PUTRAJAYA 21 Jan - Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan tiada pengosongan kerusi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh selepas menolak rayuan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail.
Panel lima hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dalam keputusan majoriti 4-1 mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan kerusi itu dikembalikan kepada wakil rakyatnya, Datuk Abu Hassan Sarif.
Kuorum berkenaan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) pada 16 November 2009 yang mengosongkan kerusi berkenaan ekoran kegagalan Abu Hassan menghadiri dua persidangan Dewan secara berturut-turut iaitu pada 19 April dan 9 Ogos 2009.
Yang turut bersidang, Datuk Hashim Yusoff, Datuk Ahmad Maarop dan Datin Paduka Zaleha Zahari. Datuk Zainun Ali berikan keputusan menentang.
[Satu keputusan yang jelas tidak boeh diterima oleh rakyat. Mana mungkin Mahkamah Persekutuan boleh membela wakil rakyat yang "ponteng" menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)?. Kenapa perlu pertahankan orang yang bersalah?. Nampak benar mahkamah tidak mengambilkira hati rakyat dalam membuat keputusan. Sebagai rakyat, sememangnya mereka amat kecewa dan marah apabila waki rakyat yang dipilih menerusi pilihanraya tiba-tiba ponteng. Makanya, jika wakil rakyat sudah malas untuk membawa suara rakyat ke sidang DUN adalah lebih baik pilihanraya kecil diadakan bagi membolehkan wakil rakyat baru dipilih. Tapi anehnya, lain yang diharap lain pula yang terjadi di Malaysia ini].

xde guna dah...pru dh dekat..
BalasPadam