MARAN, 28 Jan [2.30 pm] - Di kala kempen Pilihan Raya Kecil DUN Tenang memasuki fasa terakhirnya, Pakatan Rakyat Pahang terus mengorak langkah untuk menyebarkan maklumat kepada rakyat. Seperti biasa, perkampungan Felda menjadi sasaran kali ini memandangkan kawasan tersebut menjadi kubu kuat UMNO BN di negeri ini. Malam tadi, satu ceramah umum PAS telah diadakan di Felda Jengka 7 dekat sini. Penceramah undangan adalah Ketua Pemuda PAS Pahang iaitu Ustaz Suhaimi Md Saad (foto) dan juga blogger Cucumatkilau yang merupakan anak jati Felda berkenaan. Biarpun kehadiran tidaklah memberansangkan akibat gusar dikenakan tindakan oleh pihak pengurusan Felda terbabit, namun ceramah tetap diteruskan seperti biasa dengan menggunakan "slide projector". Orang ramai yang hadir puas hati dengan penerangan dan maklumat-maklumat yang telah disampaikan oleh kedua-dua penceramah itu malam tadi. Ustaz Suhaimi dalam ceramahnya banyak mengupas isu tentang kuasa Melayu dan penderhakaan terhadap raja-raja oleh puak-puak UMNO. Beliau juga mendedahkan, taktik kotor UMNO yang sering menyalahkan PAS dan PKR yang kononnya bersekongkol dengan DAP untuk menghapuskan kuasa serta ketuanan Melayu di negara ini. Tetapi hakikat yang berlaku adalah sebaliknya. "UMNO kata kuasa Melayu akan hancur jdalam Pakatan Rakyat kerana DAP. Sedangkan mereka lupa kuasa UMNO dalam Barisan Nasional lebih teruk dari itu sebenarnya. Banyak bukti-bukti yang UMNO terpaksa akur kepada parti komponen BN yang lain sedangkan mereka berkuasa", kata Ustaz Suhaimi. Beliau turut menunjukkan bukti-bukti bergambar tentang sikap sebenar pemimpin UMNO yang sanggup bertopeng menjaja maruah agama dan bangsa demi kuasa. Sementara itu Cucumatkilau lebih banyak membongkarkan isu-isu setempat dan penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO BN di Pahang. Beliau juga mengajak rakyat supaya melakukan perubahan dalam pilihanraya umum akan datang jika mahu kehidupan mereka lebih terbela. Jika tidak beginilah nasib mereka sampai bila-bila.
Antara peneroka Jengka 7 yang berani kedepan untuk dengar ceramah


Ustaz Yusof Syawal (Ketua PAS Cawangan Jengka 7) dan Pak Daud Abas
dari Jengka 6 ( Wakil PKR Cabang Maran) turut hadir pada malam tadi
[Ceramah Umum PAS kin semakin hebat terutamanya menjelang Pilihanraya Umum akan datang. Cuma ramai juga yang tertanya-tanya tentang komitmen Pakatan Rakyat yang lain terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR). PKR perlu memantapkan lagi "Misi Tawan Pahang" dengan kerjasama PAS jika mahu hasrat tersebut direalisasikan. Program ceramah umum dan aktiviti rakyat perlu diperbanyakkan demi hasrat tersebut. Kita tidak mahu bila tiba pilihanraya nanti, maka jentera PAS juga yang akan digunakan secara langsung untuk berkempen. Biarpun secara logiknya ia tidak menjadi halangan, namun semua ini perlu diperbetulkan demi perjuangan. Jangan mengharap sahaja, sebaliknya tindakan itulah yang paling utama. PKR kini dilihat agak lesu dan hanya gah di peringkat nasional semata-mata dek kerana nama Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sendiri. Sebaliknua di peringkat cabang dan ranting-ranting sememangnya banyak masalah yang perlu diperbetulkan jika mahu ia terus dihormati. Apapun, ikuti komen Cucumatkilau tentang perkara ini. Teguran yang ikhlas daripada beliau sememangnya sudah lama dinantikan. Cuma terimalah apa diperkatakan dengan hati terbuka]. Klik






Tiada ulasan:
Catat Ulasan