script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Ketua Pemuda Gerakan: Pakatan Rakyat Wajar Iktiraf BR1M


SHAH ALAM - Ketua Pemuda Parti Gerakan, Tan Keng Liang hari ini menyifatkan penyokong PR yang memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai lidah bercabang ekoran mengutuk tindakan kerajaan sebelum ini berhubung bantuan itu.

Menurutnya, pembangkang wajar mengiktiraf BR1M sebagai bantuan alternatif yang digunakan kerajaan bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.
"Semua rakyat yang layak berhak terima BR1M tak kira parti mana.

"Namun, isunya adalah ada orang PR kutuk BR1M dulu tapi sekarang berebut-rebut mohon.
"...sekurang-kurangnya, PR harus iktiraf BR1M sebagai langkah betul yang diambil oleh kerajaan BN untuk bantu rakyat. Jangan pula mengutuk di hadapan, tapi di belakang mohon," katanya yang dipetik di laman Twitternya.

Semalam, media melaporkan seramai 5.4 juta penerima BR1M 3.0 yang mempunyai akaun bank menerima terus bantuan berkenaan melalui akaun mereka semalam manakala kira-kira dua juta penerima yang tidak mempunyai akaun bank, akan menerima baucar secara berperingkat dalam tempoh tidak melebihi 20 hari.

Pemberian BR1M itu, kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM700 merangkumi RM650 dan Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) sebanyak RM50.

Bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tragedi Maut Akibat Pokok Tumbang Di Janda Baik, Wan Rosdy Anggap Pemergian Mohd Radzi Kehilangan Besar Buat UMNO Pahang

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Rad...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.