script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kontroversi: Dakwaan Terlibat Rasuah, Akhirnya Tan Sri Robert Phang Lepaskan Jawatan Anggota Panel Perundingan & Pencegahan Rasuah SPRM !

PETALING JAYA, 27 Jan [2.32 pm] - Tokoh kontroversi, Tan Sri Robert Phang (foto), melepaskan jawatannya sebagai anggota Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkuat kuasa serta merta. Keputusannya itu muncul tidak sampai 24 jam selepas SPRM membenarkan Phang terus menjadi anggota panel berkenaan sehingga tamat tempoh keanggotaan penggal pertamanya pada 24 Februari depan. Menurut Phang, beliau mengambil keputusan itu demi integriti dirinya dan juga SPRM. Pada Rabu, SPRM telah mengeluarkan kenyataan bagi menyatakan keputusan untuk mengekalkan Phang dicapai secara sebulat suara oleh seluruh anggota jawatankuasa yang dianggotai oleh Phang dalam satu mesyuarat yang diadakan di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, Jalan Duta. Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Tan Sri Dr Ramon Navaratnam. Phang sebelum ini memohon pelepasan selaku anggota panel berkenaan bagi membolehkan SPRM menyiasat secara bebas dakwaan rasuah yang membabitkannya sebagaimana yang hangat diperkatakan oleh beberapa blog akhir-akhir ini. Sebuah blog mendakwa Phang telah cuba memberi rasuah kepada seorang Ketua Setiausaha sebuah kementerian pada tahun lepas.

[Rakyat Malaysia sungguh terkejut dengan skandal yang berlaku kepada Robert Phang ini. Sememangnya inilah yang dikatakan "harapkan pagar pagar yang makan padi". Patutlah banyak kes-kes tertentu yang dilaporkan oleh pimpinan Pakatan Rakyat banyak yang dikapankan begitu sahaja. Rupanya ada pihak-pihak tertentu yang telribat secara langsung dengan badan itu juga adalah pengkhianat yang terlibat dengan amalan tersebut. Mujurlah beliau sanggup melepaskan jawatannya, namun apakah kita yakin bahawa tidak ada lagi pihak lain dalam SPRM yang mempunyai sikap seperti beliau itu agaknya?. Malah, apakah kita yakin amalan rasuah itu dapat dihapuskan sepenuhnya jika ada tali barut yang masih mengamalkan kerja terkutuk itu dalam agensi terbabit. Maka, wajarlah rakyat melakukan perubahan untuk melihat sebuah kerajaan yang bersih, adil dan berintegriti wujud di Malaysia tercinta ini].

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.