script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Penyokong Kecewa, Di Saman Ketika Saksikan Bola Sepak Pahang VS Negeri Sembilan Malam Tadi !!

KUANTAN, 16 Jan - Para penyokong pasukan bola sepak Tok Gajah yang menyaksikan perlawanan Liga Super antara Pahang menentang Negeri Sembilan di Stadium Darul Makmur kecewa dengan tindakan polis trafik menyaman sebahagian besar kenderaan mereka yang diletakkan di sepanjang jalan berhampiran dengan Malay Town dan East Cost Mall dekat sini malam tadi. Mereka kecewa kerana polis sepatutnya memberi kelonggaran kepada penyokong bolasepak untuk memberi sokongan padu kepada pasukan Pahang, namun akhirnya dihadiahkan surat saman. Menurut seorang mangsa, dia hairan kenapa polis bertindak demikian sedangkan mereka tahu Pahang kini berada di ranking teratas Liga Super yang sudah pasti mengundang ribuan penyokong dari seluruh negeri untuk menyaksikan permainan pasukan negeri ini. "Kenapa perlu saman? Apakah polis sudah tiada duit?... Bukankah semua tempat letak kereta di sekeliling stadium sudah penuh.. maka pastilah kami letakkan disepanjang jalan termasuk di kawasan East Cost Mall ini... Kami tidak halang pun lalu lintas.. selama ini sudah beberapa kali saya sendiri letak di situ dan tiada sebarang saman yang diterima.. Tapi malam nii.... polis jadikan kami sebagai mangsa..kami disaman.. bukan satu dua kenderaan.. malah berpuluh-puluh yang alami nasib yang sama", kata penyokong Pahang yang datang dari Temerloh itu. "Jika tidak mahu kami letak kereta di merata tempat.. suruh stadium buat parkir bertingkat... agar senang kami letak kenderaan.. Tiket berharga RM12 tapi kami disaman RM300... sungguh tidak berbaloi dan amat merugikan.. dahlah kami datang dari jauh dengan kos minyak dan tol.. kenapa polis trafik tak terfikir semua ini.. Kenapa masa Jom Heboh mereka tak saman.. masa bola pulak mereka nak cari untung... memang saya tak puas hati dengan semua nii", tambah beliau lagi. Dalam perlawanan malam tadi, Pahang berjaya mendapat tiga mata untuk terus ungguli takhta Liga Super bila berjaya tewaskan Negeri Sembilan 2-1.


[Apa yang berlaku ini sungguh memalukan sebenarnya. Pihak polis memang ada kuasa untuk menyaman mana-mana kenderaan yang diletakkan diluar petak parkir yang telah ditetapkan. Namun, pada masa yang sama mereka juga harus berbudi bicara dan bertimbang rasa. Tambahn pula ketika semua parkir penuh dengan kenderaan semasa hari peristiwa seperti perlawanan bolasepak ini. Kasihan benar kepada mangsa yang datang dari jauh untuk memberikan sokongan kepada pasuka Pahang tiba-tiba mereka pula disaman. Bukankah ini satu penganiayaan. Jika itu keadaannya, maka pihak stadium boleh dipersalahkan kerana tidak menyediakan petak parkir yang mencukupi kepada orang ramai yang ingin menyaksikan sesuatu acara besar di situ. Apapun, pihak polis perlulah memberi kelonggaran kepada orang ramai yang ingin menyaksiakn mana-mana acara sukan di Stadium Darul Makmur. Usahlah gunakan kuasa sewenangnya tanpa mengambilkira acara yang sedang berlangsung. Mereka boleh saman jika ada kenderaaan yang diletakkan sewenang-wenangnya yang bioleh menganggu lalu lintas. Jika tidak, berilah kelonggaran kerana mereka yang hadir untuk menyokong bolasepak Pahang sendiri, bukannya untuk bersuka ria semata-mata].
Share:

Panas: Wartawan Pahang Kecewa Sikap Kurang Ajar Serta Biadap Setiausaha Akhbar Muhyiddin Yassin !!

KUANTAN, 15 Jan - Kunjungan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Negeri Pahang baru-baru ini, biar pun dilihat berjaya, namun ia telah mencetuskan kontroversi kepada sebahagian besar wartawan media yang hadir ke satu program beliau di sini. Ini berikutan sikap "biadap" dan "kurang ajar" Setiausaha Akhbar Muhyiddin yang begitu "taksub" dengan gelaran "Datuk" yang bernama Ainon Mohd (foto). Kejadian berlaku ketika Muhyiddin dan rombongan dikatakan singgah di Restoran Zaman untuk bersarapan pagi di situ. Wartawan media yang sudah lama menunggu kehadiran Muhyiddin dipercayai telah diherdik dengan kata-kata kesat dan biadap oleh beliau. Difahamkan, Ainon yang berlagak sombong itu telah bertindak mengarahkan para wartawan tidak meluru ke arah Muhyiddin untuk sessi wawancara, kerana katanya Sidang Media telah ditetapkan di lokasi lain petang itu. Muhyiddin dipercayai menuju ke Karak selepas program di Kuantan pada hari yang sama.  "Sebagai seorang Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Perdana Menteri.. Ainon sepatutnya memaklumkan kepada kami apa jua info terkini terutamanya membabitkan sidang media.. Tidak bolehkan dia maklumkan kepada kami dengan mesra dan suara yang lembut bahawa TPM tidak mahu diganggu dengan sidang media dan meminta kami menghormati pendiriannya. Kami tiada halangan jika dimaklumkan lebih awal... tapi tindakan dia (Ainon) mengherdik kami adalah keterlaluan... Yang datang bukanlah wartawan dari media pembangkang.. yang datang RTM, TV3, Utusan, Berita Harian, Astro Awani serta lain-lain media termasuk akhbar berbahasa Cina... Maka sepatutnya dia hormati kami sebagai wartawan dari media kerajaan.. Tindakan beliau jelas sekali menjatuhkan imej TPM sebenarnya.. berlagak sombong dan ego ... macamlah kami kenal dia siapa...", kata seorang saksi yang tidak mahu namanya disiarkan. Rata-rata wartawan kesal dengan apa yang berlaku. Mereka dilayan sebegitu ketika hadir untuk buat liputan acara pemimpin kerajaan sendiri. "Jika inilah caranya, bagaimana negara kita mahu maju.. ada orang yang sombong dan berlagak dengan jawatannya... konon "Datuk", kami tidak kenal dia siapa.. sepatutnya dia sudah nampak ada wartawan media sejak awal-awal lagi.. maka dia maklumkan kepada kami tiada sidang media.. bukannya mengeluarkan kata-kata kesat seolah-olah kami ini tiada maruah...Itu  baru jadi Setiausaha Akhbar TPM... bayangkan kalau satu hari nanti Muhyiddin bergelar PM... pasti dia (Ainon) akan bertambah sombong dan naik tocangnya", kata seorang lagi saksi ditempat kejadian. Paling memalukan, ketika insiden berlaku Restoran Zaman yang terkenal dengan nasi lemak itu dipenuhi dengan orang ramai sejak awal lagi. Mereka juga terkejut melihat sikap Setiausaha Akhbar TPM itu sebenarnya. Difahamkan, perkara ini kemungkinan besar akan diajukan Media Pahang kepada Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) dalam masa terdekat.


[Apa yang berlaku ini sungguh memalukan sebenarnya. Seseorang pemimpin politik perlu mempunyai pegawai-pegawainya yang mesra rakyat dan tidak sombong. Baik pemimpin kerajaan UMNO BN mahu pun Pakatan Rakyat, senario seperti ini biasa  berlaku. Apatah lagi jika pemimpin terbabit mempunyai jawatan penting. Apa yang berlaku kepada Setiausaha Akhbar Muhyiddin Yassin ini harus dijadikan pengajaran kepada semua pihak. Gunakan budi bahasa ketika berurusan atau berbicara dengan orang lain, tidak kira siapa dan di mana kita berada. Sikap sombong dan kurang ajar seperti ini harus dihentikan jika tidak mahu ia menjejaskan nama pemimpin terbabit. Muhyiddin perlu mengambil tindakan atas perkara ini jika ingin terus maju dalam politik. Jika tidak, pasti orang disekeliling boleh merosakkan survival politik beliau selepas ini. Lebih mengejutkan apabila Ainon Mohd begitu berbangga dengan gelaran "Datuk" yang dimiliknya hingga sering menegur mana-mana pihak yang tidak memanggil beliau dengan gelaran itu. Apalah ada pada gelaran?. Bukan boleh dibawa mati pun. Tiada siapa yang akan kenal kita "Datuk", "Datin","Tan Sri" atau apa jua gelaran jika kita "tidak popular". Carian kami di internet hanya menjumpai sekeping sahaja gambar Ainon Mohd ini sebenarnya. Ini bermakna beliau bukanlah seseorang yang popular dan tidak wajar dia marah orang lain yang tidak memanggilnya dia "Datuk" kerana mungkin mereka itu langsung tidak mengenali siapakah diri beliau itu gamaknya].
Share:

Panas: Radiasi Lynas Buat Najib, Dua Akhbar Popular Australia Main Semula Kes Pembunuhan Altantunya !

