script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Edisi Pahang: Mayat Lelaki Warga Bangladesh Di Temui Terbaring Dekat Semak Di Kg. Soi, Kuantan

KUANTAN, 14 Jan [3.35 pm] - Mayat seorang lelaki, dipercayai warga Bangladesh, ditemui terbaring dengan wajah membengkak di kawasan semak di Kampung Pahang, Sungai Soi di sini pagi tadi. Mayat lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditemui seorang pekebun cili pada 10.30 pagi yang memaklumkannya kepada Ketua Kampung Taib Awang Kassim. Taib berkata seorang penduduk di kawasan berkenaan memaklumkan bahawa mangsa tinggal di Kampung Seri Melati, KM 17 Jalan Pekan dekat sini sejak tiga tahun lepas, dan kali terakhir dia dilihat ialah kira-kira tiga hari lalu. "Mereka beritahu saya mangsa dilihat berjalan seorang diri ke kawasan belukar berkenaan membawa payung, sebotol air dan bekalan makanan, tapi tujuannya tidak diketahui kerana dia bukan pekerja di kebun itu," katanya. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah DSP Kamaruzzaman Jaafar berkata hasil bedah siasat menunjukkan mangsa mati akibat serangan jantung dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Share:

2 ulasan:

  1. Oh kes mati mengejut...
    Baik juga lelaki malang itu bukan seorang ahli politik...
    Kalau tidak nescaya akan ada pihak yang tuding jari bahawa itu kerja BN atau SPRM.

    BalasPadam
  2. setuju...sokong! PKR memang sial dan menyusahkan melayu

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Negeri Pahang, Seramai 671 Calon Berjaya Cemerlang Perolehi 'Straight A'

KUANTAN: Seramai 671 daripada 17,429 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Pahang berjaya memperoleh kepu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.