KUANTAN - Blogger Cucumatkilau hari ini menggesa rakyat Malaysia yang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 3.0) baru-baru ini agar tidak terus menyalahkan kerajaan, sedangkan dalam masa yang sama mereka menerima wang tersebut. Malah katanya, ada penerima yang lebih awal mendaftar untuk dapatkan BR1M, sanggup beratur panjang mengambil dan mengisi borang anehnya bila dapat wang mereka kutuk, caci dan keluarkan kenyataan yang amat hina terhadap usaha kerajaan ini.
"Syabas dan tahniah kepada Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Sri Najib Tun Razak yang meneruskan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 3.0)", kata beliau dalam posting terbaru di blog peribadinya.
"Biar apa pun yang terjadi rakyat harus berterima kasih kepada kerajaan kerana meneruskan iniseatif tersebut. Malah pemberian kali ini dipermudahkan apabila ia terus dimasukkan ke dalam akaun bank penerima masing-masing. Persoalannya, wajarkan duit diterima tetapi mulut menyumpah seranah kerajaan", katanya lagi.
Dalam pada itu beliau turut menyentuh tiga perkara yang perlu diketahui oleh rakyat dan jangan hanya tahu menghentam semata-mata. Tiga perkara itu ialah penerima BR1M tidak pernah diwajibkan memangkah BN pada pilihanraya, keduanya tentang caruman insuran takaful RM50 dan seterunya pemberian BR1M RM1,200 yang dipertikaikan oleh para penyokong parti pembangkang di negara ini.