Mungkin sudah ditakdirkan agaknya, dalam sibuk-sibuk kerajaan Malaysia bertindak membelakangkan kepentingan rakyat ketika membawa masuk kilang memproses rare earth milik Lynas Corporation dari Australia, tiba-tiba kini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (foto) pula diserang bertalu-talu oleh dua buah akhbar popular Australia iaitu The Age dan Canberratimes. Apakah kini radiasi "Lynas" sudah mula terkena kepada Najib dan Rosmah?. Inilah akibatnya bila menipu kononnya "mendahulukan rakyat", tetapi sebaliknya yang diutamakan ialah syarikat Lynas yang tidak membawa apa-apa keuntungan besar kepada rakyat (12 tahun tidak dikenakan cukai) oleh Kerajaan Malaysia itu. Dalam laporan portal milik Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu keadilandaily yang bertajuk "Akhbar Australia: Kes Pembunuhan Altantunya Jejas Peluang UMNO" semalam. Antara lain, laporan dari portal ini yang dipetik dari akhbar The Age meramalkan  skandal pembunuhan Altantuya Shaariibu yang dikaitkan dengan Perdana Menteri  Malaysia itu akan menjejaskan peluang UMNO BN dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang. “Najib menafikan penglibatannya, tetapi dakwaan tersebut tidak akan hilang. Internet di Malaysia sedang ‘panas’ dengan pendedahan seorang ahli perniagaan yang tidak berpuas hati dengannya, Deepak Jaikishan, yang mempunyai hubungan dengan UMNO,” tulis kedua-dua portal akhbar itu semalam. Menurut akhbar berkenaan, pendedahan Deepak juga merupakan sebahagian usaha untuk membongkar misteri pembunuhan warga Mongolia itu pada 2006Akhbar itu turut mengaitkan pembelian dua kapal selam dianggarkan bernilai USD2 bilion pada 2002, ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan. The Age turut mengaitkan hubungan Abdul Razak Baginda, yang dituduh membunuh Altantuya namun dibebaskan mahkamah pada 2009. “Antara tuntutan yang dibuat oleh Deepak seperti dinyatakan kepada pembangkang dan laman web bebas adalah bukti akuan bersumpah pada 2008 oleh penyiasat, (P) Balasubramaniam yang menyatakan Najib mempunyai hubungan seksual dengan Altantuya. “Terdapat perbalahan dalam UMNO yang berkuasa dalam negara selama lebih 50 tahun, kaji selidik terbaru menunjukkan populariti Najib menurun pada paras paling rendah dalam 16 bulan. “Sebahagian penganalisis berkata, PRU kali ini akan menjadi cabaran terbesar kepada pemerintahan UMNO. Najib sendiri mengatakan ia sebagai ‘titik penentu nasib rakyat dan negara’,” kata akhbar itu. Pendedahan ini sudah pastinya akan mengejutkan rakyat Malaysia seantero dunia yang selama ini tertanya-tanya siapakah yang arahkan Sirul dan Azilah membunuh Altantunya dengan "bom C4"?. Malah mereka juga hairan kenapa mahkamah tidak membongkarkan apakah motif pembunuhan dan jadikan pistol yang digunakan oleh mereka itu sebagai bahan bukti utama kes ini. Segalanya mungkin akan terjawab menjelang pilihanraya umum ini pastinya !.


[Sungguh tragis, di kala pilihanraya umum ke-13 akan menjelma bila-bila masa dari sekarang, akhirnya radiasi Lynas dari Australia kini mula mengenai Najib Razak. Bagai sudah ditakdirkan Najib pasti akan terkubur bersama projek Lynas yang diagung-agungkan sangat itu. Lynas dari Australian kini menjadi bala buat Najib apabila akhbar-akhbar popular di negara itu kini memainkan semula kes pembunuhan Altantunya Shaaribuu. Ke mana lagi agaknya Perdana Menteri Malaysia itu mahu mengadu sekarang?. Suara rakyat menolak projek Lynas tidak diendahkan, kini akhirnya politik beliau akan dikuburkan bersama keangkuhan mempertahankan pelaburan Australia yang tidak menguntungkan rakyat dan kerajaan itu (12 tahun tidak dikenakan cukai). Apalah malangnya nasib Najib sekarang?. Petanda awal kejatuhan UMNO BN sudah semakin terserlah dengan isu-isu besar yang pastinya akan membuatkan Najib dan Rosmah bagai "cacing kepanasan". Apapun, sama-sama kita tunggu berbagai lagi pendedahan panas kes ini nanti. Jika ini berlaku, maka sudah pasti harapan Najib untuk berada di Putrajaya pasti akan hancur berkecai. Kini musuh politiknya dalam UMNO sendiri juga sedang mengintai peluang untuk terajang Najib dan Rosmah keluar dari kediaman Perdana Menteri Malaysia sebenarnya. Nantikanlah episod seterusnya!].
Share:

Panas: Langgar Syarat..Bawa Kanak-Kanak Di Bawah Umur 15 Tahun, Polis Juga Di Minta Siasat UMNO BN

Ramai pihak yang terkejut dengan laporan muka depan akhbar pencacai milik UMNO BN yang bernama Utusan Meloya (Malaysia) kononnya Himpunan Kebangkitan Rakyat di ibu negara Sabtu lalu melanggar syarat apabila ramai ibubapa membawa anak-anak mereka ke program tersebut. Utusan seboleh-bolehnya mahu mainkan isu tersebut kononnya kanak-kanak dipergunakan untuk kepentingan politik pembangkang. Mereka mahu tunjukkan kepada seluruh rakyat bahawa inilah kerja-kerja puak-puak pembangkang. Paling menarik yang mahu kita bezakan ialah berdasarkan kepada tiga gambar yang dipaparkan di muka hadapan akhbar terbabit (foto), jelas sekali menunjukkan kanak-kanak terbabit bukanah dipergunakan. Mereka dibawa bersama ibubapa masing-masing kerana tiada siapa yang mahu menjaga kanak-kanak terbabit di rumah atau sebagainya. Semua rakyat baik yang tua dan muda berbondong-bondong hadir ke himpunan itu. Maka, tiada siapa mahu menjaga anak-anak, eloklah dibawa bersama supaya mereka melihat masa depan yang akan menentukan nasib mereka kelak. Malah, dengan cara ini kanak-kanak terbabit akan lebih memahami kepentingan ibubapa mereka melakukan perubahan ke arah kehidupan yang lebih selesa pada masa akan datang. Bagai sudah ditakdirkan, dalam sibuk-sibuk media arus perdana memainkan isu kanak-kanak ini tiba-tiba kita dikejutkan dengan penggunaan kanak-kanak oleh UMNO BN semasa program UMNO BN baru-baru ini. Soalnya sekarang, siapa yang menggunakan kanak-kanak untuk tujuan politik?. Kanak-kanak yang hadir ke Himpunan Kebangkitan Rakyat dipangku dan didukung oleh ibuapa mereka. Tetapi kanak-kanak yang terlibat dengan program UMNO BN diihat dipergunakan sesungguhnya oleh pihak terbabit. Tidak cukup dengan memberikan pakaian berlambang 1Malaysia, mereka juga sewenangnya digunakan untuk membawa dan mengibarkan bendera UMNO BN semasa program tersebut. Melihat adengan ini, ia membawa erti penganjur (UMNO BN) juga telah melanggar syarat membawa kanak-kanak untuk tujuan politik. Jika benar undang-undang dan peraturan itu tidak "double standard", maka kenapa mereka boleh tapi Pakatan Rakyat tidak?. Asas undang-undang mana yang digunakan oleh mereka untuk membuat peraturan sebegini?. Justeru, usahlah mendabik dada kononnya mereka tidak pergunakan kanak-kanak dan cuba untuk menghukum penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat yang kononnya telah melanggar salah satu syarat polis iaitu membawa kanak-kanak bawah umur 15 tahun. Jika itu keadaannya, apa beza dengan paparan foto di bawah?.


