script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Terbongkar: Kerajaan BN Johor Arahkan TEKUN Luluskan Tabung RM2 Juta Bagi Diagih-Agihkan Kepada Pengundi Pilihanraya Kecil DUN Tenang!

Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri Tenang yang semakin menjelang tiba beberapa hari lagi kini semakin terasa bahangnya. Kerusi panas itu bakal menjadi saksi kekuatan UMNO BN, samada kemenangan mereka di Batu Sapi dan Galas baru-baru ini boleh dipertahankan atau pun tidak. Malah, ia juga pasti akan menjadi asas kepada ilham PM Najib Razak untuk mengadakan Pilihanraya Umum ke-13 lebih awal atau sebaliknya sekarang. Semua itu bakal terjawab bila melihat kepada keputusan pilihanraya kecil DUN Tenang itu nanti sebenarnya. Persoalannya sekarang, apakah Najib akan mengadakan pilihanraya umum lebih awal jika DUN Tenang tumbang kepada Pakatan Rakyat?. Harapan UMNO BN untuk bertahan di situ agak "tidak tenang" sebenarnya, tambahan pula dengan isu kenaikan harga minyak dan barangan keperluan harian yang begitu membebankan rakyat sekarang. Malah, rata-rata rakyat yang berpendapatan rendah di situ sudah pasti akan membenci kerajaan UMNO BN, akibat tindakan "tidak mendahulukan rakyat" itu. Apa yang pasti, mahu atau tidak pasti Najib akan adakan pilihanraya umum ke-13 pada tahun ini juga iaitu serentak dengan pilihanraya DUN Sarawak.

SPR Mulakan Agenda Pastikan UMNO BN Menang

Seperti biasa, bila saja menyebut pilihanraya maka pastinya rakyat tidak lepas lari daripada melihat gelagat "curang" Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebenarnya. Maka, kali ini nampaknya badan bebas itu sekali lagi dilihat bagai "cacing kepanasan", seolah-olah mereka yang bertanding dalam pilihanraya. Apa yang pasti, banyak peraturan dan undang-undang baru pasti akan diperkenalkan bagi menghalang kemaraan pembangkang disitu. Terbaru, berkali-kali SPR memberi amaran kepada parti-parti yang bertanding agar tidak berkempen sebelum hari penamaan calon. Nampak arahan SPR itu macam ikhlas, namun bila diamati betul-betul ia merupakan satu arahan yang ditujukan kepada parti pembangkang sebenarnya. SPR seperti dibutakan mata dan hati untuk melihat keadilan. Itulah hakikatnya yang berlaku terhadap badan bebas yang pernah dicop sebagai salah satu "parti komponen BN" sejak dulu kini dan selamanya itu. SPR seperti cuba menghalang tindakan Pakatan Rakyat yang mula turun padang di DUN Tenang sekarang ini, sebaliknya mereka membiarkan mana-mana "bapak menteri UMNO BN" untuk menjalankan agenda dan program mereka di kawasan berkenaan. Tidak cukup dengan itu, media arus perdana seperti biasa memainkan peranan untuk melaporkan segala aktiviti pemimpjn terbabit bagi membuktikan kononnya hanya mereka sahajalah yang prihatin dan "juara rakyat". Semua ini ditutup mata oleh SPR, bagi membuktikan mereka itu adil kononnya. Walhal seantero dunia sudah tahu yang sikap talibarut UMNO ini sebenarnya. Mungkin selepas ini banyak lagi arahan "mengarut" yang akan dikeluarkan oleh SPR. Tambahan pula mereka melihat, bantuan untuk memastikan BN menang mudah di Tenang agak sukar sekarang dek kerana hanya terdapat 18 orang sahaja pengundi pos di kawasan terbabit. Inilah yang membingungkan puak-puak SPR sekarang ini sebenarnya. Semua ini bakal menyaksikan Pakatan Rakyat terutamanya PAS berpeluang cerah untuk memastikan mereka tumbang di situ nanti. Lantaran itu, kita tidak hairan Najib menaikkan harga "getah" bagi memberi "gula-gula" kepada para peneroka felda dan penoreh getah.

TEKUN Luluskan RM2 Juta Untuk Beli Pengundi

Maklumat terbaru yang diterima, kini strategi di Pilihanraya Kecil Kuala Trengganu bakal digunakan pula di Tenang kali ini. Difahamkan, satu mesyuarat anjuran Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Johor bertajuk "Mesyuarat Majlis Pembangunan Usahawan Negeri bil 2/10 di bawah Portfolio Y.B Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan & Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri Johor" di Unit Perancangan Ekonomi Negeri Johor (UPENJ) telah diadakan pada 6 Januari 2011 yang lalu. Dalam mesyuarat tersebut pihak TEKUN memaklumkan bahawa TEKUN telah meluluskan peruntukan RM2 juta untuk diagihkan kepada pengundi-pengundi di DUN Tenang. RM2 juta ini akan diberikan dalam bentuk pinjaman mudah di mana setiap seorang layak memohon hingga RM5 ribu (400 pengundi layak memohon) dan TEKUN tidak akan memberatkan bayaran balik bagi pinjaman mudah ini. Maknanya kini, sah TEKUN juga sudah dipolitikkan oleh UMNO BN bagi memastikan kemenangan mereka di DUN Tenang nanti. Oleh itu, rakyat diminta berhati-hati dengan senario ini.

[Difahamkan, tempoh penggal DUN Sarawak bakal berakhir pada bulan Julai 2011 ini. Makanya, sudah pasti Najib tidak akan membiarkan pilihanraya negeri berjalan sendirian demi menjaga maruah beliau. Ini berasaskan kepada tumpuan pemimpin dan petugas pilihanraya pasti akan berpusat ke Sarawak jika ia diadakan berasingan. Makanya, jalan terbaik ialah mengadakan pilihanraya serentak agar masing-masing akan berkampung di kawasan sendiri. Itulah hakikatnya yang perlu ditelan oleh Najib. Malahan, jika Sarawak tumbang atau prestasi BN sendiri merudum maka pastinya ia akan menggambarkan sokongan terhadap parti itu sendiri dalam pilihanraya umum kelak. Jalan terbaik diadakan serentak, supaya igauan ngeri ini tidak berlaku. Apapun, tumpuan sekarang ialah di DUN Tenang kerana ia merupakan kerusi yang terletak dalam negeri Johor yang menjadi kubu kuat UMNO BN sejak sekian lama. Apa yang pasti, secara agregatnya kini Pakatan Rakyat masih mendahului BN dalam statistik kemenangan Pilihanraya Kecil selepas PRU-12 dulu. Pakatan Rakyat kini berjaya menang 8 kerusi sementara BN hanya 5 kerusi setakat ini. Maknanya, secara keseluruhannya rakyat masih berpihak kepada Pakatan Rakyat dan bukan BN. Inilah yang mengggusarkan Najib Razak sekarang].
Share:

Spekulasi: ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafei Nafi Letak Jawatan Dan Keluar Parti Keadilan Rakyat !

SHAH ALAM, 13 Jan [10.23 am] - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafei (foto), menegaskan beliau tidak akan meletakkan jawatannya sebagai wakil rakyat. "Saya tidak akan letak jawatan dan keluar parti. Itu berita palsu," katanya kepada pemberita ketika di temui selepas menyertai demonstrasi di hadapan Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di sini semalam. Shuhaimi turut menyifatkan penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mendakwa beliau akan mengadakan sidang media berhubung peletakkan jawatannya sebagai berita palsu. Sebelum itu pagi semalam tersebar SMS yang mendakwa wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat itu akan meletakkan jawatan ekoran tindakannya mempersendakan kuasa Sultan dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru. Ketika ini, Shuhaimi sedang memberi keterangan kepada polis berhubung tindakannya mempersoalkan kuasa Sultan dalam pelantikan Datuk Mohamed Khusrin Munawi sebagai SUK yang baru. Beliau tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada pukul 4.10 petang ditemani oleh Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin bersama pembantunya, Azmizam Zamanhuri.


Shuhaimi Shafiei dikerumuni oleh media selepas keluar memberi
kenyataannya di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam semalam


[Tujuan asal puak-puak UMNO BN membuat huru-hara perlantikan SUK Selangor sudah pastilah untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim itu sebenarnya. Makanya, inilah satu-satu cara terbaik untuk menimbulkan kemarahan pemimpin Pakatan Rakyat di negeri itu, yang akhirnya akan mengeluarkan kenyataan demi kenyataan kononnya menghina dan menderhaka kepada Sultan. Walhal, rakyat lebih mengetahui hakikat sebaliknya. Keadilan perlu ditegakkan dalam hal ini. Mana mungkin rakyat boleh benarkan kekeliruan ini berlaku. Mana mungkin seorang SUK dilantik dari mereka yang tidak sealiran dengan aspirasi kerajaan itu sendiri. Bukankah ia akan membantutkan pentadbiran kerajaan negeri malah merosakkan kelancaran sistem penyampaian maklumat kepada kakitangan kerajaan itu sendiri. Maka kita tidak hairan bila tersebarnya SMS konon ADUN Sri Muda letakkan jawatan dan keluar PKR. Inila yang berlaku kepada Elizabeth Wong dan yang lain-lainnya sebelum ini. Apapun, krisis yang berlaku ini membuktikan UMNO BN memang bersungguh-sungguh untuk merampas semula Negeri Selangor].
Share:

Edisi Pahang: Pengurus Felda Tembagau 1 Berani Ugut Peneroka Tanda Tangan 'Aku Janji' Sebelum Diberikan Bonus Insentif Produktiviti Peneroka !!

