Mungkin sudah ditakdirkan agaknya, dalam sibuk-sibuk kerajaan Malaysia bertindak membelakangkan kepentingan rakyat ketika membawa masuk kilang memproses rare earth milik Lynas Corporation dari Australia, tiba-tiba kini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (foto) pula diserang bertalu-talu oleh dua buah akhbar popular Australia iaitu The Age dan Canberratimes. Apakah kini radiasi "Lynas" sudah mula terkena kepada Najib dan Rosmah?. Inilah akibatnya bila menipu kononnya "mendahulukan rakyat", tetapi sebaliknya yang diutamakan ialah syarikat Lynas yang tidak membawa apa-apa keuntungan besar kepada rakyat (12 tahun tidak dikenakan cukai) oleh Kerajaan Malaysia itu. Dalam laporan portal milik Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu keadilandaily yang bertajuk "Akhbar Australia: Kes Pembunuhan Altantunya Jejas Peluang UMNO" semalam. Antara lain, laporan dari portal ini yang dipetik dari akhbar The Age meramalkan skandal pembunuhan Altantuya Shaariibu yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Malaysia itu akan menjejaskan peluang UMNO BN dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang. “Najib menafikan penglibatannya, tetapi dakwaan tersebut tidak akan hilang. Internet di Malaysia sedang ‘panas’ dengan pendedahan seorang ahli perniagaan yang tidak berpuas hati dengannya, Deepak Jaikishan, yang mempunyai hubungan dengan UMNO,” tulis kedua-dua portal akhbar itu semalam. Menurut akhbar berkenaan, pendedahan Deepak juga merupakan sebahagian usaha untuk membongkar misteri pembunuhan warga Mongolia itu pada 2006. Akhbar itu turut mengaitkan pembelian dua kapal selam dianggarkan bernilai USD2 bilion pada 2002, ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan. The Age turut mengaitkan hubungan Abdul Razak Baginda, yang dituduh membunuh Altantuya namun dibebaskan mahkamah pada 2009. “Antara tuntutan yang dibuat oleh Deepak seperti dinyatakan kepada pembangkang dan laman web bebas adalah bukti akuan bersumpah pada 2008 oleh penyiasat, (P) Balasubramaniam yang menyatakan Najib mempunyai hubungan seksual dengan Altantuya. “Terdapat perbalahan dalam UMNO yang berkuasa dalam negara selama lebih 50 tahun, kaji selidik terbaru menunjukkan populariti Najib menurun pada paras paling rendah dalam 16 bulan. “Sebahagian penganalisis berkata, PRU kali ini akan menjadi cabaran terbesar kepada pemerintahan UMNO. Najib sendiri mengatakan ia sebagai ‘titik penentu nasib rakyat dan negara’,” kata akhbar itu. Pendedahan ini sudah pastinya akan mengejutkan rakyat Malaysia seantero dunia yang selama ini tertanya-tanya siapakah yang arahkan Sirul dan Azilah membunuh Altantunya dengan "bom C4"?. Malah mereka juga hairan kenapa mahkamah tidak membongkarkan apakah motif pembunuhan dan jadikan pistol yang digunakan oleh mereka itu sebagai bahan bukti utama kes ini. Segalanya mungkin akan terjawab menjelang pilihanraya umum ini pastinya !.
[Sungguh tragis, di kala pilihanraya umum ke-13 akan menjelma bila-bila masa dari sekarang, akhirnya radiasi Lynas dari Australia kini mula mengenai Najib Razak. Bagai sudah ditakdirkan Najib pasti akan terkubur bersama projek Lynas yang diagung-agungkan sangat itu. Lynas dari Australian kini menjadi bala buat Najib apabila akhbar-akhbar popular di negara itu kini memainkan semula kes pembunuhan Altantunya Shaaribuu. Ke mana lagi agaknya Perdana Menteri Malaysia itu mahu mengadu sekarang?. Suara rakyat menolak projek Lynas tidak diendahkan, kini akhirnya politik beliau akan dikuburkan bersama keangkuhan mempertahankan pelaburan Australia yang tidak menguntungkan rakyat dan kerajaan itu (12 tahun tidak dikenakan cukai). Apalah malangnya nasib Najib sekarang?. Petanda awal kejatuhan UMNO BN sudah semakin terserlah dengan isu-isu besar yang pastinya akan membuatkan Najib dan Rosmah bagai "cacing kepanasan". Apapun, sama-sama kita tunggu berbagai lagi pendedahan panas kes ini nanti. Jika ini berlaku, maka sudah pasti harapan Najib untuk berada di Putrajaya pasti akan hancur berkecai. Kini musuh politiknya dalam UMNO sendiri juga sedang mengintai peluang untuk terajang Najib dan Rosmah keluar dari kediaman Perdana Menteri Malaysia sebenarnya. Nantikanlah episod seterusnya!].







Tiada ulasan:
Catat Ulasan