script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Muhyiddin Yassin 'Perbodohkan' Diri Sendiri Bila Mengatakan Menteri Besar Yang Gagal Mendapat Sokongan DUN Sepatutnya Meletakkan Jawatan !!

Malunya apabila rakyat Malaysia mempunyai seorang Timbalan Perdana Menteri yang amat dangkal mentaliti dan pemikirannya. Inilah hakikat sebenarnya buat seorang TPM bernama si Muhyiddin Yassin (foto) itu sebenarnya. Dalam satu sesi dialog pada majlis makan malam yang diadakan di Dewan Besar Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bandar Seri Bagawan, Brunei malam tadi Muhyiddin dengan bangganya mengatakan bahawa seseorang Menteri Besar yang gagal mendapat sokongan majoriti dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) patut meletak jawatan Kenyataan itu dibuatnya berikutan Kerajaan Negeri Selangor, yang mengadakan sidang khas DUN sebelum itu, gagal mendapat sokongan majoriti dua pertiga untuk meminda Perkara 52 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri 1959. Beliau berkata kegagalan mendapatkan sokongan majoriti membuktikan kredibiliti yang lemah Menteri Besar terbabit. "Sepatutnya beliau (Menteri Besar) meletak jawatan kerana tak dapat sokongan majoriti di DUN,” katanya. Usul pindaan rang undang-undang, yang dibentangkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bertujuan mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif Selangor, iaitu Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK), Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar.

[Soalnya sekarang jika benarlah kata TPM Muhyiddin kiranya tidak mendapat undi dua pertiga di DUN maka seseorang pemimpin itu perlu meletakkan jawatannya. Maka apa bezanya dengan yang berlaku di Perak sekarang?. Apakah Si Zambry Kadir mendapat majoriti dua pertiga?. Kenapa beliau tidak diarahkan letak jawatan dan pilihanraya negeri diadakan semula?. Malah, paling sensasi ialah bagaimana pula dengan Kerajaan UMNO BN yang gagal mendapat majoriti dua pertiga di parlimen selepas Pilihan Raya Umum ke-12 lalu?. Maka, wajarlah Muhyiddin dan Najib meletakkan jawatannya kerana gagal mendapat majoriti di parlimen. Kenapa tidak mahu letak jawatan?. Kenapa bila terkena batang hidu sendiri mereka pertahankannya tetapi bila terkena kepada pembangkang mudah saja alasan yang diberikan. Apakah Muhyiddin sedar apa yang diperkatakan itu agaknya? Atau dia kini sudah nyanyuk akibat takut DUN Tenang jatuh ke tangan pembangkang (Pakatan Rakyat). Maka eloklah rakyat tutup mulut Muhyiddin dalam Pilihan Raya Umum akan datang].

Share:

12 ulasan:

  1. Adun2 BN yang sewajarnya meletak jawatan sebab kerana merekalah sultan dinafikan kuasa. Merekalah pengkhianat institusi kesultanan sebenarnya.

    BalasPadam
  2. inilah masalahnya bila pemimpim dungu macam ni di lantik oleh ahli yang dungu...

    BalasPadam
  3. Bro bukan semua ahli UMNO tu dungu, tuduhan ini pun keterlaluan juga. Saya juga ahli UMNO, demi Allah, saya tidak berbohong. Saya dan kesemua ahli keluarga serta rakan-rakan memang bersetuju bahawa pemimpin-pemimpin UMNO hari ini terlalu dungu atau mungkin terlalu bebal. Entah apa yang diucapkan pun ramai rakyat yang tak faham. Najib misalnya, kata rakyat didahulukan tetapi rakyat juga kerap dikebelakangkan dengan pelbagai dasar yang membebankan rakyat. Minyak naik, barang naik dan sebagainya. Muhyiddin yang jadi menteri pendidikan tidak buat apa-apa pun. Ramai guru yang meruingut, setelah berpuluh tahun merungut dengan beban tugas, kini tugas bertambah lagi. Guru wajib menyertai unit beruniform. Tahukah Menteri-menteri bangang ni implikasi dasar tersebut? Tambah imbuhan perguruan seperti saranan Pakatan Rakyat punya main marah, ingat kami bodoh sangat ke? Sudahlah kami tak ada bayaran kerja lebih masa, beban terus bertambah. Saya menyeru semua guru yang menyertai apa sahaja parti marilah kita tukar kerajaan BN dan UMNO dalam PRU ke-13 akan datang. Muak dengan kerajaan hari ini.

