script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

'PahangKu Tweet-Up' Di Bukit Freaser 14 Februari Ini


KUANTAN - Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin, Exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang dalam kenyataan medianya kepada 'PahangKu Media' sebentar tadi, memaklumkan bahawa satu program yang dinamakan 'PahangKu Tweet-up' akan diadakan di Bukit Freaser pada 14 Februari ini. Program itu adalah bagi melancarkan 'tag line' baru Pelancongan Pahang sempena Tahun Melawat Malaysia peringkat negeri Pahang. Pada program itu, seramai 160 orang pengiat media sosial terpilih dijangka akan berkumpul dan mempromosikan pelancongan Negeri Pahang melalui tweeter mulai jam 9.00 hingga 11.00 malam itu. #sumber
Share:

Panas: Lelaki Dakwa Teresa Kok Seleweng Duit Parti !


KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang mendakwa dirinya bekas pembantu peribadi Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok hari ini tampil membuat dakwaan bahawa Teresa terlibat dalam penyelewengan duit DAP. Lelaki berkenaan, Tony Tan, bersama bekas pengerusi cawangan Seputeh, Wong Choo Chieang antara lain mempersoalkan isu penjualan ‘patung kung fu’ menjelang PRU13 lalu di mana modalnya sebanyak RM40,000 dikeluarkan dari akaun parti, bagaimanapun Teresa mengatakannya hasil tajaan pihak tertentu. Menurut Tony, patung berkenaan dijual dengan harga RM20 sedangkan kos hanya RM6 sahaja bermodalkan RM40,000 duit akaun parti. “Jadi saya mahu persoalkan ke mana hasil jualan dan jika benar modal yang dikeluarkan adalah hasil tajaan, siapa yang menaja? Dan mengapa Choo Chieang mengakui ada mengeluarkan kos berkenaan dari akaun parti,” katanya. Tony juga mahu Teresa bertanggungjawab terhadap perkara berkenaan dan memberikan penjelasan. “Sebelum ini dia sering menafikan kenyataan yang saya buat, setelah dia mendakwa saya dipecat kerana menyalahgunakan wang, sedangkan saya telah letak jawatan. “Saya cabar dia saman saya, dan saya akan bawa perkara ini untuk laporkan kepada ROS dan SPRM minggu depan,” katanya. Dalam pada itu, Choo Chieang berkata, dia tidak pernah mengetahui bahawa patung berkenaan telah ditaja namun mengakui pernah menandatangani cek bernilai RM40,000 kepada satu pembekal. Dakwanya, perkara itu dinyatakan Teresa dalam satu mesyuarat ‘post-mortem’ yang dipengerusikannya (Choo Chieng) pada 21 Jun 2013. Sementara itu, Teresa memberitahu Sinar Harian bahawa semua kenyataan yang dibuat Tony adalah tidak berasas sama sekali. Katanya, secara terbuka dia tidak gentar dengan laporan yang akan dibuat kepada ROS dan SPRM keran yakin dengan ketelusan gerak kerja yang dilakukan. “Semua penyata kewangan parti diaudit oleh juruaudit yang bertauliah, jadi pada saya kenyataan yang dibuat adalah tidak berasas. “Tony sebelum ini juga sering kacau bilaukan hidup saya dengan pelbagai tuduhan setelah dipecat kira-kira 9 tahun lalu kerana penyelewengan wang yang dibuat. “Tindakan saman malu juga telah diambil terhadapnya kira-kira dua tahun lalu dan mahkamah telah mengarahkan untuk dia membayar saya RM200,000 namun dia enggan terima keputusan. “Jadi jika ditanya tentang tindakan saya selepas ini, pada saya dia akan bankrap kerana dia hutang saya,” kata kenyataannya. #sumber
Share:

Rafizi Ramli Dedahkan Penyelewengan Skim 1Azam !!


KUALA LUMPUR - Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mendedahkan penyelewengan Skim 1Azam yang dikelola Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Rafizi berkata, Laporan Tahunan Pemandu 2011 menyatakan kerajaan membelanjakan RM690 juta antara 2010 dan 2011 bagi program membasmi kemiskinan. Katanya, aduan penipuan diterima beliau sejak 2012 dan berlaku melalui dua cara dan sebagai contoh tuntutan beberapa perkakas berjumlah RM5,000 tetapi harga sebenar RM2,500. “Beza RM2,500 daripada tuntutan dibahagikan antara beberapa orang yang terbabit. “Harga peralatan bantuan jauh lebih rendah daripada tuntutan dibuat kepada kerajaan kerana pembekal perlu membayar kembali perbezaan antara harga sebenar dan tuntutan kepada pegawai tertentu di kementerian,” katanya yang dipetik daripada Keadilan Daily pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini. Rafizi berkata, cara kedua penipuan dibuat apabila peralatan bantuan tidak sampai kepada isi rumah miskin, sebaliknya dihantar kepada pimpinan Wanita Umno setempat. “Namun saya rasa lega apabila SPRM menahan beberapa individu dikaitkan dengan Yayasan Sayang Malaysia yang ditubuhkan khusus untuk pelaksanaan skim 1Azam,” katanya. Beliau berkata, Yayasan Sayang Malaysia adalah sebuah syarikat yang dijamin dan tidak banyak maklumat diperolehi beliau. “Kecuali pengarahnya adalah Datuk Suhaimi Ibrahim, bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil. Wujud campur tangan politik yang menghalang beberapa orang disiasat kerana disyaki menyeleweng dana rakyat di bawah Skim 1Azam daripada didakwa. “SPRM sudah kumpul data, tetapi sembunyi daripada orang awam. Nampaknya, kerajaan tak telus dengan projek yang dibuat dan gunakan nama orang miskin untuk kayakan beberapa orang,” katanya. #sumber
Share:

Muhyiddin Yassin: Tiada Lagi Kenaikan Tol Tahun Ini !


PUTRAJAYA - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tiada kenaikan tol untuk tahun ini dan kerajaan perlu menyediakan RM400 juta sebagai bayaran pampasan kepada syarikat konsesi yang terlibat. Timbalan Perdana Menteri berkata pampasan itu adalah untuk syarikat konsesi di sekitar Lembah Klang yang sepatutnya menaikkan kadar tol. Beliau memberitahu sidang media mengenai keputusan itu selepas mesyuarat jawatankuasa khas bagi menangani masalah kos sara hidup, yang dipengerusikan beliau di sini, Rabu. Muhyiddin berkata banyak lagi syarikat konsesi termasuk Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) tidak menaikkan tol. "... macam PLUS tak naik, dan banyak lagi syarikat konsesi sekarang ini, ada 29 syarikat konsesi semuanya, cuma yang terlibat ialah kawasan sekitar Lembah Klang, kalau tak silap saya ada sembilan syarikat konsesi," katanya. Selain itu menurutnya jawatankuasa itu juga bersetuju meminta Kementerian Kerja Raya buat kajian menyeluruh berhubung konsesi tol sedia ada dalam konteks jangka panjang, sekiranya ada cara-cara yang boleh dilakukan untuk berunding semula dengan pemilik konsesi berkaitan kutipan tol. ".. kalau ada terma-terma yang boleh dipersetujui bersama, termasuk untuk lanjutkan tempoh konsesi sebagai satu cara tentukan kadar tol tidak dinaikkan di masa hadapan, boleh dibincangkan. #sumber
Share:

Anwar: Khalid Kekal "Bangunkan Ekonomi" Selangor !!

Share:

Warga Pekan Gesa Pantau Remaja Peminta Sedekah !


PEKAN - Penglibatan kanak-kanak dan golongan remaja dalam kegiatan meminta sedekah yang berleluasa di daerah ini amat membimbangkan orang awam. Kedatangan mereka mencetuskan rasa kurang senang terhadap orang awam apabila mereka meraih simpati untuk memohon sumbangan tersebut sebagai kutipan amal bagi pusat tahfiz tertentu. Kehadiran mereka sering kali dipersoalkan dari mana kewujudan kumpulan kanak-kanak dan remaja ini serta berkenaan status mereka sama ada kegiatan ini telus atau mereka diperalatkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Tinjauan yang dilakukan di beberapa buah stesen minyak sekitar Bandar Pekan dan kawasan Peramu adalah untuk meneliti kumpulan ini melakukan tugas harian mereka. Semasa pemerhatian, didapati sekumpulan remaja lelaki dan perempuan dalam lingkungan usia 12 hingga 17 tahun sedang berlegar-legar dengan jualan produk minyak angin, kalendar dan madu dalam misi meminta derma tersebut. Seorang pelanggan sebuah stesen minyak di kawasan Peramu, yang hanya mahu dikenali Luqman, 30-an berkata, dia pernah didatangi oleh seorang remaja perempuan dalam lingkungan umur 15 tahun ketika sedang mengisi minyak. Menurutnya, dia diberitahu oleh remaja berkenaan yang kedatangannya bersama rakan-rakan yang lain kerana diarahkan untuk meminta derma bagi sebuah sekolah tahfiz di Kedah. “Kerap kali remaja yang datang meminta derma ini mendakwa mereka merupakan pelajar pusat tahfiz di negeri Kedah dan jualan kecil-kecilan dilakukan bagi menampung perbelanjaan tahfiz berkaitan. “Saya merasa hairan kerana jika benar, adakah pelajar ini tidak mengikuti sesi pembelajaran ekoran kerap kali bertemu mereka pada hari persekolahan,” katanya. Menurutnya lagi, kegiatan itu sudah lama berlaku dan ia semakin berleluasa tanpa pemantauan yang sewajarnya. “Lebih mengejutkan kerana mereka memberitahu kutipan derma yang dibuat adalah sebahagian daripada sukatan pembelajaran mereka. Masalah ini perlu diberi perhatian serius oleh pihak berkenaan termasuk kerjasama kerajaan antara negeri bagi memastikan ia tidak merebak dan lebih buruk jika ia merupakan satu cara eksploitasi ke atas kanak-kanak dan remaja demi kepentingan pihak tertentu,” katanya lagi. #sumber
Share:

SPR Tetapkan 23 Mac Pilihan Raya Kecil DUN Kajang !

