script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Keluarga "Mohon Inkues Punca Kematian" Pelajar Tahfiz


KOTA BAHARU: Keluarga seorang pelajar sekolah tahfiz yang mayatnya ditemui tergantung di dalam tandas sekolah berkenaan pada Disember tahun lalu memohon agar diadakan inkues bagi menyiasat punca sebenar kematian pelajar itu.
Bapa pelajar itu, Wan Abdul Rahman Wan Yaakob, 68, berkata inkues perlu diadakan kerana yakin anaknya, Wan Ahmad Faris, bukannya mati kerana membunuh diri.
"Saya yakin anak saya mati dibunuh berdasarkan kepada beberapa petunjuk dan inkues ini perlu diadakan untuk membersihkan nama arwah dan nama kami sebagai ibu bapanya," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu di sini, Rabu.
Turut hadir isterinya Rohani Hussin, 59, dan peguam keluarga itu Alias Ibrahim.
Pada 14 Dis lalu, mayat Wan Ahmad Faris yang merupakan pelajar Tingkatan Empat Sekolah Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas di sini ditemui mati tergantung dalam keadaan memakai baju dan berjaket.
Mayatnya ditemui penyelia asrama selepas menghidu bau busuk dari dalam tandas asrama tersebut.
Pakar forensik yang melakukan bedah siasat terhadap mayatnya bagaimanapun mengesahkannya sebagai kematian mengejut dan tiada kaitan dengan unsur jenayah.
Polis yang menyiasat kes itu juga tidak menjumpai sebarang benda atau senjata berbahaya di lokasi kejadian malah tiada sebarang kecederaan fizikal pada tubuh mangsa yang menunjukkan pelajar tersebut bergelut atau diserang.
Wan Abdul Rahman berkata laporan polis yang pertama dilakukan keluarganya pada Januari lalu dan sehingga kini keluarganya tidak dimaklumkan sebarang perkembangan lanjut.
"Ini kali kedua laporan polis yang saya buat dan berharap sesuatu dapat dilakukan. Kami sekeluarga tidak percaya anak kami membunuh diri kerana dia merupakan seorang pelajar yang tahu hukum hakam agama selain hafaz al-Quran," katanya. Bernama

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tragedi Maut Akibat Pokok Tumbang Di Janda Baik, Wan Rosdy Anggap Pemergian Mohd Radzi Kehilangan Besar Buat UMNO Pahang

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Rad...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.