Beliau yang juga Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi (PAS) menegaskan bahawa berpegang kepada prinsip kepercayaan awam adalah syarat tonggak dalam kriteria perlantikan anggota SPR supaya bebas dan tidak memihak kepada sesiapa. "Badan Pengerak Mobilisasi Demokrasi dengan ini menuntut dan mendesak kedua-dua mereka segera meletakkan jawatan secara bermaruah agar kita dapat mengembalikan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap kewibawaan peranan dan fungsi intitusi SPR itu sendiri. "Langkah ini adalah jalan terbaik untuk mereka menyelamatkan demokrasi di negara kita lebih-lebih lagi pada ketika Malaysia akan menghadapi PRU-13 akan datang," tambah beliau lagi. Sementara itu, memorandum yang diserahkan beliau diterima oleh Pegawai Perhubungan Awam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Sabri Said. Turut hadir waktu penyerahan memorandum tersebut adalah Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Muhd Yusoff, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud dan Mohd Sany Hamzan dari Dewan Pemuda PAS Pusat.
[Sudah tiba masanya Bersih 4.0 disegerakan mulai sekarang. Tempoh sebulan yang diberikan kepada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR amatlah wajar bila mana rakyat melihat sudah tiada lagi ketelusan dan keadilan dalam pilihanraya di negara ini. Sikap SPR yang gemar mengamalkan sikap "double standard" dalam tindakan mereka menyebabkan rakyat menjadi benci dan marah kepada badan yang sepatutnya bebas itu. Tambah memalukan bilamana SPR dengan jelas telah merencana satu "pelan jahat" untuk memastikan BN menang besar pada Pilihanraya Umum kali ini, dengan membenarkan warga asing yang diberikan IC untuk mengundi. SPR tidak boleh berbohong lagi kepada rakyat Malaysia kerana segala info dan maklumat diperolehi daripada "orang dalam" yang sudah bosan dengan sikap mereka selama ini. Justeru, demi sebuah negara yang berdaulat maka kita perlu halang tindakan SPR yang jelas keterlaluan mutakhir ini. Pilihanraya biarlah adil dan telus, kenapa perlu kotor?. Tindakan mendesak orang kuat SPR letak jawatan adalah satu hasrat yang murni demi menyuburkan semula amalan demokrasi berparlimen di Malaysia hari ini. Marilah lakukan perubahan!].





