script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Dadah: Polis Tahan Tiga Lelaki, Seorang Wanita Di Kuantan


KUANTAN - Polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita serta merampas 1,000 bijil pil kuda dan 44 biji pil ecstasy dalam serbuan di sebuah rumah di Lorong Seri Kuantan di sini, Khamis lalu. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superitendan Yap Toon Khuan, berkata dalam serbuan 9.30 malam itu, polis menemui 1,000 biji pil kuda dan 44 biji pil ecstasy di dalam sebuah almari di tingkat atas rumah dua tingkat itu. 


"Selain itu, polis merampas wang tunai RM860, sebuah kereta Honda Civic FD dan sebuah Proton Iswara daripada suspek," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, semalam. 

Siasatan awal mendapati suspek lelaki berusia 23 tahun itu, yang berasal dari Bukit Kuantan, mempunyai rekod jenayah dan dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung kes dadah manakala suspek wanita yang juga berusia 23 tahun tidak mempunyai rekod jenayah. 

Yap berkata, ujian air kencing ke atas suspek lelaki mendapatinya positif dadah methamphetamine manakala suspek wanita, yang berasal dari Felda Triang, negatif dadah. 

Beliau berkata, suspek dipercayai mendapatkan bekalan dadah daripada seorang lelaki di Terengganu untuk diedarkan kepada penagih di sekitar Kuantan. 

Mereka kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B, Sek 39A (1) dan Sek 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tragedi Maut Akibat Pokok Tumbang Di Janda Baik, Wan Rosdy Anggap Pemergian Mohd Radzi Kehilangan Besar Buat UMNO Pahang

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Rad...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.