BERA, 12 Jan [6.37 pm] - Beberapa orang peneroka dari Felda Tembangau 1 dekat sini, kesal dengan sikap pengurus di rancangan berkenaan yang mengambil kesempatan ‘mengugut’ peneroka menandatangani aku janji ketika menerima wang Bonus Insentif Produktiviti Peneroka (BIPP). Borang bertajuk Kes Kajian Keberkesanan Sistem Penyampaian Felda itu, menyenaraikan tiga pilihan untuk ditanda oleh peneroka sama bersetuju atau tidak bersetuju. Pilihan pertama berbunyi pemberian bonus (BIPP) oleh Felda; terima kasih banyak, semoga Felda sentiasa maju, mudah-mudahan bonus BIPP diberi pada tahun-tahun akan datang. Saya akan bersama Felda walaupun susah ataupun senang. Pilihan kedua, Felda menipu sepatutnya bonus BIPP banyak lagi, saya tidak memerlukan bonus ini, saya bersedia untuk saman Felda di masa hadapan. Ketiga, catitkan yang difikirkan selain di atas. Menurut peneroka yang enggan disiarkan namanya, keadaan ini membuatkan 279 peneroka di tanah rancangan berkenaan dalam keadaan serba salah. “Masalahnya apabila di hadapan pengurus tentulah peneroka akan bersetuju dengan pilihan nombor satu kerana jika ditanda pada pilihan nombor dua, mereka tak dapat wang BIPP. “Mungkin pengurus itu mahu membuat survey tentang pendirian peneroka berkaitan dengan pelbagai isu termasuk saman Felda ke belakangan ini. Tetapi cara ini seolah-olah mengugut peneroka,” katanya. Tambahnya lagi, beliau difahamkan tidak semua pengurus rancangan yang mengeluarkan borang untuk ditandatangani kerana peneroka-peneroka Felda Tembangau 2 tidak dikehendaki berbuat demikian. Baru-baru ini, Felda telah membayar wang BIPP kepada peneroka yang telah menjualkan hasil ke kilang Felda bernilai antara RM400 hingga RM1,200 setiap orang. selamatkanpahang

[Nampaknya, Felda semakin takut dan gusar dengan penolakkan peneroka terhadap institusi itu sendiri. Akhirnya, mereka tergamak gunakan Pengurus Felda sebagai "kuda tunggangan" bagi melempiaskan api kemarahan itu. Bonus yang sepatutnya diterima oleh para peneroka tanpa ada sebarang syarat itu akhirnya dijadikan alat untuk mengugut mereka. Sungguh memalukan, bila melihat ini caranya mentaliti puak-puak pengurus Felda sekarang. Mereka rela diperalatkan semata-mata mahu mempertahankan dasar yang telah jelas menyeleweng itu sebenarnya. Menggertak peneroka untuk menandatangani satu aku janji yang berbaur politik seperti itu, jelas menggambarkan ketakutan UMNO BN untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. Harus diingat Tembangau 1 terletak dalam parlimen Bera yang diwakili oleh Menteri Naik Harga si Ismail Sabri Yaakob. Maka, apakah beliau berpeluang mempertahankan diri dalam pilihanraya umum akan datang atau dihumbankan oleh seluruh rakyat di kawasan itu nanti. Justeru itu, UMNO BN harus berhati-hati dengan gelombang kebangkitan rakyat. Usahlah "buat kerja" yang tidak senonoh seperti ini].
Share:

Kemaruk Hendak Humbankan Anwar Ke Penjara Sg.Buloh, Akhirnya UMNO BN Terus Beri Publisiti Murahan Kepada Adinda Azmin Si Umi Hafilda Ali

Kerajaan UMNO BN kini dilihat begitu ghairah untuk memastikan Ketua Umum PKR kembali ke penjara Sg.Buloh. Malah kini, mereka sekali lagi menggunakan adik Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) iaitu Umi Hafilda (foto) untuk membuat kenyataan berhubung apa yang difikirkan perlu pada masa ini. Umi kini dilihat semakin popular apabila akhbar Utusan Malaysia memberi laporan eksklusif terhadap apa sahaja kenyataannya, asalkan berkaitan kes liwat Anwar dan menjatuhkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sendiri. Tanpa mengambil kira Anwar telah dibebaskan oleh mahkamah akibat kekhilafan kes liwat pertama yang dihadapinya dulu, kini Umi Hafilda begitu seronok menjaja semua cerita kononnya dia "mangsa fitnah". Maruah dan imejnya tercalar, bilamana ada orang yang telah diberikan maklumat tentang "skandal seks songsang" Anwar tiba-tiba berpihak kepada mantan TPM itu dan tidak mahu mendedahkan selepas menerima apa saja maklumat yang diberikannya. Susulan daripada itu, Umi khabarnya akan memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Anwar Ibrahim; isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta peguam nya Karpal Singh Khamis ini. Apa yang lebih panas parti PAS juga akan disaman oleh Umi. Saman terhadap Anwar berjumlah RM300 juta dibuat atas dakwaan salah guna kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri pada 1997 yang mengarahkan dia ditangkap dan didera bagi mendapatkan pengakuan palsu. Beliau memberitahu, saman ke atas Karpal pula berjumlah RM200 juta kerana melanggar kepercayaannya selaku anak guam selepas beliau dan bekas pemandu Anwar, Azizan Abu Bakar bertemu Karpal pada tahun yang sama untuk mendedahkan perilaku buruk Anwar. Ummi Hafilda menambah, saman RM100 juta pula dibuatnya terhadap Dr. Wan Azizah kerana Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tahu apa yang berlaku tetapi tidak mahu mendedahkan kebenaran menyebabkan dia difitnah terlibat dengan konspirasi yang menjatuhkan imejnya. Katanya, Pas pula disaman RM100 juta kerana mereka pernah menghantar Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu bertemunya juga pada 1997 untuk mendapatkan cerita sebenarnya.

[Nampak jumlahnya memang besar, bayangkan mencecah hingga RM700 juta ringgit. Namun, secara logiknya jika benar Umi Hafilda sudah menceritakan perihal kegiatan Anwar itu kepada Karpal, Mat Sabu dan Wan Azizah apakah dia boleh mendapat jawatan seperti apa yang dimahukan agaknya. Mungkin benar dia bercerita, tetapi dia kena menerima hakikat memang ada sandiwara dalam kes ini sebenarnya. Kini wajah Umi Hafilda terpampang secara meluas dalam media arus perdana, malah populariti murahan beliau itu dilihat berjaya mengatasi populariti artis-artis berjenama yang lainnya. Lantaran itulah dia tidak boleh terlalu kecewa akibat pihak berkenaan tidak menerima secara bulat-bulat apa yang bakal dipersembahkan itu. Justeru itu, tindakan menfailkan saman terhadap pihak yang berkenaan, seolah-olah membuktikan kepada kita bahawa apa yang berlaku ini adalah memang benar satu konspirasi. Jika tidak, mana mungkin Utusan Malaysia asyik buka cerita lama soal kes liwat Anwar dulu. Bukankah ini menunjukkan yang memang orang lama mendapat habuan lumayan kiranya sanggup berkompromi mendedahkan kejelekan Anwar di mata rakyat. Itulah fail yang amat dimahukan mereka].
Share:

Ucaptama Dan 'MOU Pendidikan' Di Arab Saudi, Rosmah Tergamak Bazirkan Wang Rakyat Serta Ambil Alih 'Tugasan Menteri' Yang Sepatutnya !!

Ramai rakyat Malaysia yang terkejut dengan berita isteri Perdana Menteri Si Rosmah Mansor (foto), mengadakan lawatan selama tiga hari ke Arab Saudi mulai semalam. Mereka hairan apakah motif beliau itu agaknya. Kelibatnya jelas sekali mengalahkan lagak seorang menteri kabinet dan tidak pernah berlaku kepada isteri mana-mana Perdana Menteri sebelum ini. Apakah ini membuktikan yang Rosmah memang lebih berkuasa daripada PM sendiri dalam membuat keputusan apa yang mahu dilakukan. Dikala rakyat menderita dengan kenaikan harga barangan sekarang ini, beliau tergamak untuk membazirkan wang rakyat atas alasan lawatan kerja. Siapakah beliau sebenarnya yang sanggup mengadakan lawatan kerja sebegitu rupa?. Bukankah beliau itu hanyalah isteri Perdana Menteri, makanya kenapa beliau harus mewakili kerajaan dalam urusan-urusan rasmi seeprti itu. Apakah kini beliau sudah memegang portfolio di dalam kabinet Najib agaknya?. Inilah yang memusykilkan rakyat dengan senario terbaru ini. Beliau bukan sahaja akan ke Arab Saudi, malah selepas itu juga dijadualkan akan melawat Oman selama empat hari dari 16 Jan sebelum ke Bangladesh selama tiga hari dari 19 Jan. Pemergiannya itu turut diiringi oleh delegasi seramai 20 orang termasuk anggota Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Perdana Menteri. Di Arab Saudi, Rosmah dijadual akan menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan K-12 di Riyadh. Rosmah juga khabarnya akan menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba).