[Bukankah gambar foto ini adalah bukti jelas UMNO BN sebenarnya yang telah menyalahgunakan kanak-kanak untuk tujuan politik sempit mereka. Maka itu, usahlah mereka mendabik dada kononnya mereka tidak melakukan perbuatan sedemikian dan menjatuhkan segala kesalahan kepada Pakatan Rakyat semata-mata. Malah, tiada gunanya Ketua Polis Daerah Dang Wangi iaitu Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad mahu mengarahkan polis menjalankan siasatan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) atas isu ini. Jika benar mereka mahu melaksanakan undang-undang serta peraturan terbabit, maka pihak polis juga perlu menyiasat dakwaan UMNO BN turut menggunakan kanak-kanak di bawah 15 tahun untuk kepentingan politik mereka. Undang-undang perlulah adil dan dilihat adil kepada semua rakyat. Jika tidak sudah pasti ia akan pincang dan akan dianggap double standard oleh rakyat marhaen. Kenapa UMNO BN boleh, sedangkan Pakatan Rakyat tidak boleh?. Polis ini sebenarnya bekerja untuk siapa?].
Share:

Panas: Media Perdana Terus 'Perbodohkan' Rakyat, Putar Belit Himpunan Untuk 'Cemar Imej' Pakatan !

Seperti biasa setiap kali berakhirnya satu-satu perhimpunan rakyat anjuran parti pembangkang, maka sudah pasti media arus perdana terutamanya Utusan Malaysa, Berita Harian, TV3 dan RTM akan memainkan peranan untuk merosakkan fikiran rakyat dengan laporan yang menyimpang dari situasi sebenarnya yang berlaku. Tanpa menginsafi kantung media arus perdana itu kini semakin merudum, maka mereka tidak habis-habis akan terus menjadi pencacai murahan untuk mempertahankan sebuah kerajaan yang semakin "mereput" seperti UMNO Barisan Nasional sekarang ini. Kerajaan yang secara majoritinya telah ditolak rakyat terus dipertahankan bermati-matian demi survival politik masing-masing. Jika yang mempertahankan itu ialah pemimpin yang rakus merompak harta rakyat demi memperkayakan kroni serta suku sakat mereka, mungkin ada asasnya. Namun, yang menghairankan kita, iaah golongan bawaha peringkat akar umbi yang tidak punyai apa-apa dan sekadar menyaksikan orang atas mengaut kekayaan dan kemewahan semata-mata pun terhegeh-hegeh untuk mempertahankan "parti hidup Melayu" agar terus berkuasa hingga kiamat. Inilah yang menghairankan kita. Media arus perdana pula terus berperanan untuk merosakkan minda mereka dengan laporan yang jelas sekali amat memalukan. Utusan Malaysia dalam laporannya hari ini jelas sekali keliru dan mengelirukan rakyat apabila mendakwa "Himpunan Kebangkitan Rakyat" itu adalah "Himpunan Shamsidar". Entah dari mana wartawan mereka mendapat maklumat sedemikian, namun apa yang pasti inilah dia lambang kebodohan Utusan Malaysia yang kononnya "Penyebar Fikiran Rakyat" itu sebenarnya. Tidak ada seorang pun pemimpin atau peserta himpunan yang melaungkan "Hidup Shamsidar" atau sepanduk yang menyokong Shamsidar, tetapi utusan dengan bangganya meaporkan sedemikian. Motifnya satu bagi memperbodohkan rakyat sama seperti "lembu-lembu Shahrizat" agaknya. Jika rakyat bodoh maka senangnya untuk mereka terus merompak serta menfaraid harta kekayaan negara ini kepada kaum kerabat mereka. Inilah dia matlamat dan hala tuju puak-puak ini sejak sekian lama. Mereka mahu rakyat bodoh supaya senang untuk ditipu!. Mereka mahu generasi akan datang terus diperbodohkan seperti ibubapa mereka yang menjadi "bengong" untuk terus undi UMNO BN buat selamanya. Malah, bukan sahaja Utusan yang berbuat demikian, TV3 juga telah melakukan perkara yang sama dengan mengatakan "Himpunan Shamsidar" yang diadakan dan bukannya Himpunan Kebangkitan Rakyat. Malu benar bila melihat mentaliti media perdana yang sebegini rupa. Sebagai bukti, sila klik sini untuk dengar berita TV3 tentang isu ini.



Ternyata akhbar media arus perdana juga memainkan peranan untuk terus melaporkan sesuatu yang tidak masuk dek akal. Bayangkan, himpunan paling bersejarah dan berjaya itu dikatakan gagal dan mereka lebih berselera merakamkan adengan ibubapa yang membawa anak-anak mereka ke Himpunan Kebangkitan Rakyat. Cuba lihat laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini yang jelas sekali cuba memainkan sentimen tersebut tanpa mengambilkira anak-anak itulah bakal pewaris negara. Maka, mereka perlu diberi kesedaran kenapa harus melakukan perubahan. Semua ini dinafikan oleh Utusan yang mahu menjadikan ia sebagai satu kesalahan besar kepada pihak penganjur kerana kononnya melanggar syarat yang telah ditetapkan. Syarat hanyalah sebagai landasan peraturan dan tidak semestinya perlu digunakan untuk semua rakyat yang mahu menyatakan pandangan mereka terhadap kebobrokan yang berlaku dalam negara kita hari ini.


Sementara itu blog zhaf-akumenulis melaporkan Akhbar Sinar Harian dan Akhbar Cina nampaknya lebih jujur dan telus dalam melapurkan Himpunan Kebangkitan Rakyat. Tapi akhbar Melayu dan Media TV Melayu masih terus cuba memperbodohkan orang-orang Melayu dengan berita yang menyenangkan hati pemerintah dan megenepikan etika dan sifat pemberitaan dan kewartawanan. Apakah sebenarnya yang ingin dibawa oleh Akhbar Melayu dan Media TV Melayu kepada orang Melayu. Jika terus menerus berita-berita dan gambar-gambar bodoh dan tidak jujur dan telus ini terus dipersembahkan kepada rakyat. Adakah anda boleh berbangga dengan cara lapuran anda kepada rakyat. Malah, lapor blog itu Datuk Seri Najib Tun Razak  ketika berucap dalam majlis Makan Malam Penghargaan Media Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi berkata media memainkan peranan penting sebagai platform untuk menyampaikan aspirasi dan kritikan rakyat kepada kerajaan. Media juga, kata Perdana Menteri (klik sini sebagai bukti kenyataan tersebut). Namun, Kalau inilah cara laporan yang cuba dibawa jelas ianya tidak menepati kehendak Perdana Menteri Malaysia itu sendiri. 


Walaupun kita cari makan dan kena ikut telunjuk dan taat kepada yang memberi makan tapi jangan bawa cerita banggang dan bengong kepada rakyat. Zaman banggang dan bengong rakyat telah lama berlalu. Cuma anda sahaja yang masih ada sifat banggang dan bengong. Ianya ditambah lagi dengan sifat dengki dan sakit hati. Kenapa perlu ada rasa dengki dan sakit hati dalam kita melapurkan perkara yang benar. Sepatutnya anda boleh berlaku jujur dalam perkara yang semua rakyat tahu. Adakah anda ingin terus membodohkan orang Melayu atau sebenarnya anda yang masih bodoh kata kenyataan blogger terbabit.


[Apa yang jelas dapat dilihat, kecenderungan media arus perdana di Malaysia hanyalah untuk melaporkan kelemahan pembangkang, sebaliknya terus mengangkat UMNO BN sebagai yang terbaik. Walhal secara umumnya rakyat lebih mengetahui apa yang dilakukan oeh kerajaan yang sudah menghampiri akhir hayatnya itu. Rakyat mahukan perubahan, tetapi media arus perdana terus melakukan penyelewengan dalam melaporkan maklumat yang tepat kepada rakyat. Kini, rakyat semakin muak dengan sebaran maklumat yang jelas terpesong daripada fakta sebenar. Rakyat kini sudah tidak sabar-sabar untuk membuang undi pada Pilihanraya Umum akan datang bagi mengajar mereka ini agar lebih profesional dalam melaporkan sesutau berita. Kita mahu perubahan agar media arus perdana tidak double standard atau punyai mentaliti rendah seperti hari ini].
Share:

Share:

Panas: "Provokasi" Pihak Polis Terhadap Himpunan Kebangkitan Rakyat Terbongkar, Sila Berhati-Hati !

