script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Rakyat Malaysia Gembira "Bila Kita Menang" Piala Suzuki AFF, Tetapi Orang Pahang Terkilan Kerana Tiada Satu Pun Anak Negeri Dipilih Wakili Negara!

Seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan kejayaan Skuad Harimau Malaya yang menamatkan penantian 14 tahun Malaysia untuk menjuarai Piala Suzuki AFF. Keringat dan pengorbanan pemain negara di atas padang dan luar padang (25 orang) ternyata berbaloi apabila kerajaan memperuntukkan ganjaran sebanyak RM1.625 juta dalam bentuk saham amanah dan wang tunai buat mereka baru-baru ini. Daripada jumlah itu, pemain dan jurulatih kebangsaan menerima RM65,000 setiap seorang yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam majlis ramah mesra meraikan pasukan juara itu di kediaman rasminya di Seri Perdana. Ganjaran itu diberikan dalam bentuk unit saham Amanah Saham Wawasan (ASW) 2020 bernilai RM50,000 serta wang tunai RM10,000 manakala RM5,000 pula menerusi Skim Hadiah Kemenangan Atlet Malaysia (Shakam) Majlis Sukan Negara (MSN). Namun dalam keghairahan menyaksikan kemenangan dan pemain menerima hadiah tersebut, terdapat juga rakyat Pahang yang bermuram durja dan bersedih hati sebenarnya. Apa tidaknya, daripada 25 orang pemain skuad Harimau Malaya tidak terdapat pun seorang pemain dari negeri Pahang Darul Makmur sendiri. Bayangkan, negeri lain ada terdapat sampai empat lima orang pemain mewakili skuad kebangsaan tiba-tiba FAM terlepas pandang pemain dari negeri ini. Tambah mennyedihkan ialah Presiden FAM dan Timbalannya adalah merupakan Sultan dan Tengku Mahkota Pahang. Malah, hadiah kemenangan tersebut juga diberikan oleh Perdana Menteri yang juga berasal dari negeri Pahang. Soalnya, kenapa FAM terlepas pandang akan perkara sebegini agaknya?.


Aneh, kalau nak dikatakan pemain Pahang tak berkualiti..
dalam Liga Super 2010 ada dua orang penjaring terbanyak
dari negeri ini. Apa masalah sampai tiada seorang pun
terpilih wakili negara hatta sebagai pemain simpanan

[Semoga pada masa akan datang, pemilihan pemain negara dibuat secara adil dan seimbang. Malah, konsep 1Malaysia juga perlu diutamakan dalam pemilihan tersebut. Kita tidak mahu pemain dari sesuatu negeri jumlahnya ramai sedangkan dari negeri yang lain tidak ada langsung yang dipilih. Memang kita tahu terdapat pasukan yang begitu merudum tahap permainannya, namun bukan ada pemain mereka yang bermain dengan baik sebenarnya. Janganlah hanya meilih pemain dari negeri tertentu sahaja, sedangkan negeri lain langsung tidak diberi muka. Jadikanlah pasukan negara terdiri daripada kelompok pemain satu Malaysia. Jumlah 25 orang pemain adalah angka yang besar dan tidak sewajarnya perkara ini berlaku. Apapun, syabas dan tahniah kita ucapkan kepada pasukan Malaysia atas kejayaan yang membanggakan ini].
Share:

17 ulasan:

  1. doh orang pahang memang dok pandai main bola.......... nok pilih lagu mana?

    BalasPadam
  2. kawan pasti pemilihan dibuat berdasarkan merit..pemain Pahang bagus-bagus tapi mungkin tak sampai tahap bagus untuk mewakili pasukan kebangsaan lagi kali ini..mungkin tahun ini untuk Sukan SEA..marilah sokong Tok Gajah dan penuhkan Stadium Darul Makmur tahun ini.