Share:

T-team Kesal Kenyataan Pemain Pertahanan Mereka !


Pengurusan T-Team kesal dengan kenyataan pemain pertahanannya Ifran Abd Ghani yang jelas menyebelahi pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) berhubung insiden perlawanan pusingan kedua Piala FA di Stadium Hassan Yunos, Larkin, Johor, Sabtu lepas. Ketua Pegawai Operasi T-Team, Syahrizan Mohd Zain berkata, tindakan pemain yang berasal dari Johor itu hanya memburukkan keadaan apatah lagi ia dibuat sebagai memihak pasukan lawan. Katanya kenyataan Ifran itu menimbulkan tanda tanya kerana pemain itu tidak diturunkan dalam kesebelasan utama pada perlawanan itu. Irfan mendakwa tidak melihat sebarang kecederaan dialami oleh pemain import dari Brazil, Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasaan Stefano Impagliazzo yang kononnya dikasari oleh pengurusan tertinggi JDT. "Sebagai pemain simpanan, mereka kebiasaannya memanaskan badan di padang ketika kesebelasan utama menuju ke bilik persalinan pada waktu rehat separuh masa," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Menurut Syahrizan pemain yang berusia 25 tahun itu juga didapati tidak memaklumkan tindakannya membuat kenyataan itu kepada pengurusan T-Team. Katanya, perkara terbabit akan dibincangkan dengan pengurusan tertinggi T-Team untuk tindakan susulan. Hari ini, Irfan telah membuat satu kenyataan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor berhubung kejadian Sabtu lalu tanpa pengetahuan pihak pengurusan T-Team. Pada perlawanan tersebut, T-Team enggan meneruskan saingan babak kedua atas faktor keselamatan selepas mendakwa Rodrigues dan Impagliazzo dikasari oleh pengurusan tertinggi JDT ketika menuju ke bilik persalinan. JDT mendahului 2-1 pada ketika itu. Difahamkan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengadakan mesyuarakat khas berhubung insiden tersebut hari esok. #sumber
Share:

PKR Desak Gani Segerakan Pendakwaan Kes Rasuah !



Share:

Foto Empat Beradik Tidur Di Kaki Lima Bangkok Bank

 

Foto empat beradik tidur di kaki lima Bangkok Bank, Kuala Lumpur yang tersebar di laman sembang sosial facebook semalam benar-benar telah menggemparkan kita sebenarnya. Apa tidaknya, dikala negara kita Malaysia menuju ke arah negara maju dan dikala kerajaan sibuk memperkatakan soal transformasi ekonomi, pembangunan dan sebagainya namun masih ada rakyat yang hidup susah serta menderita seperti ini. Cuba lihat gambar yang dipaparkan, apakah perasaan anda jika ia berlaku kepada keluarga sendiri. Sedih melihat anak bangsa Melayu merempat di bumi sendiri. Apakah salah mereka?. Semua gara-gara ibubapa tidak mampu lagi untuk menyewa mana-mana kediaman akibat kos kehidupan yang terlalu tinggi dan cukup membebankan. Semoga, nasib kanak-kanak ini dapat dibela oleh pihak berkuasa. Amat terharu bila melihat mereka tidur beralaskan surat khabar sedangkan kita selesa beralaskan tilam yang empuk. Inilah yang dinamakan merempat di bumi sendiri. Negara maju tetapi rakyat yang menderita. 
Share:

Projek Biz100 Makin Mantap, Daftar Segera Sekarang


Berita Baik Buat Anda Yang Sedang Tercari-Cari Peluang Untuk Menjana Pendapatan Alaf Baru Era Globalisasi. Kini Muncul Satu Lagi Program Terhebat Yang Paling Hangat Dan Sedang Meletop Di Pasaran Sekarang. Projek Biz100, Dengan Modal Rendah (RM100) Boleh Dapat Untung Besar (Potensi Maksima RM1,600 Setiap Hari), Dapat Percuma Penjimat Minyak (Diikhtiraf SIRIM & Puspakom) Dan Dengan Sistem SMS Transaksi Yg Tercanggih Masa Kini. Cepat, Daftar Segera Dgn Projek Biz 100 (BizHundred) Sekarag, Jika Benar Anda Ingin Keluar Dari Segala Bebanan Kewangan Dalam Kehidupan. Bukan Skim Cepat Kaya, Bukan Pelaburan Tapi Projek Ini Telus Dan Adil Serta Tidak Membebankn. Ketahuilah Rahsianya, Buang Sikap Ego Dan Malu, Marilah Bersama Kami Membina Harapan Baru 2014, Posisikan Diri Anda Di www.projekbiz100.blogspot.com
Share:

Anwar Ibrahim Mengadap "Ayahanda Pekida" Kajang !


KAJANG - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal bertanding di DUN Kajang pada pilihanraya kecil kawasan itu tidak lama lagi, khabarnya telah bertemu dan beramah mesra dengan Ayahanda Pekida Kajang iaitu Datuk Dr.Ujang Bagong semalam (foto). Untuk pengetahuan umum, beliau yang dimaksudkan adalah  merupakan dermawan yang tinggal di Kajang. Beliau terkenal dengan identiti berjanggut, berkopiah hitam, berantai emas labuh dan gelang emas. Beliau banyak menghulurkan sumbangan untuk aktiviti kebajikan terutamanya di kawasan Kajang. Sumbangan juga diberikan kepada ‘Rumah Pengasih Datuk Ujang’ iaitu beberapa unit rumah yang telah diwakafkan oleh Dr. Hj Masjuki Bin Hj Musuri. Rumah ini dirasmikan pada hari 20 Januari 2007 . Rumah Pengasih ini terletak di di No 8558 Jalan Pegawai, Sungai Ramal Baru, 43000 Kajang, Selangor. Beliau juga pernah menjadi Pengarah Unit R&D, Latihan dan Perhubungan Awam Pekida Malaysia dan Pengerusi Unit Pemadam Sungai Ramal Baru. Beliau juga Timbalan Pengerusi Pemadam Daerah Hulu Langat dan Penasihat Unit R&D Pekida Wilayah Persekutuan. Beliau merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya. Semasa era Datuk Harun Idris bertanding di Parlimen Ampang Jaya pada 1988, beliau turut sertai Parti Melayu Semangat 46 demi kesinambungan perjuangan orang Melayu. 


Beliau pernah mengumumkan sumbangan kepada tabung PAS untuk Gaza melalui Mohamad Sabu ketika di Masjid Jamek Kajang pada 2009. Beliau banyak memberi sumbangan kewangan kepada fakir miskin dan penangunan sersebuah masjid terutama Masjid Jamek Kajang.  Beliau merupakan Penaung Masjid Jamek Kajang. Setiap tahun sejak 1980-an , semasa hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, beliau akan mengadakan majlis penyampaian derma wang kepada mereka yang memerlukan.Masjid Sungai Kantan, Kawasan Kubur Islam Kajang, Sekolah Agama Kajang turut mendapat perhatian beliau. Biasanya angka sumbangan beliau amatg menarik seperti Rm10,000 , RM11,111,11 dan RM6666. Cat kegemaran beliau hijau muda dan menjadi 'trademark'nya. Masjid Jamek Kajang bersebelahan dengan Medan Sate Kajang dan Stadium Kajang dan rumah Pemadam Hulu Langat. Tanah Perkuburan Sungai Kantan dibersih rapi hasil kerjasama beliau. Tanah perkuburan ini turut menempatan jenazah Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh, Mona Fendey dan jenazah banduan yang tidak dituntut di Hospital Kajang. Pada 22 Disember 2009, RM10,000 disumbang bagi membiayai tunggakan lebih RM1 juta kos rawatan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra di Singapura. #sumber
Share:

FAMA Negeri Sentiasa Pantau Peniaga Ikut Peraturan


BERA - Semua barangan terkawal yang dijual di pasar-pasar Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di negeri ini dijamin mengikut harga kawalan yang ditetapkan. Pengarah FAMA negeri, Ibrahim Mahmood berkata, selain memantau harga barang kawalan, pihaknya juga sentiasa memastikan barangan lain di pasar milik agensi itu dijual pada harga berpatutan. "Kita sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan peniaga mengikut peraturan ditetapkan selain dijual dengan harga lebih murah. "Mana-mana peniaga yang didapati menjual pada harga mahal atau melanggar peraturan, kita akan kenakan tindakan termasuk tidak dibenarkan berniaga di pasar FAMA lagi," katanya selepas melawat Pasar Komuniti dan Karavan (Pakar) Bera di sini semalam. Yang turut hadir, Pegawai Daerah Bera, Datuk A. Rahman Hamzah dan Pegawai FAMA Bera, Mohd. Khair Abu Bakar. Menurut Ibrahim, pihaknya sentiasa membuat pemantauan berterusan di pasar-pasar milik agensi itu seperti Pasar Pakar dan Pasar Tani serta melakukan tindakan segera ke atas aduan yang dibuat oleh pengguna. Tambahnya, selain memastikan harga berpatutan, pihaknya juga sentiasa memastikan peniaga sentiasa mematuhi peraturan kebersihan yang ditetapkan demi keselamatan pengguna. "Bagi memberi keselesaan kepada peniaga dan pengguna kita juga sentiasa memastikan susun atur sistematik dan menyediakan infrastruktur yang sesuai," katanya. Dalam pada itu, beliau berkata, ketika ini terdapat tiga Pakar beroperasi di negeri ini iaitu Jengka, Bera dan Pekan dengan mempunyai 265 peniaga. Katanya, berdasarkan sambutan yang diterima, pihaknya merancang untuk buka lebih banyak Pasar Pakar di seluruh negeri pada masa akan datang. "Kita masih dalam perbincangan dengan pelbagai pihak bagi menambah bilangan Pakar di seluruh negeri secara berperingkat untuk memberi kemudahan kepada penduduk" katanya lagi. #sumber
Share:

LPP Negeri Menyelar Pihak Suka Salahkan Kerajaan !!


KUANTAN - Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) negeri menyelar sikap segelintir pihak yang menyalahkan kerajaan apabila ditimpa musibah tetapi berdiam diri selepas sesuatu masalah itu berjaya diselesaikan. Pengerusinya, Datuk Zainal Dahalan berkata, turun naik sesuatu harga barang itu bergantung kepada penawaran dan jika barangan tersebut banyak harga ditawarkan adalah murah dan sebaliknya. Menurutnya, cadangan menubuhkan Pasar Peladang merupakan salah satu usaha pihaknya untuk menambah hasil pertanian yang diusahakan oleh golongan petani di luar bandar. "Walaupun konsep pasar tersebut hampir sama dengan pasar tani anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), pengguna mempunyai satu lagi pilihan untuk berbelanja sekali gus mengurangkan pergantungan petani kepada orang tengah untuk memasarkan hasil pertanian," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan mangsa banjir kepada 34 ahli Koperasi Niaga Pegawai Pegawai LPP Berhad (KNB) dan Majlis Kebajikan Sukan, Rekreasi LPP (MKSR) berjumlah RM20,300 di pejabat LPP Pahang, di sini baru-baru ini. Menurut Zainal, LPP akan meningkatkan hasil keluaran melalui bantuan pelbagai projek yang diusahakan ahli peladang dan akan melaksanakan konsep jual terus di Pasar Peladang selain meningkatkan kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan berkaitan. Katanya, program Pasar Peladang yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini merupakan salah satu usaha pihaknya dalam memberi peluang kepada pengguna mendapatkan barang keperluan yang dijual terus oleh pengusaha tanpa melibatkan orang tengah. "Pertubuhan Peladang Kebangsaan (PPK) diminta menyediakan tapak niaga di ruang bangunan pejabat mereka untuk petani, penternak dan pengusaha ikan kolam dalam memasarkan hasil keluaran mereka terus kepada orang ramai dan dijual dengan harga lebih murah," katanya. #sumber
Share:

Dua Pelajar SEMSAS Catat Sejarah Mewakili Negara !!


KUANTAN - Dua pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS) melakar sejarah tersendiri apabila menjadi wakil tunggal negara di Taiwan International Sciences Fair (TISF) yang diadakan di Taipei, Taiwan baru baru ini. Pertandingan yang membabitkan 22 buah negara di seluruh dunia seperti, USA, Mexico, New Zealand, Canada, Nigeria dan beberapa negara lain merupakan kali pertama disertai pelajar sekolah ini yang menampilkan 80 buah projek terbaik di kalangan sekolah di Taiwan. Pasukan dari Malaysia ini berjaya mendapat tempat keempat bagi kategori Environmental Sciences dengan projek berkonsepkan From Waste to Wealth menghasilkan produk untuk pembinaan dari sisa buangan tandan sawit kosong. Bagi Nurul Iman Nabila Mohd Solah, 17, pertama kali menyertai pertandingan di persada antarabangsa ini memberikan satu pengalaman yang baru. Katanya, pengalaman tersebut tidak boleh di peroleh dalam bilik darjah sekali gus dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi. “Pengalaman berdepan dengan juri memang mendebarkan apatah lagi ini pertandingan antarabangsa,” katanya. Rakan pasukannya Nawal Syairah Mohd Ridzwan, 17, pula, amat bersyukur atas kejayaan yang di kecapi ini kerana pertandingan itu amat sengit. Sementara itu, guru pengiring, Mohd Fakhruddin Mahmud berkata, kejayaan ini adalah permulaan bagi tahun 2014 dan berharap agar kecemerlangan dalam pertandingan inovasi ini dapat menyaingi pencapaian sekolah tersebut pada tahun lepas yang telah pun memenangi beberapa anugerah di beberapa negara. #sumber
Share:

Negeri Pahang Catat Peratus Nahas Kedua Terendah !


KUANTAN – Negeri Pahang mencatat kadar peratus kemalangan kedua terendah sepanjang tempoh 10 hari Ops Selamat dilancarkan sejak 24 Januari lalu iaitu satu pencapaian yang lebih baik jika dibandingkan dalam tempoh sama tahun lepas. Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid berkata, Pahang turut menjadi penyumbang kepada keberkesanan Ops Selamat di seluruh Malaysia yang menunjukkan penurunan sehingga 13 peratus. Menurutnya, perlaksanaan Ops selamat juga mampu mengurangkan kadar kematian atau mangsa korban di jalan raya. “Setakat ini sehingga semalam Ops Selamat menunjukkan kadar kemalangan sehingga 13 peratus, manakala penurunan sebanyak 17 peratus bagi jenayah pecah rumah jika dibandingkan dengan laporan pada tahun lepas. “Pahang juga mencatatkan laporan lebih baik iaitu menjadi negeri kedua terendah kadar kemalangan paling rendah. “Target kita ialah penurunan sehingga 5 peratus dan lima hari lagi Ops Selamat iaitu sehingga 7 Februari ini mampu mencapai peratus penurunan kemalangan yang baik. “Kadar kematian di jalan raya juga dapat diatasi yang membuktikan keberkesanan Ops selamat iaitu daripada 19 orang purata sehari kepada 11 orang sehari,” katanya kepada media selepas sesi dialog bersama masyarakat di Batu 12, di sini, semalam. Hadir sama, Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab.Ghani. Sementara itu, Salleh berkata, kerjasama semua pihak adalah penting bagi membantu kejayaan pihak polis. “Terdapat kira-kira 5000 anggota polis di Pahang dan tidak mungkin mampu mengawal semua kawasan dan ini memerlukan kerjasama orang ramai. “Tahun ini juga menunjukkan maklum balas lebih baik daripada penduduk yang melaporkan mereka meninggalkan rumah ketika musim bercuti dan ia membantu memudahkan kerja polis, sekali gus mengurangkan kes pecah rumah. “Dengan kekuatan anggota yang ada kita tidak mampu menjaga semua rumah atau kawasan tetapi kajian dibuat bagi mengenal pasti lokasi yang kadar kemalangan atau jenayahnya yang paling tinggi. #sumber
Share:

Kawasan Hospital Bentong Terpaksa Di Pantau Rapi !!