Gara-gara mahu ke Arab Saudi akhirnya beliau sanggup bertudung litup

[Soalnya sekarang, siapa Rosmah Mansor ini yang tergamak mengambilalih tugas Menteri Pelajaran itu agaknya?. Bukankah, kerajaan UMNO BN mempunyai menteri yang berkuasa untuk portfolio berkenaan?. Makanya, kenapa Rosmah dan kuncu-kuncunya dihantar?. Bukan ini bermakna satu lagi pembaziran wang rakyat akan berlaku sebenarnya. Sudahlah sebelum ini Rosmah membazirkan RM4.5 juta wang rakyat untuk mengadakan Sidang Wanita Pertama di negara kita. Jika jumlah 15 orang delegasi ke Sidang Wanita itu kerajaan bazirkan RM4.5 juta, kini dengan jumlah 20 delegasi yang mengikuti rombongan Rosmah maka berapa jutakan lagi wang rakyat akan dibelanjakan agaknya?. Bukankah ini membuktikan beliau kini menganggap dirinya lebih hebat daripada mana-mana menteri kabinet sebenarnya. Sanggup berbelanja besar untuk puaskan diri sendiri, sedangkan dalam masa yang sama rakyat perlukan bantuan terutamanya mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu. Ternyata, telahan ramai bahawa politik Najib akan lingkup dek kerana Rosmah kini bakal menjadi kenyataan. Soalnya, beranikah Najib menasihatkan Rosmah untuk kembali ke pangkal jalan agaknya?]
Share:

Kontroversi: Kes 'Teoh', Akhirnya PM Najib Razak Terpaksa Akur Dek Kerana Desakan Politik Untuk Segera Tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja !

PUTRAJAYA, 8 Jan [12.57 am] - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) semalam mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat punca kematian pembantu politik, Teoh Beng Hock. Perdana Menteri berkata, Suruhanjaya Diraja tersebut akan diwujudkan dengan terma-terma khusus yang akan ditetapkan dan pihak kerajaan akan melantik ahli-ahli suruhanjaya yang terdiri daripada orang-orang yang terbilang dan dihormati. "Suruhanjaya ini akan diwujudkan selama tempoh masa tiga bulan selepas satu tauliah perlantikan Pesuruhjaya dikelaurkan oleh Yang DiPertuan Agung di bawah seksyen 2 Akta 119 dan boleh dilanjutkan untuk tempoh masa sepertima yang dibenarkan di bawah seksyen 5 Akta 119," katanya. Pelantikan dijangka akan dibuat selepas mesyuarat Kabinet Rabu depan, kata Najib. Baru-baru ini Koroner Azmil Muntapha Abas memutuskan kematian pembantu politik Exco Selangor itu pada 2009 bukan disebabkan bunuh diri ataupun dibunuh. Sehubungan itu, banyak pihak mendesak penubuhan surahanjaya diraja bagi menyelesaikan kes berkenaan. Bagaimanapun Najib berkata penubuhan suruhanjaya berkenaan bukan berdasarkan tekanan daripada pelbagai pihak termasuk ahli politik dan beliau berharap agar melalui penubuhannya akan dapat menyelesaikan kes tersebut. "Bagaimana pula dikatakan terdapat tekanan politik. Anda rujuk kepada kenyataan saya pada 17 Julai 2009. Saya sudah nyatakan mengenai hasrat kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya DiRaja ini. "Saya berharap kegusaran keluarga berkenaan...kami bersimpati dengan keadaan mereka. Kami faham apa yang telah mereka lalui. Kami berharap mereka akan benarkan proses ini dijalankan dan berharap kami akan dapat mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku," katanya. Selain itu Perdana Menteri menambah bahawa Peguam Negara akan memfailkan satu permohonan semakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi menyemak keputusan Majistret tersebut. "Kita semua perlu sedar mengenai undang-undang di negara ini. Kita tidak harus terbawa-bawa dengan emosi kita. Apa yang penting ialah untuk kita ketahui kebenarannya. Kerajaan mahu tahu kebenarannya. Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk mencari kebenarannya...apa sebenarnya berlaku," katanya. Selain itu Najib berkata beliau sedia untuk berjumpa dengan keluarga Teoh.

[Teoh Beng Hock, 30, yang merupakan pembantu politik Exco Kerajaan Negeri Selangor ditemui mati pada 16 Julai 2009, di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam selepas disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan sama. Kita ucapkan tahniah kepada PM andai beliau benar-benar ikhlas mahu tubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menangani kes ini. Namun, siapakah yang akan dilantik menganggotai suruhanjaya tersebut agaknya?. Memang benar kata PM, kesediaaan kerajaan itu bukanlah kerana tekanan politik. Namun, sedarkah kita pemimpin politik pembangkang yang banyak mendesak agar penubuhan suruhanjaya bebas itu dilakukan segera. Makanya, PM telah berdusta kononnya tiada desakan politik dalam hal ini sebenarnya. Agak mudah untuk menyimpulkan bahawa memang ada "konspirasi terancang untuk tidak mengaitkan SPRM" dalam kes ini. Ia bagi menjaga nama baik agensi tersebut dan kerajaan sendiri. Justeru itu, apakah kita boleh yakin suruhanjaya bebas itu benar-benar bebas untuk menyiasat kes ini? Atau sekadar melepaskan batuk ditangga semata-mata selepas lebih setahun membazirkan wang rakyat untuk membiayai inkues yang "tidak masuk akal" itu. Inilah yang menggusarkan rakyat, malah mereka berpendapat kes ini pasti akan menjadi seperti kes pembunuhan misteri paragawati Noritta Samsuddin dulu, yang akhirnya menyaksikan semua tertuduh dilepaskan dan pihak polis hanya memaklumkan terdapat "dua lembaga yang tidak dikenali" terlibat. Bukankah, kes itu masih menjadi tandatanya sehingga ke hari ini. Maka, apakah kita boleh terima kenyataan kes Teoh, andainya jawapan sama akan diterima seperti kes Noritta ini agaknya?].

Share:

Edisi Pahang: Seramai 212 Orang Mangsa Banjir Di Pindahkan Sekitar Kuantan Sejak Awal Pagi Tadi !

KUANTAN 6 Jan [2.30 pm] - Seramai 212 mangsa banjir dari empat buah kampung di daerah ini dipindahkan ke tiga pusat pemindahan banjir yang dibuka kira-kira pukul 11 pagi ini. Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, daripada jumlah tersebut, 193 mangsa adalah dari Taman Seberang Balok dan Kampung Balok. Menurut beliau, mereka kini ditempatkan di Dewan Orang Ramai Balok, manakala dua mangsa dari Kampung Bukit Palas dipindahkan ke Balai Raya Chendor. "Seramai 17 orang lagi dari Kampung Cherating ditempatkan di Balai Raya Cherating," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau juga berkata, disebabkan paras air yang tinggi, laluan di Kilometer 18 Kuantan-Kemaman berhampiran Aspa Cottage hanya dibuka untuk kenderaan berat. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Balok, Mohd. Zainon Ali berkata, pusat pemindahan itu mula dibuka sebaik sahaja kawasan berkenaan dinaiki air. "Sebaik dibuka, seramai 61 orang daripada 12 keluarga sudah mendaftar di pusat pemindahan. "Kami jangkakan lebih ramai akan mendaftar di pusat pemindahan ini kerana hujan masih berterusan dan lebih banyak rumah dinaiki air, termasuk di Sungai Karang Darat," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Hadir sama di pusat pemindahan berkenaan bagi memantau perkembangan mangsa banjir ialah Pegawai Daerah, Datuk Mariam Ismail. Menurutnya, sebuah bot akan dihantar ke kampung berkenaan memandangkan terdapat beberapa penduduk di 20 buah rumah yang terperangkap dan tidak dapat berpindah kerana kawasan di sekelilingnya dinaiki air. Sementara itu, seramai 900 pelajar Sekolah Kebangsaan Pelabuhan di Balok Makmur dibenarkan pulang pada kira-kira pukul 10.15 pagi selepas pekarangan sekolah dan beberapa kelas dinaiki air sehingga kira-kira 0.5 meter. Tinjauan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelabuhan mendapati kawasan sekolah terbabit turut dinaiki air seawal pukul 8 pagi dengan beberapa jalan utama menghala sekolah berkenaan ditutup untuk kenderaan ringan sahaja.

[Kepada seluruh rakyat Pahang yang berada di kawasan berisiko banjir, diminta agar berhati-hati dan berjaga-jaga sekarang. Ini kerana difahamkan, hujan kini turun dengan lebatnya dibeberapa kawasan. Jika senario ini berterusan maka kemungkinan untuk banjir boleh berlaku bila-bila masa dari sekarang. Maka itu, sila bersedia dan menyimpan segala barangan berharga termasuk dokumen penting demi keselamatan. Apapun, kita mengharapkan agar bantuan mangsa banjir dapat diagihkan secara sama rata tanpa membezakan siapakah mereka itu. Dalam hal bencana alam seperti ini, fahamn politik perlu diketepikan demi rakyat. Semoga tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku akibat banjir kali ini].

Share:

Pilihan Raya Umum Serentak Pasti Bakal Berlaku Selepas Anwar Ibrahim Dihumbankan Semula Ke Penjara Sg.Buluh Sebelum Bulan Julai 2011 Nanti

Mutakhir ini, berbagai usaha dan agenda yang dilakukan oleh kerajaan UMNO BN dalam usaha mereka untuk menarik kembali undi rakyat kepada parti itu dalam Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Semakin hari, mereka dilihat semakin gusar dengan pengaruh pembangkang. Banyak tindakan memalukan dan mengarut dilihat berlaku mutakhir ini. Semuanya mengesahkan lagi kepada kita bahawa puak-puak UMNO BN sudah semakin kemaruk dan "gila meroyan" untuk terus mengekalkan kuasa. Malahan, dek kerana takut tertewas dalam pilihanraya umum akan datang, maka Perdana Menteri Najib Razak sanggup mengatakan bahawa "tidak ada parti lain akan menang kiranya BN tewas". Tambah mengejutkan ketika Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, beliau turut melaungkan kenyataan bahawa UMNO akan tetap pertahankan Putrajaya walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Semua ini mengesahkan kepada kita bahawa mereka sudah tahu yang suara rakyat bisa menghumbankan pakatan karat itu dalam pilihanraya umum nanti. Anehnya, dalam keadaan tahu dan gusar penolakan rakyat terhadap mereka itu pun PM sanggup menyiksa rakyat. Omongan kosong "rakyat didahulukan" hanyalah sekadar melepaskan batuk ditangga semata-mata. Inilah yang telah berlaku kepada rakyat Malaysia.


Bukti, PM Najib kata petrol tidak akan dinaikkan lepas PRU12 dulu
Selepas Najib mengambilalih tampuk pemerintahan negara daripada Pak Lah dulu, beliau rupanya telah meneruskan tradisi "mendera rakyat" dengan menaikkan berbagai harga barangan seperti minyak petrol diesel, gula, gas dan sebagainya. Bukan sekali, malah berkali-kali, bayangkan dalam masa tempoh Nov-Jan minyak petrol RON97 dinaikkan sebanyak tiga kali. Soalnya sekarang, kenapa ini berlaku jika benar UMNO BN mahu menarik kembali suara rakyat agar menyokong mereka?

Sikap Alpa Puak UMNO Bakal Jahanamkan BN

Ini membuktikan puak-puak mereka sebenarnya, sudah terlalu terdesak untuk menagih simpati rakyat sebenarnya. Lantaran itu, mereka alpa dan terlupa bahawa apa yang diucapkan dan dijanjikan itu akhirnya tidak kesampaian. Kini, rakyat jelata marah dan memberontak atas desakan ekonomi yang kian mencengkam sekarang. Terkini, terdapat ura-ura minyak kelapa juga pasti akan dinaikkan jika melihat kepada senario semasa. Janjilah apa saja, namun rakyat kini sudah tidak yakin dan percaya lagi dengan kenyataan "dusta" itu sebenarnya. Mereka melihat, jangka hayat UMNO BN kini sudah menghampiri penghujungnya. BN akan menjadi seperti parti LDP di Jepun tidak lama lagi. Semuanya itu akibat sikap "tidak sedar diri" dan "kerakusan" untuk terus mempertahankan kuasa. Penyelamat mereka sekarang ini hanyalah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sudah pasti merangka strategi baru untuk memastikan parti itu terus berkuasa. Namun, segalanya kini dilihat akan berubah terutamanya dengan kemasukan begitu ramai pengundi muda. Mereka kini terpaksa bergantung kepada talian hayat "Sabah dan Sarawak" semata-mata untuk mengekalkan kuasa. Justeru itulah terdapat ura-ura Pilihanraya Negeri Sarawak terpaksa diadakan serentak dengan Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Ia berasaskan kepada, jika dibuat berasingan maka PM Najib gusar Sarawak akan menjadi seperti Batu Sapi yang dirampas oleh pembangkang. Tambahan pula, jika dibuat berasingan ia akan melemahkan kekuatan BN itu sendiri biarpun mereka mengawal seluruh media arus perdana. Ia berikutan, ramai pemimpin dan jentera parti pembangkang sudah pasti akan berkampung di sana apabila ia dibuat berasingan. Inilah yang menakutkan Najib sebenarnya, ditambah lagi dengan reputasi Ketua Menteri Sarawak yang kian merudum akibat skandal penyelewengan.

Pilihanraya Serentak Untuk Kekalkan Kuasa BN

Maka itulah, kemungkinan besar ia PRU-13 diadakan serentak dengan Pilihanraya Negeri Sarawak itu semakin menjadi kenyataan. Maknanya, pilihanraya umum "mahu atau tidak" pasti akan diadakan sebelum tamat tempoh penggal Dewan Undangan Negeri Sarawak pada Julai 2011 ini. Justeru itu, inilah yang menyebabkan mereka terpaksa melakukan apa sahaja untuk memastikan kemenangan dalam PRU-13 nanti, hatta mempengaruhi SPR untuk membuat persempadanan semula kawasan pilihanraya nanti. Lantaran itulah juga, kita tidak hairan apabila ramai pemimpin pembangkang yang terdiri daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Sivarasa dan Karpal Singh digantung enam bulan dari menghadiri sidang parlimen. Semua ini memungkin, ura-ura persempadanan semula itu dilakukan sebenarnya. Itu belum termasuk lagi dengan tindakan "jahat" pihak SPR yang sudah mula memindahkan nama-nama pengundi ke kawasan lain seperti apa yang berlaku di beberapa buah negeri yang diperintah oleh pembangkang (pakatan rakyat) sekarang ini. Maknanya, mereka pasti akan mencuba sedaya upaya untuk memastikan kemenangan tercapai dalam apa jua keadaan sekali pun. Kini, terdapat juga maklumat terbaru yang mengatakan SPR akan membuat undang-undang baru yang mewajibkan pengundi berdaftar membuang undi di kawasan tempat tinggal mereka yang sah. Maknanya, mereka tidak lagi dibenarkan mengundi di kampung halaman atau tempat asal mereka seperti yang berlaku sekarang. Jika undang-undang baru ini dilaksanakan, maka sudah pasti ia akan memberi kelebihan kepada UMNO BN. Tambahan pula, SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sudah pasti akan memainkan peranan untuk menukarkan nama-nama pengundi ke kawasan hitam dan kelabu. Semua ini bagi memastikan kubu kuat pembangkang dapat dilumpuhkan.

Pilihan Raya Berlaku Selepas Anwar Terpenjara


Tidak cukup dengan itu, kini Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula "diserang bertubi-tubi" oleh mereka. Tidak cukup dengan menggantung Ketua Umum PKR itu, kini terdapat maklumat yang mengatakan Anwar pasti akan dijatuhkan hukuman bersalah atas "konspirasi liwat II" yang sedang beliau hadapi sekarang. Biarpun terdapat seribu keraguan dan penipuan fakta terhadap kes tersebut, ditambah lagi dengan berbagai halangan untuk pihak yang tertuduh mendapatkan salinan dokumen dan senarai saksi kes. Semua ini memungkinkan Anwar pasti akan dihumbankan semula ke Penjara Sg.Buloh selewat-lewat dalam suku pertama tahun ini atau selewat-lewatnya antara bulan Mei hingga bulan Jun nanti. Maka, mengikut skrip selepas Anwar dipenjara barulah PM Najib berani membubarkan parlimen dan mengadakan Pilihanraya Umum Ke-13 itu sebenarnya. Pilihan itu sahaja yang ada ditangan mereka sekarang. Mereka tidak melihat kemarahan rakyat andai Anwar dipenjarakan atas kes yang meragukan itu. Malah, rakyat juga melihat Anwar sebenarnya adalah mangsa kes liwat II ini dan bukannya Saiful Bukhari Azlan. Tambah mengejutkan, sekitar penghujung tahun 2008 dulu juga mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Mahathir Mohamad juga pernah membuat kenyataan terbuka bahawa Anwar tidak bersalah dan segala tuduhan yang dilemparkan oleh beliau terhadapnya adalah rekaan semata-mata. Sila rujuk video sebagai bukti kenyataan itu.

[Apapun yang berlaku, rakyat diminta bertenang dan bersabar atas segala kemungkinan ini. Fokus yang wajar diberikan sekarang ialah Pilihanraya Kecil DUN Tenang yang akan berlaku dalam tempoh terdekat ini. Biarpun semua yang didedahkan ini mungkin sekadar spekulasi, namun rakyat diminta berhati-hati dengan permainan media arus perdana yang terus menyerang pembangkang sekarang ini. Bukan sahaja Anwar yang diserang, malah kini mereka sedang berusaha untuk menjatuhkan pula Kerajaan Negeri Selangor menerusi perlantikan SUK baru yang dilihat proksi Khir Toyo itu sebenarnya. Kini, jelas terbayang diruang mata kita, apakah tragedi yang berlaku di Perak akan berulang kembali di Selangor. Tambahan pula, tindakan membenarkan SUK Kushrin berada dalam pentadbiran kerajaan negeri samalah juga seperti mereka meletakkan CCTV dan kamera yang dijumpai dalam bilik MB suatu ketika dulu. Mungkin masa sahaja yang akan menentukannya. Namun, apa yang jelas tindakan memporak-perandakan Selangor ini dilihat ada kaitan dengan isu pembubaran DUN itu sendiri. Ini kerana terdapat ura-ura Tan Sri Khalid Ibrahim tidak akan bubarkan DUN biarpun parlimen dibubarkan oleh Najib tidak lama lagi. Inilah yang menakukkan UMNO yang sedaya upaya mahu merampas semula negeru "lubuk emas" itu daripada pembangkang dalam Pilihanraya Umum Ke-13 nanti sebenarnya !].
Share:

Kontroversi: Kes Beng Hock, Majlis Peguam Gesa Kerajaan Tubuh Suruhanjaya Siasatan Di Raja !!

