script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: GPMS Pahang Semakin Tersasar Dari Hala Tuju Dan Landasannya, Lebih Banyak Bela Politik UMNO Dari Berjuang Untuk Kepentingan Pelajar !

Bila diperkatakan bahawa Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) itu "tali barut UMNO", maka ramai pemimpin gerakan terbabit marah-marah dan tidak berpuasa hati dengan tuduhan tersebut. Malah ada pula yang mencaci kononnya pihak-pihak berkenaan menabur fitnah kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang kononnya ditubuhkan untuk membela pelajar Melayu itu. Bagi mereka, fitnah yang ditaburkan harus dihentikan dan tidak wajar dibiarkan begitu sahaja. Begitulah "sandiwara" yang dilakonkan oleh beberapa orang pemimpin tegar GPMS, terutamanya di negeri Pahang Darul Makmur ini. Halatuju sebenar perjuangan mereka kini jauh tersasar daripada apa yang diharapkan oleh rakyat. Nama "Melayu" pada GPMS harus ditukarkan kepada "Melayu UMNO", maknanya GPMS harus dikenali sebagai GPMUS iaitu Gabungan Pelajar Melayu UMNO Semenanjung. Hakikat perlu ditelan, biarpun dinafikan nama gerak kerja dan tingkah laku mereka lebih menjurus kepada NGO yang membawa agenda politik UMNO sebenarnya. Malah, di Pahang kebanyakkan mereka yang berada dalam GPMS negeri ini adalah terdiri daripada pemimpin UMNO. Jika dulu Presiden GPMS itu sendiri adalah Suhaimi Ibrahim yang pernah menjadi ADUN Benta. Kini ramai pemimpin UMNO berada dalam NGO terbabit antaranya Mustafa Long (Pegawai Khas MB), Dato' Shafri Aziz (Exco Kerajaan Negeri), Norul Azali (ADUN Guai), Shahril Abdullah dan ramai lagi. Pendekata, GPMS sudah di UMNOkan biar pun dinafikan oleh mereka yang terbabit.


Mustafa Long (bulatan) bersama pemimpin tertinggi GPMS Pahang
Maka itu, tidak hairanlah GPMS Pahang lebih berselera untuk memperjuangkan politik UMNO daripada memikirkan masa depan pelajar Melayu itu sendiri. Di Pahang misalnya, mereka terlupa masalah gejala sosial dikalangan pelajar IPT yang semakin meningkat, masalah graduan mengganggur yang semakin membimbangkan juga isu pemotongan 10% peruntukkan Kerajaan Negeri Pahang kepada Sekolah Agama rakyat (SAR). Semua ini mereka pejamkan mata, tetapi lebih seronok mengatur agenda bagaimana untuk mengUMNOkan rakyat dengan berbagai program yang diadakan oleh mereka. Lantaran itulah, kita tidak hairan GPMS itu sendiri kini diwakili oleh beberapa orang pemimpin Biro Tata Negara (BTN) seperti Kamali Fauzi Abd Rashid (BTN Pahang) dan Ali Abd Razak (BTN Putrajaya). Semua ini adalah agenda yang dilakukan oleh UMNO atas nama pelajar Melayu Semenanjung. Sebab itulah kita tidak hairan mutakhir ini GPMS Pahang lebih berselera mengadakan protes dan demontrasi berkenaan isu-isu yang berpihak kepada UMNO seperti isu Nameewee dan terbaru demo "ketuanan Melayu" yang diadakan di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah I.

