script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kes Liwat II: Mahkamah Rayuan Syariah Berikan Tempoh Tiga Minggu Supaya Anwar Kemukakan Hujahan Bertulis Rayuan Permohonan Qazafnya

KUALA LUMPUR 28 Jan [11.22 pm] Mahkamah Rayuan Syariah di sini memberi tempoh tiga minggu kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengemukakan hujahan secara bertulis berhubung permohonan rayuan qazafnya yang ditolak oleh Mahkamah Tinggi. Dalam prosiding hari ini, mahkamah turut mendengar permohonan pindaan yang dibuat oleh Anwar selaku perayu iaitu untuk memasukkan perkataan ”keseluruhan” yang dikatakan telah tercicir dalam notis rayuan, pada 23 April lalu. Pihaknya membuat permohonan itu berhubung satu perenggan yang menyatakan “...tidak berpuas hati terhadap keputusan mahkamah” untuk meminda dengan menambah perkataan “keseluruhan” yang menjadikan; “...tidak berpuas hati terhadap keseluruhan keputusan mahkamah.” Mahkamah Tinggi sebelum ini menolak permohonan Anwar supaya memerintahkan pendakwaan yang diwakili Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain bagi meneruskan pertuduhan qazaf terhadap bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25. Sehubungan itu, pada 23 April lepas, Anwar, 63, menfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

[Pertuduhan qazaf ialah membuat tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat saksi lelaki, dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali. Anwar, 63, sebagai perayu menamakan tiga responden dalam permohonan itu iaitu Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain, Pengarah Jabatan Agama Islam (Jawi) Datuk Che Mat Che Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom. Pada 9 Feb lepas, ketiga-tiga responden memfailkan bantahan awal terhadap permohonan Anwar dengan alasan Mahkamah Tinggi Syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan permohonan qazaf berkaitan kesalahan jenayah melalui prosedur Mal. Peguam Dorina Abdullah yang mewakili Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata mahkamah juga memberi tempoh terhadap ketiga-tiga responden yang diwakili peguam Roslizam Rahim untuk mengemukakan hujahan balas mengenai perkara itu. Beliau berkata permohonan rayuan itu bakal didengar awal April ini].

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.