Berita panas yang diterima dari ibu negara pagi ini mendakwa pihak polis akan melakukan provokasi sesama sendiri bagi menjatuhkan imej penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat hari ini. Modus operandi mereka dikatakan lebih "licik" dari sebelumnya. Jika dalam Bersih 2.0 baru-baru ini, pihak polis dilihat meakukan berbagai keganasan terhadap para peserta namun kali ini cara yang dilakukan lebih halus dan berhemah. Sebab itu, ramai yang pelik apabila melihat pihak polis tiba-tiba nampak berlembut dengan pihak penganjur kali ini. Malah ada pihak yang mendakwa Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mungkin tidak digunakan oleh pihak polis kali ini. Polis juga khabarnya akan memberikan kerjasama terbaik bagi membantu perjalanan himpunan ini. Namun, apa yang mengejutkan ialah adanya laporan yang diterima daripada Pusat Latihan Polis (Pulapol) mengatakan polis telah siap sedia mengagihkan baju-baju berwarna yang sama dengan baju yang akan dipakai oleh peserta himpunan. Malah, sebaran maklumat perbualan dua orang anggota polis yang berjaya dirakamkan seolah-olah membuktikan akan adanya provokasi oleh pihak polis dalam keadaan mereka mengatakan mahu memberi kerjasama. Difahamkan, seramai 500 orang anggota polis dari unit Cawangan Khas (SB) dan 10,000 rekrut baru polis simpanan dan polis biasa akan dikerahkan untuk melakukan provokasi. Jika benar dakwaan ini, maka ternyata pihak polis cuba bermain wayang dengan rakyat sebenarnya. Jika benar mereka mahu berkerjasama agar Himpunan Kebangkitan Rakyat berjalan secara aman dan tenteram maka mengapa perlu ada polis yang menyamar sebagai peserta?. Adalah lebih baik polis memakai pakaian seragam yang sama agar dikenali oleh semua pihak. Tindakan menyamar ini ada kaitan untuk membuat provokasi bagi menjatuhkan imej Pakatan Rakyat. Modus operandi yang dikesan, ribuan polis yang menyamar ini akan berada pada lokasi berasingan di kawasan Stadium Merdeka, dan mereka akan bergaduh sesama sendiri supaya pihak media mengambil gambar dan video ketika kejadian. Ia bagi mengambarkan kononnya peserta himpunan bertindak ganas, sedangkan ia dilakukan oleh mereka sesama sendiri. Watak-watak mereka amat sukar untuk dikesan dengan mata kasar kerana T-Shirt yang dipakai menyerupai warna yang dipakai oleh peserta. Sila rujuk keratan  SMS antara dua orang anggota polis yang telah berjaya dikesan sejak semalam seperti yang disebarkan di laman sembang sosial Facebook.


[Jika dakwaan ini berasas, maka ia satu tindakan biadap yang cuba dilakukan oleh pihak polis atas arahan kerajaan bagi menjatuhkan imej Pakatan Rakyat menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Kemungkinan besar isu pergaduhan dan provokasi ini akan dijadikan modal oleh semua media arus perdana untuk menjatuhkan imej Pakatan Rakyat sebelum Perdana Menteri mengumumkan pembubaran parlimen. Inilah masa yang paling sesuai untuk mereka mengatakan pembangkang ganas dan mahu menjatuhkan kerajaan secara kekerasan. Media arus perdana akan menunjukkan pula imej pihak polis yang bersih dan kerajaan yang adil (beri kebenaran guna Stadium Merdeka). Imej polis pula akan dipandang bersih kerana tidak lagi mengganas seperti sebelum ini. Dengan cara ini millage kerajaan UMNO BN akan naik dihati rakyat dan mereka akan percaya dengan laporan yang disebarkan oleh media arus perdana itu nanti. Inilah dia yang akan terjadi, oleh itu semua pihak digesa bersedia dan berhati-hati dengan tindakan ini].
Share:

Foto-Foto Awal Himpunan Kebangkitan Rakyat


[Foto-foto yang sempat dirakamkan mulai petang semalam dan pagi ini. Orang ramai mula berpusu-pusu menuju ke Kuala Lumpur untuk bersama dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat. Ternyata rakyat kini sudah tidak sabar-sabar lagi untuk melakukan perubahan dan mereka mahu menjadikan negara Malaysia lebih demokrasi dan bukan sekadar omongan kosong semata-mata. Dapat dilihat pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengadakan sekatan jalanraya dan menutup kawasan Dataran Merdeka. Namun, tidak banyak sekatan dilakukan di sepanjang lebuhraya menuju ke ibu negara dari arah timur. Cuma difahamkan ada beberapa sekatan dilakukan dari arah utara melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Orang ramai dilihat mula membanjiri ibunegara sejak petang semalam].
Share:

Muktamad: Mat Sabu, Himpunan Kebangkitan Rakyat Tetap Bakal Di Adakan Di "Stadium Merdeka" Esok !!

KUALA LUMPUR, 11 Jan - Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) yang dianjurkan pihak pembangkang akan tetap diadakan di Stadium Merdeka esok, walaupun terdapat cadangan agar mereka mengadakannya di Stadium Nasional Bukit Jalil. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (foto) atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, pihaknya akan kekal untuk berkumpul di Stadium Merdeka kerana telah mendapat kebenaran daripada Balai Polis Dang Wangi, walaupun Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh menasihatkan agar penganjur mengadakan himpunan tersebut di Stadium Bukit Jalil. "Kita telah buat persiapan rapi di Stadium Merdeka sejak beberapa bulan lalu dan menguar-uarkan lokasi tersebut kepada semua peserta. "Kebanyakan peserta datang akan menggunakan perkhidmatan kenderaan awam dan Stadium Merdeka adalah lokasi paling dekat dengan semua kemudahan awam berbanding Stadium Nasional Bukit Jalil," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS, di sini, Jumaat. Beliau turut mengesahkan bahawa peserta KL112 akan berkumpul di lapan lokasi yang ditetapkan sebelum mereka berarak ke Stadium Merdeka. Mat Sabu mendakwa rancangan berkenaan sudah dimaklumkan kepada pihak polis dan mendapat persetujuan pihak berkuasa. "Kita akan berhimpun di lapan lokasi dan berjalan beramai-ramai menuju ke Stadium Merdeka di mana di setiap titik pertemuan akan diketuai oleh beberapa orang pemimpin dari Pakatan Rakyat. "Perkara ini telah kami bincangkan dan persetujuan telah dicapai dan mendapat kebenaran dari Ketua Polis Dang Wangi," ujarnya. Lapan lokasi tersebut adalah Jalan Sultan, Pasar Seni, Kelab Sultan Sulaiman, KLCC, Brickfields, Masjid Arrahman Universiti Malaya, Amcorp Mall, dan Masjid Negara. Tambah Mohamad, perjalanan beramai-ramai menuju ke Stadium Merdeka itu bukan seperti protes jalanan yang dibuat sebelum ini sebaliknya berjalan secara aman. "Ia hanya jalan beramai-ramai dan bukan protes atau demonstrasi, kita tidak benarkan sebarang sepanduk yang boleh mengancam keamanan negara atau menghina kerajaan,” katanya. Sementara itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua yang turut berada di sidang media tersebut memberitahu seramai 10,000 anggota polis, Unit Amal PAS serta Angkatan Muda PKR turut akan bekerjasama memastikan keselamatan peserta sepanjang perhimpunan itu.

[Nampaknya, memang wajar Stadium Merdeka menjadi lokasi Himpunan Kebangkitan Rakyat esok kerana distulah bermula segalanya. Masih kita ingat tanggal 31 Ogos 1957, di situlah Tunku Abdul Rahman Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama melaungkan "Merdeka, Merdeka, Merdeka" dan disambut dengan gembira oleh ribuan rakyat dari seluruh pelosok tanah air yang hadir berbondong-bondong ketika itu. Kini sejarah berulang kembali, pasti laungan keramat "Hidup Rakyat, Hidup Rakyat, Hidup Rakyat" pula pasti bergema selepas lebih 50 tahun ia berlalu. Syabas kepada penganjur yang tidak terpengaruh dengan hasrat pihak polis untuk memindahkan himpunan tersebut disaat-saat akhir yang berkemungkinan akan menggagalkan terus pengguanaan stadium sebenarnya. Apa yang pasti kini rakyat seluruh negara sudah tidak sabar-sabar lagi untuk turun bersama menuntut keadilan dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini. Ayuh, bangkitlah dan tunjukkan sokongan anda untuk hadir!].
Share:

Panas: "Penduduk Keliru", Kenyataan Polis Berbeza Dengan Apa Yang Mereka Saksikan Di Depan Mata !!

BUTTERWORTH, 10 Jan - Orang ramai terutamanya pada penduduk kampung Padang Ibu, Guar Perahu, Kubang Semang dan sekitarnya dekat sini keliru dengan kenyataan yang dibuat oleh  Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar (foto) yang mendakwa berlakunya tembak-menembak sehingga menyebabkan polis terpaksa membunuh salah seorang penjenayah terbabit hari ini. Ia berikutan ada beberapa orang saksi yang melihat kejadian itu mendakwa salah seorang penjenayah yang ditembak di tali air Kg.Padang Ibu dekat sini sebenarnya telah ditembak oleh anggota Unit Tindakan Khas (UTK) ketika dia keluar dari kereta Proton Perdana yang terbalik untuk menyerah diri. Dalam kejadian itu, UTK dikatakan melepaskan beberapa das tembakan mengenai tubuhnya. Namun, dalam kenyataa media yang dikeluarkan oleh polis hari ini mendakwa polis melepaskan tembakan pada tayar kenderaan terbabit hingga ia terbabas dan terhumban ke dalam sungai (walhal tali air) kemudian berlakunya tembak menembak. Kenyataan itu jelas sekali sesuatu yang tidak masuk dek akal kerana dipercayai penjenayah berkenaan tidak bersenjata. Malah ketika mereka melarikan diri dari tahan polis ketika dibawa ke mahkamah baru-baru ini pun mereka hanya menggunakan "serbuk lada (kari)" terhadap anggota polis terbabit. Maka, mana mungkin mereka boleh melepaskan tembakan sedangkan ketika itu tercedera akibat kereta terbabas. Menurut saksi kejadian, memang ada bukti salah seorang penjenayah berkenaan cuba menyerah diri dan seorang lagi melarikan diri ke kawasan sawah padi yang berdekatan. Beliau juga kemudian telah ditembak oleh pihak polis selepas itu. Ramai yang mempertikaikan tindakan polis terbabit, namun ia sudah berlaku dan kini hanya tingga lima penjenayah saja lagi yang sedang diburu. Sementara itu, ada pihak yang mendawwa tindakan membunuh penjenayah berkenaan ada kaitannya untuk menghapuskan bukti, siapa yang berikan serbuk lada (kari) kepada mereka. 



