script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Tokoh UMNO Pahang Mungkin Sertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dalam Masa Terdekat Ini.. Soalnya Siapakah Pemimpin Berkenaan? Tunggu!

Ramai yang terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh penganalis politik Mohd Sayuti Omar (MSO). Dalam blog peribadinya, beliau secara jelas mendedahkan terdapat ura-ura seorang "tokoh politik" UMNO Pahang bakal menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam masa terdekat ini. Menurut beliau PKR Pahang mungkin akan menerima kedatangan seorang ahli baru tidak lama lagi apabila terdengar khabar seorang tokoh UMNO negeri berkenaan sedang menimbangkan untuk menyertai PKR. Tokoh berkenaan pernah menjadi orang penting di Ibu Pejabat UMNO di Kuala Lumpur. Kemasukan tokoh berkenaan akan diumumkan dalam satu majlis khas sempena lawatan penasihat umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negeri Pantai Timur berkenaan. Beliau juga menegaskan bahawa penyertaan tokoh bergelar "Datuk" itu kelak menyuntik semangat kepada PKR Pahang dan dalam masa sama ia memberi kesan kepada UMNO. Tokoh berkenaan yang rapat dengan pemimpin UMNO veteran di Kuala Lumpur katanya membuat pilihan itu kerana kecewa dengan apa yang berlaku di dalam UMNO hari ini yang sudah hilang sifat origanlitinya. Selain dari tokoh itu katanya ada beberapa tokoh veteran UMNO yang cukup dikenali akan sama mengikut jejak lanagkah tokoh berkenan. Ini termasuklah dua hingga tiga orang pemimpin peringkat bahagian. Katanya perkara ini sudah pun ke pengetahuan Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob dan arahan memujuk tokoh berkenaan agar terus bersama puak UMNO sedang dilakukan oleh mereka.

[Begitulah antara lain seperti apa yang didedahkan oleh MSO dalam posting terbarunya. Soalnya sekarang siapakah tokoh UMNO yang diperkatakan itu agaknya?. Inilah yang menimbulkan persoalan kepada seluruh rakyat Pahang sekarang. Malah, krew-krew kami di Pahang juga telah dihubungi oleh orang ramai yang mahukan pendedahan siapakah tokoh berkenaan. Namun, kami tidak dapat membuat pendedahan tersebut selagi belum menerima "lampu hijau" daripada pihak yang berkenaan. Justeru itu, semua pihak diminta bersabar dan menunggu perkembangan ini. Apa yang pasti ia sungguh mengejut semua pihak termasuk puak-puak UMNO di negeri Pahang ini sebenarnya. Semoga kemasukan tokoh berkenaan akan memantapkan lagi perjuangan rakyat dan memberi tamparan hebat kepada Kerajaan Negeri Pahang hendaknya. Tetapi PKR perlu berhati-hati dan jangan sampai pisang berbuah tiga kali].
Share:

18 ulasan:

  1. jika tak silap...gambar kat post nie gambor en Sobri yg dah keluar UMNO di kelate.

    BalasPadam
  2. Jangan jadi macam si Zaharin Penang dah le. Takut nanti bila tak dapat apa diidamkan merajuk lalu lari dengan macam2 makin hamun dan fitnah. Pejuang tahik kucin. Kalau dah umngok umngok le.Jahat yang tak kesudahan, dulu kini selama-lamanya

    BalasPadam
  3. Aku dah agak dah sape yg korang dpt tu.klu org tu baik korang pikir 1000000x.kompom dah xlaku.xp nape yer korang suka sgt ambik muka totey basah.memang spicis korang pon.

    BalasPadam
  4. gimik jer tu,pru13 nanti masuk umno semula.aku xpecaya skit pun puak nnl.xdpt nk dibangga.mcm zul bisul

    BalasPadam
  5. hahaha balik kampong la wei

    BalasPadam
  6. TENANG TENANG TENANG

    BalasPadam
  7. sedikit gambaran ada di:
    http://selamatkanpahang.blogspot.com/

    BalasPadam
  8. makne nye dio keluak umno sbb dh tak laku lagi...biaso laa kalo niat bejue kerano duit.

    BalasPadam
  9. duri dalam daging..

    BalasPadam
  10. Tokoh UMNO Masuk PKR di http://pahang-ku.blogspot.com/

    BalasPadam
  11. Salam.
    Diharap PDO dapat menolong segelintir gadis melayu dari menjual arak di Tunas Manja Beserah. boleh nampak nyata dengan masuk pintu utama, lihat sebelah kanan. bertudung dikelilingi arak-arak.kesian & sakit hati dibuatnya.

    wa'allahualam

    Hamba Allah.

    BalasPadam
  12. betul gimik je ne eheheh puak amneo1apco ne jgn percaya langsung bahaya...sama jenis dgn Nuclear waste ni eheh susah mahu dilupus maseh ada bahan bahayanya so biar simpan je ke israel lagi bagus boleh jadi target pejuang palestine-Hamas

    BalasPadam
  13. kenapa la masuk PKR..masuk PAS pun ok lg..ish3.

    BalasPadam
  14. Dato siti zaharah sulaiman ke?

    BalasPadam
  15. x kan hassan arifin kot..hehehe!!

    BalasPadam
  16. Tak sempat nak masuk PKR sebab tawaran besar sudah datang.Ini sebenarnya yang mereka mahu,kalau tak percaya tunggu.

    Aku ni bekas pemimpin PKR nak masuk Umno lak.Ganjarang menunggu juga.Kah,kah kah.

    BalasPadam
  17. aku rasa macam hamed mandela

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Negeri Pahang, Seramai 671 Calon Berjaya Cemerlang Perolehi 'Straight A'

KUANTAN: Seramai 671 daripada 17,429 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Pahang berjaya memperoleh kepu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.