebenarnya].

Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.