script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Terkini: ADUN Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan Meninggal Dunia, Satu Lagi Pilihan Raya Kecil Pasti Di Adakan Di Negeri Karat UMNO

PUTRAJAYA 20 Jan [9.30 pm] - Satu lagi pilihan raya kecil pasti akan dapat disaksikan di negeri karat UMNO. Kali ini di Melaka Bandaraya Bersejarah apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan (foto) meninggal dunia hari ini setelah tenat selepas mendapat rawatan serangan jantung. Beliau meninggal dunia pada pukul 8.10 malam tadi selepas menerima rawatan di Hospital Pakar Putra, Melaka Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif hospital itu Radhuana Salleh. Jenazah akan dibawa pulang ke Kampung Tersusun Lipat Kajang, Jasin. Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd Yusof selepas menerima berita itu daripada Pengarah SPR Melaka. Dengan senario terbaru ini, maka kita akan dapat menyaksikan dua pilihanraya berganda tidak termasuk kerusi DUN Pelabuhan Klang yang dikosongkan oleh Speaker DUN Selangor semalam. Paling menarik, selepas Utara, kemudian Timur dan Sabah Sarawak kini negeri-negeri karat UMNO pula menjadi pertaruhan untuk menguji kekuatan UMNO BN. Ia adalah cabaran paling besar buat pimpinan PM Najib Razak, Biarpun mereka menang di Batu Sapi dan Galas dalam pilihanraya kecil terakhir yang disaksikan tahun lalu. Namun secara keseluruhannya, pembangkang masih mendahului dari segi agregatnya iaitu 8-5 daripada keseluruhan 13 pilihanraya kecil yang disaksikan selepas PRU-12 setakat ini. Maka itu, siapa sangka tiba-tiba satu pilihanraya kecil baru bakal diadakan diketika rakyat sedang tertumpu ke Tenang sekarang ini. Itulah takdir namanya, dan ia pasti akan menguji juga sejauh mana kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan Najib Razak 1Malaysia itu sebenarnya.


Isteri Allahyarham, Datin Norazian Mohamad Ali menenangkan anak
perempuannya, Shahralina Adzizah di Hospital Putra, Melaka ketika
jenazah dibawa pulang ke Kampung Tersusun Lipat Kajang, Jasi
n

[Apa yang berlaku ini jelas sekali membuktikan bagai ada satu hikmah sebenarnya. Tambahan pula mutakhir ini, dua pilihanraya kecil yang berlaku melibatkan kematian wakil rakyat UMNO BN itu sendiri. Makanya, ia jelas merupakan satu tamparan yang cukup hebat buat kepimpinan PM Najib Razak. Di saat rakyat sedang terhimpit dengan masalah ekonomi yang kian meruncing termasuk kenaikan harga barangan baru-baru ini maka kita menjangkakan sudah pasti mereka akan membuat perubahan besar kali ini. Justeru itulah, pilihanraya kecil dijadikan batu asas untuk melihat sokongan rakyat terhadap mana-mana parti politik kian meningkat atau sebaliknya. Apapun, kita ucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Mohammad Hidhir atas pemergiannya itu. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang soleh dan mendapat rahmat dariNya. Al-Fatihah].

Share:

17 ulasan:

  1. masih kritikal atau dah arwah?

    BalasPadam
  2. Aku baru ziarah di Hospital Putra Melaka jam 7.00 malam ni .. beliau masih kritikal ..bantu mesin hayat..

    SAHABAT. Sahihkan cerita biar BENAR..jangan MUNAFIK.


    Mohammed
    Bukit Baru
    Melaka.

    BalasPadam
  3. cendrawasih burung d awanKhamis, Januari 20, 2011 8:22:00 PTG

    apa pun kita ucapkan takziah kpd keluarga arwah - semoga rohnya di cucuri rahmaty oleh Allah swt - Alfatihah

    BalasPadam
  4. Takziah kepada keluarga dan alfatehah...Semoga rohnya mendapat rahmat dari Allah kerana meninggal dunia pada malam jumaat.Sebutlah kebaikan arwah sahaja....
    http://www.loveloveislam.com/2010/07/golongan-yang-selmat-dari-azab-kubur.html

    BalasPadam
  5. takziah kepada keluarga arwah.............pasal pilihanraya nnti...aku akan pangkah pembangkang kerana aku benci sangat dengan kerajaan dekarang ni pasal BARANG SEMUA DAH NAIK.........sakit hati ooooooooo!!!!!!!!NaJIB!!!!!!!!!!!!!........dulu pangkah kerajaan....pasni sokong pembangkang!!!!

    BalasPadam
  6. Aku pun akan pangkah pembangkang,walaupun aku ahli umno. umno sekarang mulut jahat macam Noh omar mulut celupar!!!dan umno sekarang macam penyamun !!!jenis hati busuk !!!

    BalasPadam
  7. Aku nak anak dia, cun wooo... Nnt aku didik biar jd muslimah sejati, amcam semua ade setuju ke?

    BalasPadam
  8. Aku baru ziarah di Hospital Putra Melaka jam 7.00 malam ni .. beliau masih kritikal ..bantu mesin hayat..

    SAHABAT. Sahihkan cerita biar BENAR..jangan MUNAFIK.


