script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kecewa Dengan Teguran Pembangkang, BN (Bini Najib) Rosmah Mansor Rela Dedahkan Kononnya Istana Oman Taja Lawatan Beliau Ke Negara Itu !

Lucu benar bila mendengar kenyataan BN (Bini Najib) si Rosmah Mansor (foto) konon lawatan rasminya ke Oman minggu lalu atas jemputan rasmi dan ditaja sepenuhnya oleh kerajaan negara terbabit. Beliau berkata, semasa di Oman, pihak istana menyediakan semua kemudahan untuk delegasi Malaysia yang terdiri daripada anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti). ''Saya dijemput oleh Menteri Sosial Oman, tapi entah macam mana tiba-tiba istana negara itu dengar (dapat maklumat) saya hendak buat lawatan, pihak istana beri saya semua kemudahan dan mengambil semua tanggungjawab atas lawatan saya ke sana. ''Datuk Seri Najib tanya apa pendirian saya, saya kata tak tahulah tapi saya diberi status lawatan negara. Rupa-rupanya pihak istana telah memberi semua kemudahan kepada kami termasuk pembayaran minyak (tambang) kapal terbang, semuanya ditanggung oleh pihak istana," katanya. Jika benarlah dakwaan Rosmah itu, maka ternyata beliau memang hebat dan sungguh menakjubkan. Rasanya sejak zaman berzaman Perdana Menteri Malaysia sebelum ini, kita tidak pernah mendengar satu keistimewaan yang dinikmati oleh Rosmah sebenarnya. Bayangkan, perbelanjaan beliau ditaja oleh pihak istana, maknanya Rosmah sama "standard" dengan Permaisuri Agong atau lain-lain kerabat di Raja. Memang sungguh hebat dan benar-benar mengejutkan seluruh rakyat Malaysia sebenarnya.

[Jika benar dakwaan Rosmah itu, maka satu siasatan yang rapi perlu dibuat oleh pihak-pihak yang berkenaan. Soalnya, kenapa isu "Istana Oman Taja" boleh timbul, sedangkan sebelum beranggat ke sana dulu Rosmah tidak langsung mendedahkan perkara tersebut. Apakah dek kerana tekanan demi tekanan yang diterima oleh beliau terutamanya isu tersebut dimainkan oleh pembangkang di DUN Tenang sekarang ini, maka Rosmah terpaksa membuka cerita itu. Soalnya, benarkah Istana Oman benar-benar menaja perjalanan Rosmah atau sekadar alasan untuk melepaskan dirinya. Jika benar Istana Oman menaja perjalanan tersebut, maka adakah ia melibat beliau sahaja atau keseluruhan rombongannya seramai 20 orang itu. Maka, apakah rasionalnya Istana Oman mahu menaja kumpulan terbabit, sedangkan mereka bukanlah misi membawa pelaburan atau sebagainya seperti yang dilakukan oleh menteri yang berkenaan?. Apa yang rakyat tahu, semua itu hanyalah helah Rosmah untuk membazirkan wang rakyat semata-mata. Maka, bagi mengaburi mata rakyat istana digunakan sebagai senjatanya. Rakyat lebih bijak menilai siapa Rosmah !!].
Share:

15 ulasan:

  1. Benar memang benar, tiada yang lain melainkan yang benar. Memang benar bahawa rakyat lebih bijak menilai berbanding segelintir (S E G E L I N T I R) budak2 robot yang telah 'diprogramkan' menjadi peminat taksub PKR/PAS.

    BalasPadam
  2. Tak payahlah nak corner sana sini Bik Mama oi.Habis yang pi lima negara lain termasuk Bangladesh Kerajaan Oman juga yang sponsor termasuk jet persendirian sekali.Bini hang Najib dan pencacai UMNOapco bolehlah hang tipu.Pilah............ ingat kami ni budak tadika ke

    BalasPadam
  3. BN oh BN..memang membawe petake ke seluruh alam semeste..dengan ekonomi negare yang semakin kucar kacir...dier telah membuat satu lawatan "terkejut" ke istana Oman...maybe dier di sponsor ke sane ntuk menjadik penasihat Raja di sane...

    BalasPadam
  4. isy... hebat sungguh tuanku rosmah ni. kalau macam tu tetntu bini muhyidin pun mesti nak juga.

    BalasPadam
  5. Banyak pemerentah yang jatuh kerana gara-gara isteri pemimpin utamanya,dan Kak Ros akan menjadi salah satu punca kejatuhan BN/Umno.Jadi jangan bising biarkan apa yg dia nak buat,sehingga satu ketikan nanti belau akan di benci oleh grombolan mereka sendir.Rasa aku Mahyuddin cukup getik dgn dia ni.

    BalasPadam
  6. macamana dengan lawatan ke arab saudi.itu kerajaan arab saudi sponsor ke.rakyat perlu tahu

    BalasPadam
  7. Benar memang benar, tiada yang lain melainkan yang benar. Memang benar bahawa rakyat lebih bijak menilai berbanding segelintir (S E G E L I N T I R) budak2 robot yang telah 'diprogramkan' menjadi peminat taksub PKR/PAS.

    Wednesday, January 26, 2011 1:44:00 PM

    BUKAN TAKSUB TAPI CERDIK, KORANG LE YANG TAKSUB DENGAN PARTI UMNGOK KORANG SAMPAI BOLEH CAKAP KALAU UMNGOK JATUH MAKA JAHANAMLAH NEGARA MALAYSIA PADAHAL NEGERI KAMI KELANTAN JAUH LEBIH MAJU DRI BANDAR TERENGGANU YANG DIPERINTAH OLEH ANAK SAID. MACAM MANA NEGERI KEDUA TERKAYA DI MALAYSIA SELEPAS SELANGOR BOLEH JADI NEGERI KEDUA TERMISKIN DI MALAYSIA (PERANGKAAN UPEN TAHUN 2010), TAK NAMPAK LAGI KE WAHAI PENJILAT2 UMNGOK!!!!!

    BalasPadam
  8. Hello makcik Rosmah, kamu ni cakap ngan sape...kami ni rakyat 'celik mata, celik hati' bukan mcm kamu tu 'celik mata, buta hati'. Kalau makcik2 kat kuala pilah tu bolih lah kamu kelentong.

    BalasPadam
  9. So what?

    Babi tu balik2 ke luar negara jumpa orang yahudi siapa pula yang sponser?

    Jawab jangan tak jawab!

    BalasPadam
  10. Mahathir yg sponsor pasal Mahathir ada banyak duit kat Bank of Israel. Tak caya cuba siasat. haha.

    BalasPadam
  11. orang OMAN suka tengok Bini Najib yang gemuk pendek sebab tu dia sponsor pergi sana... lu pkir orang bodoh ka mau percaya sama lu kita org bukan penyokong UMNGOK yang bahlol lg bangsat....

    BalasPadam
  12. JANGAN babitkan Muhyiddin dan isterinya Kak Ani tuu, dia orang baik baik...jangan nak tambah dosa kering tu lagi...

    BalasPadam
  13. Sesiapa yang nak taja bukan jadi isu tapi pergi kesana atas nama mewakili negara berkaitan dengan kementerian tertentu yang menjadi persoalan.

    Ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan menteri yang terbabit.

    BalasPadam
  14. Tak perlu marah-marah kat rosmah....dia tidak ada apa-apa kalau najib tidak menjadi PM lagi....Jadi kita perlu berusaha dan pastikan BN kalah dalam pelihanraya akan datang.

    BalasPadam
  15. kalau duit byk bertimbun dlm bank samda di dlm negara mahu pun di luar negara skali pun bila mati bukan boleh bawa masuk dlm kubur....hu2

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.