Sementara itu seorang lagi penduduk kampung yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Chot berkata "Tak ada senjata pun... depa nak ambik senjata kat mana?.. depa lari lepas tu kereta terbabas dalam talia air jer... driver (penjenayah) dah surender (menyerah diri).. tapi kami nampak polis (UTK) tetap tembak.. sorang lagi sempat lompat keluar dari kereta dan lompat naik seberang tali air.. itu pun depa tembak.. punyaah ramai polis mai (datang)... depa duk buat macam kes Mat Komando la pulak... budak (penjenayah) ni bukanah gengster yang glamer mana pun...". Dengan kenyataan para penduduk ini, jelas membuktikan tidak berlaku tembak menembak dalam insiden terbabit sebenarnya. Justeru, siasatan yang rapi perlu dijalankan dan pihak atas (polis) jangan hanya mendengar penjelasan orang bawahan. Sebaliknya mereka juga perlu dengar kenyataan daripada beberapa orang saksi (penduduk kampung) yang berada di lokasi itu.


[Kenyataan yang bercanggah oleh pihak polis memang biasa rakyat dengar. Malah ketika himpunan Bersih 2.0 sebelum ini pun banyak kenyataan pihak polis yang dilihat tidak berpijak di bumi yang nyata. Kini, apakah rakyat boleh menerima bulat-bulat kenyataan tersebut. Malah dakwaan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang kepada Bernama bahawa polis menembak tayar kereta penjenayah terbabit dan kemudiannya terhumban ke dalam sungai, juga dilihat bercanggah. Dari gambar yang kami siarkan ini jelas sekali ia bukan sungai tetapi hanyalah taliair. Soalnya sekarang, kenapa perlu ada kenyataan bercanggah yang boleh mengelirukan orang-orang kampung? Ramai juga yang marah dan kecewa apabila penjenayah terbabit ditembak, sedangkan mereka tidak membawa apa-apa senjata sekali pun. Sepatutnya mereka itu ditahan dan didakwa atas tuduhan melarikan diri dari tahanan dan mencederakan anggota polis dan bukannya terus ditembak].
Share:

Seorang Lagi Penjenayah Di Tembak Petang Tadi !!


Terkini, krew Pahang Daily Onlie (PDO) dari Pulau Pinang melaporkan, seorang lagi penjenayah telah ditembak mati oleh pihak polis Unit Tindakan Khas (UTK) ketika cuba melarikan diri di kawasan sawah padi berhampiran Kubang Semang, Permatang Pauh petang tadi. Ini bermakna kedua-dua penjenayah yang berjaya diberkas polis telah dibunuh walau pun mereka tidak membawa apa-apa senjata sebenarnya. Sebelum ini, kami menyiarkan berita panas berkenaan salah seorang penjenayah yang cuba menyerah diri kepada pihak polis telah ditembak berdas-das oleh Unit Tindakan Khas (UTK) tengahari tadi di kawasan tali air, Padang Ibu Guar Perahu juga di Permatang Pauh. Dengan tertembaknya seorang lagi penjenayah itu maka kini hanya tingga lima orang penjenayah yang masih bebas. 
Share:

Panas: Penjenayah Di Berkas, Penduduk Hairan UTK Tembak Salah Seorang Dari Mereka Yang Serah Diri!

Krew Pahang Daily Online (PDO) di Pulau Pinang melaporkan, sepasukan anggota polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) telah berjaya menjejaki dua daripada tujuh penjenayah tahanan penjara yang melarikan dari daripada kawalan polis ketika mereka dibawa ke Mahkamah Butterworth baru-baru ini.  Difahamkan kereta Proton Perdana yang dipandu penjenayah terbabit telah terbabas ke dalam sebuah tali air di Padang Ibu, Guar Perahu (Kubang Semang, Permatang Pauh) dan polis telah berjaya menembak salah seorang penjenayah terbabit sekitar jam 12.30 tengahari tadi . Seorang lagi penjenayah dipercaya berjaya melarikan diri dan pihak polis sedang menjejaki beliau sekarang. Namun, apa yang mengelirukan orang ramai ialah tindakan UTK menembak penjenayah terbabit sedangkan ketika itu beliau sudah mengangkat tangganya tanda menyerah diri  kepada pihak polis. Apakah modus operandi dan SOP yang diikuti untuk membolehkan penjenayah terbabit ditembak sedangkan dia jelas telah menyerah diri berdasarkan laporan krew kami di lokasi kejadian. Menurut seorang penduduk yang menyaksikan kejadian itu, beliau hairan kenapa UTK menembak penjenayah terbabit sedangkan dia telah menyerah diri?. "Kami ingatkan bunyi mercun yang dibakar oleh keluarga Cina berdekatan.. rupanya penjenayah ditembak berdas-das oleh UTK.. ramai yang tengok kejadian tu... kenapa perlu tembak.. tangkap jer lar sebab dia tak ada senjata", kata seorang saksi di tempat kejadian. Di percayai penjenayah yang ditembak itu adalah pemandu kenderaan terbabit. Persoalannya apakah wajar dia ditembak ketika beliau cuba menyerah diri?. Jika ini keadaannya, lebih baik mereka yang menjadi penjenayah terus ditembak dan tidak perlu lagi dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan. Tambahan pula sudah disahkan mereka hanya menggunakan senjata "serbuk lada" ketika melepaskan diri dari kawalan polis baru-baru ini.

[Apa yang berlaku ini mengingatkan kembali kepada kes adik Aminulrasyid yang juga mati akibat ditembak oleh polis di Seksyen 11 Shah Alam pada tahun 2012 dulu. Kenderaannya juga telah dikejar oleh polis dan arwah yang tidak bersenjata ditembak di bahagian kepala. Soalnya sekarang, dimanakah Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diamalkan oleh polis di negara kita. Wajarkah penjenayah yang telah menyerah diri ditembak?. Bukankah di mana-mana negara bagi mereka yang menyerah diri tidak akan diapa-apakan dan dibawa ke muka pengadilan. Apakah ada usaha untuk menutup isu "siapakah yang membekalkan serbuk lada" yang dibaling oleh penjenayah terbabit dalam van polis yang membawa mereka ke mahkamah baru-baru ini. Mereka hanya bersenjatakan serbuk lada, maka kenapa mereka harus ditembak sedemikian rupa (bagaikan mercun api) oleh pihak polis].
Share:

Sukan: Syabas, Pahang Menang Bergaya 3-2 Ke Atas Pasukan Johor Darul Takzim Di Kuantan Malam Tadi

KUANTAN, 9 Jan - Pasukan bolasepak Johor Darul Takzim yang terdiri daripada pemain bintang terpaksa pulang tangan kosong selepas dikecewakan Pahang 3-2 dalam aksi penuh sengit berlangsung di Stadium Darul Makmur malam tadi. Kurang keserasian dipamerkan Johor DT pada 10 minit pertama perlawanan, bagaimanapun mereka kemudiannya bangkit untuk meninggalkan Pahang 2-0 di separuh masa pertama. Pun begitu, Pahang bagaikan mengamuk di babak kedua apabila berjaya menyamakan kedudukan dengan dua gol di hasilkan oleh Fauzi Roslan, sebelum R. Surendran menjaringkan gol kemenangan Pahang di minit ke 82. Dalam aksi yang dilihat seperti perlawanan akhir itu, Johor DT meraih gol pertama seawal minit ke-8 selepas Safiq Rahim menanduk masuk hasil hantaran pemain import dari Sepanyol Daniel Gonzales Guiza. Seminit sebelum itu, pemain Johor DT, Tuah Iskandar dilayangkan kad kuning selepas sengaja menjatuhkan badan. Di minit ke 22, Tuah Iskandar sekali lagi rebah di luar kota penalti Pahang, kali ini dia berjaya mendapatkan sepakan percuma. Safiq melakukan sepakan tersebut dengan baik, namun bola sedikit melewati palang gol. Empat minit kemudian, Johor DT berjaya meraih gol kedua kali ini menerusi Norshahrul Idlan Talaha selepas dia bijak menyempurnkan hantaran menarik sekali lagi daripada Guiza. Lima minit selepas babak kedua bermula, Fauzi Roslan menggamatkan Stadium Darul Makmur apabila dia menjaringkan gol pembukaan Pahang selepas merebat deras kearah gawang Johor. Ia bermula dengan gerakan dari bawah yang dilakukan Amirul Hadi, sebelum bola dilambungkan kearah Fauzi. Gol tersebut nyata menjadi tonik untuk skuad Tok Gajah dan mereka mula mengatur serangan. 