    Mohammed
    Bukit Baru
    Melaka.

    Thursday, January 20, 2011 8:00:00 PM

    Memang dah MATI pun, yg sebenarnya geng korang la yg sebenarnya MUNAFIQ, understand???

    BalasPadam
  9. Aku baru ziarah di Hospital Putra Melaka jam 7.00 malam ni .. beliau masih kritikal ..bantu mesin hayat..

    SAHABAT. Sahihkan cerita biar BENAR..jangan MUNAFIK.


    Mohammed
    Bukit Baru
    Melaka.

    Thursday, January 20, 2011 8:00:00 PM

    Memang dah MATI pun, yg sebenarnya geng korang la yg sebenarnya MUNAFIQ, understand???

    BalasPadam
  10. yg hidup pasti akan mati... inna lillahi wainna ilaihi rooji'uuunnnn.
    biarlah...jgn diungkit-ungkit lg. terserahlah kpd allah swt utk menentukan tempatnya yg sebenar. baik amalannya, maka baiklah juga tempatnya nanti & jahat amalannya maka jahatlah juga tempatnya nanti.
    (cumanya, kalau bolehlah, terutamanya kpd para pendokong & penyokong umno/bn tegar tu... mailah ramai-ramai pakat sokong pr, kita buat perubahan ke arah pemerintahan mesra rakyat, tidak seperti skrg ni...penuh bobrok, jahat, keparat, rasuah, pecah amanah, kronisma, nepotisma, "bini"sma, dan berbagai lg yg celaka-celaka. mailah saki baki umno/bn yg masih hidup lg ni... kita pakat-pakatlah tukar channel, tukar nakhoda, tukar paradigma, ubah cara berfikir dari kejahatan kepada kebaikan dan kebajikan, moga-moga nanti allah swt memberkati hidup dan mati kita semua...insyaallah.

    BalasPadam
  11. anon 12.37:aku pun nak anak dia.....

    BalasPadam
  12. anom 11.56 aku nak bini ko.monopos xpe.

    BalasPadam
  13. Insya Allah, walaupun x masuk dalam berita arus perdana, sedikit demi sedikit penyokong UMNO dah ansur-ansur buka minda. Dah muak dengan janji manis BN. Dah nampak retorik pemimpin yg hanya kayakan diri sendiri dan kroni. Tak salah pun tukar sokongan demi kebaikan rakyat.

    BalasPadam
  14. AKU PUN NAK JUGAK, COMEL KALAU BUDAK TU PAKAI TUDUNG, ADA SETUJU??

    BalasPadam
  15. BUAT PENJILAT2 UMNGOK SEMUA..

    DAH2 LA MENGAMPU KERAJAAN BN(BABI NATANG)DALAM BLOG NI, NAJIB TUYA ATAU DIN YASSIN TAK BACA PUN BLOG NI DAN KALAU DOK MENGAMPU DLM NI PUN BKN DAPAT APA. KALAU NAJIB TUYA BG PROJEK JUTA2 BERBALOI JUGAK AMPU KORANG TAPI KALAU SETAKAT DAPAT JADI JKKK KAMPUNG TAK PAYAH LE, BUKANNYA BOLEH JADI KAYA PUN. AKU YANG TAK AMPU DAN TAK SOKONG BN (BABI NATANG) PUN BOLEH HIDUP SENANG LENANG DENGAN IZIN ALLAH TAALA, KORANG PENGAMPU2 SEMUA MACAM MANE???

    IKHLAS DARIPADA

    DATO' AZ...
    KONTRAKTOR KELAS 'A'

    BalasPadam
  16. Takziah... kan bagus kalau ALLAH bagi dia hidup kejap dan citekan pada kite sume bagaimana saat2 nak mati supaya sume orang insaf kalau bohong dan angkuh semasa hayatnya.
    Ingatlah...sehebat mana pun kite masa hidup, kalau tak ada amal soleh yang kite bawa, maka kite akan terima azab yang pedih. Oleh itu janganlah kite bersekongkol lagi, masa hidup kite nak kuasa, kite mempermainkan hukum ALLAH, nah.. sekarang ALLAH dah panggil balik, jawab la, tak ada sape pun boleh tolong kite dgn soalan2 dari mungkar dan nangkir. Bertaubatlah.. jangan semasa pilihanraya kita suka kata orang, fitnah orang, cerca hukum ALLAH, kita tak dapat ape2 pun tapi orang yang bertanding, dapat duit, dapat kedudukan, bila habis undi, kite tetap macam tu gak. Fikirkanlah.. wahai saudaraku.

    BalasPadam
  17. Puok2 UMNGOK yang berkokok dlm ni mana percaya ada kehidupan lain selepas dari mati. Bagi diaorang hanya pepatah lama tinggalan TOKKK diaorang sahaja yang betul yang berbunyi "HARIMAU MATI TINGGALKAN BELANG, MANUSIA MATI TINGGALKAN NAMA". Puok2 UMNGOK yang berkokok dlm ni hanya islam keturunan dan islam MYKAD.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Negeri Pahang, Seramai 671 Calon Berjaya Cemerlang Perolehi 'Straight A'

KUANTAN: Seramai 671 daripada 17,429 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Pahang berjaya memperoleh kepu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.