script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Martabak Mengkasar: "Pelanggan Setia" Kecewa, Produk Popular Tetapi Kualiti Perkhidmatannya Semakin Teruk Dan Tersangat Membimbangkan !

PEKAN, 26 Jan [1.33 pm] - Pekan adalah bandar kelahiran Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak. Malah, bandar ini adalah satu-satunya bandar yang melahirkan dua Perdana Menteri di Malaysia iaitu Dato' Najib dan arwah bapanya Allahyarham Tun Razak sendiri. Mutakhir ini, Pekan amat popular dengan gelaran "Pekan Martabak". Apa tidaknya, populariti martabak Pekan yang dikenali sebagai "Martabak Mengkasar" itu sememangnya sudah terkenal ke seluruh negara. Siapa sahaja yang singgah di bandar ini, pasti tidak akan melepaskan peluang untuk "pekena" martabak tersebut. Malah, ada juga mereka yang sanggup bersusah payah memandu dari jauh semata-mata mahu mencuba makanan terbabit yang dikatakan "lain dari yang lain" itu. Pendek kata "Martabak Mengkasar" kini sudah popular seantero dunia, malah mempunyai banyak cawangan di tempat lain. Melihat kepada restoran "Martabak Mengkasar" yang terletak ditepi jalan utama keluar masuk ke bandar Pekan itu ternyata ia memang menjadi sambutan hangat. Setiap masa dan ketika pasti tempat duduk di restoran terbabit dipenuhi dengan orang ramai. Malah, ada yang sanggup berbaris untuk membeli martabak terbabit. Namun, sejak akhir-akhir ini masalah mula timbul. Orang ramai mula "merungut" dengan Martabak Mengkasar. Macam-macam cerita yang didengar termasuk isu proses yang terlalu lewat dan pemilik restoran terbabit yang terlalu sombong. Semua ini, bukan omongan kosong lagi. Mungkin dek kerana menyedari populariti martabaknya yang menyebabkan pemiliknya bersikap begitu.


Pemilik Martabak Mengkasar perlu jaga kualiti jika mahu terus popular

Keunikan Martabak Mengkasar menyebabkan ia jadi tarikan pelanggan
Namun, isu ini kini menjadi bualan ramai pihak termasuk mereka yang kerap berkunjung ke restoran terbabit. Kelewatan menunggu menyebabkan ramai pelanggan yang kecewa dan akhirnya "benci untuk menikmati" makan terbabit. Siapa harus dipersalahkan dalam hal ini agaknya?. Terdapat laporan ada yang terpaksa menunggu hampir satu jam lebih hanya kerana mahu menikmati sepinggan martabak di restoran terbabit. Malah, ada juga yang terpaksa menunggu lebih lama dari itu sebenarnya. Semua ini menyebabkan dari sehari demi sehari para pelanggan restoran berkenaan lari. Mereka kecewa dengan apa yang berlaku dan bila ditegur atau ditanya berbagai-bagai alasan yang diberikan oleh pekerja restoran terbabit. "Jika orang ramai pesanan lewat kita tidak marah, tetapi ketika orang tiada pun pesanan turut lewat. Hingga menyebakan kami yang sudah sekian lama menjadi pelanggan amat kecewa. Sepatutnya pihak terbabit mencari jalan dan alternatif untuk meningkatkan kualiti. Namun, sebaliknya pula yang berlaku. Semakin popular semakin lembat kerja-kerja yang dilakukan. Saya tidak akan menjamah lagi makanan terbabit akibat kecewa dengan layanan dan prestasi restoran itu", kata seorang pelanggan.

[Tinjauan kami ke restoran terbabit baru-baru ini mengesahkan lagi apa yang dilaporkan itu. Bayangkan untuk membeli tiga mertabak special perlu menunggu sehingga 1 jam 45 minit lamanya. Ini sangatlah membimbangkan dan tidak sepatutnya berlaku. Malah, sikap pekerja dan pemilik restoran terbabit juga amatlah menyedihkan. Langsung tidak mahu berbudi bahasa malah marahkan pelanggan yang kononnya tidak sabar menunggu apabila soalan tentang kelewatan itu diajukan. Kami sangkakan masalah ini hanya berlaku di Pekan, namun cawangan Martabak Mengkasar juga senario yang sama berlaku. Difahamkan kelewatan itu berpunca daripada kekurangan pekerja yang membuat makanan terbabit. Sepatutnnya pihak berkenaan menambah lagi dapur-dapur untuk tujuan mempercepatkan urusan berkaitan. Martabak tidak sama dengan roti canai. Banyak kerja yang perlu dilakukan untuk menyiapkan makanan terbabit. Jika masalah kelewatan seperti ini gagal diatasi maka kami khuatir akhirnya pelanggan akan terus lari dan perniagaan mereka akan terjejas selepas ini. Oleh itu, lakukan sesuatu untuk memulihkan kembali keyakinan pelanggan terhadap kehebatan Martabak Mengkasar].
Share:

13 ulasan:

  1. Itulah orang kita baru popular sikit dah naik taik minyak sombong bodo, mana2 pun kita boleh lihat begitu, mereka tak penting melayan pelanggan (raja)pergi kursus tau la. Lihat kedai tomyam siam/kedai mamak/franchise yang beratus cawangannya tak nampak ke? Sedapnya taklah sehebat mana tapi berkerumun pelanggan datang tak putus2 kekal berniaga berpuluh puluh tahun. Peniaga kita mesti ubah sikap, jangan bangga dengan resepi saja... Baelajarlah sejarah kejayaan peniaga global..