BENTONG - Pemantauan dan pemeriksaan rapi akan dijalankan di setiap tandas dan lokasi tertentu di Hospital Bentong dekat sini bagi mengesan objek mencurigakan seperti kamera tersembunyi. Pengarah Hospital Bentong, Datuk Dr Chandra Sekanan Raman berkata, setiap kakitangan hospital juga diminta melaporkan segera sekiranya terjumpa sesuatu yang mencurigakan. “Langkah sedemikian diambil bagi memastikan keselamatan dan privasi kakitangan mahupun pesakit terjamin. “Sebelum ini, pihak kami ada menjalankan pemantauan berkala terutama di tandas wanita hospital ini namun kini ia akan dipergiatkan dan lebih menyeluruh serta teliti,” katanya. Beliau berkata demikian ketika mengulas penemuan tiga barangan yang mencurigakan antaranya objek berbentuk penyangkut baju bersaiz kecil di bawah singki tandas wanita di unit kecemasan. Chandra berkata, tandas itu hanya digunakan oleh kakitangan dan kejadian yang berlaku merupakan kali pertama seumpamanya. Katanya, pihaknya sudah membuat laporan polis supaya siasatan lanjut dapat dijalankan. “Pihak kami tidak pasti sama ada barangan ditemui itu merupakan kamera tersembunyi atau hanya sekadar gurauan dari pihak tertentu. “Kami menunggu siasatan dari pihak polis berhubung perkara ini untuk tindakan selanjutnya,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor berkata, pihaknya terima laporan perkara itu petang Khamis lalu. Katanya, pihak hospital juga menyerahkan barangan yang ditemui di dalam tandas wanita unit kecemasan itu untuk siasatan lanjut. “Barangan yang ditemui itu akan dihantar ke unit forensik dan laporan penuh diserahkan kepada pihak hospital dalam waktu terdekat,” katanya. #sumber
Share:

Video, Punca Perlawanan JDT Dengan T-team Batal !!


Perlawanan bolasepak  Piala FA  antara Johor Darul Takzim (JDT) dan T-Team di separuh masa keduadi Stadium Larkin terpaksa dihentikan ekoran pasukan T-Team memboikot perlawanan dan pulang awal. Punca ketidakpuasan hati pasukan T-Team masih tidak dapat dipastikan lagi. Bagaimanapun difahamkan ketidakpuasan hati pasukan T-Team berpunca setelah berlaku sedikit pertelingkahan melibatkan jurulatih JDT dan pegawai dari T-Team ketika menuju ke bilik persalinan. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) juga cuba menenangkan keadaan, namun pasukan T-team tetap enggan meneruskan perlawanan. Dalam perlawanan itu, JDT tengah mendahului 2-1 di separuh masa pertama. Difahamkan perlawanan ditangguhkan dan akan menunggu mesyuarat dari Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM untuk menentukan keputusan selanjutnya sama ada perlawanan ulangan, kemenangan percuma atau sebagainya. Penjelasan dari Jurulatih T-Team Azraai khor insiden berkalu apabila pemain T-team telah disepak dan keduanya seorang pegawai kejurulatihan T-team telah ditumbuk semasa mereka menuju persalinan.  Semua kejadian berlaku ketika ketika pasukan masing-masing menuju ke bilik persalinan, dengan faktor itu Pengurusan T-team mengambil keputusan tidak keluar ke padang atas sebab keselamatan. Perlawanan di tunda separuh masa di sebabkan faktor keselamatan bukan kerana penonton antara pasukan. #sumber
Share:

Anwar: PRK DUN Kajang Memang Sengaja Di Rancang !


BUKIT MERTAJAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti-parti sekutu dalam pakatan pembangkang memang telah membuat perancangan untuk mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi memberi laluan kepadanya bertanding di kawasan itu. Beliau berkata peletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh pada 27 Januari lepas juga dilakukan menerusi rundingan terlebih dahulu, dan bukan secara mengejut. "Dia (Chin Cheh) meletak jawatan itu bukan tanpa rundingan. Dia letak (jawatan sebagai Adun) itu memang nak bagi ruang kepada saya untuk bertanding. Kerajaan negeri Selangor juga mengetahui tentang perkara itu. "Dalam politik kena ada kejutan, dan ini (peletakan jawatan Chin Cheh) dianggap sebagai satu strategi kita (Parti Keadilan Rakyat - PKR)," katanya kepada kira-kira 200 ahli jawatankuasa cabang Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan cabang wanita di Yayasan An Nahdoh, Kubang Semang di sini, malam tadi. Anwar juga mengakui bahawa kerajaan negeri Selangor memang berhadapan dengan masalah dalaman tetapi ia dalam keadaan terkawal. "Walaupun kerajaan negeri Selangor ditadbir dengan baik dari aspek urusan ekonomi, tetapi masalah gereja dan bible merupakan masalah yang paling berat di Selangor, jadi saya perlu bantu untuk selesaikan masalah itu," katanya. Anwar juga berkata beliau akan buat penjelasan terperinci mengenai hasratnya bertanding di DUN Kajang Isnin ini, di Kajang bersama dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri  Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR,  Azmin Ali. #sumber
Share:

Saifuddin Abdullah: PRK, UMNO Lebih Awal Membazir


KOTA BHARU - “Kalau hendak dikatakan membazir, maka UMNO lebih awal membazir kerana berlaku dua pilihan raya kecil (PKR) di Selangor suatu ketika dahulu di parlimen Kuala Selangor dan Dun Permatang. “Ini bermakna bukan kali pertama ada wakil rakyat letak jawatan bagi memberi laluan pilihan raya kecil diadakan,” kata bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah. Pada 1997 Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abu Hassan Omar meletak jawatan bagi menggantikan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, sebagai Menteri Besar Selangor. Muhammad meletak jawatan ekoran pertuduhan di mahkamah Australia berikutan kegagalannya mengisytiharkan tunai RM2.4 juta ketika meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane pada Disember 1996. Abu Hassan meletak jawatan sebagai anggota Parlimen Kuala Selangor untuk bertanding di Dun Permatang, yang mana ketika itu disandang Datuk Jamaluddin Adnan. Pada pilihan raya kecil 29 Mei 1997 itu Barisan Nasional mengekalkan kedua-dua kerusi dan Abu Hassan dilantik menjadi Menteri Besar 6 Jun. Saifuddin sekarang sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Global Movement of Moderates berkata, tidak ada sesuatu yang pelik apabila berlaku perletakan jawatan wakil rakyat bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil diadakan. “Begitu juga dengan kes di Perak selepas pilihan raya umum 2008, seeloknya diadakan pilihan raya kecil apabila tiga Adun Pakatan Rakyat beralih sokongan kepada BN,” katanya pada diskusi anjuran kerajaan negeri di Dewan Konvensyen, Kelantan Trade Centre (KTC) malam tadi. Diskusi sebagai gelanggang baru menggantikan wacana mengupas tajuk 'Demokrasi Di Malaysia' turut mengundang anggota parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad, manakala Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff bertindak sebagai moderator. Khalid pula berkata, pilihan raya kecil Kajang diadakan sebagai sebahagian usaha untuk memperkukuhkan lagi Pakatan di Selangor ekoran berlaku beberapa isu sebelum ini. Menurutnya juga Umno kini berhempas pulas mahu merampas Selangor selepas misi mereka pada pilihan raya umum lepas tidak menjadi kenyataan. “Datuk Seri Anwar Ibrahim dibawa untuk memperkukuhkan kedudukan Pakatan di Selangor. Dengan kedudukan sebagai wakil rakyat beliau boleh berperanan dengan lebih rasmi lagi. “Sebelum ini beliau tidak boleh bertindak secara rasmi kerana tidak ada kedudukan di peringkat Dewan Undangan Negeri,” katanya. #sumber
Share:

Ops Khas Motosikal, Sebanyak 122 Saman Di Keluar !!


KUANTAN - Sebanyak 122 saman dikeluarkan ke atas pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan dalam Ops Khas Motosikal bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan beberapa agensi berkaitan di Jalan Teluk Sisek di sini baru-baru ini. Ketua Bahagian Penguat Kuasa JPJ negeri, Nazili Kadir berkata, operasi selama empat jam bermula pukul 8 malam itu melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS). "Dalam operasi bersepadu itu, sebanyak 785 motosikal diperiksa dan pemeriksaan turut dilakukan ke atas kenderaan lain seperti kereta dan lori. "Sebanyak enam motosikal dan sebuah kereta disita atas kesalahan tidak mempunyai cukai jalan yang sah. Selain itu, saman dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, amaran bertulis cermin gelap dan nombor plat yang tidak mengikut spesifikasi," katanya kepada pemberita di sini semalam. Yang turut hadir dalam operasi melibatkan 74 pegawai dan anggota itu ialah Pegawai Turus Trafik Pahang, Deputi Supritendan Mohamad Noor Yusof Ali dan Ketua Operasi Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan KDN negeri, Mohd. Razley Dollah Sani. Menurut Nazili, tujuh lelaki yang merupakan penunggang dan pembonceng motosikal turut ditahan apabila pemeriksaan air kencing dilakukan AADK mendapati mereka positif dadah. "Operasi yang dijalankan ini bukan semata-mata bertujuan keluarkan saman tetapi lebih kepada mendidik pengguna jalan raya agar patuhi setiap peraturan yang ditetapkan. "Semua ini dilakukan dalam usaha kita untuk kurangkan kadar kemalangan yang sebabkan jumlah kematian tertinggi setiap tahun babitkan penunggang dan pembonceng motosikal," jelasnya. #sumber
Share:

Kes Demam Denggi Di Pahang Meningkat 70.8 Peratus


KUANTAN - Kes demam denggi di negeri ini bagi tempoh 1 hingga 26 Januari lalu meningkat sebanyak 70.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Norhizan Ismail berkata, ini berikutan 82 kes denggi dicatatkan dalam tempoh berkenaan tahun ini berbanding 48 kes bagi tempoh sama tahun lalu. Menurut beliau, daerah Kuantan mencatatkan kes demam denggi paling tinggi iaitu 51 kes diikuti Jerantut (tujuh), Temerloh (lima), Pekan (empat), Maran (lima), Raub (tiga), Rompin (dua), Bentong (dua) dan masing-masing satu kes di Bera, Lipis dan Cameron Highlands. "Pada masa ini sebanyak lima lokasi dikesan sebagai kawasan yang aktif berlaku demam denggi di Kuantan iaitu di Taman Mutiara, Semambu Baru, Taman Balok Baru, Taman Pasdec Makmur, Indera Mahkota dan Taman Balok Makmur. "Di antara punca berlaku wabak di kawasan itu adalah kerana terdapat banyak tempat pembiakan nyamuk aedes di dalam rumah dan sampah dibuang merata-rata di kawasan perumahan," katanya. Katanya lagi, untuk itu, jabatan telah ambil langkah pencegahan dan kawalan dengan melakukan semburan kabus ke atas 47,679 premis. "Selain itu, sebanyak 17,834 premis telah dijalankan pemeriksaan dan 4,858 telah diletakkan pemusnah jentik-jentik. Daripada jumlah itu, sebanyak 268 premis telah ditemui terdapat tempat pembiakan aedes," katanya. Beliau berkata, sehingga kini, sebanyak 87 kompaun dengan nilai RM43,500 telah dikenakan kepada orang ramai di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1957. "Sebanyak 49 notis Seksyen 8 telah dikeluarkan bagi arahan kerja pembersihan dan pemusnahan tempat berpotensi pembiakan aedes," katanya. Dalam pada itu, beliau menyeru masyarakat supaya bertanggungjawab pastikan kawasan persekitaran rumah masing-masing dan tempat awam bebas dari pembiakan nyamuk ini. "Mereka diminta dapatkan rawatan segera ke klinik atau hospital  jika alami demam kuat secara tiba-tiba disertai sakit kepada dan badan," katanya baru-baru ini. #sumber
Share:

Video Eksklusif: Piala FA 2014, Pahang VS LionsXII 2-1

Share:

Murid Patah Tangan Gara-Gara Elak Lubang Jalanraya


KUANTAN - Seorang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Penor, dekat sini patah pergelangan tangan kiri akibat terjatuh motosikal ditunggang bapanya ketika mengelak jalan berlubang di Kampung Penor. Bapa mangsa, Mohamed Yasin Mat Ali, 58, berkata, ketika kejadian, dia bersama anaknya, Nur Intan Suraya Mohamed Yasin, 10, dalam perjalanan ke kedai. Menurutnya, ketika sampai di tempat kejadian, terdapat kereta di depan dan di belakangnya. “Kereta di depan cuba mengelak jalan berlubang dan begitu juga saya menyebabkan motosikal hilang kawalan. “Bagaimanapun saya sempat menahan motosikal dengan kaki daripada terjatuh namun Nur Intan terjatuh ke atas jalan. Mujur kereta di belakang sempat brek,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sepat. Mohamed Yasin berkata, pada mulanya, dia tidak menyedari pergelangan anak keempat daripada enam beradik itu patah sehinggalah guru di sekolah tempat anaknya belajar memintanya melakukan pemeriksaan lanjut di klinik. “Selepas melakukan x-ray, doktor mengesahkan dia patah pergelangan tangan kiri. “Sekarang sudah dua minggu dia tidak ke sekolah atas nasihat doktor,” katanya. Mohamed Yasin yang bekerja kontrak bersih pantai, di sini terkilan kerana jalan berlubang yang didakwa sudah tiga tahun tidak dibaiki itu mengakibatkan anaknya mengalami kecederaan. Katanya, jalan berlubang itu berpunca daripada paip pecah menyebabkan lubang sedalam 0.1 meter. “Diharap pihak bertanggungjawab tampil membaiki jalan tersebut kerana bimbang kejadian sama berulang kepada pengguna yang lain. “Mujur kami cedera kecil saja, namun kita tak mustahil kejadian lebih teruk berlaku sekiranya masalah terus berlarutan,” katanya kepada wartawan. #sumber
Share:

Sekolah Tahfiz Pertama Di Kg.Sepakat Kini Beroperasi


ROMPIN - Usaha untuk menubuhkan sebuah sekolah tahfiz oleh penduduk Kampung Sepakat, Kuala Rompin, di sini, sejak tahun 80-an kini menjadi kenyataan apabila ia berjaya ditubuhkan atas usaha generasi sekarang yang juga merupakan pihak pengurusan di surau kampung tersebut. Difahamkan, sekolah tahfiz yang diberi nama Madrasah Tahfiz Al-Umm yang dibina dalam kawasan surau Kampung Sepakat itu juga adalah sekolah tahfiz pertama di daerah ini dan telah beroperasi secara rasmi pada 18 Januari lalu. Setiausaha Madrasah Tahfiz Al-Umm, Abu Bakar Mamat, 46, berkata, sangat bersyukur kerana usaha yang dirintis selama lebih 30 tahun akhirnya terlaksana. “Usaha untuk menubuhkan tahfiz ini telah dirintis generasi awal kampung ini sejak sekitar tahun 80-an dan tahun lalu usaha tersebut disambung generasi sekarang oleh pihak pengurusan Surau Kampung Sepakat. “Sekolah tahfiz ini dikelola sepenuhnya oleh Jawatankuasa Pendidikan Surau Kampung Sepakat yang diketuai ustaz Ibrahim Man,” katanya kepada Sinar Harian. Menurutnya, sumbangan dalam bentuk kewangan dan juga tenaga oleh pelbagai pihak sangat dihargai dan semoga ia akan kekal berterusan. “Sumber kewangan penubuhan sekolah adalah sumbangan masyarakat sekitar dan pelbagai pihak dalam bentuk wang ringgit dan bahan binaan serta makanan. “Namun begitu, pihak sekolah masih lagi memerlukan sumbangan untuk menampung makanan harian pelajar di sini,” katanya. Bilangan pelajar bagi sesi pertama 2014 seramai 20 orang yang datang dari pelbagai tempat antaranya Johor Bahru, Mersing, Pekan dan penduduk tempatan sekitar usia 10 hingga 17 tahun. Kepada yang berminat untuk memberi sumbangan derma kepada Madrasah Tahfiz Al-Umm boleh menyalurkannya melalui akaun Agro Bank atas nama Bendahari Surau Kampung Sepakat di nombor akaun 2006331000007967. Sementara itu, Kadi Daerah Rompin, Adnan Mamat berharap dengan wujudnya sekolah tahfiz itu akan mencetuskan semangat kepada masyarakat untuk lebih mendalami dan belajar al-Quran secara khusus. #sumber
Share:

Orang Asli Paya Pelong Dapat Surau Sumbangan PAS !


TEMERLOH - PAS Pahang melalui Lajnah Dakwah akhirnya berjaya membina sebuah surau di perkampungan Orang Asli Paya Pelong, Kerdau di sini untuk kegunaan beribadat masyarakat di situ yang beragama Islam. Pengerusinya, Shahril Azman Abdul Halim berkata, surau bernilai RM30,000 hasil kutipan dan sumbangan orang ramai itu dibina bagi kegunaan beribadah dan mengembangkan ilmu masyarakat Orang Asli di kampung berkenaan. Menurutnya, Pemuda PAS Kuala Krau mengambil inisiatif sendiri mengumpulkan sumbangan daripada pelbagai pihak termasuk Prihatin Rakyat Pas Pahang dan berjaya membinanya dengan kos RM30,000. “Keseluruhannya di sini ada 140 keluarga Orang Asli dengan penduduk sekitar 500 orang, mereka terdiri daripada lima keluarga Islam, Kebanyakannya hanya beragama nenek moyang dan sedikit beragama Kristian tetapi sudah ada gereja di sini,” katanya. Beliau berkata demikian di majlis penyerahan surau, ziarah dan jamuan rakyat di kampung berkenaan kelmarin. Turut hadir Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Saad, Pengarah PAS DUN Kerdau, Ahmad Mat Yaman, Ketua Pemuda PAS Kuala Krau Shafie Md Esa, Muslimat dan Nisa’. Shahril berkata, pada peringkat awal ini Lajnah Dakwah PAS Pahang mahu rapatkan hubungan dengan Orang Asli dan beberapa perancangan pengisian selepas ini akan dibincangkan dengan pihak Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) apa yang boleh dibantu, sama ada dari sudut kewangan ataupun mengajikan seorang tenaga pengajar. “Apapun yang pentingnya selepas ini surau tidak boleh terbiar,” katanya. Sementara itu tuan tanah yang mewakafkan tanahnya untuk tapak surau, Mohd Aris Abdullah, 45, berkata, sebelum ini kira-kira 30 penduduk Islam Islam di sini tidak ada tempat untuk bersembahyang jemaah, berkumpul dan mengaji. “Terima kasih kami kepada Pas yang berusaha membina surau juga tidak lupa terima kasih kami kepada Jabatan Agama Islam kerana memberi keizinan surau ini dibina. Selepas ini mudahlah kami untuk berjemaah, berdakwah dan belajar termasuk daripada pendakwah Jabatan Agama,” katanya kelmarin. #sumber
Share:

