SHAH ALAM, 25 Jan [1.26 pm] - Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor gagal mendapatkan majoriti hasil undian belah bahagi pada pukul 6.25 petang semalam bagi meminda Perkara 52(1) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959. Dengan undi 34 bersetuju dan 20 menentang, kerajaan negeri tidak mempunyai majoriti dua pertiga untuk meneruskan bacaan kali kedua dan ketiga. Kerajaan negeri memerlukan undi sebanyak 38 bagi meluluskan Rang Undang-undang berkenaan. Jumlah kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ialah 56 dengan Pakatan Rakyat mempunyai 35 kerusi manakala Barisan Nasional (BN) ialah 20. Satu lagi kerusi iaitu Pelabuhan Klang bagaimanapun diisytiharkan kosong pada 19 Januari lalu ekoran penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah gagal menghadiri sidang DUN lebih daripada enam bulan. Sidang tergempar DUN Selangor yang diadakan hari ini bertujuan meminda Perkara 52(1) Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959. Ia bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri yang kini terletak pada pertadbiran pusat. Sementara itu Speaker, Datuk Teng Chang Khim (foto) pada sidang media selepas itu berkata, beliau tidak mengundi pada sesi undi belah bahagi kerana kedudukannya bukan sebagai undi penentu. "Kecualilah jumlah undinya sama dan memerlukan undi penentu, baru speaker akan mengundi," katanya. Jelas beliau lagi, walaupun kerajaan negeri gagal meminda perlembagaan pada hari ini, Rang Undang-undang berkenaan boleh diusulkan sekali pada bila-bila masa. "Tak menjadi masalah kalau nak bawa semula Rang Undang-undang ini pada masa hadapan," katanya. Isu ini timbul ekoran bantahan kerajaan Selangor terhadap pelantikan Datuk Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru berkuat-kuasa 1 Januari lalu tanpa melalui pengetahuan Menteri Besar.
[Satu keputusan yang sudah dijangka, di mana puak-puak UMNO BN pasti akan menolak rancangan Pakatan Rakyat itu biarpun mereka tahu ia untuk kebaikan sebenarnya. Mereka sanggup menurut hawa nafsu untuk menghilangkan kuasa Sultan dan MB gara-gara perbezaan fahaman politik. Inilah yang menyebabkan mereka menyokong tindakan perlantikan SUK Selangor yang baru itu. Semuanya bagi menghuru-harakan kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Tan Sri Khalid Ibrahim itu. Kini terbukti, kemungkinan besar satu rampasan kuasa seperti di Perak akan berlaku bila-bila masa sahaja dari sekarang. Justeru itu juga kita tidak hairan ADUN Pelabuhan Kelang akan menang dalam kes yang berlaku terhadap dirinya sekarang ini. Tambahan pula, Peguam UMNO digunakan untuk lawan kes tersebut yang difailkan di mahkamah hari ini. Sama-samalah kita nantikan episod seterusnya kebobrokan politik UMNO itu].
salam tuan...
BalasPadamsemalam adalah permulaan gerakerja untuk membuat huru-hara kerajaan 1 Msia di Selangor khususnya,sehinggalah pilihanraya umum yang terlalu dekat ini..wallahua'alam
khusrin...jauhi 'bersama dgn orang yang rugi'
Dalam pada tu di luar dewan, makhluk2 penyokong tegar dewa murujib masih lagi melaungkan slogan 'daulat tuanku' tanpa menyedari yang mereka telah melakukan 'derhaka' terhadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor.
BalasPadamApa guna laungan 'Daulat Tuanku' jika kuasa yang ingin dikembalikan kepada Tuanku tidak dipersetujui. Adakah rakyat Malaysia terlalu bodoh sehingga disiarkan di berita2 utama seluruh negara menggambarkan Kerajaan Selangor sebagai tidak menghormati Institusi Istana?
Fikirlah seluruh rakyat Malaysia. Kerajaan Selangor ingin mendaulatkan Sultan Selangor dengan mengembalikan hak yang dirampas oleh Kerajaan BN dahulu.
Apakah hanya dengan jeritan Daulat Tuanku maka telah lengkaplah ketaatan mereka terhadap Raja? Namun dalam masa yang sama merampas kuasa Raja.
barul hisham ni aku tengok dlm tv semalam macam orang bengong je,dulu tak dtg dewan undangan negeri selama 6 bulan,so semalam terhegeh2 aku tengok nk masuk dewan,malu lah sikit
BalasPadamanon :8:42 jgn risau rakyat malaysia tengok kebodohan pauk2 umnoapco yahudi ni
BalasPadamKerajaan Australia yg merupakan pengeluar terbesar iron ore dunia pon baru kenakan royalti sekitar 6 AUS dollar/metric tan, jadi aku rasa menasabahlah klu kerajaan N.Pahang kenakan royalti iron ore 15 hinggit/metric tan utk iron ore yg percen 62.5%.aku pernah jumpa journal yg di tulis olih omputih reserve iron ore deposit kat pahang ni ada 268 billion tan.jd korang xusah bimbang klu ditakdirkan 100 tahun lg bau korang blh merentah mentealah byk lg.xterabih dek datok nan nak diperaikkan.
BalasPadamWord from the ground stated that the opposition ADUN's debate lack substance and they were having a difficult time refuting the arguments presented by the PR ADUNs
BalasPadamAnd when the going gets tough to them, in typical UMNO fashion, they went off topic to save face
For example, Satim Deman made a fool of himself and the entire opposition when he had to talk about Serdang MP Teo Nie Ching and her recent visits to masjids and suraus
Let's not forget the opposition resorting to name calling when they became "cacing kepanasan"
Hopefully somebody got the proceedings on video so that we may judge which ADUN, be it from BN or PR that we should kick out in the coming GE
Kudos to the Selangor government for the attempt to amend the constitution
Hopefully the rakyat particularly the Malays realized who are the real traitors to their race