
Bila diperkatakan bahawa
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) itu
"tali barut UMNO", maka ramai pemimpin gerakan terbabit marah-marah dan tidak berpuasa hati dengan tuduhan tersebut. Malah ada pula yang mencaci kononnya pihak-pihak berkenaan menabur fitnah kepada
Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang kononnya ditubuhkan untuk membela pelajar Melayu itu. Bagi mereka, fitnah yang ditaburkan harus dihentikan dan tidak wajar dibiarkan begitu sahaja. Begitulah
"sandiwara" yang dilakonkan oleh beberapa orang pemimpin tegar GPMS, terutamanya di negeri Pahang Darul Makmur ini. Halatuju sebenar perjuangan mereka kini jauh tersasar daripada apa yang diharapkan oleh rakyat. Nama
"Melayu" pada GPMS harus ditukarkan kepada
"Melayu UMNO", maknanya GPMS harus dikenali sebagai GPMUS iaitu Gabungan Pelajar Melayu UMNO Semenanjung.
Hakikat perlu ditelan, biarpun dinafikan nama gerak kerja dan tingkah laku mereka lebih menjurus kepada NGO yang membawa agenda politik UMNO sebenarnya. Malah, di Pahang kebanyakkan mereka yang berada dalam GPMS negeri ini adalah terdiri daripada pemimpin UMNO. Jika dulu Presiden GPMS itu sendiri adalah
Suhaimi Ibrahim yang pernah menjadi
ADUN Benta. Kini ramai pemimpin UMNO berada dalam NGO terbabit antaranya
Mustafa Long (Pegawai Khas MB),
Dato' Shafri Aziz (Exco Kerajaan Negeri),
Norul Azali (ADUN Guai),
Shahril Abdullah dan ramai lagi. Pendekata, GPMS sudah
di UMNOkan biar pun dinafikan oleh mereka yang terbabit.
Mustafa Long (bulatan) bersama pemimpin tertinggi GPMS PahangMaka itu, tidak hairanlah GPMS Pahang lebih berselera untuk memperjuangkan politik UMNO daripada memikirkan masa depan pelajar Melayu itu sendiri. Di Pahang misalnya, mereka terlupa masalah gejala sosial dikalangan pelajar IPT yang semakin meningkat, masalah graduan mengganggur yang semakin membimbangkan juga
isu pemotongan 10% peruntukkan Kerajaan Negeri Pahang kepada Sekolah Agama rakyat (SAR). Semua ini mereka pejamkan mata, tetapi lebih seronok mengatur agenda bagaimana untuk
mengUMNOkan rakyat dengan berbagai program yang diadakan oleh mereka. Lantaran itulah, kita tidak hairan GPMS itu sendiri kini diwakili oleh beberapa orang pemimpin
Biro Tata Negara (BTN) seperti
Kamali Fauzi Abd Rashid (BTN Pahang) dan
Ali Abd Razak (BTN Putrajaya). Semua ini adalah agenda yang dilakukan oleh UMNO atas nama pelajar Melayu Semenanjung. Sebab itulah kita tidak hairan mutakhir ini GPMS Pahang lebih berselera mengadakan protes dan demontrasi berkenaan isu-isu yang berpihak kepada UMNO seperti isu
Nameewee dan terbaru demo
"ketuanan Melayu" yang diadakan di
Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah I.GPMS Di Lihat Lebih Banyak Bela Politik UMNO 
Sangkaan kita, setakat itu sahaja mereka terlibat dengan perjuangan UMNO, namun rupanya pada
8 Januari 2011 yang lalu GPMS Pahang sekali lagi terlibat dengan program sembang belia dan daftar pemilih di
Dewan Pusat Latihan Kemas di Kuantan. Program yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Pahang,
Dato' Seri Adnan Yaakob itu jelas sekali bertujuan untuk membantu UMNO menjelang
Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Soalnya sekarang, kenapa begini jadinya GPMS?. Mereka tidak dilihat terlibat dalam
demo PPSMI bagi
membantah pembelajaran Bahasa Inggeris untuk matapelajaran Matematik dan Sains dulu. Mereka langsung tidak hadi membela pelajar Melayu sedangkan merekalah yang sepatutnya ke depan dalam isu tersebut. Begitu juga dalam isu pelajar cemerlang SPM bangsa Melayu yang gagal mendapat tempat di IPT dan bantuan biasiswa ole kerajaan. GPMS juga gagal bertindak, sebaliknya
PERKASA yang dipimpin oleh
Ibrahim Ali lebih terkedepan dalam isu tersebut. Makanya, apakah motifnya GPMS itu?. Siapa yang mahu dibela oleh mereka? Politik UMNO atau Pelajar Melayu Semenanjung itu agaknya?.