    BalasPadam
  4. PRK Tenang ada hikmah rupa-rupanya, Baca lagi di http://pahang-ku.blogspot.com/

    BalasPadam
  5. Sebenarnya dalam isu guru, PR lebih banyak perjuangkan dan beri cadangan kepada kerajaan, tapi kerajaan buat x reti je. Isu pengawal keselamatan gitu juga, isu cuti bersalin gitu juga, isu harga barang dll lagi.

    Kerajaan UMNO BN memang bodoh sombong. Asal cadangan dari pembangkang walaupun baik pasti ditolak. Rakyat tidak bodoh selamanya. Pembangkang juga bukanlah terdiri dari org2 bodoh yg beri cadangan sesuka hati tapi memikir untuk kebaikan rakyat juga.

    Pemimpin pembangkang kebanykannya dari latarbelakang org biasa dan ada dari kalangan keluarga susah dan memahami kesusahan rakyat berbanding pemimpin UMNO yg kebanyakannya memang kaya raya, harta, syarikat, rumah keta besar belaka. Mana nak faham kesusahan rakyat biasa.

    Marilah sama2 kita tukar pemerintahan. Berilah peluang kpd Pakatan Rakyat buktikan kemampuan mereka paling tidak 5 tahun. Kalau terbukti x bagus terpulang pada rakyat buat keputusan tukar semula.

    Berubahlah untuk kebaikan bersama.

    BalasPadam
  6. Salam,
    Kenyataan ini mungkin dikeluarkan oleh kerana TPM telah lupa bahawa sejak PRU yang lalu mereka telah hilang 2/3 majoriti. Kerajaan UMNO/BN perlu sedar dan mengkaji fakta sebelum membalas hujah lawan. Jangan nanti terlalu ghairah mengkritik akhirnya memakan diri. Beri kritikan yang adil supaya rakyat sendiri akan menilainya.tq

    BalasPadam
  7. Memang Muhyidin Yasin lemah pemikirannya (bahasa lembut cikit, huhu..) dalam politik. Suruh budak2 belajar peringkat tertinggi. Bila mereka yg cerdik pandai nie tahu yang mana baik dan buruk. Pastu BN yang suka buat benda tak elok nie, suruh budak2 cerdik nie sokong mereka. Maknanya, mereka suruh orang2 muda yang cerdik nie supaya jadi bodoh. ada ke patut?

    BalasPadam
  8. lerr noh omar letak jawatan.. durhaka sultan..?

    BalasPadam
  9. MENTERI DARI JOHOR SEMUANYA BANGANG!!

    BalasPadam
  10. anon 11.23 am, 26 Jan. Usah dok nak yakinkan orang lebih-lebih. nanti termakan sumpah. Saya lagilah meluat dengan umngok. Mula nak daftar jadi ahli tapi melihat kedunguan menteri2222nya, tak jadi lah nak masuk..nanti cucu cicit tanya umngok tu spisis apa tok..?. Sape nak jawab nanti..... Boleh ke durhaka kepada umngok.tok.? Ngan Sultan pun mereka durhaka....lu fikirlah sendiri...nabil boleh jawab kot....?!!

    BalasPadam
  11. bodohla siapa yg buat artikel pasal ni, mana2 menteri besar k'jaan negeri yg gagal mendapat persetujuan 2/3 anggota dewan memang patut meletak jawatan, ini kerana semasa prosiding dewan dijalankan, ia merupakan sidang dun tergempar!!!!!! sidang tergempar dun itu dipanggil oleh menteri besar itu sendiri!!!!! ia menunjukkan kedunguan mb itu sendiri!!! dia perlu letak jawatan!!!! x masuk akal!!!

    BalasPadam
  12. bodohnya org umno sehingga menteri dah tak boleh berfikir

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Negeri Pahang, Seramai 671 Calon Berjaya Cemerlang Perolehi 'Straight A'

KUANTAN: Seramai 671 daripada 17,429 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Pahang berjaya memperoleh kepu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.