KUALA LUMPUR 21 Jan - Syarikat penerbitan, Utusan Melayu (M) Bhd. akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini hari ini yang memihak kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes saman fitnah berhubung penerbitan artikel 'Tolak Anwar - Hasan' pada tahun lalu.
Hakim Datuk V. T Singham memutuskan demikian dengan kos RM45,000 setelah mendapati kedua-dua artikel berkaitan berunsur fitnah terhadap Anwar.
Bagaimanapun taksiran ganti rugi akan ditentukan kemudian.
Mahkamah turut menetapkan pengurusan kes pada 15 Februari ini untuk menentukan sama ada terdapat permohonan untuk menggantung prosiding kes itu atau menetapkan tarikh berhubung taksiran ganti rugi.
Anwar memfailkan saman fitnah RM50 juta pada 20 Januari tahun lalu ekoran penerbitan artikel-artikel bertajuk ` Tolak Anwar-Hasan' dan `Parasit ancam Pas, Anwar mesti ditolak' berkaitan transkrip penuh sidang akhbar bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali di akhbar Utusan Malaysia pada 17 Januari 2012.
Dalam pernyataan tuntutannya, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu selaku plaintif mendakwa, perkataan fitnah itu berasaskan kepada temu ramah antara beliau dengan syarikat penyiaran, BBC.
[Nampaknya malang terus menimpa Utusan Malaysia mutakhir ini. Banyak kes yang melibatkan mereka kini berpihak kepada pihak yang difitnah. Utusan sudah menjadi akhbar sampah yang gemar melaporkan cerita karut yang jelas merosakkan minda rakyat. Tidak cukup dengan itu, mereka juga turut gemar melaporkan cerita seks yang boleh menjatuhkan maruah serta imej akhbar terbabit. Ternyata kini mahkamah tidak boleh menerima keterangan mengarut yang dibuat oleh peguam Utusan Malaysia. Mungkin selepas ini berbagai lagi kes saman yang bakal dihadapi oleh Utusan. Jika semua ini berlaku, maka sudah pasti akhbar milik UMNO ini akan terus merudum dan bankrap selepas ini. Apapun, Utusan harus belajar dari kesilapan dan jangan terus menyebarkan dakyah pati politik semata-mata. Rakyat bukan lagi manusia yang boleh terus diperbodohkan].

Bila Utusan bengkrap nanti...akan muncul surat kabar UTUSAN BANGGLA...
BalasPadam