    BalasPadam
  2. betul beb.... realiti kedai melayu

    saya bekerja di kl, bulan lepas pi outstation kuantan, kebetulan kul 5 siap kerja, terkenang orang rumah di kl yg suka makan murtabak ni so on the way balik divert ke pekan, semata2 nak beli murtabak ni.....tp nak 3 biji ja kn tunggu sejam, masa tu org tak dak pun dlm kedai...

    tp ini pengalaman saya la bila banyak berjalan, boleh kata 70% kedai makan org melayu bila dah establish n terkenal, dia punya layanan...masyaallah. muka pekerja kadang macam muka bontot kera, dia pandang kita macam menyumpah lak kenapa dtg kedai dia...belum lagi mintak tambahan 2nd order....

    BalasPadam
  3. saya org pekan, murtabak mengkasar dah lama x makan kadang sampai kat kdg kat 3 - 4 tahun, krn biasa aje kalau dibading murtabak mawar yang ori pekan, dan kegemaran istana. Tp oleh krn lam x mkm dan selalu dg rcerita org luar, ttg kehebatannya tp bagi saya tidak . Satu hari saya beli juga 2 kpg, tapi daging yang dikisar agak kasar dan kulit kuar murtabak x masak di goreng, kini dah hampir satu saya x beli. Itu lah pengalamannnya

    BalasPadam
  4. blogger ni hanya pandai mengutuk dan mangkritik...kau tak tahu akan masaalah org berniaga...masaalah pekerja ada lah masaalah besar yg di hadapi oleh peniaga2 sekarang...sampai ada tokeh yg terus tutup kedai....kau org politik hanya pandai mengutuk dan menghentam...sampai keluarkan dlm blog...tak ke perbuatan kau ni menyebabkan ada org takut nak datang.....betul2 musibat kau ni....kau boleh menjahanamkan pewrniagaan org lain...kau telah mencurah pasir kedalam periok nasi orang....sial punya C.M.K.

    BalasPadam
  5. Ini bukan masalah dengki atau pun tidak.. ini masalah kepada peniaga tersebut sendiri... Kami pun slalu ke Pekan untuk makan Martabak Mengkasar.. memang giler menunggu sampai berjam2 hanya utk makan sekeping martabak... skrg dah tak rela nak pegi lagii..

    BalasPadam
  6. cucu mat kutty... jgn emosional , jgn kate org sial, tak baik!! takkan kalau benda tak bagus/ tak elok kita ckp elok... kita berniaga nak bagi org mkn.. pelanggan pulak bukan dapat murtabak tu freeee... ada otak kaa!!

    BalasPadam
  7. gitu le kalau dah populer,lagi pon rasanye dah kurang sedap kerana tukang buat yang lama dah berhenti yang sebenor nya tauke tu orang kedah kawin ngan org pekan kuat BN

    BalasPadam
  8. Cucu Mat Kutty sila terima komen ni secara positif....kalau dah servis lambat pikirler cara nak bg cepat...kalau mtabak dah sedap cuba pikir nak bagi lg sedapp....kalau pekerja lembab/sombong tukar ler ngan pekerja hok cergas n mesra...servis bagus, makanan sedap...pelanggan pun suka mengadap....tahniah CMK atas teguran berani anda....kpd tokey mertabak ambil teguran secara positif...

    BalasPadam
  9. Nama pun pun dah BANGANG, komen sah- sah BANGANG, ade ke boleh letak nick name CUCU MAMAT KUTTY, memang BANGANG tol la mamat ni dan sah- sah mamat ni penjilat UMNGOK, hehehe..

    BalasPadam
  10. Saya anak jati Pekan dari keturunan yang ke-6. Mmg murtabak tu sedap, dan saya juga amat mengenali keluarga tuan punya kedai tersebut...mereka satu keluarga mmg dari spesis "Bodoh Sombong" dari bapak hingga ke anak2nya. Satu lagi utk pengetahuan ramai...keluarga mereka tu bukan kerabat raja negeri Pahang, hanya mereka tu adalah "waris" kerabat raja negeri Pahang.

    BalasPadam
  11. mmg dari tokey sampai anak kuli dia sombong dan bongkak,murtabak dia x sedap mana pun lagi sedap murtabak di Taman Sepakat....

    BalasPadam
  12. Saya harap tuan restoran agar selalulah pantau pekerja-pekerja sendiri. Saya pernah memesan sekeping murtabak. Walaupun pelangan tidak ramai...tapi masa yang diambil terlalu lama. Rupanya murtabak dah siap tapi tidak dihantar terus. Ini disebabkan masalah komunikasi antara pekerja. Masing-masing ada sikap ego menyebab murtabak yang sampai ke meja saya sudah hampir sejuk. Saya harap tuan restoran mengatasi masalah ini. Jangan kerana nila setitik.....Walau apapun saya puji kat tuan restoran yang peramah dan selalu berbual dengan pelangan.

    BalasPadam
  13. hahaha aku lak tak hingin nak m akan martabak tu laaa, pasar minggu jalan gambut lagi sedap, RM2 jerk,

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.