script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Mahkamah: Permohonan Speaker V.Sivakumar Untuk Semak Kehakiman Keputusan SPR Gagal Adakan Pilihan Raya Kecil Di Tiga DUN Di Tolak!

KUALA LUMPUR, 14 Jan [3.02 pm] - Mahkamah Tinggi di sini, Jumaat menolak permohonan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V.Sivakumar (foto), untuk semakan kehakiman berhubung keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi DUN di negeri itu. Hakim Datuk Aziah Ali yang membuat keputusan di dalam kamar, turut menolak permohonan bekas exco negeri Perak A.Sivanesan dan lima lagi berhubung perkara sama. Pada 22 Okt 2009, mereka diberi kebenaran membuat semakan kehakiman bagi mengenepikan keputusan SPR yang tidak mengisytiharkan pilihan raya kecil bagi DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang selepas wakil rakyat kerusi berkenaan menjadi ADUN bebas. Selain Sivakumar dan Sivanesan, mereka ialah Chen Fook Chye, Tai Sing Ng, Ahmad Sabry Wahab, Abdul Latif Ariffin dan Foo Hon Wai. Mereka memohon mahkamah mengeluarkan surat perintah bagi memaksa SPR mengisytiharkan ketiga-tiga kerusi kosong berikutan peletakan jawatan wakil rakyat di kawasan berkenaan. Kesemua pemohon tidak hadir dan hanya diwakili barisan peguam yang diketuai oleh Datuk S.Ambiga.

Share:

4 ulasan:

  1. Tak pe, panggillah lagi persedangan bawah pokok.

    BalasPadam
  2. Padan muka
    Hahahahahaha

    BalasPadam
  3. Mr Sivaumar,
    Ada baik anda buka restoren jual roti canai la...

    BalasPadam
  4. V. Sivar Kumar, ada baiknya rujuk perkara ini kepada mahkamah antarabangsa/ Hak Asasi: Mahkamah Malaysia ini jangan haraplah. Buang masa sahaja. Mana ada keadilan dalam mahkamah Malaysia ini?

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.