RAUB, 24 Jan [12.00 pm] - Blogger Cucumatkilau (foto) gesa supaya Kerajaan Negeri Pahang mengkaji semula kadar bayaran royalti dan premium yang tidak relevan terhadap perolehan hasil bumi di negeri itu. Beliau berkata demikian dalam ceramahnya di Kompleks PAS Tanah Bercangkul dekat sini malam tadi. Beliau juga banyak bangkitkan isu-isu penyelewengan Kerajaan Negeri Pahang yang menyebabkan negeri ini terus dirundum malang buat selamanya. Katanya, sikap alpa kerajaan terhadap bayaran premium dan royalti hasil bumi (khazanah negeri) yang tidak relevan menyebabkan negeri ini gagal mendapat pulangan yang setimpal daripada hasil yang telah diambil. "Banyak bukti berlaku keterlibatan kroni, proksi dan puak-puak UMNO dalam kelulusan kawasan balak, lombong bijih besi, emas dan sebagainya. Malah ada pihak yang telah kaya raya dengan lesen-lesen yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri masih gagal membayar sebarang bentuk premium kepada kerajaan sedangkan mereka sudah mendapat pulangan lumayan terhadap kawasan terbabit", kata CMK. Beliau turut mendedahkan tentang penyelewengan yang berlaku kepada anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang sehingga menyebabkan ekonomi negeri ini terus dihimpit dengan berbagai masalah. "Kita bukan tiada wang, tapi wang banyak jatuh ke tangan pemimpin UMNO. Kerajaan tiada wang tetapi pemimpin UMNO kaya raya dengan lesen-lesen yang diluluskan. Bagi UMNO, biar negeri miskin tidak mengapa asalkan mereka kaya raya. Inilah yang berlaku sebenarnya sejak sekian lama UMNO BN itu berkuasa", katanya.Cyanide, Ng Yen Yen Gagal Bela Nasib Rakyatnya
[Cucumatkilau juga tidak teragak-agak akan membuat laporan polis terhadap beberapa isu penyelewengan kerajaan negeri yang dipercyai melibatkan individu tertentu yang mempunyai hubungan rapat dengan Menteri Besar Pahang serta lain-lain pemimpin UMNO negeri. Ceramah yang diserikan dengan tayangan slide itu telah mendapat sambutan hangat dikalangan hadirin yang hadir malam tadi. Secara dasarnya, dapat dilihat rakyat Raub ternyata inginkan perubahan sebenarnya. Cuma, mungkin masa masih belum mengizinkan ia berlaku. Apapun, kami ucapkan selamat berjuang buat sahabat di Raub dan juga seluruh negeri Pahang. Pastikan Kerajaan Negeri pimpinan UMNO BN terkubur selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Ini kerana itu sahaja cara untuk mengembalikan semula kekuatan ekonomi negeri daripada terus dirompak oleh puak-puak UMNO yang kononnya berjuang untuk membela rakyat itu. Keegoaan mereka perlulah disedarkan segera, agar tidak terus hanyut dengan segala penyelewengan yang dilakukan mereka sejak dulu, kini dan selamanya].






Orang Raub pasti tak lupa Cina MCA dulu pernah cabar Islam dengan mintak azan di masjid bandar Raub dihentikan. Tapi orang Melayu UMNGOK tetap undi MCA. Kesian
BalasPadam