script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Wee Ka Siong: Isu Air, Bukti Anwar Dan Khalid Tidak Serasi


KAJANG - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kerajaaan Persekutuan bagi penstrukturan semula industri air Selangor semalam, tanpa memaklumkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, menunjukkan tiada penyelarasan dan koordinasi antara kedua-dua pemimpin itu.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong menyifatkan Khalid mempunyai keberanian dalam berpolitik kerana tidak membincangkan perkara itu dengan Ketua Pembangkang serta mendahulukan kepentingan rakyat di Selangor.

"Saya akui bahawa pemeteraian MoU menunjukan keikhlasan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri di bawah kepimpinan Khalid dalam mencari satu penyelesaian meskipun ia (isu air) telah lama berlarutan.

"Sekurang-kurangnya, ia demi masa depan yang lebih baik bagi memastikan bekalan air tidak terputus di negeri ini," katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan MCA bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kajang di Taman Berjaya, di sini hari ini.

Semalam, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili mewakili Kerajaan Persekutuan bersama Khalid menandatangani MoU penstrukturan semula industri air Selangor di Bangunan Putra Perdana, Putrajaya.


Namun, Anwar memberitahu media bahawa beliau tidak dimaklumkan mengenai MoU berkenaan. - Bernama

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tragedi Maut Akibat Pokok Tumbang Di Janda Baik, Wan Rosdy Anggap Pemergian Mohd Radzi Kehilangan Besar Buat UMNO Pahang

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Rad...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.