script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Geng Pecah Rumah Tumpas, Tiga Suspek Di Tahan Polis


KUANTAN - Kegiatan pecah rumah sekitar Sungai Soi dan Kempadang dekat sini yang didalangi tiga rakan berjaya dibongkar dua anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) selepas kenderaan dinaiki suspek ditahan untuk pemeriksaan di sini, 12 tengah hari kelmarin.

Penahanan kereta jenis Perodua Viva itu membongkar perbuatan jenayah tiga suspek itu apabila mereka sebenarnya sedang melarikan diri selepas memecah masuk sebuah rumah  di Taman Berjaya Permai dekat Kempadang dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, dua suspek berusia lingkungan 20-an berjaya ditahan, seorang lagi sempat melarikan diri.

Menurutnya, seorang daripada suspek berjaya diberkas selepas berlaku pergelutan dengan anggota URB manakala dua lagi sempat membolos diri ke dalam semak.

“Bagaimanapun bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) yang bergegas ke tempat kejadian berjaya menahan suspek kedua di Taman Berjaya Permai.

“Hasil pemeriksaan di dalam kenderaan suspek, polis menemui satu televisyen bersama dua utas jam tangan serta sebilah pisau Rambo,” katanya.

Mohd Jasmani berkata, hasil soal siasat ke atas suspek, mereka mengaku terlibat memecah masuk sebuah rumah dan melarikan barangan.

“Siasatan awal mendapati, seorang daripada suspek terbabit dikehendaki polis untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 15 (1) a Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Hasil keputusan ujian air kencing dijalankan mendapati kedua-dua suspek terbabit disahkan positif dadah jenis Methampithamine,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek berkenaan kini ditahan reman di Balai Polis Kuantan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan manakala seorang lagi suspek sedang dikesan.

Mengulas lanjut kejayaan anggota URB itu, Mohd Jasmani berkata, dua anggota URB itu sedang melakukan rondaan cegah jenayah sebelum terserempak dengan kereta dinaiki suspek berada dalam keadaan mencurigakan.

“Ketiga-tiga suspek dipercayai  berkeliaran di taman berkenaan selepas memecah masuk sebuah rumah di Taman Berjaya Permai, di sini, pada jam 2.15 pagi sebelum melarikan televisyen Plasma 42 inci bersama dua utas jam tangan,” katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tragedi Maut Akibat Pokok Tumbang Di Janda Baik, Wan Rosdy Anggap Pemergian Mohd Radzi Kehilangan Besar Buat UMNO Pahang

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Rad...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.