script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: AJK Surau Gesa Kerajaan Negeri Pertahankan Bangunan Tersebut Daripada "Di Robohkan" Pemaju !


KUANTAN, 18 Jan - Ahli Jawatankuasa Surau Al-Khairiah Lapang Besar, Transit Kuarters (foto) dekat sini mengadakan sidang media khas, bagi merayu kerajaan agarmempertahankan bangunan surau mereka daripada dirobohkan baru-baru ini. Ini difahamkan, pemaju Tanah Rezab Melayu yang dijadikan pusat komersial terbabit mahu membangunkan kawasan tersebut untuk fasa terakhir projek pembangunan Putra Square. Kawasan itu kini menjadi pusat tumpuan utama selepas pembangunan komplek membeli belah terbesar di pantai timur East Cost Mall, Hotel Zenith, Pusat Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, Malay Town, China Town, Indian Town dan berbagai lagi. Pembangunan terbaru yang dijangka bermula Mac ini melibatkan kawasan gerai Medan Sukma, rumah flat, dewan orang ramai dan surau terbabit. Difahamkan, semua penduduk telah diarahkan berpindah ke penempatan baru oleh kerajaan di Kampung Pak Mahat yang terletak kira-kira 10 kilometer dari lokasi terbabit. Dalam sidang media yang dibuat selepas solat Asar itu, antara lain pihak berkenaan mendakwa surau mereka menjadi tumpuan utama kepada umat Islam setempat untuk menunaikan ibadah kerana disebabkan kebanjiran jemaah dari negeri Terengganu (Kemaman) yang berkunjung ke kawasan itu. "Mereka datang berkunjung ke sini menunaikan solat pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad...pada hari tersebut mereka juga bawa keluarga sekali.. jumlah ramai...  maka tidak wajar surau ini dirobohkan kerana ia masih berfungsi dan boleh digunakan dengan baik", kata wakil AJK surau terbabit. Difahamkan surau berkenaan juga telah mendapat surat daripada Jabatan Mufti Negeri Pahang pada September 2012 atas permohonan untuk mendirikan solat Jumaat di surau berkenaan. "Kelulusan sudah dapat dan sekarang kita sedang membesarkan bangunan surau seperti yang disyaratkan bagi menampung jemaah pada waktu solat Jumaat. Pembesaran dibuat kepada ruang solat, kemudahan tempat wuduk dan tandas.. untuk jemaah seramai 500 hingga 1,000 orang (sedia ada antara 300 hingga 400 orang sekarang)..untuk solat Jumaat kita anggarkan lebih ramai kerana pada masa ini mereka pergi ke Masjid Negeri atau pun masjid -masjid yang berdekatan", kata beliau.


Mereka turut mendakwa, lokasi surau terbabit amat stratetgik untuk solat Jumaat, dan ia memudahkan jemaah dari kawasan sekeliling yang semakin ramai sekarang. "Bila solat Jumaat diadakan di surau ini, pekerja-pekerja tidak perlu lagi membawa kenderaan ke masjid lain.. mereka hanya perlu jalan kaki dan secara tidak langsung boleh mengelakkan kesesakan jalanraya....katakan ada 500 jemaah yang bersolat di sini pada peringkat awal dan separuhnya bawa kenderaan ... maka kita dapat elakkan lebih 200 kereta atas jalan raya... jadi jalan pun tak sesak... keduanya, memudahkan lagi pengunjung ke pusat membeli belah atau pekerja-pekerja di sini...  kerana kebanyakkan mereka yang datang pada hari Jumaat dari Kemaman dan Dungun.. jadi mudah untuk mereka menunaikan solat Jumaat", tambah beliau lagi. Malah, apa yang paling penting katanya ialah bangunan surau terbabit didirikan atas sumbangan dana persendirian dan wakah-wakaf, maka ia jadi satu kepentingan yang perlu dipertimbangkan.

[Kerajaan Negeri Pahang wajar menimbangkang permohonan AJK surau terbabit demi masa depan umat Islam di sekitarnya. Difahamkan, tapak baru telah dicadangkan namun tidak dipersetujui oleh mereka kerana lokasi yang tidak berapa sesuai. Surau berkenaan amat strategik kerana menjadi destinasi untuk menunaikan solat kepada umat Islam yang sering berkunjung ke kawasan East Cost Mall dan sekitarnya. Sememangnya hanya itu sahaja yang tinggal dan boleh dijadikan kenangan kepada anak cucu apabila kawasan Tanah Rezab Melayu Transit Kuarters itu dimajukan dan dijadikan pegangang bebas oleh pihak yang berkenaan. Jika selama ini pada penduduk setempat sering mempertahankan hak mereka namun akhirnya terpaksa akur dengan arahan kerajan, namun apalah salahnya jika hanya surau berkenaan dipertahankan oleh kerajaan. Bukankah sesuatu yang baik mempertahankan rumah Allah sebagai tempat ibadat untuk umat Islam. Justeru, pihak berkenaan di harap ambil perhatian atas perkara ini].
Share:

4 ulasan:

  1. Tidak salah sekiranya Kerajaan Pahang Dan pemaju mengekalkan Surat tersebut di situ demi untuk kemudahan orang ramai bersholat.Jangan lah bangunan surau itu dilihat sebagai menghalang pembangunan di situ.Cubalah lihat Dan contohi bagaimana bangunan kuil dikekalkan Dan berada betul2 di tengah pusat belibelah Midvalley Dan Hotel Cititel di Kuala Lumpur.

    BalasPadam
  2. Kita mengharap kerajaan negeri Pahang tidak meroboh surau ini. Tapi apakan daya janji orang politik bukan 1 janji yang ditepati. Masa sebelum mengundi ribuan janji dijianji. Selepas itu janji sudah jadi janji melayu. Kalau kat negeri Pembangkang macam-macamlah dia kata. Tidak menepati janji.

    BalasPadam
  3. puak2 ni mana dia tau surau ke, masjid ke...yg dia tau cakap boss mesti ditaati...cakap tuhan tolak ke tepi..

    BalasPadam
  4. Jika kerajaan hari ini tidak mengamal doublr standard ok. Akan tetapi dapatkah kerajaan ini mempertahankan sebuah surau diLapang Besar? Alangkah masalah maksiat di Kuantan ini mereka gagal inikan pula sebuah surau. Kalau btul mereka hendakkan suaru atau mahu menegak kalimah allah swt dibumi Kuantan ini mereka boleh mengarahkan pihak pihak yang mempunyai kuasa seperti MPK, Polis dan Jabatan Tanah Galian serta Seiausaha Kerajaan Negeri selaku ketua keselamatan negeri untuk menutup sebuah kelab malam serta pusat pelacuran. Bukan sekadar mengeluarkan kenyataan atau pun menukar kakitangan awam dalam daerah kuantan.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Pengarah JPJKK Bukit Aman Menerima Pingat 'Datuk Seri', Abu Bakar Atan Dan Ameng Spring Terima Pingat DIMP Bawa Gelaran 'Datuk'

KUANTAN: Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Noor Hisam Nordin mendahului senarai 58 pen...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.