script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Akibat Tekanan Rakyat Maka Akhirnya SPR Beri Jaminan Undi Proksi Tidak Akan Di Laksanakan Semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 Akan Datang !!

PUTRAJAYA 25 Jan [1.30 pm] - Pimpinan Pakatan Rakyat semalam mendapat jaminan daripada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bahawa undi proksi tidak akan dilaksanakan dalam pilihanraya umum akan datang. Perkara ini dinyatakan oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali (foto) kepada media selepas bertemu dengan Pengerusi Suruhanjaya Piliharaya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di sini, bagi membincangkan isu-isu pilihanraya sebelum PRU-13 di sini. Sebelum ini SPR berura-ura mengemukakan cadangan untuk memperkenalkan sistem undi proksi bagi membolehkan seseorang pemilih boleh mewakilkan pihak lain untuk mengundi bagi pihaknya yang dikhuatiri mendedahkan kepada segala kemungkinan penyelewengan dan salah guna. Namun cadangan ini mendapat bantahan daripada pelbagai parti yang menyifatkan cadangan itu tidak sesuai dilaksanakan. "Tentang undi proaksi kita dapat satu jaminan yang jelas bahawa ini tidak akan dapat dilaksanakan oleh SPR kita telah mendapat jawapan daripada pengerusi bahawa undi proksi ini tidak akan dilaksanakan," kata Mustapha Ali. Tambah Mustapha Ali lagi pemimpin Pakatan Rakyat diberi jaminan bahawa tentera Wataniah tidak akan dimasukkan sebagai undi pos. "Tentang kemungkinan undi pos undi tentera dan sebagainya itu sebahagian dari undi pos yang kita dengar kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pertahanan akan diwujudkan tentera Wataniah ini di setiap kawasan Parlimen,jadi kalau dikategorikan sebagai tentera dia akan jadi undi pos,tapi kita telah dapat jaminan tadi bahawa tentera wataniah tidak akan dimasukkan dalam undi pos," katanya.

[Rakyat amatlah berharap agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dapat menjadi sebuah badan yang benar-benar bebas dan telus dimata mereka dan bukan sekadar di mata pemimpin UMNO BN dan kerajaan pemerintah itu sahaja. Kalah dalam sesuatu pilihanraya tidak bermakna jika terbukti SPR bermain taktik kotor dan sengaja mahu memberi kemenangan kepada UMNO BN. Cuma bezanya, apa yang dilakukan itu masih gagal mengawal kebangkitan suara rakyat yang akhirnya membawa kepada kejatuhan beberapa buah negeri kaya dalam Pilihan Raya Umum ke-12 lalu. Semua ini adalah kekuatan suara rakyat dan bukan maknanya SPR itu bebas dan telus seperti yang diperkatakan oleh para penyokong UMNO BN selama ini. Oleh itu, rakyat mahu supaya SPR benar-benar bebas daripada kongkongan politik selepas ini hendaknya. Namun, apakah harapan itu dapat tercapai jua akhirnya atau sama saja seperti masa-masa yang lalu !!].
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.