Apa sudah jadi dengan Islam Wasatiyyah?. Generasi muda Islam terus jadi carca merba dan haru biru dibuatnya apabila Islam sebenar diselindungkan dengan penjenamaan semula Islam yang kononnya lebih "liberal". Baru pagi tadi Bekas Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak dan bekas Mufti Sarawak, Datuk Seri Anis Abot (foto) dipilih sebagai penerima Anugerah Perdana sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan 2013, namun di negerinya sendiri iaitu Sarawak satu pertandingan karaoke telah diadakan. Pertandingan karaoke anjuran Belia 1Malaysia, Kg.Beladin, Pusa itu yang bermula dari 23 hingga 25 Januari 2013 itu jelas sekali menjatuhkan maruah bekas Mufti Sarawak terbabit sebenarnya. Apa tidaknya, beliau yang dikhabarkan telah berjaya mengembangkan syiar Islam di negeri Bumi Kenyalang itu, tetapi tiba-tiba pada hari yang sama Islam dicemari dengan adengan yang cukup memalukan. Program yang diadakan di Halaman Mybazaria PNK Beladin Saribas itu terbuka kepada kanak-kanak dan orang dewasa. Empat kategori disediakan ialah lagu sensasi kanak-kanak 13 tahun ke bawah, lagu P.Ramlee, lagu 80'an dan lagu sensasi, sementara yuran ditetapkan RM5 untuk kanak-kanak dan RM10 untuk dewasa. Persoalannya, kenapa terlalu teruk penghayatan agama belia 1Malaysia di sini?. Hinggakan sambutan Maulidur Rasul diserikan dengan acara hiburan mungkar seperti itu?. Bukti program terbabit yang berupa poster berkenaan telah diperolehi menerusi email oleh blogger Milo Suam sebelum didedahkan di blognya. Apa yang berlaku ini bukanlah dirancang, namun ia mungkin satu peringatan sebenarnya buat kerajaan. Mereka mengagung-agungkan sambutan Maulidur Rasul dengan acara perarakan dan anugerah kepada tokoh-tokoh berkenaan, tapi hakikatnya Islam di Malaysia ini sebenarnya sudah jauh tersasar daripada ajaran Islam sebenar yang disebarkan oleh Nabi Muhammad SAW seperti termaktub di dalam Al-Quran dan Hadis. Maka itulah adengan memalukan ini terjadi di depan mata kita. Maknanya, tokoh yang dikatakan tokoh itu ternyata masih gagal mendidik umat Islam Sarawak untuk menghayati ajaran Islam isu sendiri. Lantaran itulah sambutan memperingati Rasulullah itu tergamak diserikan dengan acara karaoke. Bukankah ini satu penghinaan terhadap kesucian agama Islam itu sendiri. Apakah penghayatan sebegini yang dibanggakan sangat oleh pemimpin BN dan kerajaan Islam Wasatiyyah itu gamaknya?.
Kampung Beladin terletak dalam Parlimen P.201 Batang Lupar yang diwakili oleh Datuk Hajjah Rohani Abd Karim yang merupakan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Parlimen itu terdiri daripada DUN N.22 Sebuyau, DUN N.23 Lingga dan DUN N.24 Beting Maro. Ia juga mempunyai tiga batang sungai yang utama iaitu Sungai Batang Sadong, Sungai Batang Saribas dan juga Sungai Batang Lupar.
[Dengan pendedahan ini sudah pasti ia akan menyentap perasaan beberapa kerat tokoh ulamak UMNO BN yang sekarang ini sedang sibuk memainkan isu kalimah Allah. Mana dia Dr.Hassan Ali, Nasaruddin Mat Isa, Ibrahim Ali serta lain-lain tokoh yang kononnya sayangkan Islam dari dicemari. Sudah terang lagi bersuluh Islam di hina oleh Belia 1Malaysia, maka mereka sepatutnya mengambil tindakan tegas terhadap pihak terbabit. Mana Jamil Khir Baharom, Dr.Marshitah Ibrahim, Fathul Bari, Riduan Tee serta lain-lain individu yang dipertanggungjawabkan menjaga kesucian dan syiar Islam di negara ini. Wajarkan pertandingan karaoke diadakan sempena Sambutan Maulidur Rasul?. Bukankah dasar Islam Wasatiyyah yang menggantikan Hadhari itu sebenarnya gimik politik semata-mata, sedangkan pengisiannya tetap hancur lebur dan huru hara. Oleh itu, marilah kita kembali kepada anjaran Islam sebenar berlandaskan Al-Quran dan hadis jika tidak mahu Allah murka dengan apa yang dilakukan oleh hamba-hambaNya ini. Lakukan perubahan pada Pilihanraya Umum ini nanti hendaknya. Ubah sebelum parah !!].






nok buat gone. Memang doh gitu ustaz-ustaz UMNO bagi tarbiyah. Nanti koi cadang kat Tok Najib buat konsert kat Pekan Jamil Khir ngan Masitah berduet. agi bestt.
BalasPadamKalau dah bangang....kekal sampai mati....
BalasPadampas memang raja fitnah
BalasPadamtak betul ke tu...? kan dh mmg begitu 'tokoh islam' umno. xyah nk hbs masa bising2...klu x xdela dinamakn umno..
BalasPadamLow Class Punya Blog.....
BalasPadam