Bongkar: 'Letak Jawatan Beri Laluan', Taktikal Politik Azmin Ali 'Attack' Tan Sri Khalid Ibrahim Sebenarnya


Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan baru-baru ini adalah jelas satu pengkhianatan kepada rakyat terutamanya para pengundi di kawasan terbabit. Atas apa jua alasan sekali pun kami (Angkatan Pembela Rakyat) tetap mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut. Peletakan jawatan Lee adalah merupakan pengkhianatan amanah rakyat kerana kurang daripada lapan bulan yang lalu, rakyat di Kajang mengundinya dengan harapan beliau akan kekal menjadi wakil mereka untuk tempoh lima tahun. Ini membuktikan terdapat kecelaruan politik yang amat keterlaluan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang ini. Justeru, kami beranggapan dalam isu ini krisis dalaman PKR akan semakin meruncing dan seterusnya menghapuskan keyakinan rakyat terhadap parti itu. Bayangkan, baru masuk dua penggal memerintah Kerajaan Negeri Selangor tiba-tiba kecelaruan ini berlaku. Kami tidak nampak isu ini boleh selesai sebegitu mudah walau pun Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali yakin kemelut yang timbul apabila Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang akan diselesaikan dalam masa terdekat.  Dalam isu ini, bukan soal Anwar jadi calon DUN Kajang, tetapi lebih kepadakreadibiliti Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR itu dipertikaikan. Anwar sepatutnya mencari jalan penyelesaian terbaik terhadap krisis peribadi yang ditimbulkan oleh Azmin Ali terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor. Sebagai pemimpin Melayu yang beragama Islam, Anwar hebat berkata-kata maka seharusnya juga hebat mendamaikan anak buahnya. Kegagalan Anwar menyebabkan isu berkenaan berlarutan sejak sekian lama. Adengan memalukan ini tersebar meluas seantero dunia, malah ia merosakkan harapan rakyat untuk melihat perubahan di Malaysia seandainya Pakatan Rakyat berjaya mara ke Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Tindakan ADUN Kajang letak jawatan timbul banyak persepsi rakyat

Bagaimanakah Pakatan Rakyat mahu mentadbir sebuah kerajaan pusat, jika kerajaan negeri pun jadi huru-hara seperti ini?. Anwar adalah “Perdana Menteri Dalam Pembikinan”, tarafnya sama dengan Datuk Seri Najib Tun Razak. Maka apakah asas yang menyebabkan beliau harus bertanding di DUN Kajang selain dari mahu dirinya diangkat sebagai Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid. Sebanyak mana Anwar menafikan, rakyat sudah boleh membaca skrip yang dibuat oleh pemimpin itu. Anwar adalah Penasihat Kewangan, Kerajaan Negeri Selangor sekatang ini. Beliau boleh terlibat secara langsung dalam agenda pembangunan negeri tanpa mengelirukan rakyat seperti sekarang. Apa akan jadi jika Anwar tewas?. Atau pun beliau menang tapi tidak mendapat perkenan untuk menjadi Menteri Besar oleh Sultan Selangor (bukan anak jati)?. Malah, apa akan jadi jika dia tidak dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor?. Atau mungkin di dilantik sebagai Exco, tetapi Khalid masih Menteri Besar?. Bukankah senario ini sama dengan kedudukan beliau yang lebih tinggi sekarang iaitu Penasihat Kewangan Kerajaan Negeri Selangor. Maka, kenapa Anwar melatah mahu mencalonkan dirinya untuk bertanding di kerusi DUN Kajang?. Standard Anwar ialah menajdi Perdana Menteri, bukannya Ahli  Dewan Undangan Negeri (ADUN). 

Isu tamat kontrak Azmin di PKNS jadi sebab utama berlaku PRK Kajang

Inilah yang memusykilkan rakyat sekarang ini. Nampak benar ada agenda peribadi yang tersembunyi terhadap isu seperti ini. Rakyat tidak marah jika ADUN Kajang letak jawatan kerana ada isu panas, skandal atau masalah peribadi. Tetapi, apa yang berlaku Lee Chin Cheh letak jawatan secara tiba-tiba tanpa ada alasan yang munasabah. Anehnya, ia sokong pula oleh ramai pemimpin PKR sendiri atas alasan demi kepentingan negeri dan rakyat serta atasi sebarang pertimbangan peribadi. Malah, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin dengan jelas pada sidang medianya baru-baru ini berkata tindakan ADUN Kajang itu adalah untuk membuka ruang kepada PKR dan Pakatan Rakyat tawarkan pemimpin yang lebih berkaliber dan berpengalaman untuk pimpin Selangor sebagai Menteri Besar. Persoalannya, Anwar berkali-kali menolak dakwaan kononnya pemilihan beliau sebagai calon PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang sebagai usaha membolehkan beliau menjadi Menteri Besar Selangor.  Alasan dangkal dan lemah inilah menyebabkan rakyat membaca hasrat Anwar Ibrahim itu. Persoalannya, kenapa beliau tidak perbetulkan punca masalah sebenarnya iaitu krisis peribadi Azmin terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim. Kenapa harus menekan MB dengan adengan yang boleh mengganggu pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sekarang ini. Bila spekulasi MB akan diganti, ia memberi tekanan psikologi kepada pemimpin terbabit (Tan Sri Khalid), ditambah lagi dengan perletakkan jawatan ADUN Kajang dan Anwar awal-awal lagi dicalonkan untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di situ nanti. Kenapa tidak tunggu selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adakan mesyuarat dan umum tarikh penting seperti Hari Pencalonan dan Pengundian baru pengisytiharan calon dibuat. Ini membuktikan kepada kita bahawa Anwar punya agenda tersembunyi terhadap Tan Sri Khalid sebenarnya.

Azmin dan Tan Sri Khalid pasti akan terus bermusuh selepas PRK Kajang

Kami melihat Anwar kini sengaja menjatuhkan imej beliau dimata penyokong Pakatan Rakyat terutamanya PAS dan DAP. Tindakan letak jawatan dan kemudiannya memberi laluan kepada beliau untuk bertanding seolah-olah Anwar melihat isu ini sebagai “political game” untuk beliau dan kuncu-kuncunya. Dia tahu Azmin Ali punya agenda tersirat dan sering menyerang (attack) Tan Sri Khalid, tetapi Anwar yang sepatutnya bebas dan berkecuali banyak bercakap menyokong Azmin Ali sebenarnya. Malah, dalam isu Azmin menduduh Presiden PKR, Wan Azizah Ismail amalkan kronisme sewaktu mencalonkan nama Menteri Besar Selangor dulu, Anwar sedikit pun tidak berani menegur tindakan Azmin walau pun Wan Azizah itu adalah isterinya. Sebab itu, kita tidak hairan Anwar banyak membela Azmin termasuk dalam isu perbelanjaan berhemah yang diamalkan Khalid dan isu penamatan kontrak jawatan Azmin daripada menjadi Ahli Lembaga Pengarah PKNS baru-baru ini. Anwar senantiasa keluarkan kenyataan yang berpihak kepada Azmin Ali. Oleh itu, kami melihat isu perletakkan jawatan ADUN Kajang hanyalah helah semata-mata untuk Azmin berkompromi dengan Anwar Ibrahim dalam usaha meneruskan agenda menjatuhkan Tan Sri Khalid dari jawatan Menteri Besar.  Hujah ini dikuatkan lagi dengan tersebarnya maklumat Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri telah mendapat sokongan akar umbi untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini dipegang oleh Azmin. Lantaran itulah Azmin perlu lakukan sesuatu agar Khalid digagalkan dalam misi tersebut. Jika pada pemilihan lalu, dalam pertembungan beliau dengan Datuk Zaid Ibrahim, senarionya juga sama. Anwar mendakwa dia bebas dan tidak menyokong mana-mana pemimpin tetapi selalu usung Azmin ke hulur ke hilir termasuk ketika Pilihanraya Kecil Batu Sapi di Sarawak. Akhirnya Zaid diterajang secara halus, apabila orang-orang Azmin Ali menguasai 90% Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR untuk menentukan semua jumlah undi. Akhirnya Zaid Ibrahim terpaksa undur diri dari PKR akibat perbuatan Azmin Ali, dan beliau menang besar selepas calon terbabit (Zaid Ibrahim)  itu tidak menruskan saingan.

