KUANTAN - PKR Pahang menyokong sepenuhnya pencalonan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PRK Dun Kajang dan yakin apa yang dilakukan adalah hasil persetujuan semua pihak dalam PR.
Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abd Rahman berkata, tindakan yang diambil adalah hasil perbincangan Majlis Presiden antara Pas, PKR serta DAP dan ia bukannya dibuat satu pihak sahaja.
Menurutnya, apabila Majlis Presiden bertindak melakukan sesuatu, bermakna ada kebijaksanaan dalam setiap keputusan.
“Kita faham banyak perkara yang orang ramai tidak tahu dan sebahagiannya beransur-ansur didedahkan.
“Bila tiba masanya, Anwar sendiri akan terangkan dan kita PKR Pahang menyokong sepenuhnya walaupun tindakan diambil itu menimbulkan banyak kritikan,” katanya, semalam.
Fauzi berkata, kritikan luar adalah perkara biasa tetapi kritikan dalaman agak luar biasa kerana mereka tidak memahami apa yang berlaku.
“Tindakan telah diambil bermakna ada perbincangan antara Majlis Presiden dan diyakini ia perkara serius demi kepentingan rakyat," katanya.
Beliau berkata, apa yang ditunggu sekarang ialah keputusan Umno dan MCA untuk meletakkan calon bertanding atau sebaliknya.
“Jika mereka kata ini hanya membazirkan duit, bagaimana pula nilai untuk kita buktikan demokrasi. Kenapa tidak bandingkan pembaziran yang dilakukan pemimpin pemerintah dan PRK ini sebenarnya tidak timbul isu pembaziran.
“Jika betul membazir, mereka boleh kekalkan kerusi PKR dan jangan cakap tidak serupa bikin,” katanya lagi. #sumber
Lufthansa’s shares tumble after airline cuts outlook on Mideast war
-
The aviation group expects core profit of between US$2 billion and US$2.5
billion for 2026, after previously forecasting 'significantly' higher
earnings fo...
2 jam yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan