Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) menggesa keahlian baru di kalangan anak-anak anggota PAS hendaklah digiatkan segera jika ingin melihat parti itu berjaya menembusi kawasan Felda. Beliau berkata, untuk mendapat kembali sokongan di Felda maka ahli PAS ditegur supaya membuang anggapan bahawa anggota keluarga mereka secara automatik akan kekal bersama parti Islam itu. "Sikap dan anggapan anak ahli akan kekal bersama PAS mesti dihapuskan, kerana sokongan tanpa menjadi ahli menyebabkan mereka tidak merasai wajibnya memperjuangkan Islam,” katanya. Beliau yang juga pesuruhjaya PAS Pahang mengesyorkan supaya pengajian agama di masjid dan markaz sekitar kawasan Felda perlu digerakkan. “Kita tidak mahu ahli PAS yang emosi tanpa kawalan ilmu, kerana itu program asas bagi parti seperti usrah, tamrin, muqayyam, dan rehlah mesti dihidupkan kembali,” ujarnya lagi. Semalam, dalam pilihan raya kecil Tenang, calon PAS Normala Sudirman tewas kepada calon BN Mohd Azahar Ibrahim dengan majoriti 3,707 undi. Normala memperolehi 2,992 undi manakala Azahar memperolehi 6,699 undi. Sokongan kuat terhadap calon BN itu datang daripada tiga gugusan Felda di kawasan itu, yang lazimnya secara tradisi menyokong BN. Bagaimanapun, beliau hari ini menyeru seluruh jentera PAS menghilangkan tanggapan bahawa kawasan Felda dan kampung tradisional merupakan kubu BN. “Untuk anggap Felda kubu BN saya kira agak ekstrem kerana PAS pernah menang di kawasan Felda bahkan pada tahun 1999, bila mana PAS menang di kawasan majoriti Melayu, ia termasuk kawasan Felda,” katanya yang diminta mengulas mengenai kegagalan PAS tembusi kawasan Felda di DUN Tenang.
[Apapun yang berlaku, realitinya UMNO BN terus kuat di kawasan Felda kerana faktor pengundi di saluran 1 sebenarnya. Maknanya mereka amat mengharapkan undi dari kalangan peneroka asal, sebaliknya generasi kedua memang sudah menolak mereka. Cuma yang tinggal di kawasan penempatan terbabit sahaja masih menjadi penyokong tegar UMNO BN itu. Sebaliknya ramai anak-anak peneroka di perantauan hatta anak pemimpin UMNO sendiri pun sememangnya sudah mahukan perubahan. Makanya, langkah terbaik ialah memberi penekanan kepada anak-anak Felda di perantauan, agar mereka menjadi mata dan kepala Pakatan Rakyat untuk memulihkan kembali kepercayaan orsang tua mereka bahawa hanya UMNO BN yang layak memerintah negara ini sejak dulu, kini dan selemanya. Langkah bijak perlulah diambil untuk mengenalpasti seberapa ramai anak-anak Felda di perantauan ini agar segala maklumat terkini dapat diterima oleh mereka kelak. Semoga sesuatu dapat dilaksanakan bagi merubah minda peneroka Felda yang kini begitu taksub dengan UMNO BN].

Bergantung dimana rancangan FELDA itu berada.Di Tenang,adalah kawasan Johor dimana pengundinya belum terbuka pemikirannya.Jangan harap untuk generasi kedua akan berubah,jauh panggang dari api.Sebenarnya kesedaran bermain politik dan seni berpolitik bagi orang Melayu masih lemah malahan lansung tiada.Tidak pandai menggelombangkan politik untuk kebaikan keseluruhan, itu sebab sepanjang hayat ditemberang oleh pemimpin-pemimpin yang kaki kelentong.Pujian harus diberi kepada kaum Cina yang bijak mengambil kesempatan dari gelora politik sesuatu keadaan yang memihak kepada mereka.Berjaya membuang perasaan takut kepada perubahan dan berani mencuba akhirnya kejayaan berpihak kepada mereka.Ini terjadi di Pulau Pinang,dimana pertukaran kuasa berlaku kerana rakyatnya pandai mengambil kesempatan,dan tahu bahawa pembangunan akan datang walau pun sesiapa yang memerintah.Hanya orang Melayu yang sanggup diperhambakan tanpa memikirkan bahawa sebenarnya pilihan adalah terlalu banyak untuk dibuat perbandingan.
BalasPadam