    BalasPadam
  3. Guane nok ada pemain Pahang main untuk Msia..??? Tgk liga super pun terkial2 Pahang nok bersaing ngan team2 lain. tu pun nasib baik dapat main liga super....sbb ada tangan2 ghaib..

    BalasPadam
  4. malaysia ni x mcm negara lain, especially england..mn player yg dh ada nama dn belagak mcm star, yg tu la dia abk wakil negara walau nk kejar bola pn dh x larat..

    BalasPadam
  5. kalu pahang main bagus mesti ada player wakil malaysia...

    BalasPadam
  6. 'panggil' saja Umi Hafilda, Saipol, Rahimi, Ezam, Zul Kulim dan kawan-kawan yang sewaktu denganya..Mereka ni "pandai main bebola ikan" golek sana golek sini. Tunjukkan kepada dunia..., siapa yang masuk UMNO tu ikhlas....?. Yang ikhlas hanyalah saya sebab nama saya Ikhlas Bin Abu. Abu Bin Bakar. Kambing bin....??

    BalasPadam
  7. Azamuddin Mat Akil, Striker Pahang antara top scorer Liga Malaysia musim lepas. Masih muda, laju, rembat power, tanduk power dan rajin atas padang. Kurang-kurang dapat simpanan dlm skuad Malaysia. Mungkin Pahang kalau ada pemain berbakat pun orang buat tak nampak je. Sedih.

    BalasPadam
  8. mr. ikhlas.awak mne blh main bola bab org yg main bola ni xblh totey basah mcm awak,nanti accidentol.

    BalasPadam
  9. tak reti nak main bola punn nak salahkan umno...apa lah

    BalasPadam
  10. Kalu Malaysia kalah...mesti orang pahang kata...nasib baik takder player pahang...kalu takkkk maluuuuu oooooo

    BalasPadam
  11. ilham sakit darah tinggi.sini bukan tempat MLM.klu nak jual ubat buat cara jual ubat.org pahang memang xpandai main bola bab byk sangat mkn ubat keras.xada sape nak beli ubat awak bab ada tarok racun tikus.

    BalasPadam
  12. aku tak jadik pergi lah

    BalasPadam
  13. Memang ada penyerang pahang bagus. tapi tak kan jurulatih (Rajagobal) nak pilih penyerang seramai 8 orang. (supaya penyerang pahang terpilih). Sbb dalam senarai penjaring tu, ada 3 orang penyerang Malaysia. Mestilah ambil top scorer. Tapi x per, semoga skuad pahang terus berjaya. Sbb saya juga orang pahang. cuma x sokong pahang. hanya sokong liverpool

    BalasPadam
  14. aperla ni.dorang tak lepas pemilihan kut.biasala tu.

    BalasPadam
  15. Sedarkah anda, suasana bola diPahang nazak sejak mid 90's lagi. Selagi itu lah gaya/lagak/sikap officials & palyers ianya akan terus pengsan & kalau sedar pun mungkin jadi gila. Malang....mereka masih beranggapan sebagai 'glamour team' tp lihatlah kedudukan 'table' & 'match statistics'. Now... how many people understood this? Supporting this team is just a waste of effort, time & money. It is a sinking ship....

    BalasPadam
  16. Singapura lagi kecik dari Pahang camner boleh lahirkan ramai pemain top? Mesti ada fomula nya... Vietnam pula negeri baru lepas penjajah pun ada kualiti apasal ye? Sokong Perlis lagi kecik dari Singapura tapi ada rekod baik, boleh check list.

    BalasPadam
  17. Jgn salahkn FAM dlm hal ni...sbb pemilihan pemain dlm skuad negara dipilih dr jurulatih itu sendiri. FAM telah bagi peluang kepada jurulatih utk memilih siapa pemain yg dikehendakinya.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Negeri Pahang, Seramai 671 Calon Berjaya Cemerlang Perolehi 'Straight A'

KUANTAN: Seramai 671 daripada 17,429 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Pahang berjaya memperoleh kepu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.