script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Edisi Pahang: Seramai 212 Orang Mangsa Banjir Di Pindahkan Sekitar Kuantan Sejak Awal Pagi Tadi !

KUANTAN 6 Jan [2.30 pm] - Seramai 212 mangsa banjir dari empat buah kampung di daerah ini dipindahkan ke tiga pusat pemindahan banjir yang dibuka kira-kira pukul 11 pagi ini. Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, daripada jumlah tersebut, 193 mangsa adalah dari Taman Seberang Balok dan Kampung Balok. Menurut beliau, mereka kini ditempatkan di Dewan Orang Ramai Balok, manakala dua mangsa dari Kampung Bukit Palas dipindahkan ke Balai Raya Chendor. "Seramai 17 orang lagi dari Kampung Cherating ditempatkan di Balai Raya Cherating," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau juga berkata, disebabkan paras air yang tinggi, laluan di Kilometer 18 Kuantan-Kemaman berhampiran Aspa Cottage hanya dibuka untuk kenderaan berat. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Balok, Mohd. Zainon Ali berkata, pusat pemindahan itu mula dibuka sebaik sahaja kawasan berkenaan dinaiki air. "Sebaik dibuka, seramai 61 orang daripada 12 keluarga sudah mendaftar di pusat pemindahan. "Kami jangkakan lebih ramai akan mendaftar di pusat pemindahan ini kerana hujan masih berterusan dan lebih banyak rumah dinaiki air, termasuk di Sungai Karang Darat," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Hadir sama di pusat pemindahan berkenaan bagi memantau perkembangan mangsa banjir ialah Pegawai Daerah, Datuk Mariam Ismail. Menurutnya, sebuah bot akan dihantar ke kampung berkenaan memandangkan terdapat beberapa penduduk di 20 buah rumah yang terperangkap dan tidak dapat berpindah kerana kawasan di sekelilingnya dinaiki air. Sementara itu, seramai 900 pelajar Sekolah Kebangsaan Pelabuhan di Balok Makmur dibenarkan pulang pada kira-kira pukul 10.15 pagi selepas pekarangan sekolah dan beberapa kelas dinaiki air sehingga kira-kira 0.5 meter. Tinjauan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelabuhan mendapati kawasan sekolah terbabit turut dinaiki air seawal pukul 8 pagi dengan beberapa jalan utama menghala sekolah berkenaan ditutup untuk kenderaan ringan sahaja.

[Kepada seluruh rakyat Pahang yang berada di kawasan berisiko banjir, diminta agar berhati-hati dan berjaga-jaga sekarang. Ini kerana difahamkan, hujan kini turun dengan lebatnya dibeberapa kawasan. Jika senario ini berterusan maka kemungkinan untuk banjir boleh berlaku bila-bila masa dari sekarang. Maka itu, sila bersedia dan menyimpan segala barangan berharga termasuk dokumen penting demi keselamatan. Apapun, kita mengharapkan agar bantuan mangsa banjir dapat diagihkan secara sama rata tanpa membezakan siapakah mereka itu. Dalam hal bencana alam seperti ini, fahamn politik perlu diketepikan demi rakyat. Semoga tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku akibat banjir kali ini].

Share:

1 ulasan:

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Negeri Pahang, Seramai 671 Calon Berjaya Cemerlang Perolehi 'Straight A'

KUANTAN: Seramai 671 daripada 17,429 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Pahang berjaya memperoleh kepu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.