PEKAN, 28 Jan [11.25 pm] - Tiga termasuk suami isteri lemas selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik di dalam sebuah tali air di Km31 Jalan Pekan-Paloh Hinai pada 8 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata mangsa yang maut ialah seorang warga Indonesia, dikenali sebagai Mahmmud, 36, yang memandu kereta berkenaan, dan pasangan suami isteri, Mahrof Mat Sham, 73, dan Karinah, 55, seorang warga Indonesia. ,"Ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat lemas," katanya. Beliau berkata, kejadian itu dikatakan berpunca apabila kereta berkenaan cuba mengelak seorang penunggang motosikal yang terjatuh di atas jalan. "Remaja lelaki yang menunggang motosikal dari Pekan ke Paloh Hinai itu dikatakan cuba memotong sebuah traktor, bagaimanapun dia hilang kawalan dan terjatuh di atas jalan. "Kereta yang dinaiki mangsa dari arah bertentangan cuba mengelak ke kanan jalan daripada melanggar motosikal berkenaan sebelum terbabas ke dalam tali air berkenaan," katanya. Beliau berkata, kereta yang dinaiki mangsa kemudiannya terbalik dengan keempat-empat tayar ke atas. Katanya, orang ramai dan Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) cuba membantu mangsa bagaimanapun mangsa didapati meninggal dunia akibat lemas sebelum dibawa ke Hospital Pekan untuk bedah siasat. Sementara itu, Rahmah Ibrahim, 59, ibu saudara Karinah berkata mangsa dalam perjalanan dari rumah mereka di Kampung Rumbia untuk mengambilnya di Kampung Pulau Manis, dekat sini. "Saya bersama Karinah sepatutnya menaiki bas di perhentian bas Pekan pada jam 10 pagi ini untuk ke Johor bagi menghantar Karinah yang akan pulang ke Indonesia. "Sebelum ini saya ada mengajaknya untuk pulang pada hari esok tetapi dia nak balik hari ini juga bagi menghadiri majlis perkahwinan anak saudara di sana," katanya.
[Inilah yang dikatakan malang tak berbau sebenarnya. Gara-gara mengelakkan daripada terlanggar kenderaan lain di atas jalanraya tiba-tiba kereta mereka pula terbabas dan terbalik dalam tali air. Kami merakamkan ucapan takziah kepada keluarga semua mangsa yang terbabit. Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang beriman dan mendapat rahmatNya. Cuaca hujan yang tidak menentu yang melanda negeri Pahang sekarang ini menyebabkan jalanraya licin dan amat berbahaya kepada kenderaan yang dipandu laju. Oleh itu, berhati-hatilah ketika memandu terutamanya dikala musim tengkujuh gelombang kedua yang sedang berlaku sekarang ini. Sayangilah keluarga anda dan jangan biarkan mereka menunggu anda dalam tangisan. Biar sampai lambat tetapi jangan tidak sampai langsung].

Tiada ulasan:
Catat Ulasan