script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pengundi Kajang Di Minta Pilih ADUN Asal Negeri Selangor


PUTRAJAYA - Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menasihati pengundi di Kajang supaya memilih Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) berasal dari Selangor pada pilihan raya kecil kawasan itu 23 Mac ini.
Beliau berkata pengundi perlu melihat secara realiti sama ada berkehendakkan wakil rakyat yang sentiasa ada bila hendak mengadu atau seseorang yang mempunyai banyak masalah sendiri untuk diselesaikan.
Katanya calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun yang berasal dari Selangor mampu melakukan tugas dengan baik berbanding calon pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memegang banyak jawatan iaitu Ketua Pembangkang, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan anggota Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang.
"Kita yakin Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai calon Barisan Nasional bagi kerusi tersebut boleh memberi tumpuan kerana beliau memang berasal dari Selangor.
"Berbanding dengan calon pembangkang (Anwar) yang banyak sangat jawatan, nanti lari ke Permatang Pauh lepas itu ke Kajang pula, jadi macam mana dia nak jaga Kajang," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat penyelarasan dengan Exco-Exco Luar Bandar di sini, Isnin.
Mohd Shafie berkata Chew yang merupakan naib presiden MCA juga mempunyai pengalaman luasa iaitu sebagai bekas anggota Parlimen Petaling Jaya Utara dan seorang yang mesra rakyat.
Mengenai cabaran pada pilihan raya kecil itu nanti, beliau berkata jentera komponen BN harus berfikiran positif dari segi gerak kerja dan jangan melakukan pembaziran.
"Apa yang penting jentera komponen BN perlu ada koordinasi serta perpaduan untuk memenangi pilihan raya ini," katanya.
Kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang kosong selepas penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR meletak jawatan pada 27 Jan lepas bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding di kerusi itu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Mac depan sebagai hari penamaan calon dan pengundian 23 Mac. Chew dijangka berdepan Anwar dan bekas presiden KITA Datuk Seri Zaid Ibrahim. - Bernama
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tragedi Maut Akibat Pokok Tumbang Di Janda Baik, Wan Rosdy Anggap Pemergian Mohd Radzi Kehilangan Besar Buat UMNO Pahang

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Rad...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.