KUALA LUMPUR 6 Jan [8.20 pm] - Majlis Peguam hari ini mengulangi gesaannya supaya kerajaan menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung punca kematian Teoh Beng Hock. Presidennya, Ragunath Kesavan (foto) berkata, suruhanjaya itu perlu diberi ruang yang luas bagi menyiasat situasi dan punca kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah itu serta menyemak soal siasat dan teknik yang digunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). "Kedua-dua aspek ini saling berkait dan tidak boleh dianalisis secara berasingan,” katanya dalam satu kenyataan di sini. Semalam, Mahkamah Koroner menolak bunuh diri sebagai punca kematian.

[Nampaknya kes kematian Teoh Beng Hock mengulangi apa yang berlaku kepada Noritta Samsuddin. Cuma bezanya kes Noritta ada yang dituduh iaitu Hanef Basree, biar pun selepas itu dia didapati tidak bersalah. Namun dalam kes Beng Hock, tiada siapa yang dituduh walhal kejadian tersebut terang dan nyata berlaku di pejabat SPRM Selangor. Maknanya, ada sesuatu yang tidak kena dengan keputusan yang dibuat itu sebenarnya. Apakah nanti jawapan sama dengan kes Noritta iaitu terdapat dua lembaga yang tidak dikenali melakukan perbuatan tersebut. Siapa lembaga itu? hingga kini masih menjadi misteri yang belum terjawab hingga ke hari ini].

Share:

Panas: Insiden Kes Rogol Amah, Rais Yatim Boleh Tuduh Blog Serta Pemimpin Pembangkang Fitnah Tapi Bagaimana Bukti Laporan Oleh Migrant Care

Selepas dua minggu diasak dengan insiden "rogol amah", akhirnya semalam Menteri UMNO yang menjilat kembali ludah dan jambatan yang dibakarnya dulu iaitu Si Rais Anak Yatim tiba-tiba memberanikan diri untuk menafikan dia terlibat dengan kes tersebut. Maka gembiralah para blogger dan penyokong UMNO BN atas pengakuan "ikhlas" si Rais itu. Rais dengan bangganya menolak dakwaan yang kononnya sengaja digembar-gemburkan oleh blog-blog dan pemimpin pembangkang bagi menjatuhkan reputasinya. Kononnya, pembangkang takut dengan agenda 1Malaysia dan apa yang telah dia lakukan bagi menarik kembali sokongan rakyat kepada kerajaan hari ini. Namun satu persoalan yang wajar ditimbulkan kepada Rais ialah, kenapa beliau begitu lantang menafikannya tapi tidak mahu memaklumkan akan membuat tindakan saman malu kepada pihak yang berkenaan?. Jika benar beliau tidak terlibat, maka apa salahnya dia menyaman semua blog dan mana-mana pemimpin pembangkang yang memperkatakan tentang hal itu. Bak kata pepatah "jika tiada angin, masakan pokok bergoyang". Maka begitulah juga dengan kenyataan Rais Yatim itu sebenarnya. Langkah berani beliau itu sebenarnya menjerat diri sendiri. Ini kerana, apa yang diperkatakan oleh blog dan pemimpin pembangkang terhadap isu ini adalah merujuk kepada apa yang didedahkan oleh WikiLeaks. Jika sebelum ini, mereka begitu bangga dan seronok apabila memutar belitkan kenyataan WikiLeaks terhadap kes liwat Anwar, hingga menyebabkan pemimpin PKR itu berani tampil untuk menfailkan tindakan saman. Maka, kenapa Rais tidak berani berbuat demikian?. Apakah kerana beliau gusar sesuatu yang lebih panas akan terbongkar agaknya. Inilah juga yang berlaku kepada PM Najib terhadap beberapa pendedahan panas yang dibuat oleh media asing mengenai penglibatan beliau dengan kes Altantunya. Begitu juga dengan laporan yang dibuat oleh WikiLeaks baru-baru ini. Soalnya kenapa Najib juga seperti Rais, tidak berani untuk menyaman pihak yang berkenaan?. Bukankah ia jelas menjatuhkan imej serta mencemarkan maruah mereka?. Inilah yang menjadi persoalan sekarang. Justeru itu, tidak perlulan puak-puak blogger dan penyokong UMNO terlalu percaya dengan pengakuan ikhlas Rais Yatim itu.

[Tambah mengejutkan, pendedahan tentang skandal Rais itu bukan sekadar dibuat oleh blog dan pimimpin pembangkang. Ia adalah berdasarkan kepada maklumat sahih dan tidak ditagui oleh pihak yang berkenaan. Malah, bagi mengukuhkan maklumat tersebut terdapat bukti laporan bertulis yang dibuat oleh sebuah NGO yang menjaga kepentingan pekerja Indonesia, Migrant Care (foto) yang menyiasat kes ini sejak Julai 2007 lalu. Ini kerana, selepas didedahkan menerusi temubual dengan Country Coordinator Migrant Care, Alex Ong mengenai penyiasatan Migrant Care. Alex mengesahkan laporan itu dan mengesahkan Migrant Care telah membuat siasatan terperinci mengenainya pada bulan Julai 2007. Pada 1 Ogos 2007, Alex bersama dua lagi pemimpin Migrant Care telah menandatangani satu kenyataan media mengenai kes mangsa rogol yang berkenaan. Makanya, apakah Rais berani menafikan laporan yang dibuat oleh pihak berkenaan agaknya?. Sedangkan penghantaran mana-mana amah yang dibuat pastilah mempunyai rekod tertentu. Apakah maklumat berkenaan boleh dipadamkan oleh Rais sama semperti maklumat kehadiran Altantunya ke negara ini yang hilang dari data Jabatan Imigresen Malaysia suatu ketika dulu. Apakah nanti ada alasan mangsa tidak pernah menjadi amah di Malaysia kerana tiada rekod beliau pernah datang atau berkhidmat di negara ini?].
Share:

Majlis Angkat Sumpah Datuk Md.Khusrin Sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Yang "Baru" Selesai Juga Biarpun Penuh Dengan Kontroversi !

SHAH ALAM, 6 Jan [11.40 pm] - Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru Datuk Mohamad Khusrin Munawi selesai mengangkat sumpah taat setia di hadapan Sultan Selangor Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Kayangan di sini pagi tadi. Majlis itu turut dihadiri oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kesemua barisan Exconya. Pada majlis angkat sumpah Khusrin hari ini baginda turut berkenaan mengurniakan darjah kebesaran, Datuk Setia - Sultan Sharifuddin Idris Shah (S.S.I.S), Darjah Kelas Pertama kepada Duli Yang Mulia Raja Muda Selangor. Selain itu, baginda turut melantik Datuk Ramli Mahmud sebagai Ahli Dewan di-Raja Selangor, pelantikan Marzuki Hussin sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor. Turut dilantik sebagai Ahli Jaksa Pendamai Selangor ialah Datuk Abu Bakar Abdul Hamid, Tan Sri Lee Lam Thye dan Puan Sri Thamayanti Devi Ampilaipakan, pelantikan Khusrin dan Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah sebagai Ahli Majlis Agama Islam Selangor serta Norhuda Roslan sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Selangor.


SUK Negeri Selangor baru akhirnya angkat sumpah, Datuk Mohamed
Khusrin bersalaman dengan Sultan Selangor selepas upacara selesai

[Apa jua situasi sekali pun, kita ucapkan syabas dan tahniah kepada Datuk Muhamed Khusrin atas perlantikan tersebut. Cuma masalahnya, apakah beliau boleh berkerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor pimpinan MB Tan Sri Khalid Ibrahim (PKR) dalam keadaan dirinya dibanyangi imej UMNO itu sendiri. Mana mungkin, SUK dapat menunaikan tanggungjawabnya jika tidak sehaluan dan persetujuan daripada pihak kerajaan negeri itu sendiri. Kes ini umpama "hidung tak mancung tapi pipi tersorong-sorong". Ia menunjukkan kepada kita bukti jelas sememangnya ada agenda terancang untuk UMNO BN melakukan perkara yang sama kepada Perak dulu. Mungkin sebelum ini, isu CCTV haram yang diletakkan dalam pejabat MB menyebab puak UMNO terkejut. Maka itulah mereka terpaksa menghantar "Spy" secara terhormat seperti sekarang ini].
Share:

Kontroversi: Isu SUK Selangor, Tuduhan Bahawa Pembangkang "Derhaka" Akhirnya Memakan Diri Serta Membuka Pekong Puak UMNO Sebenarnya !

