LABIS 28 Jan [11.00 pm] – Tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka adalah pada 26 Februari, dan jika ada pertandingan pengundian diadakan pada 6 Mac, umum Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam satu kenyataan di sini malam ini. Kerusi Dewan Undangan Negeri Merlimau kosong selepas penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, meninggal dunia pada 20 Januari lepas akibat serangan jantung. Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, Hidhir tewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.
[Nampaknya, selepas DUN Tenang pihak Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) begitu bijak dan prihatin untuk menetapkan tarikh pilihanraya sekarang ini. Jika di kawasan pembangkang, maka tarikh yang ditetapkan sudah pasti hari bekerja terutamanya Selasa tapi bila kawasan yang melibatkan BN maka seperti biasa Sabtu dan Ahad akan dijadikan tarik bersejarah untuk hari pencalonan dan pengundian. Teruskan perjuangan di Merlimau selepas ini biar apapun keputusan di DUN Tenang nanti].






Tiada ulasan:
Catat Ulasan