script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

MB: Kerajaan Selangor Mulakan Program Catuan Air Esok


SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan memulakan program pencatuan air di seluruh kawasan di negeri itu, mulai esok. 

"Mulai esok, setiap pemegang meter air akan terima air secara berjadual, iaitu dua hari rumah itu akan dapat, lepas tu dua hari kemudian tidak dapat bekalan air dan begitulah seterusnya secara bergilir-gilir

"Pencatuan air ini akan berterusan sehingga air di empangan negeri ini berada dalam keadaan seperti sedia kala," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika ditemui pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kerajaan negeri di sini. 

Abdul Khalid berkata, menerusi program pencatuan itu, kawasan di Selangor akan dibahagikan kepada dua zon dan notis terperinci berkenaan pencatuan bekalan air mengikut kawasan itu akan dikeluarkan selewat-lewatnya petang ini untuk hebahan lanjut.

Katanya, program pencatuan air dilakukan bagi mengekalkan jumlah air sedia ada di empangan di Selangor supaya ia dapat bertahan untuk dua bulan akan datang seandainya musim panas berlarutan.

"Jika musim hujan tiba lebih awal, catuan itu akan dihentikan dan kita akan memaklumkan keadaan sebenar krisis air pada pertengahan Mac depan untuk tindakan selanjutnya," katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tolak Politik Kacau Bilau, Pemuda AMANAH Pahang Ikrar Pertahan Kerajaan Perpaduan Negeri Pimpinan Menteri Besar Wan Rosdy

KUANTAN : Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Pahang menegaskan pendirian untuk terus mempertahankan Kerajaan Perpaduan negeri pimpin...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.