Di minit ke-60, tanpa diduga, pemain Johor DT, Nurul Azwan Roya muncul melakukan rembatan deras di luar kotak penalti yang terkena palang. Guiza mempunyai peluang terbaik untuk meletakkan dirinya dalam senarai penjaring, namun bola lambungannya hanya sedikit melepas palang gawang di minit ke-63. Di minit ke-70, Fauzi Roslan sekali lagi menjadi wira Pahang selepas dia melakukan rembatan melencong untuk menerjah gawang lawan. Semangat juang Tok Gajah membuahkan hasil apabila mereka berjaya mencipta gol kemenangan hasil jaringan R. Surendran di minit ke-82. Semangat juang yang ditunjukkan Pahang harus dipuji apabila mereka tidak menghiraukan siapa lawan mereka, sebaliknya menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap perlawanan. Selepas tamat perlawanan mereka meraikan kemenangan seperti perlawanan akhir, lebih-lebih lagi berjaya bangkit selepas ditinggalkan Johor pada separuh masa pertama.

[Dalam aksi lain, turut menyaksikan kemenangan Selangor yang menewaskan Negeri Sembilan 1-0 di Stadium Shah Alam hasil jaringan S. Kunalan pada minit ke-68. Manakala Perak mengutip tiga mata penuh selepas mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas wakil kelab dari Terengganu, T Team di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut. Gol berkenaan hasil jaringan pemain T-Team sendiri iaitu Muhd Nuraliff Zainal Abidin pada minit-minit akhir perlawanan. Terdahulu, pada perlawanan sebelah petang, Terengganu dan Felda United berkongsi satu mata selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. Penyerang import skuad 'The Settlers' dari Lubnan, Mohammed Ghaddar Mahmoud membuka tirai jaringan untuk pasukan pelawat pada minit ke-53 sebelum Ismail Faruqi menyamakan kedudukan untuk skuad Penyu, lima minit kemudian. Syabas buat pasukan bolasepak Pahang].
Share:

Panas: Berhati-Hati, Sindiket Peluk Islam Terbongkar


[Satu sindiket penipuan dengan cara 'memeluk Islam' oleh sebuah keluarga kaum India yang diketuai seorang wanita, dipercayai ibu kepada keluarga tersebut, Paravathiam A/P Mayavan K/P 64073-02-5484, kini sudah terbongkar! Tujuan mereka melafazkan syahadah berkali-kali adalah untuk mendapatkan simpati, bantuan kewangan dan sumbangan orang ramai terutamanya dari penganut Islam di negara ini. Kronologi sindiket : Mula dapat dikesan pada 16/12/12 di Surau Taman Seroja, Salak Tinggi, SelangorKali kedua pada 25/12/12 di Masjid Istiqamah, Puchong, SelangorKali Ketiga pada 26/12/12 di Surau Madaniah USJ 18, SelangorKali Keempat di Masjid Al Ekhsan Sek 24, Shah Alam, Selangor. Terakhir kali kelima di Surau Al Sobah, Bandar Baru Bangi, Selangor pada 4/01/13. Caranya: Ibu kepada keluarga ini akan berjumpa dengan Imam masjid/surau yang menjadi sasaran dan memberitahu bahawa satu keluarganya berhajat nak memeluk agama Islam. Sudah pasti sebaik saja selesai upacara melafazkan kalimah syahadah dilakukan maka orang ramai yang hadir akan memberikan sumbangan berbentuk wang ringgit kepada keluarga ini. Harap perkara ini dapat pemerhatian serius oleh pihak berwajib. Sekiranya anda terserempak dengan mereka, mohon laporkan segera kepada pihak masjid/surau atau pihak yang berkaitan. Sebarkan..].  sumber
Share:

Panas: Gara-Gara Rapid Kuantan, Syarikat Bas Yang Bakal Muflis Mahu Buat Protes Di Depan Rumah MB !

PEKAN, 8 Jan - Sebuah syarikat bas yang telah lama beroperasi di bandar ini yang dikenali sebagai syarikat Bee Huat Omnibus Company Sdn Bhd dilaporkan akan mengadakan protes besar-besaran dihadapan kediaman Menteri Besar Pahang daam masa terdekat ini. Ia berikutan tindakan kerajaan cuba mewujudkan laluan baru perkhidmatan bas awam RapidKuantan dari Kuantan ke Bandar Di Raja Pekan dalam masa terdekat ini. Maklumat yang diterima, pemilik syarikat berkenaan kecewa dengan tindakan kerajaan yang mahu memberi kebenaran RapidKuantan  beroperasi sehingga ke Pekan, sedangkan syarikat terbabit diberi tanggungjawab sebagai "bus town services" dan bukannya bas antara bandar. Sebelum ini banyak telah rungutan yang dibuat oleh pemandu kereta sewa dan teksi sekitar Kuantan berkenaan masalah ini. Namun, ia tidak diambil berat oleh kerajaan, malahan mahu menambah laluan baru ke Pekan pula. "RapidKuantan sepatutya hanya beroperasi di dalam kawasan bandar sahaja... bukannya mengambil laluan bas awam yang lain. Sudahlah rezeki kami kini  merudum gara-gara perkhidmatan percuma yang ditawarkan hingga pilihanraya... kini mereka mahu mengambil pula laluan kami... ini tidak adil dan jelas mencurah pasir ke dalam periuk nasi kami", kata wakil syarikat terbabit semalam. Paling mengejutkan, ada laporan syarikat terbabit mahu mengatur semua bas-bas mereka dihadapan rumah Menteri Besar Pahang bagi menuntut ganti rugi atas masalah yang mereka hadapi. "Jika RapidKuantan mahu laluan ke Pekan.. kami minta Kerajaan Negeri beli semua bas-bas kami... sebagai gantiruginya... biarlah kami gulung tikar asalkan mendapat jaminan kewangan untuk menceburi bidang perniagaan yang lain pula selepas ini", katanya lagi.  Sebelum ini dalam laporan Sinar Harian PahangPengurus syarikat terbabit iaitu Mohd Akmal Kong Abdullah, 43, melaporkan syarikat terbabit akan menamatkan operasinya bermula 31 Disember lalu. Ia diakukan berikutan tekanan semasa dan kerugian yang dihadapi serta tidak mampu lagi meneruskan legasi perniagaan nenek moyangnya sejak 75 tahun yang lalu. Bee Huat memulaka perkhidmatan bas henti-henti sejak tahun 1937 lagi ketika zaman datuknya Kong Ah KayMohd Akmal berkata, jika tiada bantuan daripada pihak kerajaan, dia terpaksa menjual semua bas yang dianggarkan bernilai RM2.2 juta untuk membayar pampasan pekerja dan faedah kepada beberapa pemegang saham. Keputusan itu sudah dimaklumkan kepada pekerjanya sejak 22 November lalu setelah pulangan syarikat menjunam 32 peratus berikutan kehilangan laluan Kuantan-Sungai Isap-Permatang Badak-Taman Tas yang diambil RapidKuantan sejak 1 Disember lalu.  Beliau berkata, sejak 2009, dia terpaksa bertahan walaupun berdepan kenaikan bahan api dan walaupun ada subsidi kerajaan untuk diesel, syarikatnya tidak mampu menampung kenaikan kos ekoran harga alat ganti termasuk juga tayar yang sentiasa meningkat.


