script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

NGO Angkara Gesa MPK Perbetulkan Laluan Jalan Gambut


KUANTAN - NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) hari ini menggesa Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) memperbetulkan kembali kekeliruan pengguna terhadap sistem laluan baru di Jalan Gambut, berhadapan Wisma Persekutuan dekat sini. Ini kerana banyak kemalangan berlaku akibat kekeliruan pengguna tentang jalan tersebut mutakhir ini. Penyelaras Angkara, Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) berkata kekeliruan itu timbul apabila jalan laluan tersebut dijadikan jalan sehala tahun lalu. 

Menurut Shukri, akibat perubahan itu laluan dari Jalan Gambut ke Jalan Bukit Ubi berhadapan bangunan MARA melalui Sek Keb Teruntum kini dijadikan jalan sehala. "Kekeliruan timbul bila lampu isyarat yang terletak di persimpangan Jalan Gambut ke Jalan Bukit Sekilau tidak dimansuhkan.. Malah laluan itu dibiarkan seperti biasa iaitu pengguna laluan sebelah kiri (Wisma Persekutuan) masih boleh membelok ke kanan untuk ke Jalan Bukit Sekilau. Akibatnya, pengguna yang berada di laluan sebelah kanan dan tidak mahu membelok berhadapan dengan masalah besar bila ada kenderaan membelok ke kanan. Banyak kemalangan berlaku akibat masalah ini", kata Shukri.
Sepatutnya pengguna laluan sebelah kiri hanya dibenar jalan terus dan 
tidak belok ke kanan. Jalan perlu ditutup, lampu isyarat dimansuh

Tinjauan krew PDO News ke lokasi pagi tadi, jelas menyaksikan sendiri kekeliruan berkenaan. Ternyata, ada kenderaan membelok dari laluan kanan sedangkan kenderaan laluan kini jalan terus. Ini menyebabkan kekecohan sering berlaku di jalan itu. "Saya harap MPK mansuhkan lampu isyarat dan bina pembahagi jalan agar mereka dari laluan kiri (keluar dari Wisma Sri Pahang dan Wisma Persekutuan), tidak dibenarkan membelok ke kanan. Mereka boleh jalan terus, melainkan masuk ke lorong kiri bermula dari simpang ibu pejabat LKPP lagi yang jaraknya kira-kira 100 meter dari lampu isyarat terbabit. Manakala kenderaan dari arah Jalan Bukit Sekilau (Kamdar) yang ingin masuk ke Jalan Gambut hanya dibenarkan lalu di laluan sebelah kiri sahaja.. tak perlu masuk ke sebelah kanan...", tambah Shukri.

Kenderaan dari Jalan Bukit Sekilau masuk ke Jalan Gambut, sepatutnya
jalan itu ditutup dengan pembahagi jalan supaya pengguna tidak keliru

Shukri mendakwa, akibat kekeliruan ini banyak kemalangan yang tidak diundang berlaku. "Tambah malang lagi bila laporan dibuat kepada pihak yang berkenaan termasuk syarikat insuran mereka mengatakan jalan itu belum digazetkan. Laporan polis juga sukar dibuat kerana berdasarkan undang-undang kedua-dua pihak tidak bersalah apabila kemalangan berlaku. Ini tidak adil bagi mereka yang terpaksa membayar sejumlah wang untuk memperbaiki kenderaan masing-masing, sedangkan kecuaian itu berpunca daripada sistem jalanraya yang mengelirukan. Justeru, saya harap MPK dan pihak yang berkenaan  dapat lakukan sesuatu bagi mengelakkan lebih banyak kemalangan terjadi pada masa akan datang. Pulihkan kembali Jalan Gambut dengan segera", kata Shukri lagi. PDO News
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tragedi Maut Akibat Pokok Tumbang Di Janda Baik, Wan Rosdy Anggap Pemergian Mohd Radzi Kehilangan Besar Buat UMNO Pahang

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Rad...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.