Zaid Ibrahim. pernah jadi mangsa Azmin dan Anwar ketika Pemilihan 2010

Kini, modus operandi yang sama dilakukan oleh Azmin bagi berhadapan dengan pemilihan parti yang dijangka akan diadakan pada bulan Mac 2014 ini nanti. Tekanan diberikan kepada Tan Sri Khalid agar peluang untuk Azmin kekalkan jawatan beliau semakin cerah. Sebab itu kami tidak hairan Azmin mengatakan ia adalah “perletakkan jawatan ADUN Kajang adalah taktikal politik”. Sebenarnya ia lebih kepada taktikal politik beliau memastikan masa depan Tan Sri Khalid merudum, bukannya taktikal politik terhadap Barisan Nasional (BN). Maka itulah kami juga melihat, tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini jelas tidak mendapat restu daripada rakan-rakan kepimpinan Pakatan Rakyat yang lain sama ada dari DAP mahu pun PAS. Mereka tertipu dengan “taktikal poilitik peribadi Azmin Ali”. Rakyat juga tertipu dengan agenda perubahan yang ingin dibawa di negeri Selangor, sedangkan umum mengetahui kepimpinan Tan Sri Khalid adalah yang terbaik buat PKR sekarang ini. Isu yang dibangkitkan kononnya Tan Sri Khalid terlalu berhemah dan berjimat cermat hingga menyebabkan Azmin Ali dan konco-konconya resah sebab kekurangan dana untuk menggerakkan parti. Lantaran itulah peluang yang ada akan digunakan sebaiknya untuk memastikan MB Selangor itu berundur secara terhormat. Dengan cara ini barulah Azmin puas hati dan Anwar mahu diangkat sebagai Menteri Besar Selangor yang baru supaya memudahkan beliau dan Anwar agih-agihkan sumber kekayaan negeri untuk parti.

Apakah ini cara pemimpin PKR, bermusuh hanya kerana masalah peribadi

Di Pahang, Anwar juga gagal mendamaikan Dato' Fauzi dan Azan Ismail dulu

Inilah agenda besar yang mahu dilakukan di Selangor sekarang, memandangkan negeri itu adalah sebuah negeri yang kaya tetapi tempias kekayaan itu gagal diuruskan dengan baik kononnya oleh Tan Sri Khalid Ibrahim. Bagi mereka, urusan yang baik ialah banyakkan projek-projek kepada kroni dan proksi supaya masing-masing dapat membina kekayaan peribadi sesama sendiri. Selama ini mereka tuduh UMNO, tetapi kini usaha yang sama mahu dilakukan oleh Azmin Ali demi kepentingan peribadi beliau dan bukannya buat rakyat itu sendiri. Lantaran itulah rakyat kini semakin muak dengan perangai Azmin Ali. Satu persatu isu dicetuskan demi kepentingan diri. Oleh itu, kami menyeru supaya pihak terutamnya penyokong Pakatan Rakyat berhati-hati dengan perosak parti seperti ini. Berjuang atas nama mahu membawa perubahan buat rakyat tetapi sebaliknya mempunyai perasaan hasad dengki, khianat dan juga agenda peribadi tersendiri untuk menguasai parti. Tan Sri Khalid bakal jadi mangsa jika tiada kekuatan berhadapan dengan semua tekanan ini. Apa yang pasti, dengan insiden terbaru ini diharapkan rakyat serta pimpinan PAS dan DAP menilai semua kerjasama dengan PKR dalam Pakatan Rakyat selagi ada “virus politik” bernama Azmin Ali. Jika tidak sudah pasti, masalah baru yang lebih besar akan dicetuskan selagi cita-cita politik beliau tidak tercapai. Sudah tiba masanya, pimpinan Pakatan Rakyat yang lain memikirkan masa depan hubungan mereka jika tidak mahu Azmin menjadi “liabiliti”. Bayangkan jika Azmin menggantikan Anwar Ibrahim selepas ini, maka sudah pasti akan bertambah parah lagi. Kami juga amat menyokong beberapa kenyataan daripada pimpinan PAS dan DAP serta NGO Bersih 2.0 yang juga tidak bersetuju dengan cara PKR ini. Tiada perundingan, tiada perbincangan dan tiada segalanya, sedangkan bila sesuatu pilihanraya kecil itu diadakan jentera PAS dan DAP akan digunakan sepenuhnya kelak. Apapun, kami yakin Anwar Ibrahim akan menang besar di DUN Kajang nanti kerana itu adalah "kerusi selamat" buat beliau.


Azmin mendakwa letak Anwar gerakan taktikal politik PKR, tapi hakikatnya
 PRK Kajang itu adalah taktikal Azmin  jatuhkan Tan Sri Khalid sebenarnya

[Kesimpulannya, perletakkan jawatan ADUN Kajang adalah satu taktikal politik untuk Azmin memastikan karier politik Tan Sri Khalid merudum. Menganggu pentadbiran sesebuah Kerajaan Negeri dengan berbagai isu sememangnya tindakan tidak masuk dek akal yang dlihat rakyat terhadap Azmin Ali. Bermula dari krisis Azmin-Zaid kini Azmin-Tan Sri Khalid, maka beliau adalah "makhluk perosak" yang pasti akan menggagalkan hasrat Pakatan Rakyat untuk menakluki Putrajaya kelak. Apa akan jadi jika Anwar sudah tiada dan Azmin memimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), bermula dari Azamin PKR berpecah belah. Malah, kemungkinan besar juga dengan adanya Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang selewat-lewatnya bulan Mac ini, membolehkan Pemilihan PKR 2014 ditangguhkan lagi. Ia memberi kelegaan kepada Azmin. Usaha mengangkat Anwar sebagai Menteri Besar Selangor harus dilakukan agar masa depan politik Tan Sri Khalid terus berliku. Rasionalnya, jika MB Selangor itu sudah tiada jawatan besar dalam parti maka mana mungkin beliau boleh mencabar Azmin untuk kerusi Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti itu nanti. Azmin akan menang selesa untuk terus memimpin parti. Inilah yang dimahukan demi melempiaskan matlamat peribadi dan bukan lagi untuk parti. Azmin terlalu risau jika beliau tertewas ditangan Tan Sri Khlaid pada pemilihan kali ini. Beliau akan lebih malu dan masa depan politiknya juga akan terus terumbang ambing. Lantara itulah ADUN Kajang, Lee Chin Cheh dijadikan "kambing hitam" untuk melempiaskan nafsu seorang individu. Rakyat harus sedar permainan politik seperti ini. Atas nama perjuangan, kepentingan peribadi harus diketepikan demi parti. Namun, segalanya indah khabar dari rupa. Lantaran itu, kita tidak hairan Azmin senantiasa menyerang Tan Sri Khalid walau pun dia tahu mereka adalah dari kelompok, parti dan darah perjuangan yang sama. Inilah tindakan bodoh Azmin!].
Share:

Pemilihan PKR: 'J/Kuasa Pemilihan Pusat' Perlu Bebas Dari Pengaruh Pemimpin, Jika Mahu Demokrasi Subur

KUANTAN, 1 Feb - Rata-rata ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) peringkat akar umbi mengesa pucuk pimpinan tertinggi parti agar serius untuk mengamalkan amalan demokrasi pada Pemilihan parti itu tidak lama lagi. Ini agi menggelakkan persepsi buruk dikalangan rakyat yang melihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) diwujud atas landasan keadilan dan ingin membawa perubahan. Namun, apa yang berlaku pada pemilihan parti sebelum ini (2010) amatlah mendukacitakan hingga membawa bekas calon Timbalan Presiden, iaitu Datuk Zaid Ibrahim terpaksa undur diri dari parti akibat tidak tahan dengan permainan politik pihak tertentu yang mengawal Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR itu sendiri. Menurut seorang bekas calon yang dihalang bertanding pada pemilihan 2010, iaitu Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) atau lebih dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau berkata, memang wujud kecurangan yang melampau pada pemilihan parti itu dulu. "Saya sendiri yang mahu menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) di Cabang Kuantan telah dihalang dengan berbagai alasan oleh Ketua Cabang itu Fuziah Salleh. Selain dari saya, ahli lain yang turut mahu bertanding jawatan Ketua Cabang, Timbalan Ketua Cabang serta ain-lain jawatan telah dinafikan hak.. sama ada diarahkan tarik diri atau masalah teknikal ketika penyerahan borang seperti yang berlaku kepada calon Ketua Cabang Saudara Romagan (Megat) dulu. Akhirnya di Cabang Kuantan, hanya jawatan Naib Ketua sahaja yang dipertandingkan, sebaliknya jawatan lain semua dimenangi secara percuma oleh kumpulan terbabit yang sudah siap sedia dengan cai-cai mereka... Amalan demokrasi hancur gara-gara tindakan pihak  yang didalangi pemimpin kanan parti (Azmin) yang mahukan orang mereka menang ketika itu", kata Shukri. 

Antara kempimpinan JPP yang baru dilantik yang terdiri daripada 
Dato’ Johari Abdul dan Timbalannya, Datin Paduka Tan Yee Kew

Fuziah Salleh, antara Ketua Cabang yang dimenangkan bertanding secara
kontroversi akibat masalah teknikal lawannya yang amat meragukan

Justeru katanya, melihat kepada pembaharuan yang dilakukan oleh PKR sekarang ini beliau amatlah berharap insiden sebegitu tidak berlaku lagi. "Difahamkan, Majlis Pimpinan Pusat dalam mesyuaratnya pada 15 Januari 2014 telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) untuk melaksana dan mengawal selia Pemilihan Parti 2014. Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) yang dipengerusikan oleh Dato’ Johari Abdul, Ahli Parlimen Sg Petani, Timbalannya, Datin Paduka Tan Yee Kew dan tujuh orang ahli jawatankuasa yang terdiri daripada kalangan anggota kanan Parti yang berwibawa dan berpengalaman luas dalam pemilihan dan pilihan raya. Maka itu, JPP haruslah ebih profesional dan tidak ahlinya tidak dimonopoli oleh kumpulan tertentu semata-mata seperti sebelum ini", tambah Shukri. Menurut beliau, pada Pemilihan PKR 2010 dulu sebenarnya banyak kes dan laporan yang tidak diselesaikan oeh JPP. Bukan setakat tidak diselesaikan, malahan langsung tidak diberi perhatian sewajarnya untuk dibicarakan hingga ke hari ini. 

Pertembungan Zaid-Azmin berakhir dengan bekas menteri itu berundur dari
PKR akibat tak tahan dengan  penyelewengan pemilihan yang berlaku 

"Cabang Indera Mahkota misalnya, antara cabang pertama yang mengadakan pemilihan... Satu laporan telah dihantar ke pusat dengan bayaran sebanyak RM50 untuk menyiasat penyelewengan yang berlaku pada pemilihan yang mempertemukan Azan Ismail dengan Razali Alias untuk jawatan Ketua Cabang ketika itu. Janji JPP untuk menyiasat, sampai sudah dibakul sampahkan.. JPP lembab untuk menyiasat apabila melibatkan kes orang-orang Azmin Ali. Malah saya difahamkan hampir 90% ahli JPP adalah terdiri dari kalangan orang-orang Azmin Ali. Sebab itu banyak keputusan meragukan berlaku... pegawai JPP di lokasi sekadar menelefon ke pusat untuk memaklumkan keputusan.. siap boleh bawa balik orang pemilihan ke rumah .. mana yang kata telus?. Ada tempat orang lain menang diubah keputusannya. Ada tempat jumlah pengundi hanya 100 orang tapi keputusan menang lebih 300 orang... Semua ini berlaku pada Pemilihan PKR 2010 dulu. Ketelusan JPP amat diragui sekali.. ramai yang tidak mendapat pembelaan.. Di mana orang Azmin Ali kalah, disitu akan berlaku insiden baling kerusi dan sebagainya agar pemilihan dibatalkan dan diadakan semula. Inilah bibit-bibit perpecahan yang berlaku dalam PKR. Akibatnya, ramai pemimpin yang tidak menyokong Azmin Ali pada pemilihan 2010 dibatalkan namanya sebagai calon PKR pada Pilihanraya Umum Ke-13 yang lalu. Semua ini kerana sikap dendam kesumat yang ada dalam hati pemimpin, walhal dia sendiri berkata kiambang bertaut selepas pemilihan.. tapi hanya indah khabar dari rupa", tambah Shukri.

Laporan penyelewengan ketika pemiihan PKR Cabang Indera Mahkota
yang terawal dihantar ke JPP dengan caj RM50, tapi keputusannya?

Azmin khabarnya sekali lagi akan dicabar untuk jawatan Timbalan Presiden
pada pemilihan PKR ini, apakah Tan Sri Khalid lawan yang dimaksudkan?

Beliau juga tidak menolak kemungkinan besar pemilihan PKR pada kali ini leih dasyat daripada yang berlaku pada tahun 2014. Ini kerana katanya, besar kemungkinan kedudukan Azmin Ali sekali lagi akan dicabar oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Berdasarkan kepada senario terkini, dengan isu Pilihan Raya Kecil DUN Kajang yangs engaja diadakan bagi mengurangkan pengaruh Tan Sri Khalid di negeri Selangor, maka kemungkinan besar kempen dan pemilihan kali ini pasti panas dan penuh dengan adengan yang tidak diingini sebenarnya. "Saya melihat, selagi ada sikap berpuak-puak dan cai-cai dalam parti, maka selagi itu amalan demokrasi tidak dapat disuburkan dalam PKR. Jika selama ini kita marah kononnya SuruhanjayaPilihan Raya (SPR) tidak telus dalam menjalankan pilihanraya di negara kita.. apa yang berlaku sama juga dalam pemilihan PKR.. lebih dasyat ahi penyelewengan dan penipuan dilakukan oleh kepimpinan parti yang mahu terus kekal berkuasa. Jika dalam parti sendiri mereka gagal amalkan demokrasi, maka bagaimana mereka dengan bangganya mahu tuduh SPR itu tidak demokrasi. Inilah yang dinamakan cakap tak serupa bikin", dakwa Shukri yang kini bergerak aktif bersama Angkatan Pembela Rakyat (Angkara).

[Tidak ramai ahli PKR yang berani untuk mendedahkan isu-isu panas seperti ini kerana majoriti mereka takut diambil tindakan tatatertib atau dipecat dari parti akibat menegur pemimpin. Tetapi, apalah guna perjuangan jika takut untuk berkata benar walau pun pahit untuk ditelan. Inilah masalah yang berlaku kepada ahli-ahli parti, mereka ditakutkan demi menjaga nama dan karier politik pemimpin tertentu. Walhal mereka juga marah dan kecewa apabila JPP gagal menyiasat setiap dakwaan yang dibuat oleh cabang-cabang selepas pemilihan 2010 hingga ke hari ini. Janji tinggal janji, namun segalanya akhirnya ditutup rapat-rapat demi menjaga kepentingan proksi pemimpin tertentu. Akhir JPP yang memang kurang pengalaman dan ketelusan itu hanya menjadi kambing hitam untuk memastikan kemenangan pemimpin yang ditolak oleh ahlinya sendiri. Samalah juga dengan tuduhan yang dibuat terhadap SPR yang menjadi alat untuk memenangkan pemimpin yang ditolak oleh rakyat. Apapun, diharapkan agar pemilihan PKR kali ini dapat berjalan dengan baik dan tenang tanpa sebarang kekecohan seperti dulu. Petugas JPP pula perlu benar-benar bebas dan bukan dimonopoli oleh penyokong pemimpin tertentu. Seeloknya, JPP itu biarlah orang luar yang lebih telus dan adil daripada orang parti yang memang sudah pasti akan pastikan pemimpin yang mereka sokong itu capai kemenangan walau pun sepatutnya pemimpin itu kalah].
Share:

Tan Sri Khalid Tegur, Faekah Pertahankan Diri Beliau

MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tidak bersetuju  medium laman 
sosial digunakan  untuk membangunkan atau menjatuhkan orang lain.
Share:

PKR Pahang Yakin Keputusan Di Buat Majlis Presiden


KUANTAN - PKR Pahang menyokong sepenuhnya pencalonan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PRK Dun Kajang dan yakin apa yang dilakukan adalah hasil persetujuan semua pihak dalam PR. Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abd Rahman berkata, tindakan yang diambil adalah hasil perbincangan Majlis Presiden antara Pas, PKR serta DAP dan ia bukannya dibuat satu pihak sahaja. Menurutnya, apabila Majlis Presiden bertindak melakukan sesuatu, bermakna ada kebijaksanaan dalam setiap keputusan. “Kita faham banyak perkara yang orang ramai tidak tahu dan sebahagiannya beransur-ansur didedahkan. “Bila tiba masanya, Anwar sendiri akan terangkan dan kita PKR Pahang menyokong sepenuhnya walaupun tindakan diambil itu menimbulkan banyak kritikan,” katanya, semalam. Fauzi berkata, kritikan luar adalah perkara biasa tetapi kritikan dalaman agak luar biasa kerana mereka tidak memahami apa yang berlaku. “Tindakan telah diambil bermakna ada perbincangan antara Majlis Presiden dan diyakini ia perkara serius demi kepentingan rakyat," katanya. Beliau berkata, apa yang ditunggu sekarang ialah keputusan Umno dan MCA untuk meletakkan calon bertanding atau sebaliknya. “Jika mereka kata ini hanya membazirkan duit, bagaimana pula nilai untuk kita buktikan demokrasi. Kenapa tidak bandingkan pembaziran yang dilakukan pemimpin pemerintah dan PRK ini sebenarnya tidak timbul isu pembaziran. “Jika betul membazir, mereka boleh kekalkan kerusi PKR dan jangan cakap tidak serupa bikin,” katanya lagi. #sumber
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.