[Semoga teguran ini dapat menyedarkan pemimpin Melayu dalan GPMS agar kembali kepada landasan asal perjuangan mereka. Jika tidak, lebih baik dibubarkan sahaja GPMS atau diwujudkan Gabungan Pelajar Melayu UMNO Semenanjung seperti yang kami sarankan ini. Jika terus kekal seperti sekarang, makanya bagaimanakah para pelajar yang terdiri daripada anak-anak orang Melayu pelbagai fahaman politik boleh menerimanya. Sebab itulah, kita lihat GPMS lebih berselera membantu pelajar Melayu UMNO daripada pelajar Melayu itu sendiri. Apatah lagi pelajar Melayu anak-anak orang PAS, PKR dan sebagainya. Apakah ini maknanya mereka jujur dalam perjuangan membela pelajar terbabit. Justeru itulah kita tidak hairan GPMS dijadikan landasan politik oleh beberapa kerat pemimpin pelajar demi masa depan mereka dalam UMNO. Berapa kerat sangat pemimpin GPMS yang akan kembali berjuang bersama rakyat agaknya. Apa yang kita tahu di Pahang hanyalah YB Azan Ismail (foto), Ahli Parlimen Indera Mahkota yang khabarnya pernah menjadi pemimpin GPMS Pahang dulu. Beliau sahaja yang dilihat lebih jujur untuk meneruskan perjuangannya!].
bila masa pulak gpms ni mempunyai hala tuju yang betul... kalau buat tusyen pun jadi pusat anak2 melayu bercinta... sampai cikgu tusyen kawin dengan student tusyennya... kalau gpms tu betul dan benar dah berjuta2 anak melayu tidak jadi boddoh, tak jadi penagih, peragut, perogol, pukul mak-bapak sendiri, buang anak, berpeleseran, konsert sana-sini, pesta sana-sini... gpms hanya layak jadi balachi dan barua ungok saja... tak lebih dari itu..
BalasPadamBila UMNGOK yang lebih sesat sesedap rasa menggelar PAS parti ajaran sesat, takde salahnya kita gelarkan GPMS sebagai Gabungan Pelajar Melayu Sesat.
BalasPadamTak hairan sgt mereka membela politik UMNGOK sebab sekor-sekor muka pemimpin GPMS memang muka UMNGOK.
Sampai ke hari ini saya merasa sedih dan pilu apabila pada suatu ketika dahulu GPMS di terajui oleh bukan melayu...betapa dayus dan hina nya orang melayu.Jadi tidak menjadi suatu kepelikan apabila tindakan mereka sekarang lebih menjurus kpd penonjollan diri .
BalasPadamSampai ke hari ini saya merasa sedih dan pilu apabila pada suatu ketika dahulu GPMS di terajui oleh bukan melayu...betapa dayus dan hina nya orang melayu.Jadi tidak menjadi suatu kepelikan apabila tindakan mereka sekarang lebih menjurus kpd penonjollan diri .
BalasPadamwoi hampa nie jgn dok tuduh smua ahli gpms mcm tu ok? nk kutok, kutok gpms pahang sja la.. kami masih bpegang pda janji2 dan moto kami.. jgn kerana niela setitik, rosak susu sebelanga.... BELAJAR TERUS BELAJAR
BalasPadam