Politik UMNO Baru ketika ini bertambah bercelaru. Apa yang dirancang langsung tidak menjadi. Malah senjata yang cuba ditusuk ke dada lawan berpaling menikam diri sendiri. Ada pemimpin UMNO Baru cuba mengambil kesempatan untuk mengutuk tindakan Menteri Besar Selangor yang cuba menghalang perlantikan Datuk Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan SUK Negeri. Datuk Seri Noh Omar (foto) menegaskan mereka (pembangkang) derhaka. Jangan cuba mencabar kuasa Sultan Selangor. "...Jika tidak memihak dan merugikan, mereka akan tuduh itu tidak adil, ini tidak adil. Bukan sahaja kuasa raja-raja Melayu, polis dan mahkamah juga akan dituduh tidak adil jika apa jua keputusan tidak memihak kepada mereka. Inilah sebenarnya perangai pembangkang terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. PKR, hendak urus parti pun huru-hara, inikan pula hendak tadbir urus negara?..." (ARKIB : 02/01/2011 Utusan Malaysia).

Video Eksklusif pakar undang-undang tentang kemelut SUK Selangor
[Tapi setelah Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor menghadap Ke Bawah Duli Tuanku di mana kata Tan Sri, Sultan mengaku bahawa baginda sudah tidak ada kuasa dalam hal perlantikan kerana kuasanya sudahpun dipindahkan ke persekutuan melalui satu pindaan yang dibuat oleh pentadbiran UMNO pada tahun 1993 segala pekong yang disorok sudah terbarai..! Apabila kerajaan negeri Selangor ingin mengembalikan kuasa raja melayu Datuk Seri Noh Omar berkata Undang-undang Tubuh Negeri Selangor tidak perlu dipinda kerana ia telah diamalkan sekian lama dan tidak timbul sebarang masalah kepada kerajaan terdahulu terhadap pelantikan pegawai tertinggi kerajaan negeri yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA. Datuk Seri Noh Omar dari parti mana...? Siapa sebenarnya yang menderhaka dan menghakis kuasa raja melayu...? MANA PERKASA, PAKIDA.? Barulah kita sedar bahawa slogan "KETUANAN MELAYU" yang dilaungkan oleh PERKASA itu sebenarnya untuk menjadikan pemimpin UMNO Baru jadi sultan menggantikan sultan melayu yang sedia ada]. Artikel pembaca PDO
Share:

Kontroversi: Keputusan Kes Mahkamah Koroner Terhadap Kes Teoh Beng Hock, Peguam Arahkan Keluarga Mendiang Menfailkan Semakan Kes Itu

SHAH ALAM, 5 Jan [9.20 pm] - Peguam pemerhati kepada keluarga Teoh Beng Hock menasihatkan anak guam mereka untuk memfailkan semakan terhadap di sini, pada Rabu yang memberikan keputusan terbuka dalam prosiding inkues siasatan kematian mendiang.keputusan Mahkamah Koroner. Karpal Singh berkata, permohonan semakan itu akan difailkan dengan kadar segera yang mungkin bagi membolehkan seorang Hakim Mahkamah Tinggi menyemak keputusan yang disifatkannya sebagai ‘mengecewakan rakyat’. “Koroner (Azmil Muntapha Abas) tidak sepatutnya memberikan keputusan terbuka. Ia seharusnya diputuskan sebagai bunuh,” katanya semasa ditemui di luar mahkamah. Gobind Singh Deo pula berkata, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu bertanggungjawab dengan kecederaan yang dialami mendiang sebelum dia jatuh daripada pejabat badan bebas tersebut di Tingkat 14, Plaza Masalam, Seksyen 9, di sini. “Mahkamah memutuskan kecederaan di leher Teoh berlaku sebelum mendiang jatuh. Apa yang kita tahu, Teoh berada dalam keadaan sihat semasa datang ke pejabat SPRM. “Kita semua juga tahu, dia tidak meninggalkan pejabat tersebut. Bagaimana dia boleh mendapat kecederaan di leher? Itu sesuatu yang perlu dijawab oleh SPRM,” tambahnya lagi.

Ramai Pihak Kecewa Dengan Keputusan Kes Teoh

Sementara itu ramai pihak kecewa dengan keputusan kes berkenaan hari ini Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang hadir di mahkamah untuk mendengar keputusan prosiding inkues juga meluahkan rasa kecewa dengan keputusan tersebut. “Apa yang berlaku kepada Teoh telah menjejaskan kepercayaan rakyat. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi jaminan kepada keluarga mendiang bahawa tindakan yang wajar akan diambil. “Keluarga mendiang nyata kecewa dengan keputusan ini. Perdana Menteri perlu mengotakan janji beliau dan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat semula punca kematian Teoh,” katanya. Sementara itu, Malik Imtiaz Sarwar (foto) yang mewakili kerajaan negeri Selangor pula berkata, beliau akan menunggu arahan daripada anak guamnya berhubung keputusan tersebut. Pada Rabu, Azmil Muntapha memutuskan bahawa mahkamah tidak dapat menentukan sama ada kematian Teoh adalah disebabkan dibunuh atau membunuh diri. Keputusan itu dibuat selepas beliau menilai keterangan yang diberikan oleh 37 saksi inkues dalam prosiding yang dijalankan selama 55 hari, sejak bermula pada 29 Julai 2009. Prosiding inkues diadakan selepas Teoh, 30, ditemui mati di luar tingkat lima pada 16 Julai 2009, Plaza Masalam. Azmil Muntapha dalam keputusannya merumuskan mendiang mati antara pukul 7.15 dan 11.15 pagi, hari yang sama. Beliau juga memutuskan bahawa kematian Teoh adalah disebabkan oleh kecederaan berganda yang konsisten dengan jatuh dari tempat tinggi.

[Sememangnya sejak dari awal lagi, ramai yang menjangkakan natijah keputusann kes Teoh Beng Hock ini sebenarnya. Tambahan pula terdapat banyak keraguan dan kekeliruan yang sengaja diputar belit oleh pihak-pihak yang berkenaan bagi menambahkan keraguan terhadao kes berkenaan. Dengan keputusan Mahkamah Koroner hari ini maka sangkaan itu akhirnya terjawab jua. Apa yang berlaku ini jelas sekali menunjukkan bahawa memang ada tangan-tangan belakang yang tidak mahu nama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terpalit dengan satu keputusan yang boleh menjejaskan reputasi badan itu. Akhirnya inilah hasil yang dihidangkan kepada rakyat. Bukan sahaja keluarga mendiang kecewa dengan keputusan tersebut, malah mereka yang cintakan keadilan juga rasa amat terkilan dengan senario yang berlaku ini].

Share:

Kontroversi: Media "Putar Belit" Fakta, ADUN Sri Muda Sedia Minta Maaf Kepada Sultan Selangor !

SHAH ALAM, 5 Jan [12.32 pm] - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei bersedia meminta maaf kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tersinggung dengan kenyataannya dalam laman blog www.srimuda.blogspot.com yang disiarkan pada 30 Disember lalu. Beliau bagaimanapun tidak mengakui kenyataannya itu ditujukan kepada Sultan Sharafuddin tetapi kepada Setiausaha Sulit baginda dan bekas Ketua Pembangkang, Dr. Mohamad Khir Toyo yang memberikan tafsiran mereka sendiri ke atas peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. Shuhaimi juga menuduh media, terutamanya Utusan Malaysia memanipulasi kenyataan beliau di blog tersebut. Kenyataan itu disampaikan oleh Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Azmizam Zaman Huri pada sidang akhbar di pejabat DUN Sri Muda di Kota Kemuning di sini. Azmizam juga beritahu yang Shuhaimi tidak dapat hadir pada sidang akhbar itu kerana menghadiri program bersama rakyat.

[Sememangnya kita amat terkejut dengan laporan yang dibuat oleh media UMNO kononnya ADUN terbabit menderhaka kepada Sultan Selangor. Walhal, beliau mempertikaikan kenyataan Setiausaha Sulit Sultan dan bekas MB Khir Toyo yang didapati membuat kenyataan dan tindakan yang jelas bertentangan dengan amalan undang-undang itu sendiri. Jika ini keadaannnya, maka kita amat yakin kes Selangor pasti akan menjadi seperti di Perak agaknya. Apakah satu lagi rampasan kuasa akan berlaku sebelum pilihanraya umum ke-12 ini. Terdapat juga maklumat yang mengatakan ada pemimpin Pakatan Rakyat sendiri yang bersekongkol dengan UMNO dalam kes ini. Jika itu hakikatnya, maka ia amat bahaya dan sudah pasti akan mengundang malapetaka yang lebih besar selepas ini].

Share:

Al-Fatihah, Bekas Ketua Pemuda UMNO Rompin Maut Akibat Kemalangan Di Semambu Semalam

KUANTAN 5 Jan [10.00 am] - Bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rompin, Abdul Mahat Atan, 49, maut apabila kereta jenis Honda yang dipandunya bertembung dengan sebuah kereta jenis Chevrolet di Jalan Pintasan Kuantan-Gebeng dekat Semambu, petang semalam. Abdul Mahat yang berasal dari Kampung Bukit Rangin, di sini, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dalam kejadian yang berlaku pada pukul 5.45 petang semalam.

[Pahang Daily Online merakamkan ucapan takziah kepada keluarga arwah. Semoga mereka bersabar atas kehilangan beliau itu. Sebagai sahabat, kami mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan mendapat rahmatNya].

Share:

Panas: "Saman Malu Isu Tangkapan", Mahkamah Tinggi Temerloh Menetapkan 20 Mac Ini Prosiding Perbicaraan Kes Presiden (ANAK) Mazlan Aliman!