GPMS Di Lihat Lebih Banyak Bela Politik UMNO

Sangkaan kita, setakat itu sahaja mereka terlibat dengan perjuangan UMNO, namun rupanya pada 8 Januari 2011 yang lalu GPMS Pahang sekali lagi terlibat dengan program sembang belia dan daftar pemilih di Dewan Pusat Latihan Kemas di Kuantan. Program yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob itu jelas sekali bertujuan untuk membantu UMNO menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Soalnya sekarang, kenapa begini jadinya GPMS?. Mereka tidak dilihat terlibat dalam demo PPSMI bagi membantah pembelajaran Bahasa Inggeris untuk matapelajaran Matematik dan Sains dulu. Mereka langsung tidak hadi membela pelajar Melayu sedangkan merekalah yang sepatutnya ke depan dalam isu tersebut. Begitu juga dalam isu pelajar cemerlang SPM bangsa Melayu yang gagal mendapat tempat di IPT dan bantuan biasiswa ole kerajaan. GPMS juga gagal bertindak, sebaliknya PERKASA yang dipimpin oleh Ibrahim Ali lebih terkedepan dalam isu tersebut. Makanya, apakah motifnya GPMS itu?. Siapa yang mahu dibela oleh mereka? Politik UMNO atau Pelajar Melayu Semenanjung itu agaknya?.

[Semoga teguran ini dapat menyedarkan pemimpin Melayu dalan GPMS agar kembali kepada landasan asal perjuangan mereka. Jika tidak, lebih baik dibubarkan sahaja GPMS atau diwujudkan Gabungan Pelajar Melayu UMNO Semenanjung seperti yang kami sarankan ini. Jika terus kekal seperti sekarang, makanya bagaimanakah para pelajar yang terdiri daripada anak-anak orang Melayu pelbagai fahaman politik boleh menerimanya. Sebab itulah, kita lihat GPMS lebih berselera membantu pelajar Melayu UMNO daripada pelajar Melayu itu sendiri. Apatah lagi pelajar Melayu anak-anak orang PAS, PKR dan sebagainya. Apakah ini maknanya mereka jujur dalam perjuangan membela pelajar terbabit. Justeru itulah kita tidak hairan GPMS dijadikan landasan politik oleh beberapa kerat pemimpin pelajar demi masa depan mereka dalam UMNO. Berapa kerat sangat pemimpin GPMS yang akan kembali berjuang bersama rakyat agaknya. Apa yang kita tahu di Pahang hanyalah YB Azan Ismail (foto), Ahli Parlimen Indera Mahkota yang khabarnya pernah menjadi pemimpin GPMS Pahang dulu. Beliau sahaja yang dilihat lebih jujur untuk meneruskan perjuangannya!].
Share:

5 ulasan:

  1. bila masa pulak gpms ni mempunyai hala tuju yang betul... kalau buat tusyen pun jadi pusat anak2 melayu bercinta... sampai cikgu tusyen kawin dengan student tusyennya... kalau gpms tu betul dan benar dah berjuta2 anak melayu tidak jadi boddoh, tak jadi penagih, peragut, perogol, pukul mak-bapak sendiri, buang anak, berpeleseran, konsert sana-sini, pesta sana-sini... gpms hanya layak jadi balachi dan barua ungok saja... tak lebih dari itu..

    BalasPadam
  2. Bila UMNGOK yang lebih sesat sesedap rasa menggelar PAS parti ajaran sesat, takde salahnya kita gelarkan GPMS sebagai Gabungan Pelajar Melayu Sesat.

    Tak hairan sgt mereka membela politik UMNGOK sebab sekor-sekor muka pemimpin GPMS memang muka UMNGOK.

    BalasPadam
  3. Sampai ke hari ini saya merasa sedih dan pilu apabila pada suatu ketika dahulu GPMS di terajui oleh bukan melayu...betapa dayus dan hina nya orang melayu.Jadi tidak menjadi suatu kepelikan apabila tindakan mereka sekarang lebih menjurus kpd penonjollan diri .

    BalasPadam
  4. Sampai ke hari ini saya merasa sedih dan pilu apabila pada suatu ketika dahulu GPMS di terajui oleh bukan melayu...betapa dayus dan hina nya orang melayu.Jadi tidak menjadi suatu kepelikan apabila tindakan mereka sekarang lebih menjurus kpd penonjollan diri .

    BalasPadam
  5. woi hampa nie jgn dok tuduh smua ahli gpms mcm tu ok? nk kutok, kutok gpms pahang sja la.. kami masih bpegang pda janji2 dan moto kami.. jgn kerana niela setitik, rosak susu sebelanga.... BELAJAR TERUS BELAJAR

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.