[Syarikat Bee Huat telah turun temurun menawarkan perkhidmatan bas awam kepada warga Kuantan yang ingin ke Pekan. Mereka tiada masalah dalam menawarkan perkhidmatan terbabit, namun jika RapidKuantan mencuri laluan ke Pekan ini bermakna ia bakal menjadi masalah besar kepada Bee Huat. Apapun, sama-sama kita nantikan apakah perancangan mewujudkan laluan RapidKuantan ke Pekan bakal dilaksanakan atau sebaliknya. Jika ia menjadi kenyataan, maka sudah pasti sebuah lagi syarikat bas awam akan gulung tikar dalam masa terdekat ini. Nama Bee Huat sudah sinonim dengan warga Kuantan dan Pekan sebenarnya. Malah, ramai generasi muda yang ada hari ini membesar dengan bas awam Bee Huat. Justeru, jika RapidKuantan meneruskan hasrat ke Pekan nescaya nama Bee Huat juga akan hilang ditelan dek zaman. Persoalannya, apakah wajar RapidKuantan dibenarkan beroperasi hingga ke luar pusat bandar?. Sedangkan ia diwujudkan untuk memberi kemudahan bas bandar kepada penduduk setempat. Apakah kerana RapidKuantan akhirnya kerajaan rela membiarkan banyak syarikat bas yang telah lama wujud akhirnya gulung tikar?. Nantikan laporan seterusnya !!].
Share:

Panas: Perkhidmatan Awam Biasa Lumpuh Gara-Gara Kerajaan Lanjutkan Operasi Percuma Rapid Kuantan!

KUANTAN, 8 Jan - Kewujudan perkhidmatan bas bandar "RapidKuantan" melegakan ramai pihak terutamanya penduduk di sini yang telah sekian lama mengharapkan sistem tersebut. Keluhan hati rakyat akhirnya membuahkan hasil apabila Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak mewar-warkan berita gembira itu dalam Bajet 2013 yang lalu. Kini rata-rata warga Kuantan yang ditemui merasa selesa dengan perkhidmatan tersebut yang dilihat telah mempermudahkan segala urusan mereka sekarang ini. Malah, kekerapan bas yang lalu sekitar 20 hingga 30 minit di kawasan mereka telah memberi harapan baru buat rakyat untuk berurusan di bandar dengan lebih mudah lagi. Namun, dalam kecerian tersebut kini heboh diperkatakan ada pihak yang tidak berpuas hati dan kecewa dengan perkhidmatan terbabit. Mereka bukan kecewa atas perkhidmatan yang diberikan, namun kecewa kerana kerajaan gagal menjaga kebajikan mereka. Inilah yang berlaku kepada pengusaha teksi dan kereta sewa di sekitar bandar Kuantan sekarang. Rata-rata yang ditemui tidak berpuas hati kerana sejak kewujudan perkhidmata bas terbabit kini mata pencarian mereka semakin merudum. Jika dulu mereka memperolehi pendapatan sekitar RM100 hingga RM200 sehari, kini mahu mencari RM50 hingga RM100 pun mereka sudah tidak mampu. Ramai yang mula berkira-kira untuk "gulung tikar" akibat permasalahan tersebut. "Kami tidak kisah kerajaan mewujudkan bas RapidKuantan sekali pun, namun biarlah berpada-pada... Bas bandar "town service" biarlah beroperasi di kawasan bandar sahaja... tapi RapidKuantan sudah tersasar dari matlamat asalnya... mereka bukan saja beroperasi di bandar.. malahan juga hingga ke luar kawasan bandar... mereka pergi sampai ke Gambang, Universiti Malaysia Pahang dan lain-lain kawasan yang jaraknya hampir 30 kilometer dari pusat bandar... Ini tidak adil kepada kami.... ramai diantara kami yang terpaksa ikat perut akibat masalah penumpang sekarang ini", kata wakil persatuan pemandu kereta sewa dan teksi yang ditemui. "Lebih perit lagi apabila kerajaan melanjutkan perkhidmatan bas percuma dari pada sebulan kepada lima bulan (hingga bulan April) ini... Jika sebulan kami tidak kisah sangat.... tapi jika sampai lima bila agi bas percuma.. ini jelas sekali cuba menyekat mata pencarian kami... ramai dikalangan kami yang sedih dan terkilan melihat senario yang berlaku... Kerajaan bagi bas percuma sampai bulan April semata-mata mahu pancing undi pilihanraya umum ke-13 nanti.. nasib kami semakin teruk dan mungkin lebih ramai lagi akan gulung tikar selepas ini..kini kami hanya bergantung kepada pelanggan tetap sahaja untuk mencari rezeki,... penumpang baru tidak mungkin naik teksi atau kereta sewa lagi sekarang, mereka pasti mahu khidmat percuma ditawarkan RapidKuantan", tambahnya.


[Masalah ini juga dilihat turut membelenggu syarikat bas bandar di Kuantan sekarang. Dilaporkan ada syarikat bas yang sudah gulung tikar dan menanti masa untuk bankrap kerana gagal membayar hutang serta pinjaman bank akibat kegagalan mendapatkan penumpang sekarang. Difahamkan, RapidKuantan kini sedang merancang untuk membuat laluan baru hingga ke Pekan yang jaraknya lebih 40 kilometer dari bandar Kuantan. Ini berkemungkinan besar menjejaskan terus syarikat bas sedia ada seperti Bee Huat dan Rahmat Alam yang beroperasi di laluan itu sejak sekian lama. Difahamkan, ada syarikat yang mahu mengadakan mogok terhadap tindakan kerajaan ini yang dilihat menjejaskan pendapatan mereka. Paling mengejutkan bagi pemandu teksi dan kereta sewa yang tidak mahu meneruskan operasi mereka diminta menyerahkan semula permit kepada kerajaan dan dibayar ganti rugi hampir RM30,000 sekarang ini. Begitu juga kepada mana-mana kakitangan syarikat bas yang mahu bersara dibayar sekitar RM8,000 oleh kerajaan jika tidak mahu meneruskan pekerjaan masing-masing. Rata-rata dikalangan mereka adalah orang Melayu yang sepatutnya dibela oleh kerajaan. Senario yang berlaku ini amatlah meyedihkan kerana bas RapidKuantan yang sepatutnya hanyalah bas "Town Services" kini sudah mematikan periuk nasi ramai pihak bila dibenarkan beroperasi percuma "lebih masa" dan laluan di luar kawasan seperti hari ini. Kerajaan diharap masuk campur segera tangani isu ini!].
Share:

Panas: Memalukan, "Ketua Kampung" Halau Petugas PR Hulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Di Kuantan


[Foto di atas ialah aksi seorang Ketua Kampung (Tok Empat UMNO) yang menghalau petugas Pakatan Rakyat yang hadir untuk memberikan bantuan banjir kepada mangsa di Rancangan Rumah Murah (RRM) Semambu Kuantan baru-baru ini.  Tindakan beliau amatlah memalukan, kerana memberi bantuan banjir sebenarnya tidak terikat kepada mana-mana parti politik. Malah, pemimpin UMNO BN yang turun padang meninjau mangsa banjir selama ini pun dilihat tidak membezakan fahaman politik kepartiaan. Semua mangsa diberi bantuaan seadanya mengikut keperluan masing-masing. Persoalannya, wajarkah ada pihak yang menghalau pihak lain memberikan bantuan hanya kerana berbeza fahaman politik?. Bukankah bantuan itu bagi meringankan bebanan mangsa terbabit. Makanya, kenapa terbawa-bawa politik ketika musibah melanda?. Apa yang berlaku ini jelas sekali memalukan dan tidak wajar. Tambahan pula dikala kerajaan sendiri mengatakan semua rakyat akan didahulukan sekarang ini. Menerima adalah hak kita, sama ada mahu menggunakan bantuan tersebut itu perkara lain. Justeru semoga kejadian seperti ini tidak beraku lagi pada masa akan datang. RRM Semambu terletak di DUN Semambu yang diwakili oleh MCA, manakala parlimennya pula ialah Indera Mahkota yang diwakili oleh PKR. Tidak salah pembangkang hulur bantuan kerana Semambu berada di dalam parlimen mereka].
Share:

Panas: Pengetua Sekolah Agama Di Tangkap Khalwat, Ramai Musykil Kenapakah Kes Ini Cuba Di Rahsiakan !

