Ramai pihak yang keliru dengan peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengatakan mereka yang tinggal di Selatan Thailand (wilayah Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun), Singapura, Brunei dan Kalimantan Indonesia tidak layak diberikan kemudahan mengundi melalui pos dan perlu balik mengundi pada hari pengundian dijalankan. Kenyataan telah dibuat oleh Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria dalam satu sidang media hari ini. Tindakan ini jelas sekali tidak adil kepada mereka yang berkenaan sebenarnya. SPR perlu peka dengan masalah rakyat dan bukannya membuat peraturan yang menguntungkan sebelah pihak semata-mata. Apa yang pasti, peraturan ini akan memberi kesan positif kepada BN kerana mereka mempunyai "wang" untuk membayar perbelanjaan pengundi terbabit jika mereka mahu balik mengundi di negara ini. BN tidak boleh menafikan perkara ini, kerana selama ini memang mereka membayar elaun kepada mana-mana pengundi yang mahu balik ke kampung halaman masing-masing untuk mengundi. Malah, bayaran yang lebih tinggi akan diberikan kepada mereka yang akan balik mengundi di negeri-negeri pembangkang terutamanya Kelantan. Inilah yang berlaku sejak zaman berzaman sebenarnya. Justeru, dengan peraturan ini sudah pasti ia akan menguntungkan mereka. Satu persoalan yang timbul, jika rakyat Malaysia yang berada di lokasi terbabit diwajibkan mengundi di pusat-pusat pengundian dan tidak dibenarkan undi pos, maka kenapa isteri-isteri anggota polis dan tentera tidak diwajibkan sama. Bukankah mereka berada di negara ini dan tiada masalah untuk menjadi pengundi biasa. Kenapa perlu mereka undi pos?. Jika suami mereka yang tertugas ketika pilihanraya itu mungkin tidak menjadi masalah. Namun, anehnya mereka yang duduk dirumah itu pun dibenarka undi pos. Sudah tentu undi pos mereka ini akan dimanipulasi oleh pihak berkenaan agar kesemuanya mengundi BN. Tambahan pula undi pos dijalankan di kawasan tertutup. Inilah yang memusykilkan rakyat, orang luar yang jauh diwajibkan balik mengundi tapi isteri-isteri polis dan tentera yang tidak ada sebab untuk undi pos dibenarkan pula. Bukankah ini satu peraturan yang "ada udang di sebalik mee". Justeru, SPR tidak wajar melaksanakan peraturan yang boleh menekan rakyat walau di mana mereka berada. Biar pun berada di selatan Thailand tapi jarak mereka adalah jauh dan memerlukan belanja besar untuk balik mengundi. Lebih baik mereka itu dibenar mengundi pos di lokasi masing-masing.
[SPR terkadang membuat peraturan yang menguntungkan sebelah pihak dan merugikan pihak yang lain. Undi pos dikalangan anggota polis dan tentera ini misalnya, benarkah hanya untuk anggota yang berada diluar dan di perbatasan negara?. Bercakap memang mudah tetapi hakikatnya, semua anggota polis dan tentera termasuk isteri mereka akhirnya mengundi pos. Malah, lebih parah lagi bila yang mengundi bukan mereka tetapi para pegawai yang telah diarahkan berbuat demikian. Mereka juga dikehendaki memangkah BN semata-mata bagi membolehkan undi pos polis dan tentera ini membantu kemenangan calon yang bertanding. Sebenarnya apa yang berlaku ini adalah tidak adil untuk rakyat. Kemenangan yang dibuat-buat seperti ini adalah satu lagi pengkhianatan, disamping warga asing yang diberikan IC untuk mengundi. SPR sedar semua ini, namun mereka terpaksa melakukannya bagi membolehkan BN kekal berkuasa di negara ini buat selama-lamanya. Inilah satu kejahatan yang jelas dimata rakyat namun mereka tidak berhak untuk pertikaikannya kerana SPR punyai berbagai helah menafikannya. Bagi SPR, rakyat Malaysia mahu terus diperbodohkannya].

kemudahan ni diberikan sejak dulu lg..knape bru skang nak dipersoalkan???tnyala SPRM...jgnla hidup dgn penuh syak wasangka wahai manusia...
BalasPadamWoi ngok, bersih duk tuntut benda benda yg cam in le, tp spr tu bkn bdn bebas, kena iikut je apa yg umno nak, ni lah jadinya, bini askar n polis duduk kat kuates pun undi pos, ngapa tidak misi ke, kastam ke apa apa je yg duk kat kuartes undi pos semanya, baru boleh bn pulun abih pru nih
BalasPadamSlm Admin, semak betul2 sblm kuar statement. Anggota PGA, tentera n psngan skrg ni kena 'undi awal'. Dah x de dah undi pos. kecuali yg brtugas masa plhnraya. Dan jugak org malysia yg kat luar ngara kecuali singapore, kalimntn, sltn thailnd, brunei, indonesia...semak2 betul, jgn nak mnambah keliru org aje...adiosss
BalasPadamorg malaysia keliru krn spr yg mngelirukn...semakin org keliru semakin puak2 ni suka...puak2 ni xsuka klu org malaysia cerdik/paham...susah nk kelentong.
BalasPadamKalau dibenarkan 1 malaysia ini disurunya undi pos. Senang nak menipu.
BalasPadamDia ingat Barisan Nsional akan kekal selamana. Ingat sejarah Islam sikit. Firaun pun tumbang. Dan tidak mustahil satu masa kan datang Islam pun tumbang akan tetapi akan naik balik. Itu tandanya dah nak kiamat.
Undi POS adalah meragukan.....sebagaimana pendedahan bekas2 tentera....ceritakan mereka terpaksa memangkah semua kertas undi.....hanya 1 orang buat kerja....disini Tentera Buat kerja Jahat juga....habislah Negara---KU...
BalasPadamda nmanya undi pos, yg tlong pangkah tu pn mmg la tentera,,,..yg org tu x dtg p pangkah dia cuma tlong pangkah kn jer bis da nma nya tentera tu kerajaan mstla BN yg pgang..da dia bgtau dalam 1500 pengundi hanya 1000 yg datang memangkah yg 500 tu x datang p pangkah so dr biar kosong tolong la tandakn..yg d bayar tu gaji tuk tandakan jer d kata da rasuah..kalau x suka krajaan x payala kja krajaan sbb krajaan BN n UMNO yg pgng..p mnta krja dgn PKR or PAS tgk dia bg kja apa..kerajaan bt salah d bsr2kn klu Pembangkang bt salah lgi d julang2 kan..
BalasPadamSaya tentera isteri jauh terpaksa gunavduit sendiri balik mengundi.. Menyusahkan.. Apa salahnya undi pos jer.. Klu bagi peruntukan ok jugak lega lah sikit.. Dgn minyak mahal tol lagi apa kah jadahnyer
BalasPadam