TEMERLOH, 4 Jan [10.32 pm] - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan perbicaraan kes saman malu Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak), Mazlan Aliman (foto), berjumlah RM20 juta pada 22 Mac 2011. Peguam yang mewakili Mazlan, Wan Rohimi Wan Daud berkata Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Temerloh, Siti Hajar Mustafa menetapkan demikian selepas meneliti dokumen peguam kedua-dua pihak plaintif dan defendan. Pada 16 Ogos lalu Mazlan selaku plaintif telah memfailkan saman terhadap empat pihak iaitu Pengurus Felda Lembah Klau Awang Sulong, Felda, Inspektor Mohd Azran Rahmat (pegawai polis yang menangkapnya) dan Kerajaan Malaysia. Menurut fakta kes, pada 9 Mac lalu kira-kira jam 4.15 Mazlan ketika memenuhi satu undangan dialog dan perbincangan dengan peneroka berkaitan dengan masalah-masalah dialami mereka di rumah peneroka Hamidun Yeop Isa, telah dikepung oleh 30 orang polis bantuan Felda yang bersenjata dan diugut secara biadab oleh pegawai-pegawai Felda. Hamidun merupakan peneroka yang telah melangsaikan semua hutang dengan Felda dan telah mendapat hak milik tanah kediaman dan ladang. Mazlan kemudian telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub. Namun terdapat satu lagi laporan oleh pengurus rancangan Felda Lembah Klau yang menyebabkan beliau kemudiannya ditahan, direman dan terpaksa merengkok selama dua hari di lokap IPD tersebut. Dalam pada itu, Wan Rohimi berkata Siti Hajar merupakan majistret yang telah mengeluarkan reman kepada Mazlan ketika beliau merengkok di lokap IPD Raub dahulu. Wan Rohimi berkata, beliau menganggap kes saman yang dikemukakan ini sangat penting dan keputusannya akan menjadi indikator kepada pemisahan antara kuasa Felda dan kuasa peneroka. “Saya lihat Felda amat memberi tumpuan kepada kes ini berdasarkan tiga peguam kanan persekutuan yang mewakili defendan kerana mereka amat menyedari implikasi kepada kes ini. “Keputusan kes ini dengan sendirinya akan menjelaskan had-had kuasa antara Felda dengan peneroka yang telah melunaskan hutang piutangnya dengan agensi tersebut,” katanya. Turut mengiringi Mazlan ke mahkamah Tinggi temerloh hari ini ialah Penasihat Undang-Undang PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid, Naib Presiden Anak Aris Fezul Ismail, Setiausaha PAS Pahang Hashim Abdullah dan kira-kira 30 penyokong.

[Akibat tindakan yang tidak masuk dek akal dan bermotifkan hawa nafsu semata-mata, akhirnya kesemua mereka pula bakal di saman. Menggunakan kuasa yang tidak kena pada tempatnya, bermakna mereka terlalu takut dengan perubahan suara rakyat terhadap parti pembangkang di negara ini. Kini rakyat terutamanya masyarakat peneroka Felda sudah mula sedar akan kebobrokan kerajaan UMNO BN selama ini. Hanya masa yang akan menentukan sejauh mana riwayat hidup UMNO dapat dipertahankan. Apa yang pasti, kes ini akan membuka masa rakyat supaya terus menolak UMNO BN dalam pilihanraya umum akan datang. Syabas buat Saudara Mazlan Aliman kerana berani kehadapan untuk mempertahankan prinsip dan pendiriannya. Jangan biarkan undang-undang dipermainkan oleh mereka yang rakus untuk terus berkuasa!].

Share:

Bekalan Minyak Masak Mencukupi Kata Timbalan Menteri, Bolehkah Rakyat 'Percaya Lagi' Apa Yang Di Janjikan Oleh Kerajaan UMNO BN Itu Agaknya!

PETALING JAYA, 3 Jan [4.30 pm] - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberikan jaminan bahawa harga minyak masak tidak akan dinaikkan buat masa ini. Timbalan Menteri kementerian berkenaan, Datuk Tan Lian Hoe (foto) berkata, jaminan itu dibuat kerana bekalan minyak masak mencukupi dan tindakan diambil termasuk menyelaras dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk mempercepatkan bekalan kepada semua kedai. Beliau berkata, kekurangan minyak masak disebabkan pembelian panik berikutan khabar angin bahawa harga barang keperluan ini akan dinaikkan. "Minyak memang mencukupi untuk negara kita. Saya harap pengguna jangan dengar khabar angin sebegini. "Kabinet belum mencadangkan untuk naikkan harga, jadi tidak akan ada kenaikan harga buat masa ini melainkan ditentukan oleh Kabinet,” katanya. Minyak masak adalah salah satu barang kawalan yang disenaraikan oleh kementerian itu. Lien Hoe berkata, kementerian itu memantau keadaan ini dan memberikan amaran bahawa peniaga yang menaikkan harga barang berkenaan akan menghadapi risiko untuk didakwa mengikut Akta Anti-Pencatutan.

[Kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri KPDNKK ini bolehlah dianggap sebagai "penyedap halwa telinga" semata-mata. Kenapa Menteri yang berkenaan iaitu Si Ismail Sabri (foto), tidak mahu keluarkan kenyataan seperti ini lagi. Mungkin dek kerana beliau malu dengan janji kerajaan untuk tidak naikkan harga minyak petrol RON97 hingga hujung tahun lalu. Namun, hakikatnya selepas sebulan kenyataan tersebut ia dinaikkan dengan sewenang-wenangnya. Semua ini membuktikan bahawa kerajaan UMNO BN tidak mampu "mendahulukan rakyat" dalam hal ehwal kebajikan seperti ini. Menariknya, bukan sahaja rakyat yang membangkang marah dengan senario ini malah ia turut melibatkan penyokong UMNO BN itu sendiri sebenarnya. Mereka kecewa dengan masalah bekalan minyak masak yang kini "nazak" di mana-mana. Apakah fenomena ini akan menyamai masalah kekurangan gula yang dihadapi oleh rakyat hingga menyebabkan harga barangan itu dinaikkan akhirnya. Kini, satu lagi insiden yang sama pasti akan berlaku menjelangnya pilihanraya kecil DUN Tenang dan Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak lama lagi. Apa yang pasti, puak UMNO kena terima hakikat bahawa BN itu ialah "barang naik". Maka usahlah mengeluh dan salahkan diri sendiri kerana silap membuat pilihan sebelum ini. Semoga isu ini akan menyebabkan mereka juga sedar dengan kesilapan lalu dan menolak UMNO BN dalam pilihan raya umum akan datang].

Share:

Panas: Kemelut Dalaman, Seorang Lagi Pemimpin Kanan PKR Iaitu N.Gobalakrisnan (Ahli Parlimen Padang Serai) Pula Di Pecat Kerana Kritik Anwar !

Kemelut yang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) seakan tidak berkesudahan. Biarpun pemilihan 2010 sudah pun berakhir, namun masih banyak suara-suara panas yang mempertikaikan keputusan dan mempersoalkan tindakan campurtangan pihak tertentu dalam menentukan keputusan itu sendiri. Sebelum ini, bekas calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard mempertikaikan sikap Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) yang masih belum menyelesaikan beberapa aduan tentang kepincangan yang berlaku semasa proses pemilihan dijalankan dulu. Susulan daripada itu, Chegubard telah menolak tawaran jawatan Timbalan Setiausaha Agung PKR atas alasan masih menunggu keputusan rasmi secara bertulis terhadap segala siasatan terhadap aduan-aduan yang beliau laporkan kepada pihak yang berkenaan. Demi mempertahankan maruah dan prinsip keadilan, akhirnya Chegubard lebih rela menolak dan kini bergerak lebih aktif tanpa terikat dengan jawatan dalam parti. Kini satu lagi berita gempar dilaporkan, apabila seorang lagi calon pemilihan bagi jawatan Naib Presiden iaitu N.Gobalakrisnan (foto) selaku Ahli Parlimen Padang Serai pula dikatakan telah dipecat oleh parti gara-gara kritikan pedasnya terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jika benar, dakwaan tersebut maka beliau merupakan pemimpin kedua selepas Datuk Zaid Ibrahim yang dikenakan tindakan serupa itu. Gobala dikatakan terlalu lantang mengkritik secara terbuka tentang campurtangan Anwar dalam pemilihan dan sikap pemimpin itu yang memberi tempat kepada peguamnya N.Surendran untuk mengisi salah satu jawatan tertinggi parti itu bagi mewakili masyarakat kaum India. Bagi Gobala, Surendran tidak layak kerana dia bukan calon malah juga bukan ahli PKR yang sah. Kononnya Anwar memilih pemimpin itu atas kapasiti "proksi" demi kukuhkan pengaruhnya untuk dapatkan sokongan kaum India di negara ini.

