script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Zulkifly: Program Kesihatan MPK Untuk Kakitangan Obesiti


KUANTAN - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) buat pertama kalinya menganjurkan program Cegah Sebelum Parah dalam usaha meningkatkan tahap kesihatan dalam kalangan pegawai dan kakitangannya.

Yang Dipertua MPK, Datuk Zulkifli Yaacob berkata, seramai 101 orang peserta yang mempunyai indeks berat badan (BMI) melebihi 28 atau obesiti dipilih menyertai program selama empat bulan yang akan berakhir pada Jun ini.

"Daripada kira-kira 1,400 pegawai dan kakitangan MPK, sebanyak 40 peratus dikenal pasti mempunyai masalah obesiti ketika ujian saringan diadakan awal bulan lalu.

"Kita merangka satu program agar mereka yang terlibat mendapat BMI yang sihat dan boleh menjalankan tugas hakiki dengan sempurna tanpa sebarang masalah kesihatan pada masa akan datang," kata beliau.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya yang dibacakan oleh Ahli Majlis MPK, Datuk Dr. Abd. Wahid Abd. Manap pada majlis Pelancaran Edisi Khas Cegah Sebelum Parah MPK di sini baru-baru ini.

Menurut Zulkifli, dalam tempoh tersebut setiap peserta perlu mengikuti aktiviti dianjurkan MPK termasuk mengawal pemakanan agar objektif yang dihasratkan tercapai dengan jayanya.

"Selain mengikuti senamrobik setiap hari selama satu jam, mereka turut digalakkan bersukan melalui kempen MPK iaitu 1Warga 1Sukan.

"Peserta yang berjaya mencapai berat badan ideal pada Jun ini akan menerima sebuah motosikal bernilai RM5,000 bagi tempat pertama, barangan bernilai RM3,000 bagi tempat kedua dan ketiga juga berupa barangan bernilai RM2,000," jelasnya.

Beliau berharap peserta yang terlibat dapat menyahut cabaran tersebut demi kebaikan dan kelangsungan kesihatan unggul.

Sementara itu, seorang peserta, Nurul Hafizah Mohamad, 30, berkata, dia teruja menyertai program sedemikian memandangkan tugasnya sebagai Penolong Pegawai Tadbir tidak banyak bergerak dan kurang mengeluarkan peluh.

"Bila ada program seperti ini sekurang-kurangnya dapat membantu usaha menguruskan badan," katanya yang tinggal di Indera Mahkota.

Bagi Penolong Pegawai Undang- undang, Muhamad Haizad Zolpani, 26, program tersebut sangat membantu kerana dapat meningkatkan semangat untuk mendapatkan berat badan yang ideal di samping menjaga kesihatan.

"Kami rasa bertuah kerana program ini menyalurkan pelbagai maklumat mengenai penjagaan kesihatan melalui seminar dianjurkan bersama Jabatan Kesihatan," jelasnya. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tolak Politik Kacau Bilau, Pemuda AMANAH Pahang Ikrar Pertahan Kerajaan Perpaduan Negeri Pimpinan Menteri Besar Wan Rosdy

KUANTAN : Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Pahang menegaskan pendirian untuk terus mempertahankan Kerajaan Perpaduan negeri pimpin...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.