KUANTAN, 4 Dis - Ramai pihak yang menghubungi kami dan terkejut dengan berita seorang pengetua sebuah Sekolah Menengah Agama Pahang ditangkap khalwat dalam sebuah hotel di bandar ini. Paling panas ialah pasangan pengetua berkenaan adalah seorang wanita berbangsa Cina yang dipercayai merupakan seorang GRO. Berdasarkan kepada maklumat dari sumber yang boleh dipercayai, individu terbabit hanya di tukar ke jabatan lain dan tiada tindakan displin mahu pun mahkamah yang dikenakan ke atasnya. Inilah yang mengecewakan ramai pihak sebenarnya. Seorang pegawai kerajaan bergelar "Pengetua Sekolah Agama" ditangkap khalwat dilepaskan daripada hukuman, sedangkan jika ia terkena kepada pegawai bawahan sudah pasti tindakan displin yang tegas termasuk pecat akan dibuat oleh majikannya. Dipercayai, tangkapan berlaku beberapa hari menjelang Hari Raya Aidil Adha yang lalu, namun isu ini sengaja disembunyikan oeh pihak yang berkenaan untuk menutup malu. Seorang pegawai dari  Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mendakwa, kes yang melibatkan lelaki itu bukanah yang pertama kalinya. Sebelum ini beliau juga pernah ditangkap oleh Pegawai Penguatkuasa JAIP ketika sedang asyik bermain "judi siber".  Malah, beliau juga telah banyak terlibat dengan kes "pecah amanah" di sekolah lain sebelum diangkat sebagai Pengetua di sekolah agama berkenaan. Senario yang berlaku ini sungguh memalukan jabatan agama di Pahang. Malah, lebih teruk lagi apabila semua pihak termasuk JAIP sendiri tidak mendedahkan berita ini kepada media untuk dijadikan pengajaran kepada pihak lain. Jika ini keadaannya, sudah pasti selepas ini ramai pegawai tinggi kerajaan berani melakukan kesalahan yang sama kerana imej mereka akan dipeliharan oleh jabatan agama bagi mengelakkan malu besar. Soalnya, kenapa Pengetua terbabit boleh terlepas dan hanya mendapat hukuman ringan?. Ditukar jabatan bukanah satu hukuman yag berat jika dibandingkan dengan tindakan displin seperti turun pangkat, tahan gaji atau pun dipecat. Kenapa pegawai berkenaan dilindungi?. Inilah yang memusykilkan kita semua sekarang ini. Siasatan yang rapi bagi mengenalpasti individu berkenaan sedang dilakukan melalui sumber dari jabatan berkaitan seperti Jabatan pelajaran Negeri Pahang (JPNP), Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Nantikan pendedahan panas tentang siapakah individu terbabit. Siasatan lanjut sedang dijalankan. [foto sekadar hiasan]


[Pengajaran terbaik di sebalik apa yang berlaku ini ialah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) wajar melantik pengetua sekolah agama di kalangan ustaz atau guru yang ada latar belakang dan sirah Islam. Tindakan melantik guru biasa (sekular) menjadi pentadbir di sekolah agama seluruh Pahang pada masa ini jelas sekali sesuatu yang tidak wajar. Selama ini, sejak zaman berzaman semamangnya guru-guru agama dan ustaz yang diangkat sebagai Pengetua semua sekolah agama. Namun, peraturan itu bertukar apabila adanya campurtangan politik yang kononnya tidak mahu agama Islam itu dijumudkan dengan pemikiran politik. Malah, mereka tidak mahu golongan ustaz terbabit merosakkan minda para pelajar ke arah mencintai Islam yang akhirnya menyebabkan mereka menolak kerajaan sedia ada dengan menyokong parti yang memperjuangkan Islam. Akhirnya, mungkin atas arahan pihak atasan maka guru-guru biasa dilantik sebagai pengetua sekolah agama. Inilah yang menyebabkan gejala sosial dikalangan pelajar sekolah agama semakin menjadi-jadi sekarang. Apatah lagi bila ada pengetua seperti dalam kes ini yang gemar masuk pusat hiburan (dangdut), berkaraoke, bermain judi dan termasuk jugalah berbuat maksiat. Justeru JAIP digesa kembalikan hak sebagai Pengetua sekolah agama kepada guru-guru agama dan ustaz agar Islam terus gemilang. Malah, hanya itu caranya pelajar sekolah agama dapat dibentuk sahsiah mereka. Kembalikan agama kepada yang hak!].
Share:

Sensasi: 'Blogger Cucumatkilau' Melancarkan Sebuah Lagi Radio Internet Pro Rakyat Terbaru Di Malaysia !

KUANTAN, 2 Jan - Blogger Cucumatkilau (foto) telah melancarkan sebuah lagi radio internet terbaru di negara ini  semalam (1 Januari 2013) . Radio yang pro rakyat itu adalah bertujuan untuk menyebarkan maklumat yang lebih tepat, telus dan adil kepada rakyat Malaysia seantero dunia. Radio terbaru yang dikenali sebagai CMK FM ditubuhkan berdasarkan kepada nama yang sinonim dengan dirinya yang digelar "CMK" oleh kawan dan lawan. Penubuhan CMK FM tepat pada waktunya selepas hampir dua bulan beliau menyumbangkan khidmatnya di radio internet CILI FM sebelum ini. "Saya undur diri dari Cili FM untuk mengembangkan karier saya dengan radio yang dikendalikan sendiri. Semasa di Cili FM, saya hanyalah DJ yang mengendalikan segmen pedas setiap hari dari jam 11.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Berdasarkan pengalaman hampir 15 tahun sebagai blogger dan juruhebah maka rancangan tersebut berjaya menambat hati rakyat Malaysia terutamanya golongan muda. Cili FM berjaya mendapat rating tertinggi dalam senarai radio internet di Malaysia. Malahan dalam masa tak sampai dua bulan hampir 100,000 pendengar berjaya ditarik untuk mengikuti radio internet Cili FM ketika itu. Mungkin jodoh tiada, saya undur diri dari Cili FM selepas siaran langsung di Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang di Kerdau. Kini pengurusan baru telah mengambil alih radio tersebut maka itulah saya akhirnya menubuhkan radio sendiri atas jenama CMK FM..", kata blogger terbabit. "Biar pun ada sedikit kontroversi ketika saya mula-mula tinggalkan Cili FM, namun perjuangan harus diteruskan dan saya ucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan di Cili FM terutamanya DJ Bob Anaroka yang banyak memberi tunjuk ajar serta teknik untuk mengendalikan radio internet kepada saya selama ini. Semoga Cili FM terus diterima rakyat dan kekal dengan perjuangan asalnya... masing-masing ada kelebihan tersendiri sebenarnya", kata beliau lagi. "Perkara yang lepas usahlah dikenang dan kini saya agak selesa dengan radio baru yang diuruskan sendiri. Sokongan rakyat tetap ada walau pun kepanasannya masih belum terasa lagi. Motto radio terbaru saya ini ialah CMK FM Suara Generasi Baru, Mantap Beb !!", kata blogger itu lagi.



Beliau turut berharap, agar radio internet yang pro rakyat terus disokong kerana ia adalah lambang kebangkitan suara rakyat sebenarnya. Difahamkan, selain CMK FM dan Cili FM ada beberapa buah lagi radio internet yang pro rakyat kini muncul seperti Suara Rakyat FMSantai FM dan Kobat FM. Kesemuanya menjurus ke arah menyedarkan rakyat tentang tanggungjawab mereka untuk melakukan perubahan dari yang baik kepada yang lebih baik untuk masa depan anak cucu akan datang. Radio CMK FM yang bersiaran 24 jam itu akan menampilkan berbagai segmen menarik kepada pendengar seperti Bicara Rakyat, Suara Pemimpin, Kuliah Ustaz Azhar, Tazkirah Online, Suara Perjuangan, Nasyid serta lain-lain segmen menarik lagi. Apa yang menarik pendengar akan menikmati hiburan yang pelbagai dari pop, rock, nasyid hinggalah ke lagu-lagu perjuangan rakyat yang langsung tidak pernah di dengari di mana-mana stesyen radio selama ini. Selain blog http://cmkradio.blogspot.com yang disediakan untuk anda mendengar secara live, anda juga boleh like pages facebook di www.facebook.com/cmkfm bagi menyokong kewujudan radio pro rakyat ini.

[Sejak meninggal parti politik, blogger Cucumatkilau dilihat lebih bebas bergerak dan berjuang bersama rakyat. Malah, ketika awal-awal meninggalkan Pahang Daily Online (PDO) dulu, dia juga ada nyatakan hasrat untuk meneruskan perjuangan menegakkan Islam dan membela rakyat hingga ke titisan darah yang terakhir. Ketika dihubungi oleh PDO pagi tadi, CMK mengatakan bahawa dia akan terus mempopularkan radio internet sebagai satu sumber baru perjuangan rakyat di negara ini. Beliau turut menegaskan radio internet kini seolah-olah menjadi satu trend baru dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat dan bakal menjadi pesaing kepada media arus perdana menjelang Pilihanraya Umum ke-13 tidak lama lagi. Mutakhir ini ramai pihak mula berlumba-lumba menubuhkan radio internet masing-masing apabila melihat ia adalah yang terbaik setakat ini. Difahamkan pelancaran telah dibuat oleh  Pengerusi Solidariti Hijau yang juga AJK PAS Pusat iaitu Tn.Hj Zulkefly Mohamad Omar. Beliau sempat bersama CMK FM selama lebih satu jam dalam segmen "Bicara Pemimpin" di radio internet itu semalam. Sementara itu malam tadi siaran langsung ceramah dari Indera Mahkota 15, Kuantan turut diadakan. Ceramah yang melibatkan bekas Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Dato' Seri Abdul Rahman Maidin, artis Dayangku Intan dan bekas calon PAS DUN Tenang Johor iaatu Cikgu Normala Sudirman itu berjaya mendapat sambutan hangat dari kalangan pendengar. Kepada anda yang ingin mendengarkan siaran langsung Radio Internet CMK FM ini sila klik DI SINI]
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.