[Terbaru, Gobala mengaitkan Anwar yang bertanggungjawab megarahkan perobohan sebuah kuil hindu di Selangor. Inilah yang menyebabkan pucuk pimpinan tertinggi parti terpaksa mengambil tindakan pecat terhadap beliau agaknya. Sebelum itu, Gobala juga dipercayai telah mendapat usul "undi tidak percaya" oleh kepimpinan PKR cabang Padang Serai sendiri. Apa yang pasti, Gobalakrishnan kini bakal dipinggirkan dan tersisih daripada parti dan akan mengisi salah seorang lagi "wakil rakyat bebas" di negara ini. Semoga masa depan beliau akan lebih cemerlang lagi selepas ini hendaknya. Apakah tindakan pemecatan Gobala itu dipersetujui oleh parti atau sekadar dibuat tanpa merujuk kepada Lembaga Displin PKR agaknya. Apakah mungkin, selepas ini ramai lagi akan dipecat atau mengambil keputusan untuk keluar dari PKR selepas lihat apa semua ini].
Share:

Sensasi: Pesta Sambutan Tahun Baru 'Ala Yahudi' Jelas Buktikan Kerajaan UMNO BN Gagal Menjaga Maruah Agama Islam Dulu, Kini Dan Selamanya !!


Sambutan Tahun Baru 2011 nampaknya meriah di sana sini. Begitulah beritanya, jika benar seperti apa yang dilakukan oleh media arus perdana. Namun, dalam kemeriahan itu sedarkah kita bahawa ia jelas lari dan terpesong dalam konteks negara Islam itu sebenarnya. Acara hiburan terus disuburkan dan diberi ruang yang terbuka kepada rakyat. Mereka disogokkan dengan berbagai aktiviti yang menjurus ke arah maksiat. Semua ini tidak langsung mencerminkan negara Malaysia adalah sebuah negara Islam seperti yang diperkatakan oleh pemimpin UMNO BN selama ini. Sambutan tahun baru terus dijadikan alat untuk merosakkan jiwa-jiwa remaja yang sudah lama hancur itu. Islam apakah yang mahu dibawa jika begini rupanya. Di seluruh negara, acara sambutan dihiasi dengan hiburan artis, kebudayaan, kesenian dan kemuncaknya menjelang detik 12 malam iaitu tembakan bunga api ke udara. Semua ini adalah budaya jahiliah barat yang terus dipertahakan oleh kerajaan UMNO BN, yang kononnya memperjuangkan Islam di negara ini. Hakikatnya, rakyat terutamanya orang Melayu yang beragama Islam sudah mual melihat apa yang berlaku ini. Mereka sangsi, apakah parti UMNO itu benar-benar mahu pertahankan Islam sebagai "addin" atau sekadar "kosmetik" semata-mata untuk mengaburi mata rakyat?. Sedangkan umat Islam di negara ini terus dipesongkan minda mereka agar percaya kononnya UMNO berjuang untuk Islam. Apakah begini caranya ajaran Islam. Hiburan yang merosakkan itu diagung-agungkan di beri tempat yang tinggi daripada majlis-majlis ilmu dan kesyukuran yang sepatutnya didahulukan. Jika inilah senarionya, maka kami yakin lama kelamaan umat Islam di Malaysia ini akan bertambah rosak akhlak dan akidah mereka. Budaya kuning ciptaan Yahudi terus dipertahankan agar keimanan dan ketaqwaa itu terlucut satu persatu daripada jiwa-jiwa umat Islam itu sendiri. Apakah kita mahu terus biarkan fenomena seperti ini berterusan buat selamanya?.


Apakah pemimpin Melayu Islam UMNO BN suka melihat fenomena ini
[Berapa ramai lagi kita mahu lihat anak-anak Melayu beragama Islam murtad, melacur, berzina, menagih dadah, merempit, buang bayi, minum arak dan sebagainya?. Jangan "gadaikan maruah Islam" hanya kerana mahu mereka menolak agama dalam kehidupan mereka. Inilah yang dimahukan oleh kerajaan UMNO BN agaknya. Mereka mahu, umat Islam menolak agama agar lebih terpengaruh dengan dakyah ciptaan mereka. Maka senanglah untuk mereka menang dalam setiap kali pilihanraya. Jika ramai umat Islam kembali kepada agama, sudah pasti parti karat itu akan ditolak dan dihumbankan oleh mereka. Inilah yang amat ditakuti sebenarnya. Justeru itu, marilah sama-sama kita kembalikan maruah dan kegemilangan Islam. Jangan biarkan mereka terus merosakkan agama untuk kepentingan politik dan periuk nasi mereka sahaja. Lakukan perubahan dalam pilihanraya umum akan datang, agar Islam akan dapat dikembalikan ke tempat asalnya. Bersamalah kita menantikan hari kemenangan Islam, agar undang-undang Allah tertegak di atas muka bumi ini suatu hari nanti. Marilah buat perubahan!].
Share:

Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr.Jeffrey Kitingan Sah Keluar Dari Parti !!

KOTA KINABALU, 2 Jan [2.30 pm] - Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan (foto) telah keluar daripada parti itu. Menurut beberapa sumber, Dr Jeffrey telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 1 Januari lalu. Dr Jeffrey bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan sebarang komen pada Ahad. Namun menurut seorang sumber yang rapat dengan beliau memberitahu pengasas Barisan Bersatu Borneo (UBF) itu merasakan sambutan tahun baru bukan masa sesuai baginya untuk keluar daripada parti itu. Ia adalah hari pertama memasuki tahun baru, era baru, menurut sumber itu. Dr Kitingan terdahulu merasmikan pembentukan UBF yang dianggap sebagai 'Kuasa Ketiga' dan alternatif kepada Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Pembentukan itu dilihat sebagai satu platform untuk memperjuangkan hak dan keadilan bagi penduduk Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963. Katanya, meskipun negeri-negeri di Kepulauan Borneo kaya dengan sumber semulajadi, ia masih kekal antara rantau termiskin di negara ini.

[Berita ini sedikit pun tidak mengejutkan sebenarnya, namun ia sedikit memberi tamparan hebat buat Pakatan Rakyat terutamanya disaat berhadapan dengan pilihanraya kecil DUN Tenang dan Pilihanraya Umum Ke-13 tidak lama lagi. Apapun, rakyat perlu bersabar melihat apa yang berlaku dan tidak terlampau sedih atau kecewa dengan senario ini. Keluar masuk parti adalah perkara biasa bagi pemimpin politik dari Sabah sebenarnya. Justeru itu, usahlah ia dijadikan alasan untuk rakyat terus menolak kemaraan Pakatan Rakyat dalam menakluki Putrajaya pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Teruskan sokongan dan kuatkan azam untuk terus berjaya mencapai hasrat murni demi sebuah perubahan itu].

Share:

Panas: Isu Menteri Rogol Amah, Kenapa Kerajaan UMNO BN Masih Terus Biarkan Bapak Menteri Itu Berkuasa Jika Benar Beliau Memang Ada Terlibat!

Di ambang tahun 2011 baru-baru ini, kita dikejutkan dengan satu laporan yang dibuat oleh WikiLeaks berkenaan kecurangan seorang "bapak menteri" yang dikatakan telah merogol amahnya. Ramai yang tidak menyangka kejadian ini berlaku diketika kontroversi babitkan pekerja warga Indonesia di negara ini belum selesai. Skandal menteri UMNO rogol amah itu kini bukan lagi menjadi rahsia kepada rakyat Malaysia dan Indonesia. Tambahan pula, laman blog sabahkini telah mendedahkan wajah amah terbabit yang dikenali sebagai Robengah (foto). Laman itu juga menyiarkan nama menteri berkenaan serta laporan bertulis yang dibuat oleh sebuah NGO yang menjaga kepentingan pekerja Indonesia, Migrant Care yang menyiasat kes ini sejak Julai 2007 lalu. Ini kerana, selepas didedahkan menerusi temubual dengan Country Coordinator Migrant Care, Alex Ong mengenai penyiasatan Migrant Care. Alex mengesahkan laporan itu dan mengesahkan Migrant Care telah membuat siasatan terperinci mengenainya pada bulan Julai 2007. Pada 1 Ogos 2007, Alex bersama dua lagi pemimpin Migrant Care telah menandatangani satu kenyataan media mengenai kes mangsa rogol yang berkenaan. Malah, blog-blog pro UMNO sendiri mahukan menteri terbabit dikenakan tindakan sewajarnya dengan segera. Soalnya, siapakah "bapak menteri buaya" berkenaan?. Khabarnya, beliau telah diangkat sebagai menteri ketika zaman Pak Lah lagi. Inilah yang mengejutkan, apabila PM Najib Razak terus mengekalkan individu terbabit sebagai menteri, sedangkan perangainya itu tidak melayakkan beliau untuk berada dalam kabinet. Apakah, ini imej yang mahu dipertontonkan kepada rakyat itu agaknya.

[Harapan kita agar, menteri berkenaan segera diambil tindakan. Jika tidak, sudah pasti rakyat akan memberontak dan terus menolak UMNO BN dalam pilihanraya umum akan datang. Inilah impak besar yang bakal diterima oleh kerajaan UMNO BN jika terus cuba untuk mempertahankan kecurangan puak-puak mereka sebenarnya. Siapakah menteri berkenaan, inilah yang bermain difikiran rakyat sekarang ini. Khabarnya beliau berketurunan "Minangkabau" dan pernah "membakar jambatan UMNO" satu ketika dulu. Namun kini beliau telah kembali menjilat segala ludah-ludahnya selepas mendapat kembali jawatan dan kuasa. Semoga pendedahan demi pendedahan akan menyebabkan menteri berkenaan "bagai cacing kepanasan" hendaknya selepas ini. Pastikan beliau terduduk dan terhumban ke lembah kehinaan jika beliau terus dan masih rakus untuk berkuasa].
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.