Katanya, masalah itu timbul berikutan tempoh memproses kira-kira lapan juta permohonan yang berjaya terlalu singkat iaitu dari tarikh tutup permohonan pada 31 Januari lalu hingga tarikh dilancarkan pada 22 Februari lalu. 

"Kira-kira enam juta permohonan berjaya diselesaikan pada 22 Februari lalu iaitu bagi pemohon awal yang terdahulu menyertakan nombor akaun mereka dan secara berperingkat bermula 23 Februari lalu bagi yang tidak mempunyai nombor akaun. 


"Saya berharap penerima BR1M 3.0 bersabar dan kami akan cuba menyelesaikan perkara ini selewat-lewatnya bulan Mac," katanya dalam sidang akhbar berkenaan perkara itu dan Dialog Ekonomi Gabungan Rakyat (Dengar) di sini hari ini. 

Beliau mengulas mengenai maklum balas orang ramai berkenaan kelewatan penerimaan BR1M 3.0 oleh sebahagian penerima. Bernama