script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

MP Lipis: Ibu Bapa Perlu Selami Masalah Anak-Anak Mereka


KUALA LIPIS  - Ibu bapa perlu menitikberatkan nilai kasih sayang serta menyelami masalah anak-anak untuk mengelakkan mereka dihimpit gejala sosial yang merosakkan institusi keluarga dan masyarakat.

Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad berkata, gejala sosial membabitkan anak-anak disebabkan pengabaian tanggungjawab segelintir ibu bapa juga memberi impak serta membantutkan proses transformasi pembangunan negara pada masa akan datang.
Beliau berkata, senario itu akan menyebabkan landasan transformasi modal insan menerusi pendidikan dan pembentukan sahsiah terganggu.

"Masalah sosial membabitkan anak timbul kerana kita (ibu bapa) tidak lagi memberi perhatian berat kepada institusi keluarga.

"Akibat terlalu mengejar kepentingan keduniaan dan kebendaan sehingga lalai dan tidak mengendahkan kebajikan dan kepentingan ahli keluarga kita," katanya kepada pemberita semasa merasmikan Hari Keluarga Kampung Redan, dekat sini kelmarin.

Menurut beliau, ibu bapa seharusnya berusaha memastikan anak-anak dididik dengan sempurna dan tidak mengabaikan kebajikan mereka.

"Ibu bapa juga perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan Islam mengenai pengurusan keluarga untuk menghadapi ledakan global khususnya elemen mengganggu sahsiah anak-anak.

"Akibat kurang pengetahuan institusi kekeluargaan, anak-anak akan terbiar tanpa perhatian dan pendidikan yang cukup," jelasnya.

Abdul Rahman yang juga Ketua UMNO Bahagian Lipis berkata, program hari keluarga yang dianjurkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) antara mekanisme mengeratkan hubungan kejiranan penduduk termasuk pemimpin setempat.

"Kita berkumpul bukan sahaja untuk berkenduri-kendara dan sukaneka tetapi boleh bertukar-tukar fikiran dan turut menyumbang peranan mengawasi kegiatan anak-anak berasaskan rukun kejiranan," ujarnya.

Tambahnya, pendidikan berasaskan ajaran Islam merupakan sumber kekuatan yang mampu meningkatkan taraf hidup sesebuah keluarga sekali gus membentengi anak-anak daripada terjebak dalam kancah gejala sosial. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tolak Politik Kacau Bilau, Pemuda AMANAH Pahang Ikrar Pertahan Kerajaan Perpaduan Negeri Pimpinan Menteri Besar Wan Rosdy

KUANTAN : Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Pahang menegaskan pendirian untuk terus mempertahankan Kerajaan Perpaduan negeri pimpin...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.