script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Taib Di Jangka Menerima Watikah 'YDP Sarawak' Jumaat Ini


KUCHING - Tan Sri Abdul Taib Mahmud dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk menerima watikah pelantikan sebagai Yang Dipertua (YDP) Negeri Sarawak ketujuh, Jumaat ini.
Bernama difahamkan istiadat penyerahan watikah pelantikan itu akan diadakan di Istana Negara di ibu negara kira-kira 3 petang.
Taib, yang akan melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri pada 28 Feb ini, kemudiannya dijadual pulang ke Kuching pada hari yang sama.
Menurut kenyataan Unit Perhubungan Awam dan Hal Ehwal Korporat, Jabatan Ketua Menteri yang dihantar ke Bernama di sini hari ini, acara sambutan YDP baharu akan diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, 8 malam.
Keesokannya, istiadat mengangkat sumpah YDP baharu dijadual diadakan di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN), Petra Jaya.
Bernama juga difahamkan, majlis istiadat mengangkat sumpah Ketua Menteri Sarawak yang baharu oleh Tan Sri Adenan Satem akan turut diadakan pada 28 Feb di hadapan Yang Dipertua Negeri ketika ini, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng kira-kira jam 9 pagi di Astana Negeri, di sini.
Ini merupakan acara terakhir Tun Abang Muhammad Salahuddin sebagai YDP Sarawak sebelum tugas tersebut diambil alih oleh Taib.
Pelantikan Taib sebagai YDP akan menyaksikan beliau perlu melepaskan semua jawatan politik, termasuk presiden Parti Pesaka Bumiputera (PBB) dan Anggota Dewan Undangan Negeri Balingian.
Bagaimanapun setakat ini belum dapat dipastikan sama ada beliau sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Adun.Pengosongan kerusi itu akan menyaksikan pilihan raya kecil (PRK) Balingian perlu diadakan.
Tempoh Dewan Undangan Negeri Sarawak tamat pada 20 Jun 2016 dan tempoh dua tahun bermula 21 Jun 2014. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, pilihan raya kecil tidak perlu diadakan jika terdapat sebarang kekosongan dalam tempoh dua tahun Dewan Undangan Negeri tamat tempoh.
Pada Pilihan Raya Negeri 2011, Taib mengekalkan kerusi itu dalam persaingan tiga penjuru menewaskan Suriati Abdullah (PKR) dan Datuk Salleh Jafaruddin (Bebas) dengan majoriti 5,154 undi. - Bernama
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tragedi Maut Akibat Pokok Tumbang Di Janda Baik, Wan Rosdy Anggap Pemergian Mohd Radzi Kehilangan Besar Buat UMNO Pahang

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Rad...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.